


Aku adalah bidak catur Islam, yang ingin terus kehadapan menjadi permaisuri melindungi rajaku (agamaku) seumur hidupku..




Bilamana kita melihat isu ini dengan lebih jauh, 2 perkara perkara yang menjadi lompong sebenar kepada erti keadilan itu sendiri ialah sikap bacul pihak yg terlibat untuk melaksanakan sisterm yang sedia ada serta pencabulan hak terhadap hak individu yakni Kartika sendiri.
Perkara ini secara cerah tidak perlu diperjelaskan sama sekali bilamana hukuman ditangguhkan secara terlalu tiba2 dan mengejut. Lebih merunsingkan, Kartika yang sendiri mengaku bersedia untuk menerima dan menunggu hukuman, dihiraukan oleh situasi yang menunjukkan ianya sekan lansung tidak "diendahkan".
(belum habis)
.....................................................................................................
oleh: kak hidayah & nadwan.
(edisi separuh yang tak lengkap serta belum diedit)




Makan bertalam. Makan bersama. Itu sunnah nabi, banyak hikmahnya. Malah mengikut kajian saintis, makan bertalam dapat menambah dan melengkapkan imuniti setiap orang yang makan bersama-sama.
20 Oktober 2097
Hari ini meriah. Hari Keindahan Islam tahun ni lansung berlainan. Dewan yang penuh seri dengan seni bina khat dan geometri Islam itu seakan Masjid Kul Sharif di Kazan Rusia dengan temanya yang berwarna putih dan biru. Pelbagai gerai dan pameran diadakan termasuklah gerai muamalah, ideologi, seni warna dan muzik, serta satu seni baru yang dinamakan Quera. Amat menarik.
"Tambah tat strawberi skali ya.."
Kami duduk di sekitar Jannatu Zuhri. Mencari kerusi lentur bulat yang paling selesa untuk dijadikan tempat berukhuwwah, atau spesifiknya makan. Kerusi yang dihiasi dengan arkiteksi islam yang penuh dengan corak dan bunga. Hasil ukiran dari Moroccow.
"Matlamat...." Daniel terus termenung. Sabatnya itu memang sorang yang bermatlamat. Yakin dan bercita-cita besar. Tercatat di papannya yang berwarna putih dibalut dengan kertas warna merah muda;
Vinatta cafe. Vinatta, bahasa Icelanding dari negara Iceland. Sedap bunyinya dan maksudnya. "Persahabatan". Maksud yang memberikan makna mendalam.



Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA"Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.
Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. [perlu petikan]
ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam""Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot selepasnya."
Bush pun mengkritik pada mulanya. Haha. Adakah kita ni lebih kejam dan jahat daripada Amerika?
Sah! Kita mengikuti undang-undang ciptaan barat yang tidak ada lansung kaitan dengan islam malah tidak praktikal dan rational.
Dulu saya selalu berfikir dan mengimpikan ada sebuah restoran yang islamik.. ~
Masa berlalu..
****
Kau iramaku.
Kau melodiku.
Bila bunyi beralun.
Harmoni.
Saat aku menulis buku.
Kau hadir tersenyum.
Aku lakarkan wajahmu.
Berseri.
Kau lengkapkan separuhnya.
Hanya aku yang lainnya.
Meniti dari hari ke hari.
Susahnya.
Setiap hari berjumpa.
Setiap waktu bertukar.
Bila menunggu.
Tak terbayang mata.
Kau hujan, kau rintisnya.
Saat menitis.
Rindu...