Followers

Letakkan link blog anda =)

Sunday, September 5, 2010

Untuk sahabatku bakal seorang doktor.

~Dari cinta kepada Cinta~
A Patient . . . by ~Sha59-Ananii of DeviantArt

****

"Best tak kalau dapat jadi doktor?"

"Best.."

"Sebab apa?"

"Sebab boleh cucuk orang. Haha."

"Cehs~"

Memang ada orang nak kena cucuk.

****

Saya berjalan dalam hospital. Nampak banyak sangat pesakit. Pelbagai penyakit. Dan semuanya nampak amat mengguris dan menorehkan hati.

Dan semuanya nampak sangat sibuk.

Nurse berada di katil-katil melayan pesakit. Dan doktor pula bergerak ke sana sini memberi khidmat.

"Mesti payah kan kerja di hospital ni?.."

Melayan perasaan seorang diri. Semua di sini luka dan kesakitan. Luka yang teruk-teruk jenis darah memancut pulak tu. So, need to take care and treat all of them dengan penuh kasih sayang.

And I really can't make it .

Bukan takut darah. Tapi memang amat tak sampai hati nak tengok orang yang terluka macam tu. Nak main-main dengan diorang punya organ dan usus apatah lagi. Mau buat sambil nangis tu. Hati kain, nak buat macamna. Haha.

But the doktor and nurse do it!

Menjaga semua manusia di dalam hospital tu. Serius respek. I mean, menjaga manusia tak sama dengan menjaga mesin kan?

Untuk memastikan diorang sentiasa sihat. And face the world well. Dan saya rasa dunia yang penuh kasih sayang di situ.

Di hospital.

****

Sekali tengok, rasa macam.. Ya Allah.. Payah giler kerja doktor ni. Ye lah. everytime kena rawat pesakit. Tu belum campur on call lagi. Hospital dah jadi macam rumah kedua pulak.

Kadang tak ada masa untuk family.

And i try to turn around my brain. Spin it.

Di universiti, kalau sebut budak medic je.. Automatik dah nampak buku. Sampai muka diorang rasa macam dah muka buku.

"Muka kau ada berapa helai muka surat?"

Ataupun, diorang tengok orang lain semua pulak yang macam buku.

Kalau tidur tepi budak medik,

"Nampak tak aku letak mana Stethoscope aku?'' Mata tengah terpejam.

"Huh, apasal tanya stethoscope malam-malam ni?"

"Biasa la, budak medik.." Dah nak ketawa.

"Huh, Kidney malfunction sungguh.."

Ketawa besar.

Kalau course nursing, ada cerita lain pulak. Siapa yang kuat iman je yang boleh ambik nursing ni. Sebab apa, tanya lah budak nursing sendiri. haha.

Orang kata, kalau budak medic ni tak kenal dunia lah. Memang kena struggle sungguh-sunguh! (Kalau course lain pun kena struggle la beb).

Itu baru waktu study.

And then, time by time. Kalau ambik JPA, kena kerja ngan kerajaan. HO dua tahun lagi. Itupun dah kira macam zombie berjalan dah. Mata pun kena letak kayu tahan tak bagi tutup. Haha.

Step to step to become a real doctor yang lebih sibuk!

****

Dulu saya pernah masuk hospital, adalah duduk dalam seminggu. Serius, Dr dan nurse yang jaga semua baik gila. Silap, baik ja. Tak gila.

Kadang-kadang, nurse datang sembang. Ada yang tanya pendapat. Rasa macam satu family pula di situ.

And sometimes i miss that time. Rasa macam nak duduk lama lagi je kat hospital tu. Haha. Dah la time keluar tak sempat nak jumpa. (sebab shift lain-lain.)

But the point is,

I really feel that kerja sebagai Doktor dan nurse ni mulia sangat. Menjaga orang lain, walau diri sendiri kadang tak terjaga. Melebihkan orang lain lebih dari diri sendiri. Walau letih dan tak ada masa yang amat sangat.

Dan kesibukan dan keletihan itu, dari permulaan melangkahkan kaki ke universiti. Sehinggalah nanti menderapkan kaki di hospital. Namun, semua itu tak akan menyirnakan semangat diorang untuk berbakti kepada manusia.

The job of love.

Isn't that great?

****

For all my friends that ambik medic, farmasi, allied, nusing, sume-sume lah. Teruskan study sebaik mungkin. InsyaAllah, Allah always with you. Every deeds that u've spent, u will get something much much better than that.

Keletihan akan hilang. Tapi insyaAllah, pahala akan kekal. And people will always appeciate it.

Be the best!

P/s: Kalau dapat jumpa Dr ok jugak. haha.

Thursday, September 2, 2010

Mencari 2 kemerdekaan.

~Merdeka adalah ketenangan. Tiangnya taqwa, bumbungnya iman..~
Calmed by GeorgiaPeaches of DeviantArt.

****

Si kecil melaung kuat. Gembira.

"Merdeka! Merdeka!"

Seronok mengibarkan bendera yang beralun apabila ditiup angin.

Kata orang, kita merdeka tahun 1957. Itu saatnya. Ada pula yang kata. Eh,kita belum merdeka lagilah. Tengok anak-anak muda. Rambut cacak berceracak. Pakaian pula perlahan-perlahan semakin hairan.

Kata mereka minda kita masih dijajah. Dijajah oleh si penjajah yang berlagak gajah.

Maka,

apa erti kemerdekaan itu sebenarnya?

Kemerdekaan itu ada dalam diri kamu.

"Change to good is not a crime rite?"- Hlovate.

Bilal bin Rabah seorang hamba. Dibakar di atas panas jalan yang perit. Ditindih dengan batu yang menghimpit.

Tapi, di hatinya hanya ada Allah.

Sumayyah, juga seorang hamba. Memegang takhta wanita pertama Syahid. Tidak cemburukah kamu akan dia? Walau disiksa satu keluarga.

Yassier si ayah, dan anaknya si Ammar.

Kerana apa? Kerana di hatinya hanya ada Allah.

Lalu terfikir, bagaimanakah dapat sampai ke tahap itu? Tahap petala tertinggi, yakni bila iman merajai jiwa.

Mulakan langkah pertama untuk ke situ,

Bebaskan dirimu dari hawa nafsu!

Apa yang nafsu jajahkan?

Bukan mereka-mereka yang bermasalah sosial sahaja yang dijajah. Orang-orang yang menggelarkan diri mereka 'pendakwah' juga masih banyak yang dijajah.

Betul.

Tengok, berapa ramai yang bangga dengan kerja dakwah mereka? Yang memberitahu semua tentang ceramah yang mereka sampaikan. Yang merasa hebat atas orang lain.

Yang ingin diiktiraf manusia usaha mereka.

"Aku yang buat tu sebenarnya.."

"Isk, nak kena bagi ceramah pula jap lagi.."

Kerana nafsu menjajah atas jawatan. Mnginginkan pangkat. Menyuruh melihat kepada ketinggian.

Ya, orang yang masih bersikap demikian belum lagi merdeka sebenarnya.

Yang pandai, mahu terus digelar si pandai.

Sama juga harta. Keinginan yang meluap. Kemalasan. Makanan.

Nafsu, keinginan untuk membuat maksiat. Nafsu, keinginan untuk memperbanyak semua yang sedia ada. Nafsu, yang tak mampu tertahan-tahan lagi untuk dilepaskan.

Dari nafsu yang mencengkam, akan terus membawa kepada mazmumah yang hitam.

Hawa nafsu adalah pemulanya.

Semuanya adalah askar cerobohan keinginan.

Rakus.

Merdekalah darinya!

Lihat mereka yang merdeka.

"Aku rela menjadi penyapu sampah, asalkan Islam tertegak di bumi ini.."-Imam Hasan Al-Banna.

Orang yang begitu hebat bicara dan tatapannya. Tapi ini bicaranya. Kerana dia sudah mengibarkan bendera kemerdekaan. Di jiwanya sudah dipenuhi mekar dan harum iman.

Semuanya, hanya kerana Allah.

Ramai yang menderita rasa walau negara sudah merdeka. Begitu juga sebaliknya, ada jiwa yang tenang walau sedang ditindas. Walau sedang dipenjara.

"Antara ciri tawadhu adalah mencintai kedudukan yang lebih rendah dalam satu majlis"

Sungguh, Sayyidina 'Ali lebih hebat orangnya. Jauh berbanding kita.

Lihat 'Abdul Rahman bin Auf dengan hartanya. Lihat para sahabat.

Ya, ini lah dia kemerdekaan pertama. Kemerdekaan yang seharusnya kamu dapat. Dengannya, kamu terus membina negara taqwa di dalam jiwa.

Ini kemerdekaan pertama.

Kemerdekaan dari hawa nafsu di dunia.

"Maka adapun, orang yang melampaui batas-37

dan lebih mengutamakan kehidupan dunia-38

maka nerakalah tempatnya."-39

"dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya."-40

"maka sungguh, syurgalah tempatnya."-41

Sudah merdekakah kamu?

Kemerdekaan yang kedua.

Di saat cemas. Di saat gementar. Di saat menggigil. Di saat ketakutan.

Api yang menjulang. Yang membaham. Yang menghancurkan lagi meremukkan. Penuh dengan lolongan manusia.

"Wahai si fulan bin si fulan, bergembiralah kamu. Sesungguhnya kamu terlepas dari siksa api neraka Allah. Sungguh, siksa Allah amatlah pedih.."

Allah...

Pelepasan dari api neraka.

Bukankah itu sebenarnya kemerdekaan yang hakiki?

Ini kemerdekaan kedua.

Kemerdekaan dari api neraka di akhirat kelak.

" كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُور "

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.

 Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat
kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [Ali-Imran : 185]

Dan ini kemerdekaan sebenar yang kita benar-benar cari.

Sekarang, buka kurungan itu.

Lepaskan ia.

Biarkan merpati putih iman itu terbang bebas.Sehingga ia dapat terbang bebas. Dan seiring ketenangan itu, laungkan sekuatnya..

"Merdeka!"

Sunday, August 29, 2010

Mereka yang diduga.

Rainy nights by ~CMJZA of DeviantArt

****

Hujan membasahi jalan.

Hafiz memandu dalam kegelapan malam yang basah. Laju meluncur. Di sebelah, Muhsin sudah terlena. Izwar, Akif, dan Izzat di belakang juga sama. Sudah hanyut dibuai mimpi.

Benar-benar letih. Mereka baru pulang dari pengajian talaqqi kitab di Ba'lawi. Sanggup bersusah payah datang walau jauh. Hanya demi menuntut ilmu dan redha Allah.

Waktu itu 4.30 pagi.

Penglihatan Hafiz hanya tertumpu pada jalan yang semakin kelam.

Tiba-tiba..

Muncul satu kereta di hadapan secara tiba-tiba.

"Allahh!!"

Brek tidak sempat ditekan.

"BumM!!"

Kereta Viva itu merempuh laju menghentam kereta yang berada di hadapan.

Remuk.

Cecair merah pekat mengalir.

Pemuda-pemuda itu berlumuran darah.

Dalam cemas, Akif dan Izzat bergegas keluar dari kereta.

Hafiz cuba keluar dari kereta. Cuba membuka pintu. Tersangkut. Tiba-tiba ada orang menyentap pintu. Hafiz bergegas keluar.

Izwar? Muhsin? Sudah keluar kereta ke belum mereka?

"EEeekkk! Bummm!!"

"Bumm!!"

Dan terus tiga lagi kereta berturutan merempuh menghemtam kereta mereka. Membenamkan manusia di dalamnya tersepit dengan besi.

****

Saya sebak melihat Hafiz.

"InsyaAllah, ada hikmahnya semua ni.."

Hafiz hanya menutur perlahan.

Saya sudah tak dapat menahan air mata.

Wajah Hafiz yang sebelum ni tampan nampak sayu dengan jahitan pada matanya. Nampak besar cedera bengkaknya. Kakinya patah di bahagian lutut.

Dia cuba menyalam tangan saya dengan tangan yang cuba diangkat pelahan. Penuh kesan luka.

"Banyak bersabar Hafiz, semoga ganjaran pahala enta besar.."

Saya benar-benar sedih. Tak dapat melihat sahabat dalam keadaan sedemikian rupa. Cuba merasai apa yang mereka rasa.

Ya Allah, bantuni lah mereka ya Allah..

Saya minta diri sebentar dari Hafiz. Berhajat menemui sahabat yang lain.

Menemui Akif. Alhamdulillah. Hanya luka di bahagian kaki. Allah menyelamatkannya. Gembira melihat dia yang mampu tersenyum. Izzat pula dikerumuni sahabat-sahabatnya. Masih mampu duduk dan bersalam walau dalam keadaan lemah dan kaki yang patah.

Menjenguk Muhsin. Sekali lagi air mata tak dapat ditahan. Sahabat saya, Syahril di sebelah sudah kelihatan terlalu sebak.

Muhsin kelihatan amat lemah sekali. Terlalu lemah.

Dia patah 2 tulang di depan bahunya. Dan cedera pada Spinal Cord yang amat merbahaya.

Muhsin cuma dapat menyambut dengan wajah yang lemah, dan mata yang ingin pejam unuk berehat.

Ya Allah, terasa amat berat ujian ini.

Membiarkan Muhsin berehat, tidak mahu mengganggu.

Dan bersiap menapak ke wad ICU.

Izwar...

****

Saya menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencari punca perasaan.

Sebak terus menyerbu cepat ke muka. Benar-benar tak dapat menahan. Saya menangis lagi. Lebih kuat, teresak-esak. Allah, Allah.. Ya Allah, berat ujian ini pada hambamu.

Melihat wajahnya membuatkan saya tak mampu lagi.

Wayar-wayar bersambung di sana sini. Bunyi hembusan nafas yang deras kedengaran dari mesin yang membantu. Salur-salur tiub membawa cecair merah hitam pekat keluar. Alat mesin menunjukkan denyutan nadi. Graf yang turun naik perlahan.

Izwar sudah benar-benar tidak seperti yang saya pernah kenal.

Walau di dalam matanya, masih ternampak cebisan darah yang keluar. Mulutnya. Wajahnya. Malah memerlukan mesin bantuan hayat. Ya Allah, bantulah sahabatku ini.

Di sisinya seorang muslimah yang pernah saya lihat. Membaca quran berdoa penuh setia. Menatapi saudara seagamanya penuh Ihsan. Meminta, moga Tuhan membantu. Moga Tuhan mempermudahkan.

Dan dalam tangis, aku berdoa bersamanya. Menghadap sahabat yang penuh luka dengan penuh derita.

Semoga Allah membantu. Sungguh, Allah maha dekat.

Sungguh, dalam ujian ini saya melihat Ukhuwwah yang amat besar..

****

-Belum habis menulis.
-Baru pulang dari Hospital Kuantan.
-UIA PJ.
-Mahalah Aisyah 3.05 am

Saturday, August 28, 2010

Diari: Sedang study

books.by ~extrasist0le of DeviantArt

****

Membaca, tak masuk-masuk. Masuk pun, hanya sekadar menjengah. Kemudian, keluar balik. La, jemput la. Tak sudi ke?

Mengira, diri sendiri yang terkira-kira. Berapa jam lagi menuju exam ya? Jarum jam pula yang rasanya pantas memusing laju. Biasalah, aku memang selalu dicemburui masa. Mungkin kerana wajahku yang terlalu tampan.

Esok periksa.

And i'm still typing now. Haha.

Getting bored. Kemudian menapak ke bilik sahabat, Hafis Firdaus. Bekas ketua biro Tarbiyyah.

Tenang sikit. At least, ada orang untuk dibawa bual bincang. Boleh juga bawa disembang kalau ada soalan yang jawapan dia asyik tak dapat bila tengok belakang.

Dari terperap di bilik setiap masa menatap dinding. Bukan dia boleh jawab pun.

"Aku bosan lah.."

Dinding diam.

"Nak buat apa ya?"

Dinding diam lagi.

"Woi, aku cakap dengan kau lah!"

Terus membaling bantal ke dinding.

Haha. Bergurau je. Tak berlaku pun kejadian tersebut.

Dan kami sembang tentang banyak perkara. Dari usrah yang tak berjalan, walaupun sepatutnya dah berlari sekarang. Sampailah ke part yang masing-masing perasan suara sedap.

"Aku tengok cerita Korea."

Selamba.

"Ha?"

Buat-buat terkejut.

"Aku pun tengok.."

Ketawa.

(Edited)

Tak lah tengok sangat pun sebenarnya. But tahu a little bit lah. Boys of the Flowers. A love in Havard. Iris. Bahaya sebenarnya. Boleh lalai membuai. Takut banyak masa buang terluang. U should spend it for many other things. Sekali tengok, sudah rasa macam di Harvard pula kan? And at last, we get the conclution:

"Never ever watch the first episode!"

Sekali tengok yang pertama. Mesti sangkut rasa tersaut sampai habis. Masalah betul. Betul tak?

"Tengok 1 litre of tears tak?"

Cerita betul ni. Serius sedih.

"Sedih kan?"

Bertanya.

"Aku pelik bila orang tengok cerita ni nangis-nangis. Aku tak nangis pun."

Hati kental lah konon.

"Haha. Nak buat macamna. Aku hati kain.."

Mengaku.

Dan sekarang mahu kembali ke Newton's method. Continuity. L'Hopital Rules and whatsoever. Jangan muncul dalam mimpi sudah. Tapi ok juga, boleh study dalam mimpi.

By the way, what ever things that you do. Please relate it to Allah, it will make u always remember Him.

Macam yang Dr Talib buat in the Calculus class. Macamna exercise boleh kait dengan ibadah wajib dan ibadah sunnat. How we should stay on the Islam ways and follow it rules.

Not excess the limit, not less from that. Still in the range and domain. Dan seperti apa dia kata lebih kurang:

"Please dont make bida'ah in mathematics!"

Haha. Means don't make something that not correct.

Cool is the key.

Tawakkal is the master key.

"Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan." Al-Hadid 5.

InsyaAllah, pray for us! :)

Thursday, August 26, 2010

Karya: Sebelum sampai redha.


Sentiasa teringin berjumpa.. dalam mimpi, insyaAllah..
Rindunya..
Selalu ingin melawat, menziarahi.
Sayunya hati..
Berkali tersenyum mengingatkan, Setiapnya bila terkenang..
Aku seakan bersama, deru angin yang sentiasa tenang dengan zikir dan kalimah suci.

Dia jiwa yang tenang, mereka hati yang damai.
Kurun pertama, aku gembira bersama mereka.
Cahaya wajah-wajah yang sentiasa aku kagumi, malah cemburui..

Hatinya bernaung redha, berlangitkan suci.
Seakan jingga mentari.
Aku air melihatnya. Aku angin menatapnya.
Inilah hariku..

Sebelum masa, gemersik suara dari yang tersenyum..

"Anta... ma'a man ahbabta.."

Aku membuka mata, sukma seakan merajuk..

Dia tersenyum, manis..

Akhi..

"Kamu, bersama siapa yang kamu cintai.."

Bayu bersantun lembut, meninggalkan secebis rasa.

Bangunlah khalifah! Putarkan kegemilangan silam. Saat yang kamu rindu. Detik yang kamu cemburu.

Sepikan nafsumu, tinggalkan mahumu.. Ini amanahmu, duniamu.. Lakarkan ia, corakkan ia, sehingga agungnya Sibghatullah. Celupan yg pasti mendamaikan.

Aku mampu?

Mereka bermujahadah, bukan sekadar bermadah. Diamkah kamu? Akhi, jika kamu mengerti..

Diam. Kali.

Masa berganti.

Singkirkan yang risau. Gantikan yang galau.

"Hidupmu pasti mulia.. di sini.. atau, akhi akan bersama mereka di sana.. Pasti, yang lebih bahagia, Selamanya-lamanya.. InsyaAllah.." Senyumannya kian manis..

Dunia direnung.. dan jiwa terus menemani.. Seakan irama sepi..

Seakan terdengar bisikan dari langit..

"Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul (Muhammad) maka mereka itu akan brsama-sama dengan orang yg diberikan nikmat oleh Allah, (yaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yg soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknyanya"-An nisak

Lalu hati kembali tersenyum, berbisik..

"Bangkitlah Khalifah, dan bawalah Islam ke puncak tertingginya.."

****

Ini karya lama. Karya yang tidak di post di blog Perayu Syurga. Disimpan. Karya yang diganti dengan Post no '13: Bersama' di sana. Hati ini amat rindu untuk kembali ke situ, walau sebentar. Kembali ke masa dahulu. Masih adakah ruang untukku di sana?

Jemputlah baca. Jika kamu baca, bacalah dari post yang paling mula, Prolog. Dan baca hingga ke atas. InsyaAllah, semoga Allah mengurniakan kepadamu sesuatu di sana.

InsyaAllah, semoga kita sama-sama menjadi,

Perayu Syurga.

A~min.

Wednesday, August 25, 2010

Sebelum menatap.

american brownie by ~forestgenie of DeviantArt

****

Bayangkan sebuah kek coklat yang cair. Secret Recipe. Sungguh likat coklatnya. Mengiurkan bukan?

Atau seorang yang sedang panas di bawah terikan sang mentari. Melihat sebuah aiskrim yang cair meleleh. Sejuk dalam Vanillanya. Pasti cukup untuk membuatkan perut menyanyi lagu 'Ruang rindu' dengan syahdu sekali.

Bagaimana pula jika mendapatnya?

SubhanAllah, nikmat.

Dan manisnya pasti terasa hingga ke hujung pericardium.

Namun, ada satu kemanisan yang lebih manis. Kerana rasanya tidak terdapat pada lidah. Tetapi pada hati dan diri.

Mesti kamu pernah rasa kan?

"Kemanisan dalam ibadah"

Rasa lazat yang tak terhingga dalam diri. Bila membaca Al-quran, terasa sweet. Ingin dibaca lagi. Mendengar, tidak mahu berhenti. Telinga seakan sudah hanyut dengan alunan merdunya.

Bila solat, sama juga. Seakan mahu solat setiap masa.

Rasa seronok yang amat. Hingga terkadang, tertanya kepada diri sendiri. Rasa apa ini? Seronoknya.

Tetapi..

Bagaimana untuk mendapatkannya?

Jagalah pandangan wahai sahabat.

"Pandangan itu merupakan panahan daripada panah-panah iblis la’natullah, sesiapa yang meninggalkan pandangan tersebut kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakannya keimanan dan merasai kemanisan iman didalam hatinya. (riwayat al-Bukhari)"

Wajahnya ibarat rembulan di malam hari. Seakan bidadari turun ke bumi. Oh, cantiknya perhiasan duniawi ini.

Banyak la bidadari. Sebelum ni orang suruh buat sajak tak boleh pulak.

Tapi, biasa kan?

Bila lalu, terasa seperti ada angin menusuk qalbu. Terus berpaling melihat. Menatap penuh takjub, penuh nikmat.

Seandainya tidak berpaling, cukuplah hujung mata yang menjeling. Tersenyum sendiri di dalam hati.

Tiba-tiba ada orang tepuk.

"Ha! Tengok siapa tu?"

Ya Allah, macam mana la dia boleh perasan? Ha, ada rasa malu menyerbu tak?

Tapi selalunya tak ada siapa nampak kan? Sendiri-sendiri yang tahu. Erm, betul ke tak ada yang nampak?

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati” (QS Al Mu’min :19)

Sungguh, Allah melihat setiap apa yang kamu lakukan.

Sama ada kamu bersama, atau saat kamu sendiri. Jaga penglihatan kamu dari yang haram.

Sungguh, nikmat dan kelazatan itu akan hilang. Tapi dosa akan kekal.

Ujian itu akan hilang. Tapi pahala akan kesabaran itu akan kekal insyaAllah..

Di saat itu, kamu pilihlah.

Di saat kamu diuji, dengan pandangan yang melazatkan nafsu.

Pejam mata, pohonlah pelindungan Allah dari kejahatan syaitan.

Bisik dan tekadkan dalam diri.

"Ya Allah, berikanlah aku kemanisan dalam beribadah.."

Dan tersenyumlah, kamu akan rasa kemanisan beribadah selepas tu.

Sesuatu yang lebih lazat dari apa yang kamu tinggal dan pejamkan.

Maka sebelum menatap, kamu pilihlah.

Menatap nikmat nafsu yang sementara,

 Atau kemanisan ibadah yang kamu akan rasa membunga di jiwa.

Terus menjadi baik! Yeah!

InsyaAllah.. :)

P/s: Maaf tak seberapa. Mata kuyu. Exam dah dekat. Semoga message sampai. Semoga Allah memberkati. A~min.

Saturday, August 21, 2010

Secebis ingatan, seribu harapan.

field in spring. by *m0thyyku of DeviantArt

****

Pandang langit, langit nampak luas biru. Macam warna air yang dilakar-lakar. Lihat bumi, bumi jadi hijau. Seakan hasil contengan krayon si kecil yang comel.

Dikenali dan diingati.

Terasa terbang diangkat-angkat ke awan.

Berjumpa dengan penyanyi yang amat diminati. Pelakon yang amat cantik dan disukai. Berlari-lari ingin mendapatkan tanda tangannya. Bila sampai. Dia tersenyum, dan berkata..

"Kamu Ahmad kan?"

Ada rasa macam tiba-tiba ada kepak tumbuh tak?

Atau, kamu dalam satu majlis. Majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri. Kamu sedang minum. Tiba-tiba dalam ucapannya, dalam ramainya orang. Dia menyebut nama kamu sambil tersenyum.

Ada rasa macam air nak tersembur keluar dari mulut?

Bangga kan?

Biasalah tu, ramai yang ingin dikenali dan diingati. Bangga betul. Jika orang besar-besar dan terkenal kenal kita. Penyanyi, pelakon. Pemuzik, penulis. Tambah-tambah bila dia ingat kita. Rasa macam mimpi pula. Tampar-tampar pipi, tak mimpi pun.

Kerana apa? Kerana kita rasa ia satu kemuliaan kan?

Gembira, bangga,

Seronok.

Seronok juga dapat bercerita pada orang.

Siti Nurhaliza kenal aku. Najib Tun Razak kawan ayah aku aku. Farid kamil best friend aku. Albert Enstein classmate aku. Pelakon Adam Maya (Err, siapa nama ntah) saudara aku.Neil Amstong pun kenal aku.

Tambah-tambah, bila dia selalu ingat kat kita.

Terjumpa Faizal Tahir, dalam gembira nak minta autograph, dia cakap:

"Nurul, saya memang selalu teringat pada awak.."

Serius, muka mesti berseri seminggu. Tak perlu pakai fair and lovely.

Kebanggaan yang menenangkan.

Menghirup nafas dalam-dalam. Menghembus. Bayu yang berlalu hanya menyapa lembut. Bermesra dengan ranting yang melambai. Tetap tenang dalam zikir.

Seronok kan bila semua yang kita suka mengingati kita.

Tapi, saya nak ajak kepada sesuatu. Sesuatu yang lebih menenangkan. Yang lebih membanggakan malah.

Bukan si penyanyi comel yang mengingati. Bukan si pemilik lesung pipit yang meletakkan di hati. Bukan si menteri malah. Bukan si raja yang hebat. Bukan, bukan juga si kaya yang boleh beli semua.

Malah yang kaya dan dapat memberikan kamu kekayaan. Kemuliaan dan segala yang kamu mahu.

Yang Maha segala atas kebaikan yang ada.

Allah yang Maha Besar.

Untuk sama-sama mengingati Allah.

Agar, Allah mengingati kita, agar Allah menyebut-nyebut nama kita.

SubhanAllah..

Nak tak?

Apa perasaan kamu?

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُون"

"Maka, ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu."-Al-Baqarah, 152.

Kamu tahu tak? Saya tahu bila Allah ingat akan saya. Percaya?

"Berkata Thabit al-Bunani rahimahullah: Sesungguhnya aku mengetahui bila Allah ‘Azzawajalla akan mengingatiku.

Orang ramai bertanya dengan hairannya: Bagaimana kamu tahu semua itu?

Jawabnya: Jika aku mengingatiNya Dia akan mengingatiku."

Apa perasaan kamu jika Allah mengingat kamu dan kenal kamu?

Seandainya ibu dan bapa ingat akan kamu. Daddy dan mummy terfikir kamu. Apa yang mereka akan buat? Tentu selalu ambik berat. Bertanya khabar, pakai, dan segala. Berharap kamu selesa bahagia senantiasa, setiap detik dan masa. Memberi kamu wang, walau tanpa kamu minta.

Seandainya Allah yang mengingati kamu?

Apa yang kamu rasa?

Dan apa pula yang akan kamu dapat?

Secebis ingatan, seribu harapan.

Saya terkadang pelik, bila mana seseorang terlalu amat meminati dan mengagumi seseorang artis. Meletakkan gambar di sana sini. Sanggup berhabisan bermacam perkara. Saya cuma terfikir:

"Kita buat macam-macam untuk artis tu, apa yang dia bagi balik? Apa yang kita dapat ya? Ntah-ntah kenal kita pun tak.."

Ada satu hadis.

Bila direnung di hujung mata. Tersenyum. Terasa seakan mahu terus mendengar. Diam dalam ruang masa dan terus setia. Irama kata dan makna yang benar-benar merentak jiwa.

Kamu pernah dengar hadis ni?

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Allah Ta'ala berfirman:

Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku.

Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari."

(Hadits Riwayat Muslim)

Indah kan?

Tapi macamna?

Ambil satu zikir, dan celupkan ia di lidah dan bibir kamu. Biarkan ia basah. Ya, satu sudah cukup. Jika kamu mampu istiqamah dengannya.

Istiqamahkan apa yang kamu ada.

Jika kamu selalu membaca makturat. Tak mampu tambah, ya, kekalkan saja.

Zikir selepas solat. Buat, jangan mengada rasa nak tinggal.

Apa saja yang kamu amalkan.

Jika lebih? SubhanAllah, doakan semoga saya juga seperti kamu :)

****

Doakan kita sama-sama menjadi soleh. From good, to better. From soleh, to soleher.

Semoga blog saya ini juga, dikira sebagai sebuah majlis.

Dan mari, berlari bersama menuju Allah.

Bila? Sekarang la!

Mari ingat Allah! :)

Monday, August 16, 2010

Dari iri ke bidadari

Colours. by ~couuline of DeviantArt

****

Hati berbunga mekar. Lebih mekar dari segarnya sang mawar. Seakan bertepuk menari riang.

Gembira rasa apabila diraikan. Gembira juga apabila dapat meraikan.

Pernah tak, kamu rasa di 'gimmik' kan semasa hari lahir? Dibuli, dikenakan, dilakonkan, dinangiskan dulu, dimarah, kemudian:

"Surprise!!"

"Allah selamatkan kamu.."

Hati jadi bunga. Bunga jadi hati.

Terharu kan?

Terasa segan..

Bila mana sedar, bahawa sebenarnya kita telah digimmick kan. Ya Allah, malunya. Lebih malu dari semalu. Kan baik jika tadi aku berkelakuan elok-elok sahaja?

Ada yang bila handphonenya sengaja di 'curi', di sorokkan. Marah menahan merah. Menyala-nyala.

Ada yang bila diprovoke dan dimarah. Dimalukan. Rasa macam mahu menangis.

Yang tiba-tiba masalah menerpa. Yang tiba-tiba ada orang "special" nak jumpa.

Tanpa perasan, banyak rupanya bibir yang tersenyum nakal. Ketawa melihat reaksi si kawan. Tunggulah.. Tak apa, untuk menggembirakan dia jugak kan? Seperi yang nabi sabdakan:

" تهادوا تحابوا"

"Berhadiahlah sesama kamu, nescaya kamu saling mencintai.."

Rupa-rupanya baru sedar,

"Ha? Gimmick je semua tu?"

Penat aku marah, penat aku menangis, penat aku risau.

Dan yang lain ketawa.

Dan mereka mula bercerita tentang apa yang kita buat tadi. Siap ada rakaman lagi. Ketawa-ketawa pula. Ya Allah, segannya. Mana baldi? Nak menyorok muka.

Syahdu betul.

Alhamdulillah.

Terasa lega. Dada tenang, setenang awan yang berhamparan. Bergulungan lembut, biru. Lapang amat.

Bila diraikan hari lahir. Hilang segala masalah. Tersenyum bila mana tahu, yang tadi semua hanya lakonan. Dibuat, direka-reka.

Dan akhirnya adalah bahagia.

Seandainya kita sedia tahu.

Saya memang suka menggimikkan orang. Suka melihat wajahnya resah. Dan jalan cerita yang saya reka. Terasa ingin ketawa.

Saya pernah cuba membuat 'situasi' kepada seorang sahabat. Sengaja merancang untuk memulaukan dia. Tapi ntah macam mana. Dia sudah menghidu. Apa yang saya buat, dia tenang saja.

Saya pula geram jadinya.

Ada pula yang sudah terbocor pada mulanya, hanya ketawa.

Kuang asam betul!

Kan begitu? Seandainya kita sudah tahu yang kita sedang digimikkan. Ada kamera sedang merakam, ada perancangan sedang berjalan. Kita mesti sudah sedia ketawa. Berlagak cool, dan hanya tersenyum. Walau apapun yang berlaku.

Kejap je, kejap lagi kan ada kek?

Dan inilah sebenarnya dunia..

(وَمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَهۡوٌ۬ وَلَعِبٌ۬‌ۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ لَهِىَ ٱلۡحَيَوَانُ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُون)

"...Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui " (Al-'Ankabut : 64)

Jangan bersedih, seandainya kamu tahu segala ujian yang kamu hadapi ini hanya sementara. Hanya lakonan, hanya sekejap.

Kerana ada bahagia yang menunggu selepas ini.

Rasakan. Bahawa tangis jiwa yang kamu lalui, derita hiba yang kamu miliki. Hanya satu perjalanan untuk ke tempat yang abadi.

Untuk kamu meraikan di syurga nanti.

Bersabar ya?

Ramai yang terasa cemburu bila melihat pasangan berjalan ke sana sini. Semacam belangkas yang baru bebas. Terasa mahu juga, sekurang-kurangnya ada peneman hati. Peneman lah sangat.

Tak kurang yang kecewa bila apa yang dicita jauh menyauh. Terbang melayang terus menghilang.

Ada yang diduga sampai menyiat hati. Hingga bila melihat dunia, akal terasa gayat.

Bersabarlah, walau apa rasa yang kamu ada. Tukarkan rasa itu. Biarkan ia tenang berjalan. Meniti tangga-tangga sabar dan redha.

Kerana sabar itu cantik. Dan dengan sabar itu, Allah pasti tersenyum padamu.

Ya, dari iri, terus menuju bidadari.

****

Dan sekarang, berjalanlah kamu dengan yakin dan gembira. Kesat air matamu. Kan segala yang sedang kamu lalui ini hanyalah gimik semata-mata?

Ada bahagia sedang menanti,

Tersenyumlah! :)

Smile by ~dottydotcom of DeviantArt

Sunday, August 15, 2010

Perkongsian: Kita ini faqir

Picture by ~Kuna-Aayla-Secura of DeviantArt

****

Apalah gunanya kita bangga dengan apa yang kita ada sekarang.

Bukankah hidup ini seperti pengemis yang mengemis?

Pengemis yang hina.

Tapi bangga. Terlonjak-lonjak gembira.

"Aku ada duit. Haha."

Menunjuk-nunjuk apa yang telah didapati kepada semua orang.

Duit syiling yang hanya tak seberapa dalam mangkuk kosong yang usang.

Bukankah itu hasil pemberian?

Dan itu lah apa yang kita banggakan selama ini.

Kerana kita hanya pengemis.

Pengemis yang hina.

Mengemis dari Allah.

Mengemis cinta.

Mengemis rahmat.

Mengemis ihsan.

Mengemis segala-gala.

Bukankah segalanya Allah yang beri?

Dan segalanya hanyalah pinjaman.

Esok, lusa. Allah boleh sahaja mengambilnya.

Mengambilnya kembali.

Bila-bila sahaja yang Dia mahu.

Sebagaimana seorang peminjam meminjam.

Berbangga dengan apa yang dimilikinya.

"Aku ada kereta besar. Aku hebat. Darjat aku lebih tinggi."

Sedangkan ianya bukanlah miliknya.

Tak malukah?

Apalah hebatnya kita.

Sifat kepimpinan, pangkat, bakat, terkenalnya kita, harta, dan semua yang kita miliki.

Semuanya milik Allah.

Semuanya Allah yang beri.

Apa yang kita nak banggakan?

****

"Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal).-Ibrahim 38.

Saturday, August 14, 2010

Takziah Luqman.

Takziah sahabatku,

Ahmad Luqman Bukhari,

atas pemergian ibumu tercinta.

Allah amat lebih menyayanginya daripada kita.

****
Menghadapinya dalam suasana Ramadhan.

Dan kepulangan jauh dari perantauan untuk melepaskan seribu kerinduan.

Berat sungguh ujian ini..

Sungguh, Allah lebih, dan amat lebih mencintai ibumu.

Berapa lamalah sangat kehidupan kita di dunia ni, kan Luqman?

Ntah esok, ntahkan lusa.

Kita pula yang akan mengikuti. Berpindah dari tempat yang penuh fana ini. Ke tempat yang kekal abadi.

Tak lama. InsyaAllah, kita akan berjumpa orang yang kita cintai di sana.

Kerana, aku juga merasa perasaan yang sama.

Merindui orang yang aku cintai.

Bersabar ya Luqman,

Ibumu pergi berjumpa cinta agungnya. Yang insyaAllah, dia gembira menuju ke sana. Ke tempat yang bahagianya kekal abadi.

Beristirehat dari dunia dan kejahatannya yang selalu menyesakkan.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran yang kuat kepada dirimu sekeluarga atas ujian yang berat ini.

Aku bersamamu, man. Kami sahabatmu bersamamu.

Semoga Allah merahmati ibumu dan menempatkannnya bersama mereka yang soleh.

InsyaAllah, syurga firdaus ke atasnya.

A~min.

****

*Al fatihah*

Thursday, August 12, 2010

Perkongsian: Cerita

Picture by by =r3novatio of DeviantArt

Apa khabar? Macamna puasa? InsyaAllah ok kan? Rileks la.. Baru 2 hari.. ;) Semoga terus diganjari Allah.

Saya terasa ingin menulis. Entahlah,  cuma berkongsi sedikit cerita yang saya ada. Walaupun kecil, moga-moga Allah membalasi. Ada 3 cerita.

****

Cerita 1:

Bernafas di dalam Masjid Sultan Ahmad Shah UIA. Masjid yang sememangnya meredupkan dan menenangkan apabila di dalamnya.

Saya bersama Shafei. Seorang yang sudah menjadi suami. Ingin tahu bagaimana peribadinya.

"Ana ingat nak cari kerja, Kafa ke.."

Saya tersenyum. Semoga Allah membantunya.

"Ok juga.. Ajar mengaji memang senang sikit.."

"Tapi ana cuma risau kerja petang. Nanti bertembung dengan kerja kat sini.."

Merujuk kepada 'amal islam yang dilakukan.

Saya faham. Memang sukar dan berat tanggungjawab yang di sandang. Jawatan sebagai exco tarbiyyah dalam suatu organisasi. Dan yang lebih besar, ketua keluarga sekarang.

Saya nak tolong sandang? Mana bolehlah ~

"Enta kalau banyak kerja, mintalah kurang. InsyaAllah, mereka boleh consider.."

Saya mencadangkan kepada Shafei.

Wajahnya tenang. Walaupun tanggungjawabnya besar.

"Ana segan nak minta kurang kerja sebenarnya.."

Saya jadi pelik.

Biasalah untuk minta kurangkan kerja bila terasa beban yang ada terlalu banyak.

"Kita ni dah la kurang buat kerja untuk Islam, lepas tu nak minta kurang lagi.."

Shafei menyambung.

Saya jadi segan.

Kerja untuk islam pun kurang. Namun masih selalu mencari alasan. Saya terfikir. Terima kasih Shafei atas itu.

Bilaa mana ia dari hati, pasti ia sampai ke hati :)

****

Cerita 2:

Berjalan petang menerusi jambatan. Baru pulang dari kelas ekonomi. Memijak atas rumput hijau yang dipotong nipis.

Cafe "The Grill" itu nampak kemas tersusun. Saya jadi tertarik. Datang ke kaunter. Kek dan desert di dalam bekas kaca itu nampak mengiurkan. Seorang wanita, pekerja kedai berbaju putih datang menyambut.

Saya memegang buah Avogadro, yang saya kira tarikan di situ.

"Give me this one.."

Teringin untuk mencuba.

"Owh, it's not availabale yet.."

Kecewa pulak.

"But you can try banana, papaya, and mango.. Papaya is the best."

Pelayan lelaki di kedai tersebut mempromote sambil membuat gaya. Terhibur rasa. Saya ketawa.

"Papaya is no one, banana is no two.."

Saya pun tak ingat apa yang dikatanya. Tapi ia membuatkan saya tersenyum. Memilih-milih, kemudian saya membuat keputusan.

"Give me white coffee, cold please.."

Saya memesan.

"Ok.."

Dia hanya tersenyum. Senyumannya masih bersisa.

Pekerja tersebut mengambil cawan kertas dan menuju ke mesin air. Di atasnya tertera "Nescafe~"

Saya mengerutkan wajah.

"I dont want Nescafe.."

Saya memang tak minum Nescafe. Apatah lagi Nestle. Saya cuba untuk boikot.

"It's white coffee, Nescafe is just a brand.."

"Erm, but i dont drink Nescafe.."

Saya tak mahu.

Pekerja lelaki di situ mengambil tempat.

"How about Hot Chocolate?"

Saya melihat dia pergi ke mesin air. Tertulis "MILO"

"Erm, ok.."

Bolehlah, daripada Nescafe. Tapi saya cuba boikot. Saya jadi kecewa. Kerutan masih ada di wajah.

Saya mengambil, dan kemudian ingin berlalu pergi.

Tiba-tiba..

Tuan kedai datang mampir.

"Actually, it's not Nescafe.."

Saya jadi suka mendengar.

"Erm?"

"There is white coffee. The Nescafe is just sticker.. We dont take Nescafe. Because, you know, Nescafe give money to Israel. We also dont want to give money to Israel.."

Saya tersenyum.

Saya pun menyatakan sebenarnya saya tak mahu beli Nescafe kerana itu juga.

"But there are so many people, and from mahalah want Nescafe, so we put the sticker. When they request for Nescafe. We give the white coffee in it.."

Ya, rasanya hampir sama. Tapi tentu white coffee lebih menyegarkan.

"Thank you.. What's your name?"

Selepas tamat perbincangan yang menngembirakan, terasa ingin bertanya namanya. Terasa suka bila mana perbincangan tentang Islam ini bukan sahaja di antara usrah. Malah setiap orang merasai dalam diri. Walau di cafe yang saya kira cantik dan profesional.

"Azrail.."

Saya tersenyum. Meminta diri, dan kemudian berjalan menimati Hot Chocholate yang bukan Milo dengan gembira sekali..

****

Cerita 3:

Mendengar ceramah dari ustazah.

Kata ustazah.

"Imam Hassan Al-banna, sampaikan dakwah dan tarbiyyah dia, hingga kepada buruh yang bekerja di terusan Suez."

Saya terbayang pekerja-pekerja di Terusan Suez itu. Tergambar seorang yang kasar, berpeluh, dan penuh dengan sisa bahan binaan.

"Kalau kita, mesti nak pilih orang yang hebat-hebat je.. Memilih orang untuk ditarbiyyah.."

Saya terfikir. Memang betul. Kita terkadang terlalu memilih.

Sedangkan hati-hati yang ingin ditarbiyyah itu ada di mana-mana. Kan?

Ambil saja dari kisah sirah Rasulullah dan Ummi Makhtum.

Dan saya sememangnya amat kagum akan Imam Hassan Albanna.

Semoga Allah mengurniakan saya kekuatan.

InsyaAllah.

A~min.

****

The story telling is done already. :)

Wednesday, August 11, 2010

Luahan: Ramadhan.

Picture by ~namikpasha of DeviantArt

****

Pernah tak rasa macam yang saya rasa ni:

Dosa banyak sangat-sangat.

Tapi saya nak bertemu tuhan dalam keadaan saya redha dan saya diredhai. Beristirehat dari kejahatan dunia.
Tapi, dengan dosa saya yang terlalu amat sangat banyak.

Adakah ini yang saya akan bawa berjumpa Tuhan? Apakah balasan saya di sana nanti. Adakah saya layak untuk merasa syurga Allah?

Saya jadi takut. Dan benar-benar tak bersedia untuk ini. Untuk mati.

Saya selalu terfikir. Kan baik, jika saya dapat come out dengan diri yang baru. Just want to take my life from start. Saya nak je, biar mula dari mula-mula balik. Waktu tak ada dosa dulu. Start from the really beginning. And i'll try my best not to do the sin that i've done before.

Hehe. Kan game boleh replay balik? bila kita kalah. Atau reset something if we want to.

And i just want to "relife" myself.

And now i realize,

Allah give me,

Ramadhan.

Allah pujuk, dan Allah buka peluang.

"من صام رمضان إيمانًا واحتسابًا غُفر له ما تقدم من ذنبه"

Terus berbunga. Mendengar hadis ni terasa segar hati.

Saya baru sedar dan terasa hadis ini setelah bertahun-tahun mendengarnya. Bukankah "ma taqddama min zambih" bermaksud dosa-dosa saya yang terdahulu dihapuskan? If i'm fasting with imanan wahtisaban lah.

Gembira.

Permulaan ramadhan. Macam jika kita masuk Universiti. Baru masuk, mesti kita ada azam. Biasalah, baru masuk.

Dan sekarang baru masuk madrasah ramadhan. (Senyum). Jom kita sama-sama usaha dalamnya? Usaha sama-sama. Dan sampai nanti, kita sama-sama grade dengan jayanya. And become a new person! (Benar-benar gembira ketika ini.). Hehe.

Imanan wahtisaban tu apa?

Berpuasa dengan keimanan dan bersungguh-sungguh.

Saya nak usaha sungguh-sungguh:

Mata, tak tengok perkara-perkara yang haram. (Brother and Sister, please cover your aurah, it's not just about you. It's about us) Tengok yang lawa sikit, jeling ke. Mana ada istilah cuci mata. Haha. Cuci mata, tapi dalam masa yang sama kototrkan hati.

Telinga tak dengar benda pelik-pelik. Seronok je bila dengar cerita bila kawan terkena. ~

Mulut, try not no kutuk or pekena kawan lebih-lebih. Hehe. InsyaAllah, cuba cakap perkara yang baik je, jika tidak, senyum atau diam.

Semoga Allah bantu. InsyaAllah.

I'm trying. Help me. We help each other :)

Lailatul Qadr.

Macam ada satu malam lagenda, yang malam ni series memang ajaib. Kalau bandar, kita biasa dengar Atlantis kan? Pernah tak teringin rasa nak tengok bandar tu macam mana? Ataupun kalau binatang. Unicorn. Kuda yang ada tanduk tu.

Ataupun cerita 1001 malam ke, atau apa-apa yang menjadi lagenda dan dengarnya indah saja.

Malam al-qadr. Yang lebih baik dari seribu bulan. Dan malaikat turun pada malam itu.

Dan malam agung ini khusus bagi orang-orang menang dalam bulan ramadhan ni.

Special for the person and people that selected by Allah. Not dean's list anymore. Allah's list.

Saya nak malam itu. Saya nak sampai.

Kita baru melangkah.

Jom!

P/s: Maaf, ini cuma luahan rasa je.

Thursday, August 5, 2010

Penita: Teringat

Picture by bittersweetvenom of DeviantArt

****

"Majdi!"

Girang suaranya.

Majdi berkalih.

Rafiqah tersenyum, ikhlas.

"Awak sihat?"

Tudung lembut itu beralun.

Majdi mengangguk.

"Alhamdulillah.."

Diam.

"Lama tak jumpa kan?"

"Ye, lama juga tak jumpa awak.."

Rafiqah senyum lagi.

****

"Majdi!"

Majdi berkalih.

Terlihat si teman, tersenyum, ikhlas.

Rafiqah melambai perlahan.

Majdi mengangkat kening.

Pemilik senyum itu memang menenangkan.

"Dah nak pergi esok.."

Malam itu perang.

"Jaga diri baik-baik tau.."

"Ok!"

Senyuman itu benar-benar datang dari hati.

Menyejukkan.

****

"Abang!"

Majdi berkalih.

Sang isteri tersenyum, manis.

Keletihan seakan hilang.

"Dah makan?"

Anak-anak berlari riang.

Majdi menggeleng.

"Marilah, saya dah buatkan.."

"Ok.."

Majdi tersenyum melihat wajah itu.

Anugerah terindah yang pernah dimilikinya.

Bahagia.

****

Majdi berdiri seorang diri di dalam komuter. Suasana dalam itu kosong.

Di luar, hujan turun rintis-rintis. Petang jadi redup mendung. Majdi hanya diam. Merenung jauh jiwanya yang kekosongan.

Kosong dengan panggilan yang selama ini dia dengar.

Namun kini sudah tiada.

Hujan makin melebat.

Dalam senyumannya, mengalir perlahan air mata.

Seakan terdengar satu suara.

Seakan terasa ingin berkalih untuk melihat senyuman yang ikhlas itu lagi..

"Abang!"

****

Tuesday, July 27, 2010

Penita: Boikot

Picture by Ed. of Flickr

Tersenyum gembira, manisnya.

"Selamat datang ke Mc DonalD!"

Riang menyambut.

Senapang diangkat, mengisi peluru. Mentari yang kian suram.

Si ibu menyisir rambut,

“Adik nak makan apa?” Matanya dikecilkan. Si kecil ketawa. Bahagia.

Cahaya semakin gelap. Senapang diacu. Si askar tersengih bongkak.

"AyaaAAhhh!"

Tangisan kedengaran. Sayup di hati.

Ketawa lagi. Mc DonalD. Hari yang cerah untuk si keluarga.

Jeritan jiwa yang membingit. Tangisan yang semakin kuat.

Duit dihulur.

Membidik.

Tersenyum, "Saya beli.."

Menunggu masa.

Duit diambil, tangan menyentuh.

Peluru terus dilepaskan.

"Bang!!"

Peluru laju menuju sasaran.

"Ya, datang lagi.." Manis wajahnya.

Dan peluru itu merobek wajah si Ayah, meninggalkan si ibu seorang balu. Dan si yatim yang berteriak tiada kesudahan.

Picture by by ~DEIVIONIC of DeviantArt

Thursday, July 15, 2010

Penita: Belva

Picture by Studio Oz (hide) of Flickr

"Marginal analysis is the comparisons of marginal benefits and marginal costs, usually for decision making.."

Belva mengomel sendiri.

Memotong perlahan Kyros Wraps Mix yang terhidang. Roti pita yang menyaluti daging merah itu tampak mengiurkan.

"Huh? What's the purpose so sudden?"

Majdi mengangkat kening. Isk, apa tiba-tiba masuk bab ekonomi ni tengah makan. Haru sungguh.

Belva mengoyak senyum. Tersengih.

"Dakwah is simillar like that right? Marginal benefits yang kita akan dapat bila kita tambahkan usaha. Dan apa yang kita kena korbankan untuk itu, the Marginal costs.."

Majdi tersenyum kecil.

"That's right.."

Bau jagung manis dari Nelson's di sebelah menusuk harum ke hidung. Kelihatan di sana seorang wanita yang sibuk melayan pelanggan. Mesra sekali.

"Tapi, kadang-kadang the Marginal costs melebihi the benefits.. rugilah.."

Mencebik.

"Dakwah mana pernah rugilah, Majdi.."

Senyum lagi.

Ayat sepuluh surah As-saff berlegar di kepala. Rasa tenang. Benar. Perniagaan apa yang lebih untung dari berniaga dengan Allah? Perniagaan yang tak akan pernah rugi untuk selama-lamanya.

Majdi meluaskan pandangan ke alam yang terbentang. Uia Gombak benar-benar nampak cantik. Biru. Sebiru hati ini.

Belva merenung ke arah yang sama. Penuh harapan.

Majdi menjeling, tersenyum.

"Ya, dakwah yang indah, semoga kita tetap atasnya bersama.."

"Seindah gombak hari ini, kan?"

Majdi tersenyum nakal.

"Taklah.."

Belva menjeling.

"Habis?"

Majdi senyum manis.

"Secantik Belva dan namanya.."

Dan wajah Belva merona merah tersipu malu..

Wednesday, June 30, 2010

Once upon a time

Picture by Miriam1989 of DeviantArt

Everybody have their own childhood stories, rite?

****

Bila teringat, hati saya akan tersenyum sendiri. Cerita lama, rasanya dalam 11 tahun lepas.

Cerita tentang saya, dan Doktor Gigi.

Saya sungguh cuak bangat bila mendengar:

"Esok doktor gigi akan datang ke sekolah."

Ataupun, bila mak kata:

"Kita pi klinik gigi.."

Ya Allah, takutnya. Sudah terasa gusi saya yang akan dirobek oleh jarum tajam doktor tersebut. Kebas dan sakit!

****

Cerita ini ketika saya darjah 3. Cerita semasa saya masih bertatih di SRA Al-Irshad Kuantan.

Waktu tu masa pemeriksaan gigi. Dan giliran saya sudah sampai. Saya pun berjalan dengan penuh debaran. Seakan-akan meniti langkah yang semakin berkurangan menghampiri katil tinggi si Dentist.

Saya baring, doktor dengan sarung tangan plastiknya bersedia.

Dari pandangan mata yang menghala ke atas, saya dapat melihat tangannya yang memegang alat-alatan besi. Bersedia ke arah mulut saya. Dan..

"AAAaaaAAaaaaAaaaa!!

Saya menjerit.

"Haish! Tak buat apa-apa lagi dah menjerit?!"

Doktor tersebut marah.

Saya melihat sekeliling. Memang doktor tersebut belum berbuat apa-apa. Sentuh jarum pun belum. Saya saja yang menjerit. Saya memang selalu macamtu. Selalu menjerit sebelum doktor tak buat apa pun lagi. Huhu. Nak buat macamna.

"Err.. belum lagi ya?" Saya mengomel dalam hati. Habis orang-orang di dalam dewan tengok. Malunya.

Serius, segan!

****

Saya selalu berlagak cool sejak sekolah rendah. Ya Allah, kalau lah diorang tau tadi saya menjerit macam tu. Haish! Tak boleh-tak boleh.

Saya keluar dari dewan pemeriksaan dengan seorang muslimat. (Cehs, pelajar muslimat~ macam dah besar pula. hehe. Darjah 3 pula tu. Kecil motel lagi.)

Saya masih ingat lagi. Nama dia Hanani.

Saya toleh pada dia, saya kata.

"Jangan bagitau orang lain tau.."

Sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.

Dia hanya ketawa perlahan sambil terangguk-angguk.

Malu betul bila tau Hanani ada dalam dewan tadi. Mendengar saya menjerit walau doktor belum buat apa-apa. Sungguh terjatuh kewibawaan ini. Hahah.

Mungkin Hanani sudah lupa. InsyaAllah. Saya pun, sudah tak ingat bagaimana rupanya. But, i'm still remember your name untill now. Apapun, syukran Hanani atas itu ya :) It leave me a piece of memory that i will never forget.

****

One more thing that u should know.

Itu dulu ya, zaman ketika buku matematik masih lagi berkotak-kotak besar. Dan satu nombor masih lagi pada satu kotak. Hehe. I'm not that boy anymore. InsyaAllah, kalau jumpa Dr gigi. Tak menjerit dah, boleh sembang ramah lagi.

Erm, that's my childhood moment. Juz a slice of a childhood serenity that will make me smile bila teringat balik. Cuma terasa ingin berkongsi cerita. Nak kata kenangan manis, rasa macam bukan. Pahit, tidak juga.

I think, it's sweet sour story for me! ;)

Monday, June 28, 2010

Bersama: We share our spirit!

Picture by shellypark.files.wordpress.com

Kausar mengosok-gosok telapak tangannya. Sejuk. Gadis manis itu tersenyum. Redup dalam winter cloth berbulu tebalnya. Dia menguis-nguis salji di kaki.

Geithoorn petang itu dilitupi salju.

"You're my friend forever sis.."

Wap dingin keluar perlahan dari bibirnya. Kemudian perlahan-lahan menghilang ke udara. Nipis.

Zaty ketawa. Sekadar mengangkat kening kedua belah.

"Sakit?"

Kausar mengepal salji di tanah. Geram melihat reaksi sahabatnya.

"Tak lah, masih di jalan lurus..."

Kausar melambung-lambung bola ais di tangan.

"Jangan jadi al-mutasaqitun, dah..."

Peluru putih dilancarkan.

Zaty menahan dengan tangan. Terasa barda meresap di celah jemarinya. Dia ketawa lagi.

Daun-daun pokok Beech yang kaku seakan gembira melihat gelagat dua mujahidah itu. Sengaja membiarkan dirinya disapa angin lembut, menambahkan putik rasa suasana.

Kausar berjalan perlahan ke jambatan kecil comel yang menghubungkan dua tanah. Meluaskan mata melihat Geithoorn yang pasti satu hari meninggalkan seribu kenangan. Teratak yang tetap cantik dan menambat hati walau bukan pada musim bunga.

Muka muslimah muda yang putih itu merah menahan kesejukan. Merenung sungai kecil di hadapan. Diam sebentar.

"Kadang-kadang, kita rasa letih kan? Atas semua kerja ni. Rasa ingin berehat. Ingin menyembunyikan diri sebentar..Rasa macam, nak jadi Rapunzel pulak.."

Kausar sengih sendiri.

Zaty tersenyum.

"Rapunzel pun, tunggu orang nak selamatkan.. Tak nak duduk sorang-sorang.."

"Alah, Rapunzel tak apalah, putera raja yang selamatkan..."

"Habis, nak tunggu putera mana yang selamatkan?.."

Kausar senyum melebar. Mendongak ke langit biru.

"If one day.. I feel so futur.. and going to be that Al-mutasaqitun... What will u do..?"

Zaty tersenyum.

Merapati sahabatnya dari belakang. Memeluk Kausar erat seeratnya. Menyatukan tangan mereka bersama. Kejap.

"I'm gonna do this, i will hug u, my friend. And be with u.. Walk along together in this road to Allah.. Kausar."

Zaty membisik perlahan.

"Dan ukhuwwah ini, akan terus memadamkan rasa futur itu. Membenamkannya.. Dan mencambahkan bunga jihad yang lebih mekar di atas rasa itu tadi...Kan ukhuwwah itu cinta?.."

Kausar sebak.

"Satu niat, satu tekad, satu matlamat.." Bibirnya mengungkap ikrar ukhuwwah yang pernah dilaungkan bersama dahulu.

"We share our spirit..."

Mereka menyambung serentak. Ketawa. Mengesat air mata.

"Saya sayang sahabat saya, saya akan jaga sahabat saya.."

"Holand jadi saksi?"

"Tak, cukuplah Allah jadi saksi..."

Senyum gembira pun terukir..

Tenang.

Wednesday, June 16, 2010

Tribute buat Fatimah.


Untuk sahabatku,

Sama-sama satu universiti, satu persatuan, satu organisasi.

Namun, yang lebih amat diingati,

Sahabat satu perjuangan bersama, sahabat satu aqidah,

Tribute buat dirimu,

Fatimah Zurwanti Zulkifly.

Semoga dirimu bahagia di sana..

****

Aku masih ingat,

Dulu, dia lah yang bersama-sama berada dalam perbincangan. Ketika hendak menubuhkan pasukan khas bagi adik-adik dalam persatuan. Dia lah yang bersemangat melontarkan idea dan pendapat, agar adik-adiknya tenang dalam tarbiyyah Islam.

Yang selalu datang untuk berjumpa adik-adik walau sekejap. Walau aku tahu, dia korbankan banyak masa dan tenaga.

Walau, dirinya tak dapat apa-apa ganjaran dari mereka.

Biarlah,

Sebab dia yakin. Allah akan memberi ganjaran pahala yang amat besar. Kan Fatimah? Ustazah dah dapat di sana, kan?

****

Ntah mengapa.

Aku teringat ketika mana kami bekerja.

Dulu, dia lah yang menegur dalam meeting. Tentang ikhtilat ketika bergerak kerja. Tingkah laku dan batas antara yang beza jantina. Katanya,

"Demi menggapai redha Allah.."

Aku jadi tersenyum,

Waktu satu ketika, ketika aku menguruskan sebuah program. Semua ahli bersusah payah melakukan yang terbaik. Aku rasa seronok dan terharu.

Termasuklah Fatimah.

Walau muka dia sudah berkerut dan masam seribu. Haha.

Tapi dia tetap berusaha menjalankan amanah sebaik mungkin. Walau aku tahu penatnya sudah tak terkira. Masa juga entah semakin susah disusun ke sana sini.

Hehe. Aku jadi ketawa bila teringat ketika aku dimarah olehnya.

Gembira mempunyai ahli dan rakan sepertinya.

****

Aku benar-benar merayu pada Allah agar Allah menyembuhkan. Ketika mendapat berita dia kemalangan. Terasa berat mendengar, terasa beban hati merasa.

Mak bertanya padaku, selepas membaca statusku di Facebook.

"Kawan abang macamna?"

"Dia kemalangan mak, tengah koma.."

"Ya Allah.. Cuba lah telefon keluarganya tanya khabar dia macamna.."

"Erm.. Mak doakanlah sekali ya?"

Sehingga, Allah benar-benar memanggil Atim, kembali ke pangkuanNya.

Kan Fatimah milik Nya? Dan kita tak punya apa-apa sama sekali. Kita hanya insan yang lemah.

Ya Allah. Aku terasa sedih yang amat.

Aku menangis ketika memberitahu mak. Mak juga menangis.

"Kesian pada adik dia kan bang? Mesti sedih kehilangan kakak..."

Ini aku, seorang muslimin yang tak lah serapat mana dengan Fatimah. Yang tak lah sekenal mana.

Bagaimana dengan sahabat-sahabat muslimatnya? Yang setiap hari bergelak tawa bersama. Menggenggam janji dengan senyuman yang terukir. Pergi makan sekali. Sedih, berkongsi semua masalah. Suka duka sentiasa bersama dalam jangka waktu yang amat lama.

Bagaimana agaknya perasaan mereka?

Ya Allah..

Semoga Allah memberi antunna kesabaran yang kuat.

****

Mati itu, kita benar-benar tak tahu bila kan?

Entahkan esok, entahkan lusa..

Kita tetap akan kembali padaNya. Membawa segala bekal yang kita sudah siapkan di sini.

Berehatlah Fatimah..

Ustazah telah sampai ke tempat istirehat dari kejahatan dunia. Ustazah telah buat yang terbaik, semoga Allah balas segala kebaikan ustazah dengan Syurga dan ganjaran yang berlipat kali ganda insyaAllah.

Dan kami di sini akan terus berjuang.

Sampai waktu nanti,

Allah panggil kami pula ke sana.

*Al-Fatihah*

" Ya Allah, ampunkanlah dosa Fatimah Zurwanti binti Zulkfly, rahmatilah dia, 'afiatkanlah dia dan ampunkanlah dia. Muliakanlah tempat persinggahannya dan luaskanlah tempat masuknya.

Basuhlah dia dengan air, salji dan embun. Sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian putih daripada segala kekotoran.

Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik dan pasangannya dengan pasangan yang lebih baik.

Dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka."

Semoga Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya kepada Fatimah yang selamat pulang ke kepada Tuhannya pada 2.15 pm tadi. Dan memberi kesabaran yang menggunung tinggi kepada keluarganya.

A~min.

Tuesday, June 15, 2010

Berubahlah, diri!


Dalam damai, teratak sepi. Menjelma pertanyaan menyentap hati. Bermainlah pilu sang isteri. Membelai pipi permata suci.

"Ummi, di manakah abi?"

Bergetarlah bibir mencari. Perlukah ku kisahkan, apa yang terjadi? Pada si kecil yang ingin mengerti.

"Sayang Abi, kekasih Ummi, pergi mencari cinta ilahi..."

****

Israel, kamu silap! Seandainya kamu rasa umat islam lemah, dan boleh ditindas sesuka hati. Kami, kamilah pemuda yang akan kembali menjadi Sayyidina Umar membuka kota Baitul Maqdis! Kami lah Salahuddin Al-Ayyubi yang akan meragut jantung kekejaman kamu. Merobek nista yang kamu tanam. Menghancurkan onar yang kamu cambahkan.

Kami sedang bersiap, membawa Islam yang akan mengembalikan senyuman manusia kembali.

Ingat Khaibar wahai Yahudi!

Kami, tentera Muhammad telah datang!

****

Palestin bukan sekali dua diserang. Bukan kadang-kadang maruah telah diperkosa. Bukan kadang-kala kehormatan diinjak-injak. Serangan pencabulan Frotilla keamanan. Itu bukan yang pertama!

Lalu, sampai bila kita perlu terleka. Seronok dan hanyut?

9 April 1948

Pemunuhan kejam militan Yahudi oleh kumpulan Hajnah dan Argun. Mereka membunuh dengan rakus 250 orang Islam di Dir Yasin, yang 100 orang darinya wanita diserang.

Penduduk yang masih hidup pula, diangkut dengan trak di hadapan penduduk Yahudi untuk dilontarkan dengan batu.

14 Mei 1948

50 orang umat Islam di Kampung Abu Syasyah dibunuh dengan kejam.

Sebahagian ditembak dengan senjata api. Sebahagian dikapak kepala mereka.

29 Oktober 1948

Pembunuhan di luar rangka sifat manusia. Tentera Israel menyuruh penduduk 'Albiyyun berkumpul di kawasan lapang.

Sesudah berkumpul,

Penduduk di tembak dari semua arah.

****

Apa tindakan kamu?

Setelah habis carik bendera Israel di koyak. Penat suara marah melaungkan amarah. Apa perubahan pada diri kamu? Diri kita.

Bertambahkah helaian al-quran dalam hari-harimu?

Lalu, adakah akhlaq kamu kian baik dalam menuju muslim yang sejati? Telah dibuang hancur sikap mazmumah?

Hurm, macamna dengan ilmu? Banyakkah buku yang telah ditelaah?

Atau...

Memang Salahudin Al-Ayyubi dulu juga sikapnya sama macam kita sekarang, ketika membuka kota Palestin dulu. Kan?Kalau tidakpun, kita dengan sikap dan perangai begini lah yang akan memimpin ummah, dan menyelamatkan Palestin dari cengkaman Zionis.

Masih dengan lalai drama melayu yang tiada batas.

Akademi Fantasia yang memang penuh dengan Fantasi.

Seronok dengan masa lapang yang penuh nikmat. Membuang masa tanpa sebarang perkara yang berfaedah.

Sibuk, sibuk sangat dengan perasaan yang selalu haru tak menentu. Melayan 'teman' di sana. Atau masih berpusing-pusing dengan hati yang selalu terasa pada rakan-rakan seperjuangan. Sensitif yang amat.

Sama, dan tak berubah.

****

28 Oktober 1956

Tarikh ini, Ariel Sharon dan 19 orang tentera Yahudi menunjukkan kejahatan yang amat dahsyat kepada Kufru Qasim.

Rejim Israel mengisytiharkan perintah berkurung bermula jam 6.00 petang. Para petani keluar ke tempat kerja masing-masing dan bercadang pulang lebih awal bagi mengelak melanggar peraturan.

Tetapi,

Pada jam 4.45 petang. (Ketika petani-petani masih berada di ladang mereka), pihak rejim mengisytiharkan pula perintah berkurung bermula jam 5.00 petang.

Apabila petani pulang pada jam 5.30-5.45, dua orang pegawai bersama 19 orang tentera Israel sudah bersedia di jalan masuk kampung berkenaan dan mereka terus melepaskan tembakan ke arah petani.

Mereka yang berhati syaitan membunuh.
57 terbunuh, seorang adalah kanak-kanak, dan 17 adalah wanita. 27 cedera.

16 September 1982

Seandainya ada perkataan yang lebih teruk dari 'kejam'. Maka itulah yang berlaku di Sabra dan Syatilla.

3 hari berturut-turut tentera Israel pimpinan Ariel Sharon membunuh lebih 3000 orang Islam termasuk kanak-kanak dan wanita. Ada yang ditembak, ada yang dipancung kepala.

Bagi mengaburi mata masyarakat antabangsa, mahkamah tentera telah membicarakan kes ini. Dan mereke yang didapati bersalah didenda sebanyak,

14 sen (USD) sahaja.

19 tahun kemudian (2001). Ketua pengganas dalam tragedi ini, Ariel Sharon menjadi Perdana Menteri Israel.

****

Ayuh sahabat, kita tingkatkan diri.

Bukankah mati itu pasti? Sangat pasti. Cuma sama ada kita mati kerana kemalangan, kerana sakit. Ataupun kerana pergaduhan, kerana terhentinya nafas.

Tidak ada yang boleh berubah. Kita menuju ke arah masa kematian kita. Walaupun kamu tak mahu.

Seandainya cara kematian itu boleh dipilih, saya mahu dan lebih suka memilih syahid di jalan Allah!

InsyaAllah.

****

Tinggalkan sekejap.

Tinggalkan sebentar semua yang mengganggu. Yang mengusik ketika kita dalam perjalanan menuju Allah.

Lawan nafsu, lawan sampai ke akhirnya.

Bayangkan,

Semasa satu dunia sedang sibuk berperang. Dan tentera Islam sedang dalam barisan yang teratur dan rapi bersedia menggempur musuh. Kita masih lagi terkial-kial. Mencari kekuatan iman. Atau pun kelam kabut bangun dalam keadaan yang terpinga-pinga mencari kedudukan ketika lalai di belakang. Sedangkan semua sudah berada di depan mempertahankan Islam.

Tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Lalu, ditinggalkan begitu.

Kita tak mahu begitu.

Ayuh bangkit!

Melakar diri.

Bila lihat Palestin diserang. Ibu-ibu dirogol dengan ketawanya jahat hati mereka. Dan anak-anak dan adik-adik yang berlubang perut dirobek senjata.

Bila lihat, kita bina jadual ibadah kita. Kita ikut, agar terus menjadi mukmin yang kuat.
Bila baca dan benci, Kita tambahkan ilmu-ilmu kita. Agar kita mampu melawan mereka.

Takbir! Allahuakbar.

Bila dengar, rasa dan marah. Kita lawan nafsu. Perasaan leka dan selesa yang membuai kita sekarang.

Kadang-kadang kita rasa sukar untuk boikot. Susah sangat. Tak mengapa, kita cuba. Selagi mana yang mampu. Selagi ada yang terdaya. Walaupun sikit. Kan masih banyak pilihan?

Tambahkan ilmu kita dengan kitab-kitab sirah nubuwwah. Buku-buku Palestin. Serta kitab-kitab haraki. Moga hati kita senantiasa tetap dan berkobar dalam jihad.

Teruskan, banyakkan membaca al-quran. Teruskan, tingkatkan iman setinggi-tingginya. Kita lah, kita yang akan maju sebagai pemuda yang akan menjulan tinggi panji Islam!

****

Al-muddaththir.

Wahai orang yang berselimut!

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

(1-7)

****

"Tidurlah sayang.."

Dodoikan bersama zikir mendamaikan.

"Bangunmu esok... Menjadi pejuang, mujahid sepanjang zaman...."

Tuesday, June 8, 2010

Keinginan kita.

Picture by Flickr

"Apa la adik ni, minta x best lansung. Belon je. Minta la patung power rangers ke.. Ultraman ke. Best sikit"
komen seorang abang berumur 7 tahun kepada adiknya..

Perli seorang kakak darjah 6 kepada adik saudaranya 7 tahun.
"Haha. lain kali minta la mak belikan digimon.. Power ranger ni untuk budak-budak ja.."

Sekolah menengah kepada sekolah rendah.
"Alahai. memang sekolah rendah betul lah diorang ni.. minta permainan. Baik dapat baju baru atau jam baru.. kan lebih baik?"

Seorang di universiti teringat masa lalu.
"Aku ingat lagi time sekolah menengah.. budak-budak lagi rupanya.. minta baju la.. apa la.. sekarang ni kalau dapat hanphone baru.. best nie.. laptop ke?"

Dah kerja.
"Dulu aku kecik-kecik mcmtu la.. nak macam2.. dapat kereta baru dan rumah mewah ni.. alhamdulillah".. katanya sambil tersenyum..

Dari jauh, dari hijab..
Dari indahnya yang Allah janjikan..
Bergembira ahli syurga., bersama sutera dan permata. Tiada sedih dan tiada bimbang. Sentiasa gembira.

"Wahai ahli dunia, seandainya kamu mengetahui apa yang kami rasakan.. pasti kamu melupakan semua...seperti seorang yang memandang rendah kehendaknya anak kecil.."

:) Semoga Allah sentiasa menganugerahkan kita dengan hidayahnya. A~min.

Picture by Flickr

Friday, May 21, 2010

cerpen: Terusir

~Picture by Google~

"Pembersihan Etnik"

Itu yang aku dengar. Dari suara-suara yang menyampaikan. Aku tak tahu Etnik yang mana. Melayu, ataupun Islam. Yang aku tahu:

Kami, akan dibersihkan. Dibersihkan maksudnya dihapuskan. Dan dihapuskan hanya ada satu maksud,

Mati.

Daerah-daerah lain aku dengar sudah tiada. Hancur dek bom api yang memakan segala. Aku dengar, menara K.l hanya tinggal nama. Sejauh mana kebenarannya, aku tidak tahu.

Sekarang semua diarahkan berkurung. Berdiam diri. Ntah sampai bila.

Keadaan jadi darurat. Malaysia sekarang benar-benar sunyi.

Aku tak tahu sejauh mana kami telah diceroboh. Malam-malam, dapat jelas kedengaran bunyi tembakan dan letupan. Apapun, wilayah kami masih lagi selamat. Selamat untuk hari ini, esok... Aku tidak tahu. Dan kami terus meniti waktu.

Aku pejam mata. Berpeluh.Terbayang peristiwa 3 hari lepas. Sewaktu aku berjalan menyorokkan diri di bandar. Aku lihat sendiri kerakusan tentera laknat itu.

"Tolongg...tolong.."

Seorang wanita mengandung merayu meminta tolong. Bulat perutnya. Dia terseret di jalan. Dengan pakaiannya koyak rabak, menampakkan separuh badan. Air matanya berjejeran. Dia disepak-sepak. Ditendang-tendang oleh mereka yang beruniform hijau itu. Mereka sekadar ketawa.

Dan aku lihat, dengan mata sendiri. Seorang askar mengeluarkan pisau belati. Dengan giginya yang menyeringai.

"Zapp!"

Dia membelah perut wanita itu hidup-hidup. Merobek, kemudian mengeluarkan janin di dalamnya.
Wanita itu tergeletak sesaat. Matanya terbeliak. Sebelum perlahan-lahan matanya tertutup rapat.

Aku membuka mata perlahan. Benar-benar tak mampu untuk membayangi peristiwa itu sekali lagi. Tangan aku bergetar. Tak tahu bergetar kerana terlalu takut ataupun geram.

Dan sekarang kami di sini. Takut. Gementar. Resah. Itu rasa yang sebenarnya ada pada hati setiap orang di taman ini. Takut-takut bila Israel itu akan datang meragut keamanan kami.

****

"Bamm!"

Bunyi tembakan memecahkan kesunyian petang. Hati aku jadi cuak. Dari celah ruang tingkap, ternampak trak askar berjalan dengan penuh manusia anjing di dalamnya. Bunyi tayar menderu. Mereka menembak rambang.

Bunyi tingkap pecah. Askar yang kejam!

"Mak, ayah, adik! Cari tempat persembunyian! Cepat!"

Aku kelam kabut. Cuba sedaya upaya menyelamatkan diri dan keluarga. Tak sampai berapa saat. Pintu rumah kami ditendang. Pecah. Endor Blaster Rifle diangkat. Ditujukan ke arah kami.

Masuk 3 orang askar. Berjalan angkuh.

"Where is Su'aidi?!!" Kasar seorang dari mereka bertanya.

Di bajunya tertera nama. "George". Angkuh. Aku sudah mengepalkan penumbuk. Kurang ajar! Masuk tanpa izin, berlagak macam tuan rumah!

"There is no Su'aidi here! Get out from this house..!" Ayah menghalau.

"Heh.."

George tersengih, menurunkan riflenya. Mengeluarkan pisau belati.

"You, shit!" Pisau ditujukan laju dari tangan kanan. Terus perut ayah..

Ayah hanya berdiri diam. Menunggu serangan. Menampan keras dengan tangan kiri. Terus, laju memberi tumbukan ke perut George. George terduduk. Ayah ingin meneruskan serangan. Ingin memberi hentakan lutut ke muka apabila langkahnya terhenti.

Kepalanya diacu tepat senjata oleh rakan George. Terasa sejuk di kepala.

"Abang..! " Mak meluru.

George merentap tudung labuh mak. Mak tertarik. Jatuh ke bawah. George bangun.

"Hey, you!" Memegang kepala ayah. Menghantak keras dengan topi tenteranya.

Ayah terduduk. Darah mengalir. Melihat darah ayah membuatkan darah aku rasa ngilu. Bulu roma meremang. Celaka! Amarah aku pula kian memuncak. Menuju laju ingin menyerang.

"Berhenti Wan!.."

Langkah aku terhenti. Melihat mata mak. Mata mak sayu. Aku tahu dia tak mahu anaknya mati di depan matanya. George memegang baju belakang aku. Menarik tinggi. Menhempas ke luar pintu.

"All of You! Get out from this house! Or i will kill you!" George menyeringai. Menendang punggung aku ke luar pintu. Aku tersembam ke tanah.

Kami keluar. Adik aku berada di bawah meja tadi. Melihat kami bergaduh. Melihat ayah dihentak. Melihat mak direntap. Dia keluar menangis memeluk mak.

Aku lihat ramai yang sudah keluar. Jiran-jiran berkumpul. Mereka duduk bercangkung. Tangan diletakkan di atas kepala. Aku lihat ada mayat jiran aku di hujung. Matanya lebam. Bajunya penuh darah. Mesti dia memberontak tadi. Aku mendengus.

"I think you should tell me! Where Su'aidi now?!"

"Or.. all of u gonna die!" George mengancam. Melaungkan suara sekuat hati.

Aku pernah dengar nama Su'aidi. Dia adalah mujahid yang mengetuai perjuangan menentang Israel semenjak mereka masuk. Gerakan tersembunyi. Tapi dia memang tiada di sini.

"Please, let us go.. Su'aidi is not here.." Seorang penduduk merayu.

"Don't make me fool, rubbish!"

George hanya memandang sinis. Berjalan melihat setiap orang di situ. Tiba-tiba dia terhenti. Melihat ke arah Kak Sarah. Memandang penuh nafsu.

Muka Kak Sarah memucat.

Tersenyum. Dia memegang pipi Kak Sarah.

"You are so beautiful.. I will let all of you go if i get this girl.."

Nafsunya memuncak. Menjelir-jelir ghairah.

****

Ingatan aku terimbas pada 8 tahun lepas.

"Wan, kenapa sedih je ni.."

Aku mendongak. Owh, Kak Sarah.

"Kenapa apa yang Wan buat, selalu tak jadi? Selalu tak dapat ya kak?" Aku bermasam muka. Menyembunyikan tangisan sebenarnya.

Kak Sarah tersenyum.

"Itu tandanya Allah nak uji Wan.. Allah sayang Wan.."

"Allah sayang Wan?"

"Ya, Allah sayang Wan. Cuma Wan kena bersabar... Setiap perkara pasti ada hikmahnya"

Kak Sarah. Anak solehah kepada Pak Rahim ini manis orangnya. Bertudung labuh dan sentiasa tersenyum. Jubahnya yang beralun tika angin meyisir selalu melembutkan. Menyejukkan mata, menenangkan hati. Akhlaknya indah. Penyayang malah. Aku amat kagum padanya.

Dia jiran aku. Hanya sebelah rumah. Muslimah yang 7 tahun lebih berusia dariku. Hanya dengan aku, jirannya yang sudah dianggap adik sahaja dia bermesra dengan yang bukan muhrim.

"Wan nanti nak masuk Uia lah.."

"Erm? Kenapa Wan nak masuk Uia?"

"Wan nak jadi baik dan taat agama macam akak.. Wan nak jadi soleh juga"

Kak Sarah ketawa kecil. Comel.

"Wan tak perlu untuk masuk Uia untuk jadi soleh.."

"Maksud akak?"

"Letakkan Allah di hati Wan. InsyaAllah, kat mana Wan ada. Wan tetap akan jadi soleh."

Kak Sarah meletakkankan tangan di dadanya.

Wahai jiwa yang lembut. Semoga dirimu bahagia selalu. Aku selalu bercita-cita. Bila aku dewasa nanti, aku ingin mencari isteri seperti Kak Sarah. Punyai hati yang bening, mampu mengheningkan hati yang lain.

"Akak. bila kita akan dapat nikmat sabar tu ya?"

Kak Sarah menjeling.

"Berapa lama Wan dah tunggu?

"Lama.."

Kak Sarah menghadiahkan senyum nipis segaris.

"InsyaAllah, Wan akan dapat.. Kalau tak kat dunia. Pasti akan dapat di syurga nanti Wan. Bersabarlah ya.. Kerana sabar itu....."

"Kerana sabar itu?"

Kak Sarah senyum bergula.

"Kerana sabar itu cantik."

****

"You are so beautiful.. I will let all of you go if i get this girl.." George merenung wajah Kak Sarah.

Nafsu George memuncak. Menjelir-jelir ghairah.

"Jangan kau sentuh dia, syaitan!" Pak Rahim meningkah tangan George.

"Sarah, lari cepat!"

Sarah terketar-ketar. Berpaling. Ditangkap oleh rakan-rakan George. Mereka ketawa. Sarah mula mengalirkan air mata dalam takut.

"Jangan kau kacau anak aku!" Pak Rahim hilang kawalan. Terus menumbuk muka George. George mengelak sikit.

"Old Shit!"

Hulu senjata diangkat. Terus ditujah ke muka Pak Rahim. Pak Rahim terus jatuh tersungkur. Tersembam mulut menyentuh tanah. Kasar.

Kami kaget. Darah mula keluar dari mulut Pak Rahim.

"Ayahhhh!"

Melihat keadaan ayahnya, Rahman terus meluru laju. Wajahnya menggila menonton kakak dan ayahnya diperlakukan begitu.

"Heh.."

"Bang!"

Rahman terduduk. Melutut. Dia memegang perut. Terasa pandangan jadi kabur. Dia tersenyum. Tangannya terasa mengalir cecair hangat, darah. Merah. Peluru menembusi perutnya tadi.

Dia tersenyum lagi.

"Selamat tinggal... kak.."

Rahman rebah ke tanah.

"Rahmaaannn...!" Kak Sarah menjerit. Menangis.

Darah aku memuncak. Aku hilang kawalan.

"Yahudi celaka!"

Aku menerjah ke hadapan. Orang-orang di sekeliling aku menahan.

"Lepaskan aku!"

"If you still love that boy, take care of him carefully!" Seorang askar sinis menunjukkan senjata tepat ke dahi aku. Aku mendengus. Merenung tajam dalam pelukan orang ramai.

George memandang mayat Rahman hanya dengan hujung mata. Dia ketawa.

“No one will disturb me now..” George melonggarkan ikatan tali pinggang dan seluar askarnya. Tersenyum ghairah memandang Kak Sarah yang menangis menggigil.

Dia memegang kedua-dua lengan Kak Sarah. Menolaknya ke dalam rumah. Rakan-rakan George beberapa orang turut ikut sama. Yang lain, terus mengacukan senjata kepada kami. Memandang kami seakan kami ini haiwan belaan. George dan rakan-rakannya di pintu ketawa galak. Menutup pintu.

Dari luar, jelas kedengaran gelak tawa mereka. Bunyi koyakan baju. Bunyi jeritan Kak Sarah. Raungan kecil seperti sedang melawan. Kemudian menjadi bunyi deraman, seakan-akan mulutnya ditutup. Bunyi menahan kesakitan. Mengerang. Kemudian menjadi sunyi, sebelum perlahan terdengar esak tangis Kak Sarah.Tangisan sayu yang berpanjangan.

Tangisan sayu yang lama. Tangisan seorang wanita yang baru dirampas kehormatannya.

Sunyi.

George keluar. Membetulkan tali pinggangnya di muka pintu. Dia menjelirkan lidah, mengusap bibir dengannya. Seakan baru menikmati sebuah hidangan yang lazat.

"What a really tasty woman. She is still virgin. How lucky am i.. Hahaha" George ketawa terbahak-bahak.

Darah aku naik memuncak laju. Kepala aku seakan jadi ringan. 'Akal seperti sudah hilang arah panduan. Perkataan 'tasty' dan 'virgin' dari mulut Garry seakan-akan bara yang memuntahkan lava untuk aku.

"Letakkan Allah di hati Wan. InsyaAllah, kat mana Wan ada. Wan tetap akan jadi soleh."

Kak Sarah.

Wajah Kak Sarah yang redup, seakan jadi bayangan di mata. Aku mencapai pisau yang aku simpan. Menggila. Berlari sekuat hati menuju ke arah George dengan satu jeritan panjang.

Yang aku ingat,

Aku hanya nampak senyuman George. Dan hulu senapang yang kian membesar di mataku.

Sebelum segala-galanya menjadi gelap.

****

Langit gelap.

"Abang, sampai bila kita akan macam ni ya?" Tanya Karim, adikku. Dalam pelatnya yang masih berusia 8 tahun. Mengesat peluh dalam terik yang membahang panasnya.

Dia meneliti di celah-celah runtuhan rumah kami. Mencari-cari jika seandainya masih ada barang yang digunakan.

Aku duduk. Mengikat barang-barang ke dalam kain pelikat yang akan kami bawa. Berdiri, merenung langit Malaysia.

Lapang.

Sudah tiada lagi bangunan pencakar langit yang dimegahkan. Sudah tiada lagi keagungan yang dibangga-banggakan.

Rumah kami, bukan rumah kami lagi. Tempat kami, bukan tempat kami lagi. Negara kami, kami dibuang darinya.

"Tak ada orang yang nak selamatkan kita ke bang? Tak ada orang yang nak datang bantu kita ke? Kan banyak orang Islam kat luar?"

Aku merenung dalam. Dulu, ketika kami selamat. Semua leka. Seronok dibuai mimpi manis. Berpesta siang malam. Seronok. Halal haram, ntah dicampak ke mana. Bercampur segala. Berleluasa semua. Maksiat tak perlu dicari. Buka mata sahaja sudah boleh nampak. Tutup mata juga boleh dengar. Judi, apatah lagi, sudah terang-terangan dihalalkan kerajaan ketika itu.

Adakah ini bala Allah untuk kami?

"Ntah lah dik.Negara Islam.Hurm.. Mungkin mereka masih seronok di sana lagi.. Ada orang ke yang nak ingat kita di sini?.." Mengeluh mungkin. Memikirkan pemimpin-pemimpin Islam yang tidak habis-habis berunding.

Tiada penyelesaian.

Aku mengangkat barang. Menuju ke barisan yang sedang beratur panjang di jalanan. Jalan yang sangat panjang. Satu perjalanan, yang sudah tidak pasti arah tujuan

Ada yang mendukung anak kecil. Ada ibu tua yang mengangkut barangan. Ada wanita-wanita mengandung yang membusung perutnya, tetap tegar berjalan mengangkat barangan.

Aku membimbing adikku. Berjalan menyusuri tanah. Tanah yang penuh mayat-mayat yang bergelimpangan.

Memulakan perjalanan yang aku tidak tahu, bila hujungnya. Mencari rumah dan kediamanan yang tiada. Perlindungan yang tiada disua.

Masa depan yang mendung.

****

Nadwan terbangun. Berpeluh-peluh. Bajunya basah, lencun dipenuhi keringat. Nafas tercungap-cungap.

"Ko kenapa Wan?"

Memandang-mandang sekeliling. Masih tidak percaya.

"Aku.. aku mimpi... Negara kita dijajah.. Negara kita diserang.. Mayat bergelimpangan.." Nafasnya masih turun naik.

Masih menoleh memandang keadaan sekeliling.

"Aku.. takut. Tak ada orang tolong kita.. Aku nampak mayat bergelimpangan.. Kita.. Terusir dari negara kita sendiri.." Nadwan hampir menangis.

Rahman menunduk. Dia menangis.

"Wan, memang kejadian tu pernah berlaku.. Pada saudara kita..Cuma kita selalu tak sedar.."

"Pernah berlaku?..."

"Nakba. Peristiwa Nakba. Pengusiran rakyat Palsetin dari kediaman mereka... Saudara kita terusir Nadwan.."

Nadwan menunduk. Sebak. Membayangkan dirinya menjadi saudara di Palestin. Dibunuh, dirogol, dihina.

Terusir..


Tamat

****

Adakah kamu tahu?

Peristiwa Nakba jauh. Sudah terlalu lama dianyam masa. Rasanya sudah menjadi ketupat rentung di benak pemikiran kita. Baru menyambut 'mesra' ulang tahun hari lahirnya yang ke 60. Malah lebih tua lagi.

"Nakba? Apa tu? Movie baru kat wayang ke? Ada softcopy?"

Mungkin ada yang bertanya begitu. Ya, memang movie baru pun. baru keluar di wayang ~

Begitu juga peristiwa Shabra dan Shatilla. Seandainya kamu tahu, Alhamdulillah. Moga Allah membantu meningkatkan iman kita atas itu. Jika tak tahu, tak mengapa juga. Cuma kena ambil tahu dari sekarang.

Pergi ke google. Dan taip.

"Peristiwa Nakba"

Pastikan tahu ya.

Sepupu yang dibunuh.

Kita ada seorang sepupu kita. Sepupu dekat. Yang kita kenal. Cuma rumahnya jauh sikit dari rumah kita. Suatu hari kita baru tahu. Di rumahnya berlaku peristiwa kejam.

Keluarganya dibunuh. Dan dia dihalau dari rumahnya. Anak-anaknya menderita.

Tapi rupanya sudah lama kejadian ngeri tu berlaku. Dah 3 tahun lamanya. Kita baru tahu.

Teruk tak kita sebagai seorang sepupu? Sebagai seorang saudara?



Ambil tahu.

"من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منهم"

"Siapa yang tak mengambil berat tentang urusan kaum muslimin, maka deia bukanlah dari kalangan mereka"-hadis

Rasai derita mereka yang kian meresap. Jiwai perasaan mereka yang hangat. Selami laut hati mereka yang sememangnya memerlukan bantuan dan perhatian.

Lebih dari hati kita yang selalunya mengharapkan perhatian yang fana. Fatamorgana. Dan ditipu warna-warna yang selalunya menyesatkan.

Ayah mereka disembelih. Pejam mata, bayangkan itu ayah kamu.

Ibu dan kakak mereka dirogol. Pejam mata, bayangkan itu ibu dan kakak kamu.

Dan rumah mereka, dihancurkan. Bayangkan, itu rumah yang kamu tinggal selama ni.



Bantu.

Bantu mereka, sedaya mampu. Banyak. Ada Haluan palestin. Ada program lifeline for Gaza. Atau mungkin, kamu tulis artikel-artikel tentang Palestin. Sampaikan kepada yang tak tahu. Semoga mereka membantu pula.

Jika kamu hanya ada satu sen, sumbangkan.

Jika hanya mampu menulis, walaupun satu ayat.

Jika hanya mampu menyanyi, lagukan.

Jika hanya mampu berkata-kata, alhamdulillah. Itu lebih baik.

Semoga kata-kata itu berangkaian.

Semoga ianya menjadi saksi bagi kita. Di hadapan Allah nanti. Di hadapan Rabbul Jalil.


Seandainya tak mahu bantu, jangan membatu.

Saya cukup tak suka bila orang kata.

"Alah, tak payah boikot2.. Bukan jadi apa pun.."

"Buat apa berdemonstrasi.. Bukan diorang dengar pun.. Buat habis suara je.."

Tahu tak? Banyak hati dan jiwa yang boikot. Rela menahan nafsu, menyebabkan mereka rugi. Rugi besar. Contohnya pada kes Sweden. Hal yang sama pada Israel.

Kamu kaji? Bila mana mesir menyekat laluan bantuan ke Gaza. Satu dunia berdemonstrasi. Desakan-demi desakan di setiap tempat. Hingga akhirnya, mesir tunduk akur. Membuka laluan walau terpaksa.

Bukan kamu yang menderita. Bukan kamu yang disiksa. Jika kamu tak mahu membantu, khair saja. Diam. Tapi jangan membatu. Jangan pula membaling batu.


Ayuh! Bangkit kan semangat!

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.

(Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat Injil dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?

Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." -At-Taubah ayat 111.

Allah membeli jiwa kamu. Ayuh, bangkitkan semangat jihad. Biar Allah redha dengan kita. Pasti, seandainya ada Salahudin Al-Ayyubi yang kedua. Kita lah orang itu, yang akan bangkit membela Palestin!

Takbir!


Tengok video ni. Tanamkan Azam, pasangkan tekad!