Followers

Letakkan link blog anda =)

Sunday, February 20, 2011

Perkongsian: Art as Therapy: Setitis warna, seribu makna.

~Her_Flower_by_kittynn of DeviantArt~

****

"Art therapy is a form of expressive therapy that uses art materials, such as paints, chalk and markers. Art therapy combines traditional psychotherapeutic theories and techniques with an understanding of the psychological aspects of the creative process, especially the affective properties of the different art materials."

Ambil warna, conteng-conteng. Menjadi aliran warna pelangi yang menitis basah. Kertas putih, nampak jadi mengiurkan. Itu seni.

Tarik nafas, hirup dalam-dalam. Dada rasa lapang sangat. Bibir basah, tersenyum sorang-sorang. Ini terapi.

Bagaimana ya, bila seni digunakan sebagai terapi?

Itulah yang menarik lirik mata saya, saat melintas di booth "Art as Theraphy".

Saya ingin mencuba, pasti menyenangkan.

****

Cantik kan? Cehs~

"It's mean, you are waiting for someone..Right?"

Madam Fairuz tersenyum. Senyumannya bermakna. Yang lain sudah tersenyum-senyum kecil.

"Maybe, madam.."

Terasa segan. Saya hanya membalas ringkas, saat saya 'terpaksa' membentangkan lukisan saya di hadapan.

Slot kedua, semua diminta pejamkan mata. Bayangkan, kamu berada di sebuah kawasan yang paling kamu suka, yang paling kamu impikan. Walau tak pernah hadir. Dan kamu, adalah sebatang pokok di situ, apa yang kamu rasakan?

Saya ambil crayon, saya coretkan.

Ada topi pantai yang terdiam di tanah, ada pokok yang sentiasa menunggu di hujung. Dan warna peach yang sentiasa memberi rasa kepada saya.

Dan itu yang Madam Fairuz simpulkan dari sebuah lukisan yang saya berikan tajuk:

 "Memory.."

~A moment to remember~

****

~Selepas di edit. Hehe~

Apa yang kamu faham dengan lukisan ni?

"Who is the person?"

Kedengaran satu soalan. Yang lain tersengih.

"Secret.."

Saya tersenyum  kecil menjawab, sebelum disambut oleh deruan suara lain yang seakan mengusik. Dan sebelum saya terperasan bahawa pemilik senyuman itu duduk di hujung, bersama senyumannya. Jika tidak, pasti saya sudah mengatakan:

"It's secret, but she is someone inside here, find it yourselves.."

"And the clue is, the colours.."

Peach yang mencerahkan, dan hati saya juga cerah.

The Memory-Tajuk yang saya berikan.

Topi pantai yang menggambarkan suasana yang berubah. Dulu, sehingga sekarang. Mungkin sekarang saya ada di sini, mungkin sekarang kamu ada di sini. One day, mungkin kita dah tiada di sini. But the tree is still there. Menjadi saksi semua kenangan kita..

****

Bersungguh bercerita tentang lukisan sendiri. Bajet cantik kot. Hehe.

~Entah apa yang disegankan~


Owh, ada secret admire rupanya tengah ambil gambar.. Haha ~

****

Biarkan perasaan dan tekanan kamu mengalir dari hati, terus ke karya dan kertas lukisan kamu. Biarkan ia bebas terbang.

"Kamu tidak semestinya pandai melukis.."

Ya, tidak semestinya mesti pandai melukis.

Kamu juga boleh mencuba.

Slot pertama, setiap orang dikehendaki menconteng apa sahaja yang dia rasa. Whatever. Apa-apa saja. Memang saya conteng. Rasanya, jika bertanding dengan budak tadika, mestilah saya menang, menang tipis. Haha.

Slot kedua seperti ceritakan di atas. Agak menarik, kerana kita bayangkan kita berada di tempat yang kita suka. Mungkin Ladang gandum di utara amerika. Or maybe a place with full of Rose. Atau di tepi pantai yang kita sedang berkelah. Menarik kan?

Slot ketiga, pejamkan mata. Bayangkan kita bertemu dengan diri kita satu lagi. Bagaimana keadaannya. Dan dia memberikan kita segala perasaan yang kita ada. Tekanan. Marah. Benci. Dan genggam semua perasaan tu di tangan kita. Rasakan segala masalah itu. Beratkah, menghimpitkah?

Buka mata, dan mulalah melakar..

Saya bayangkan, saya yang seorang itu sedang tersenyum..

Thank You Madam Fairuz for the great knowledge.. :)

****

Dalam sebuah hadith riwayat at-Thabroni menyatakan, mafhumnya,

"Daripada Ibnu Abas sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah selepas perkara fardhu (wajib) ialah membawa kegembiraan kepada seseorang muslim."

Dan slot terakhir, lukiskan apa yang kamu rasa selepas semua ini. Saya ada 4 lukisan semuanya, saya tunjukkan satu. Kerana yang lain 'terlalu' mahal, dan 'terlalu' lawa. Kalau nak, belilah. Haha. Mahal kot.

Saya tak sangka, saya ada bakat melukis rupanya. Cantik kan? Kalau jawab cantik, maka kamu jujur. Jika jawab tak, maka kamu jeles. Haha.

Saya bukanlah seorang ahli motivasi yang baik. Bukan juga penceria yang mampu membahagiakan hati semua orang.

Cuma, saya kongsikan bersama Art as Therapy yang saya dapat ini untuk semua. Moga-moga, ia membantu kamu. Moga-moga, ia mengurangkan tekanan kamu. Moga-moga, Allah memberi kamu secebis kegembiraan dan ketenangan dengan itu, dan saya akan turut gembira.

Ambil pensel, capai krayon, lukiskan apa yang kamu rasa.

:)

Thursday, February 10, 2011

A beautiful deal.

~Baby Sister by *solagratia of DeviantArt~

****

Saya taip laju-laju. Ayat tak berbunga dan tak ada bunga. Entah berselerak di mana-mana. Sebab saya nak tulis juga.  Saya nak cerita, dengar ya? :)

Cerita 1

Makan di cafe Hs. Duduk di meja oren berwajah petak dan berkerusi bulat. Sepasang couple di meja sebelah nampak serasi. Saya bahagia melihat mereka. Kedua-duanya nampak baik. Dan saya rasa, panggilan untuk mereka semestinya pakcik dan makcik. Ya, mungkin sebuah couple yang patut dijadikan contoh.

Ayam masak merah. Dan air yoghurt oren.

Berselera sungguh saya makan.

Mungkin sudah selesai, pakcik dan makcik tadi bangkit untuk beredar. Saya pun mengekori, tapi hanya dengan pandangan mata.

Tiba-tiba, makcik tadi berhenti. Mengambil sesuatu. Menghulurkan rm1 kepada saya.

Saya terkejut.

"Ambil lah, sedekah. Rm1 je.." Ikhlas wajah makcik tersebut.

Nasib baik tidak tersedak nasi.

"Terima kasih makcik.. terima kasih..."

Jawab saya terharu tiba-tiba.

Terfikir, isk, kenapa tiba-tba je bagi saya Rm1? Adakah wajah saya yang terlalu tampan? Atau muka saya yang terlalu kesian, mahupun saya yang makan dengan kerut dahi yang terlalu lapar? Saya rasa, mesti sebab yang pertama.

Saya cuba juga memikir.

Imbas kembali 2 jam sebelum:

Printer berbunyi tersedak-sedak mengeluarkan kertas yang dicetak. Saya dan rakan sedang menggunakan komputer. Mencetak assignment.

Printer berbayar.

Sehelai 10 sen. 2 helai, 20 sen.

Tengok di tangan, ada 20 sen. Alang-alang, saya tolong bayarkan sekali. Kalau tak, hilang mana entah saya akan letak baki 10 sen tersebut. 10 sen je kot.

"Tak apalah, aku bayarkan.."

"Terima kasih.."

Saya tersenyum. Saya benar-benar merasakannya.

Kejapnya Allah balas.

Cerita 2:

Lelaki berwajah jernih itu dari Syria, namun tinggal di 'Arab Saudi. Dia amat mesra, saat bertanya tentang dari  mana asalnya saya. Dan di mana bibirnya selalu terpacul kata-kata memuji Allah.

"Yusra.."

Senyumannnya bergula. Si kecil yang bertudung kemas dan berkulit putih itu diperkenalkan. Comelnya, saya rasa angka umurnya dalam lingkungan 4 tahun.

"Fainna ma'al 'usri yusra.."

Dia mengulang bangga. Nama anaknya itu adalah harapan yang dijanjikan di dalam Al-Quran.

Masjid Jami' menjadi saksi.

"She is so beautiful.."

Saya memuji, atau maksudnya dalam bahasa hati:
.
"May i get married with her when she grows up?"

Tapi sayangnya, suara hati saya mungkin tidak berlidah. Maka hanya sekadar berputar-putar di hati.

Saya jadi segan waktu itu, bila perbualan di putih petang itu menjadi rezeki. 'Abdullah mengeluarkan dompet, menghulurkan rm 50.

"For your study.."

Saya senyum. Berjalan pulang, dengan hati yang dah likat bergula. Seandainya hati saya ini tebu, pasti sudah boleh diminum airnya. Saya amat gembira berjumpa dengan muslim sepertinya. Amat menghargai saudara semuslim.

Yang lebih menari bahagia, bila rezeki bagai hujan yang jatuh. Dan hati bertambah yakin, benarlah janji Allah. Rm 5 sudah menjadi Rm 50.

Alhamdulillah..

****

Saya bukan seorang yang pemurah, maka bukan untuk bercerita bangga. Malah saya seorang yang kedekut.

Jika saya bagi orang sepuluh sen. Saya akan ungkit sampai mati.

"Kau jangan lupa, hari tu aku belanja kau seposen. Kenang jasa sikit!"

Haha. Tidaklah, saya taklah sampai tahap tu. Cuma bila rasa janji Allah berlaku, terus terasa seperti terbang. Kagum yang mengagumkan. Sampai nak bercerita.

It's really a beautiful deal, right? One we give, ten we'll get it back! A deal with Allah.

Pernah rasa juga?

Ceritalah :)

-Lepas dapat RM50 tu, saya terus cari kedai burger dan kentang goreng yang mahal-mahal. Haha. Bukan selalu.

Thursday, February 3, 2011

Cerita: Revolution

~Blue blue sky by ~Eevee90 of DeviantArt~

****

Langit di Sizi Bouzid biru seperti biasa.

Mohamed Bouzizi melihat sayur-sayurannya yang hijau. Hatinya terasa segar walau rusuh. Buah-buahan yang ranum seakan bercambah dalam ruang jiwanya. Hidup di bawah pemerintahan Ben Ali menyebabkan hari-harinya terasa terhimpit. Hanya itu mata pencariannya, sekurang-kurangnya dia berharap dapat melihat senyuman ahli keluarganya yang selalu kelaparan.

Orang ramai berpeleseran, dan gerai kecil di tepi jalan Turnisia itu masih setia menunggu pelanggan.

Dari jauh kelihatan F.Hamdi berjalan angkuh bersama dua orang pegawainya. Pegawai wanita itu mengetuai operasi majlis perbandaran menyita gerai-gerai jalanan.

"Sita gerai-gerai ini!"

Bouzizi cemas.

"Jangan cik!"

Pang!

Wajahnya ditampar oleh F.Hamdi. Pipi terasa panas, darah terasa berdenyut. Dia terasa maruahnya seperti baru diludah. Dibelasah oleh wanita adalah suatu penghinaan, terutama dalam budaya arab. Maruahnya di injak-injak. F.Hamdi kemudian menarik belantan, mengangkat dan terus memukul Bouzi..

Krang!!

Wanita yang tidak mempunyai hati itu menterbalikkan gerainya. Buah-buahan yang bulat itu tergolek-golek di tanah. Sayur-sayur hijaunya lebam tersembam di jalanan. Bertaburan.

Orang ramai melihat.

Bouzizi terbayang, wanita yang sama inilah yang pernah membelasah almarhum ayahnya ketika berniaga dulu.

"Belasah dia!"

2 Orang pegawai wanita itu mengikut arahan. Membelasah bertubi-tubi. Dan Mohamed Bouzizi terbaring sakit di jalanan menahan pukulan bertubi-tubi tersebut.

****

Asha Salsabila menggenggam erat tangan sahabatnya. Dia mengelus-ngelus kulit mulus Zahrah yang menangis ketakutan.

Di luar, beribu-ribu manusia berarak memenuhi jalanan. Terasa gemaan derapan kaki menggamit telinga. Lautan manusia itu membawa sepanduk "La husni la Mubarak!" serta perkataan yang lain bagi mendesak pemerintah berkuku besi itu untuk turun.

Kematian Mohamed Bouzizi setelah membakar dirinya sebagai tanda protes telah mencetuskan api revolusi rakyat Turnisia. Mereka bangkit menentang setelah lama memendam. Pemerintah kuku besi sememangnya tidak akan lama.

"Asha.. Zahrah lapar.."

Terasa ada getaran pada suara Zahrah. Air mata mula menuruni. Asha memegang tangan sahabatnya erat-erat. Hari ini sudah masuk hari ke 5 semenjak demonstrasi bermula. Sudah ada yang mati dan cedera.

"Sabar Zah, insyaAllah, ada rezeki kita nanti.."

Asha menenangkan, walau dia sendiri menggeletar. Dia dengar ramai banduan yang terlepas dari penjara ketika rusuhan ni, dan sudah ada rumah yang dirompak.

"Bila kita boleh balik Asha.."

Asha menggengam lebih erat tangan sahabatnya.

Memang tak disangka, niat mereka yang hanya untuk berjalan-jalan dan menginap sebentar di Tahrir ini membawa mereka ke situasi ini. Bekalan mereka hampir habis. Mesin ATM pula sudah tak berfungsi. Talian internet dan segala perhubungan terputus.

Pihak kedutaan pasti akan memberi arahan dan melakukan sesuatu.

Mereka perlu balik segera. Jika tidak, mereka akan terputus terus perhubungan dan apa-apa maklumat dengan pihak kedutaan.

Asha mengerahkan fikiran.

Apapun,

Mereka mesti pulang secepat mungkin.

****

Majdi memusing-musing pilot shaker 0.7 nya yang berwarna ungu. Soalan Calculus itu ditenungnya.

"What is the Volume of (x^3)+1 when it revolve on x=3?"

Majdi tersenyum. Revolve, revolution.

Bagaimana Asha di sana ya?

Banyak Revolusi yang pernah berlaku. Revolusi Iran 1979, yang menjatuhkan Syah Iran dan bertukar kepada Khomenei. Revolusi XianHai 1911. Revolusi  china tahun 1949 oleh pelajar-pelajar. Dan kebanyakan revolusi ini terus menjadi pemangkin semangat dan contoh kepada yang lain.

Untuk bangkit, dan terus bangkit.

"Apa senyum sorang?"

Anas Mazli menepuk. Majdi menarik senyum segaris.

“Tak ada apa, teringat revolusi kat Mesir sekarang.. Risau..”

“Orang risau mana senyum bhai..”

Anas memang nak kena. Pandai pancing ek?

“Ada kot orang risau yang senyum..”

Malas menjawab. Anas ni bukan boleh dilayan sangat. Satgi ada la tu.

Dan contoh Revolusi sekarang adalah Turnisia. Boleh kata contoh mithali la. Not just a simple revolusion. Tetapi i-Revolusion. Islamic revolution, Intelligent revolution. Perubahan yang semua inginkan, bila semua sudah bosan ditindas. Pemimpin yang masih tak dapat membezakan, mana kuku dan mana besi.

Siapa sangka seorang peniaga sayur mampu mencetuskan revolusi?

360 degree lagi. Malah memberi inspirasi dan semangat kepada seluruh Negara Islam. From 360, to 720 degree.

Yup, kadang-kadang kita hanya memerlukan secebis cetusan, walau dalam diri kita.

"Awal study? Exam lambat lagi kan?"

Mungkin hari ni kita tak mampu nak ubah sebuah negara. Tapi semua orang sedang menuju ke arah tu. Semua menuju ke sebuah negara yang adil, ke sebuah negara yang disebut di dalam ayat 15 surah Saba-Baldatun Thoiyyibatun wa Rabbun Ghafur.

Pencetus untuk perubahan diri. Sebuah persediaan.

Majdi sengih.

"Untuk sebuah revolusi.."

****

Asha menarik tangan lembut Zahrah. Mereka menyorokkan badan di sebalik tembok batu. Mereka bercadang untuk pulang secepat mungkin ke tempat mereka.

Orang terlalu ramai. Terasa sesak dan menyesakkan.

"Betul ke kita ni Asha?"

Muka Zahrah berkerut. Asha angguk laju.

"Nak balik kan?"

Asha bertanya. Wajah Zahrah senyum cerah.

Jika terlambat, mereka mungkin akan terputus hubungan lansung dengan kedutaan. Dan mungkin ketinggalan dalam proses evakuasi ke negeri jiran terdekat-Jeddah.

Tertinggal sendiri di tengah-tengah revolusi yang tak tahu di mana jarum angka 12 nya.

Asha menoleh-noleh. Mencari tempat yang agak tinggi. Dia mahu melihat jalan yang dapat dilalui dan mengelakkan diri dari bertembung dengan ahli-ahli demonstrasi. Dia terlihat sebuah pintu masuk ke bangunan berdekatan. Memimpin tangan Zahrah laju. Menapak anak-anak tangga batu yang telah usang.

Dia menjengahkan kepala, ingin melihat ruang jalan yang dicari. Asha terpana, bola matanya kaku sebentar. Tangan Zahrah terlepas dari genggamannya.

"Kenapa?"

Zahrah pula ke hadapan. Matanya membulat.

Di hadapannya, berhimpun hampir 8 juta rakyat mesir bangkit demi menegakkan kebenaran.

****

Majdi meraup wajah, selesai mengaminkan doa serta qunut Nazilah yang dibacakan Anas seusai solat. Bacaannya perlahan, tapi menusuk. Dari hati ke mulut, dari telinga ke hati juga sampainya.

Musolla Engineering di bangunan E0 tu terasa mendinginkan.

"Dengar kata, hampir 5 juta yang berhimpun di Tahrir Square..Ada yang kata 8 juta.."

Anas bersandar di dinding. Menggeliatkan sedikit badannya yang terasa lenguh.

"Yup, time Revolusi Iran hari tu, 4 juta je.. "

Hati terasa tenang. Moga-moga mereka beroleh kemenangan. Walaupun semalam terdengar berita, Husni Mubarak tak mahu lepas jawatan. Huh! Tak malu betul, orang dah tak mau la, terhegeh-hegeh lagi.

Dah tu, still ada yang menyokong Husni Mubarak. Pihak mukhabarat yang berpakaian seperti orang awam, melepaskan bom api tanpa arah. Hai, adakah Mesir akan mengulang sejarah? Seperti mana tragedi 1981 dahulu.

Ketika mana Anwar Sadad kehilangan bayang dunia ditembak Lt. Khalid Islambouli.

Anas menghembus nafas.

"Siapa ya, tokoh revolusi dunia?"

****

Semua mata khusyuk ke hadapan. Memandang lelaki bertie oren cair dan berblazer hitam.

Dr Zaini membetulkan sedikit kaca matanya.

Allah menyebut di dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 257:

"Allah lah pelindung orang-orang mukmin, yang mengeluarkan mereka dari Zhulumat, yakni kegelapan ke Nur-Cahaya"

"Dan orang-orang kafir, pelindung mereka adalah thogut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya, kepada kegelapan.."

Itu ayat pertama yang dibacakan oleh Dr Zaini di dalam kelas UNGS 2040 itu saat ditanya Mabrukah, wanita Libya berwajah comel tentang revolusi.

Betul juga, siapa ya tokoh Revolusi dunia?

"Revolusi adalah perubahan. Dari belakang ke hadapan, dari hitam ke putih. Dari sebuah sisi, berubah ke sisi yang lain. Sebuah putaran.

Ada yang mengatakan revolusi merupakan perubahan dalam jangka masa singkat, cepat, yang dilakukan secara radikal ataupun kekerasan, ini sebenarnya merupakan sebuah definisi yang agak sempit dan tertumpu."

Majdi mencoret kata-kata Dr Zaini menjadi aluran halus yang membentuk huruf. Mencatit, agar mudah diingat nanti.

Ada yang dah menguap.

Kalau bincang topik macamni serius mengantuk.

"Revolusi tak semestinya cepat. Contohnya, revolusi industri di Inggeris. Memakan waktu puluhan tahun, namun still dianggap 'cepat' karena mampu mengubah sendi-sendi pokok kehidupan masyarakat."

Dr Zaini melirik matanya kepada Mabrukah.

"Berbalik pada persoalan tadi, siapa tokoh revolusi dunia?"

Dr Zaini menarik senyum, terlihat bonjolan naik di pipinya.

"Seorang tokoh yang berjaya mengubah landskap dunia, merevolusikan corak sosial dan masyarakat. Membina batu-bata adab yang sebelumnya runtuh. Menaikkan martabat wanita. Membuat perubahan tentang erti kemanusiaan yang sebelum ni hilang."

"Tokoh yang berjaya memutar dunia sehingga memiliki kekuasaan yang membawa kepada 2/3 kuasa dunia. Merombak sistem kelas manusia mengalahkan revolusi Borjuis. Tokoh yang amat disanjung rakyat, dan sehingga sekarang namanya sentiasa disebut."

"Siapa?"

Dr Zaini tersenyum menduga.

Angin beku, seakan turut menunggu jawapan. Majdi meletakkan pennya, Mabrukah berhenti menulis. Perasaan ingin tahu semakin meluap.

Bonjolan pipi di wajah Dr Zaini semakin naik.

"Siapa lagi kalau bukan Muhammad bin 'Abdullah.."

****

Gemaan jihad terus menggegar bumi mesir.Semangat terasa meluap-luap.

"Zahrah!"

Asha tersepit di celah-celah orang ramai. Ketika dalam keramaian orang tadi, dia kehilangan Zahrah. Entah terlepas di mana. Wajah Asha pucat. Kereta kebal amat banyak. Mujurlah sebahagian tentera memihak kepada rakyat.

Dia berjalan laju, mencari sahabat kesayangannya.

Asap berkepulan. Orang begitu ramai. Masing-masing memegang sepanduk. Namun di celah-celah kerisauan tersebut, dia teruja. Teruja melihat mereka yang sembahyang berjemaah di jalanan. Di hadapan kereta kebal. Di atas kereta.

Teruja melihat ramai yang berpakaian ulamak yang turut sama melaungkan semangat dan memberikan taujihad.

Hatinya terasa berentak-rentak ingin turut sama menyertai, namun ada yang lebih penting.

"Zahrah! Zahrah!"

Asha terus menjerit melaungkan nama sahabatnya. Wajah Asha yang putih itu menjadi merah menahan panas. Dia terus berjalan laju.

"Bang! Bang!"

Keadaan tiba-tiba menjadi kalut. Orang ramai lari. Asha Salsabila terkejut, terasa badannya ditolak-tolak dilanggar mereka. Dia terjatuh terjelopok ke tanah. Dia bingkas bangun.

Asha tersentak, kelihatan beberapa orang menaiki kuda dan unta serta membawa bom api menyerang orang ramai.

Dan kini, orang-orang itu menuju ke arahnya..

****

Hujan turun rintis. Membawa wap yang air yang jatuh dari awan. Menitik menyuburkan bumi.

Malaysia kerap hujan. Mesir, hujan tak di sana ya?

Asha, bagaimana kamu di sana?

"Majdi, kenapa termenung?"

Anas menyapa belakang.

"Asha, tak dapat dihubungi.. Aku try kontek keluarga dia, family dia cakap kedutaan tak dapat detect dia kat mana.."

Macam mana kedutaan tak boleh tak dapat kesan? Bukan ke sekarang masa untuk pelajar-pelajar Malaysia dipindahkan? Bagaimana kalau Asha terlepas? Macamna kalau dia kehabisan duit dan makanan di sana? Atm kan dah ditutup.

"Sabar Majdi, insyaAllah dia selamat.. Banyakkan doa.."

Anas cuba menenangkan.

Waktu sekarang. Doa lah senjata yang paling kuat. Kalau tak bergantung pada Allah, nak bergantung pada siapa lagi?

"Ni baru betul muka risau.."

Anas mengusik.

Majdi sengih. Pandai betul dia ni ambik peluang. Haish!

Anas ketawa. Dia turut menyandarkan tangannya ke penghalang balkoni. Turut sama merasai rintis hujan.

"Turnisia dah berevolusi, Mesir juga, negara-negara Islam lain pun sedang menuju ke arah tu... Malaysia, Bila lagi?"

Majdi mengangkat kening. Wah, soalan cepumas nih. Majdi senyum.

"Malaysia? PRU ke 13 lah.."

"Politik?"

"Bukan, tapi tanggungjawab dan kepimpinan.."

Yup, tanggungjawab kita kan? Untuk pilih pemimpin kita, yang nak jaga kebajikan kita. Tak kisahlah parti mana, yang pasti, semua kita akan ditanya Allah. Dah sampaikah negara kita, menuju negara yang Allah sebut dalam surah Saba tu? Negara yang baik serta mendapat pengampunan Allah.

Anas mengerling mata, senyuman yang penuh tekad.

"Dari demokrasi, ke revolusi.."

****

Harapan.

Langit mesir hari ini tenang. Burung kecil berkicauan memecahkan suasana sunyi.

Asha leka dalam ketenangan dahinya menyentuh tanah. Di sebelah, Zahrah turut hanyut dalam tangisan sujud kegembiraan.

Tahrir Square sekarang tetap penuh dengan manusia, penuh dengan manusia yang kesemuanya dalam barisan sujud syukur yang amat sangat. Berdesir kecil suara memuji dan membesarkan Allah, kemudian bergema menjadi pesta membesarkan Tuhan.

Suara takbir dan tangisan keharuan memenuhi ruang Mesir. Semua bertahmid.

Hari ini hari kemenangan.

Husni Mubarak yang megah bermegah  selama 30 tahun, kini telah jatuh. Himpunan hampir 8 juta rakyat di Tahrir Square berjaya mengembalikan mahkota keadilan yang dicari. Rakyat mesir telah mengambil alih.

Dan juga hari di mana tembok sempadan Mesir-Gaza di sepanjang rafah dihapuskan.

Kini, sinar harapan baru menyinari bumi anbiyak itu..

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?

****

Majdi memeluk Anas erat.

Air mata mereka tumpah. Setelah penat lelah, setelah bersusah payah. Akhirnya medan PRU ke-13 telah tamat.

Hari ini, Malaysia telah membuka gerbang baru. Menaiki tapak menuju redha Allah. Hari ini, Malaysia telah berevolusi.

Siapa yang menang?

Ntahla. Biarlah siapa yang menang, pihak kerajaan, atau pihak pembangkang.

Yang pasti,

Langit Putrajaya kini semakin cerah, semakin bersinar disimbahi sinaran iman..

Monday, January 17, 2011

To DQ mates: Quran yang kian pudar.

Pagi yang menyenangkan..
~Blue by ~ew-cia of DeviantArt~

****

Bagaimana nak mulakan ya?

Pagi-pagi di Mahalah Salahudin amat mendinginkan. Terasa seperti ada air-cond besar yang dipasang, dan ditekan pula suhu yang paling rendah. Kata orang, "Sejuk tahap gaban". Dan saya lah orang tu. Bila terkena air, badan akan bergetar seperti mode vibrate handphone.

Memang sejuk.

Dan kesejukan pagi di sini disulam pula dengan suasana Mahalah Salahudin yang menyenangkan. Keadaan begini membuatkan fikiran saya terbang ke 3 tahun lalu. Ke satu tempat yang juga nyaman sama seperti di sini :

Darul Quran.

Dahulu, angin dari bukit sering menyinggah di Negeri Quran ini. Sehingga ramai pelajar yang terliang-liuk badannya hampir jatuh. Yang hampir terbang pun ada.

Kata orang, macam kipas yang dipasang pada tahap kelajuan 10.

Tapi di situ, ada angin lain yang berhembus lembut. Perlahan saja menyapa hati.

Itu yang ingin saya ceritakan.

****

"Baik bagi orang-orang biasa, tapi buruk bagi orang-orang yang cuba mendekatkan diri pada Allah"

Mungkin itu ungkapan ulamak yang paling sesuai untuk digambarkan. Kerana di situ, begitulah mereka cuba dididik dan ditarbiyyah.

Tak salah untuk buat, tapi dididik untuk mencari yang lebih baik.

Banyak yang saya teringat dan rindu.

Jauh.

"Wah, jauhnya! Sejauh mata memandang!"

Dahulu, untuk bertembung dengan muslimat, sister, atau di sana dipanggil-banat. Amatlah payah. Lebih payah dari menjawab soalan calculus- walaupun sudah cuba menjawab soalan past year.

Kerana banat sudah ada laluan masing-masing.

Nak bertembung pun sukar, nak bermain mata apatah lagi. Terguling-guling mata mencari. Kalau melihat pun, perlu memakai teropong berskala tinggi. Baru tahu siapa yang berjalan. Nak kata jauhlah.

Sekarang, amat senang nak bertembung dengan sister. Nak beratur rapat-rapat pun boleh.

Campur

Dup dap! Dup dap!

Teringat dulu, ketika nak bagi quran pada seorang sister yang berada di sebuah pondok wakaf di sana. Jantung berdebar macam nak pecah. Padahal nak bagi quran je pun.

Tapi sekarang dah hilang. Mungkin hati tak lah suka pada percampuran. Tapi keadaan sekeliling membuatkan hati jadi biasa. Dan rasa tu pergi jauh-jauh.

Sehingga ada antara kita yang berdiri terlalu rapat. Tapi, tiada lansung rasa janggal di hati. Malah gembira.

Cafe.

Kalau banat nak beli kat cafe, nyorok belakang dapur je. Haha. Tak lah menyorok. Tapi beli dari pintu belakang. Sebab pintu depan penuh banin. Kalau nak tengok banat makan dalam cafe. Harapan lah jawapnya.

But now, senang je nak makan sekali. Buat je group discussion. Senang kan?

Pelik, kalau nampak ada banin dan banat bersama. Sebab perkara tu tak biasa sangat berlaku. Ganjil dan janggal. Kalau berlaku juga, semua orang tahu yang diorang adik beradik, tak pun dah kahwin.

Meeting.

"Ana cadangkan, begini, begini, begini.."

Mak ai, suara sapa tu? Macam Jennifer Lopez.

"Tak pun kita buat macamni.."

Pergh, garangnya suara. Macam harimau,

Rasa macam dengar radio pulak. Dengar suara, tapi tak nampak muka. Haha. Begitulah meeting dahulu. Banin di hadapan. Banat di belakang. Hanya ketua di hadapan. Hanya kedengaran suara yang menyahut. Agar tiada yang terjeling, walau tak sengaja. Mungkin rasa seakan pelik. Tapi, itulah yang terbaik. Untuk hati, untuk diri, untuk semua.

Moga semakin dekat dengan Allah.

Isu.

"Banat naik basikal?? Haramun Jiddan!"

Teringat di sana, bukan setakat muslimat main bola tampar ke, futsal atau apa. Kalau banat naik basikal pun dah boleh jadi isu. Haha. Tak lah haramun jiddan, itu saya yang tambah.

Satu isu yang pernah ada ketika mana saya ada dulu,

Isu imam kedua solat Isyak.

Bukan solat dengan ada 2 imam. Tapi ada jemaah ke dua selepas jemaah pertama. Maksudnya, lambat untuk solat Isyak. Kerana takut dibiasakan. Ianya jadi isu. Solat perlu dijaga.

Best kan?

Pakaian.

Dekat sana baju sepesen je. Macam boria. Banin dengan baju raihan dan jubah. Banat dengan jubah dan tudung labuhnya. Boria yang amat mempersona.

Kalau nak pakai baju lengan pendek, terasa segan. Ntah tangan terasa gatal semacam. Kalau nak pakai baju kurung apatah lagi, kena jalan sambil serkup muka dengan baldi.

Taklah, tak salah pun semua tu.

Cuma dididik untuk menjadi yang terbaik.

Quran.

"Sekarang dah juzuk berapa? Dah banyak ulang?"

Persoalan yang sentiasa terpacul. Seperti soalan, dah siap tutorial?

Dulu, banat memang terbaik tahap gaban. Jumpa dalam HEP, baca quran. Bercakap dengan pensyarah kejap, masa senggang, baca quran. Kemudian sambung cakap balik. Naik bas, baca quran. Tunggu bas, baca quran. Mengigau pun baca quran.

Memang bidadari syurga.

Banin pun sama, tapi tak lah tengok sampai tahap tu. Baca rileks-rileks pun, lagi laju dari banat. Haha.

Sekarang bagaimana kita?

"Kamu baca berapa juzuk sehari?"

Cikgu sekolah saya bertanya.

"Erm, setengah juzuk, kadang-kadang satu juzuk.."

Jawab saya. Ada unsur menyelamatkan diri di situ.

"Ha?"

Cikgu saya terkejut. Eh, banyak sangat ke saya cakap?

"Kamu kena ulang 3 juzuk sehari. Itu paling kurang.."

Gaya cikgu seperti memarahi saya apabila tidak memberi tumpuan dalam kelas. Atau mungkin ketika terlupa membuat latihan sekolahnya.

"Ingat tau, 3 juzuk sehari. Baru ingat, kalau tidak, nanti lupa quran tu.."

Cikgu mengingatkan sekali lagi.

Dulu, semasa belum menghafal quran. Al-quran adalah pilihan bagi kita. Maksudnya, ianya sunat. Kita boleh untuk tidak membaca.

Sekarang,

Kita sudah menghafal, maka kita wajib mengingat. Ianya bukan lagi pilihan. Menjaga hafalan, ianya kemestian. Kelak di akhirat, kita akan ditanya, tentang title 'hafiz' dan 'hafizah' kita.

Tiada lagi yang sepatutnya memberi alasan ada perkara lain yang perlu diaulakan. Memberi alasan sibuk.

Jom, buat muhasabah?

Kita selalu bangga bila dapat baca quran sejuzuk sehari. Mantap syeikh! Memang kembanglah. Tapi, syeikh, Imam Hassan Al-banna, mengingatkan ahli gerakan Islam, agar membaca 1 juzuk sehari. Itu kalau bukan hafiz, kalau hafiz? Patutnya lebih lagi la. Kan?

Kita akan kuat bila bersama. Nak angkat satu mahalah pun boleh. Tapi bila keseorangan, semut gigit pun boleh demam.

Kita buat musabah DQ nak? Kat Gombak.

Muhasabah tentang quran kita. Macammana, sudah bersediakah menghadap Allah. Tentang bagaimana sepatutnya, kita luaskan lagi tanah jajahan negeri Al-Quran itu ke empayar yang lebih luas, bukannya kita yang berpindah negeri.

Bagaimana sikap kita dengan Al-quran sekarang. Sudah jauhkah? Dekatkah?

Bila sudah beramai-ramai. Pasti dapat kembalikan memori tu kan? Mesti terasa kuat untuk terus memegang Al-Quran.

Seperti kuatnya saat kita mendengar bacaan Al-Quran yang tak pernah hilang walaupun sesaat di masjid kita dulu..

:)

Wednesday, January 12, 2011

Penita: Islam dalam bersin

Best kan Hujan?
~Rain. by ~k33nst34ks of DevianArt~

****

Li Wei sampai ke stesen bas. Si penyenyum itu menyisir rambutnya ke telinganya. Tempias-tempias hujan terasa membasahi muka.

Stesen bas tu ramai. Walau kerusi tak lah banyak mana.

Gadis comel berbangsa cina itu memeluk file dan nota catitan. Di hadapan buku tersebut tertulis: 'Balaghah', dalam bahasa arab. Dia memang amat berminat untuk belajar bahasa timur tengah itu.

Entah lah  dari mana minatnya tu datang. Sedar-sedar, sudah terasa sayang.

Orang-orang Islam kata, bahasa syurga mereka. Jadi, bila tau sikit-sikit bahasa tu, boleh la dia faham sikit-sikit simpulan-simpulan huruf yang dia selalu nampak dekat quran. Dia selalu dengar kawan-kawannya kata, Islam itu indah. Dia teringin sangat untuk merasakannya.

Walau cuma sekali.

Seorang lelaki tiba-tiba datang menapak.

Berpakaian kemas. Kemeja berbelang-belang serta tali leher. Rasanya baru pulang dari pejabat. Berdiri berdekatan dengannya. Lelaki itu memegang sapu tangan. Mungkin selsema.

Sekarang musim hujan. Ramai juga yang selsema, tak kurang juga bilangan yang demam.

Kepala lelaki itu terangkat-angkat sedikit. Seakan menghirup nafas. Terdengar bunyi udara yang ditahan hingus. Dan..

"Haaashcuummm!!"

Kuman tersembur keluar.

"Segala puji bagi Allah.."

Li Wei mengalih kepala memandang.

"Semoga Allah merahmati kamu.."

Li Wei tertoleh. Suara itu dari kanan belakang. Dia melihat seorang lelaki di sebelah hujung kanannnya seakan mendoakan. Kenal ke?

"Haaashcuummm!!!"

Kepala lelaki tadi tersengguk ke hadapan sekali lagi.

"Segala puji bagi Allah.."

Li Wei terpegun sebentar.

"Semoga Allah merahmati kamu.."

Terdengar pula doa yang sama dari sebelah kiri. Beberapa orang. Seakan bergema perlahan. Laju dia menoleh. Dia pula yang jadi tak keruan. Apa sedang berlaku?

Seorang budak lelaki kecil. Masih berbaju sekolah menengah berbuat perkara yang sama. Mata ayunya menjeling pula seorang pakcik di sebelah yang terkumat kamit membacakan doa yang baru didengari. Yang lain juga serupa. Perlahan. Tapi masih dapat ditangkap desir bunyi.

Hatinya tertanya-tanya.

"Kalau dengar orang bersin sebut alhamdulillah cakap apa?"

Seorang ibu bertanya anaknya.

"Semoga Allah merahmatimu.."

Pelat anak kecil itu menyebut.

Lelaki yang bersin tadi tersenyum. Perlahan menyambut.

"Semoga Allah menghidayahi kamu, dan memperbaiki keadaan kamu.."

Pipi putihnya mengukir senyum, dan air mata Li Wei yang sedia bergenang, hampir jatuh menitis.

****

-Sekarang musim hujan. Best! :) Selsema tak? ~
-Perkongsian dari study circle tadi. Antara haq muslim terhadap saudaranya ialah mendoakan saudaranya yang bersin dan mengucapkan hamdalah..

Penita: Ilham

green by ~i-shadow by DeviantArt

****

Dziaulhaq menaip. Jari jemarinya ligat menari di komputernya. Menari balet mungkin. Bunyi ketukan keyboard pun dah seakan cakera hitam yang melagukan musik Jazz.

Dia mengerutkan wajah.

Harga minyak naik lagi hari ini. Dari rm 2.30 ke rm 2.40. RON 97.

Bukan baru naik ke?

Kepala terasa berpusing. Tak faham. Sebelum ni, dia pernah membaca di Kosmo 3 November lalu bahawa RON 95 tak akan naik. Tapi tak sampai sebulan selepas tu dah naik.

Assignment programming itu ditinggalkan sebentar.

"Assalamu'alaikum. Sori Ilham ganggu Haq. Haq apa khabar? Haq kat mana?"

Mesej masuk.

Haq tersenyum. Ilham.

"Wa'alaikumussalam. Tengah buat assignment dan fikir masalah dunia sekarang. Ilham? Kat bilik.."

"Kita kayak petang ni?"

"Ok :) "

Ilham, seunik namanya. Begitulah orangnya.


****

"Haq tension ya?"

"Mana ada la.. Kan Haq selalu happy ja.."

"Ye la tu, muka dari tadi dah macam muncung kayak.."

Haq ketawa.

"Mana ada, ok ja.. Cuma tengah berfikir.. Kadang-kadang dalam hidup ni, banyak yang kita nak..  Kan?"

Ilham angguk laju.

"Tapi bila teringat sesuatu, Haq jadi tenang.."

Petang itu tenang. Rumput-rumput seakan baru tumbuh. Amat hijau. Sehijau hati mereka sekarang.

"Teringat apa?"

"Allah itu, Al-Wahhab.."

Haq tersenyum puas. Nama Zat yang maha agung terasa bergema di jiwanya.

Ilham menjeling.

"Maksudnya apa?"

"Maksudnya, Allah ni maha memberi."

Betul-betul. Teringat buku yang dibaca di library. Al-Wahhab ni maksudnya maha memberi. Dengan amat melampau.

"Contohnya, Haq?"

"Contohnya, Allah memberi dalam kita belum sempat meminta. Allah bagi pengampunan, yang kadang kala kita tak sempat nak bertaubat.."

"Allah beri segalanya.. Cuma kita ja. Nak, atau tak?"

"Segala-galanya..."

Ilham mengulang perlahan.

"A'ah..Apa saja..."

Haq tersenyum.

"Erm, kalau Haq, Haq nak minta apa?" Ilham bertanya.

Haq menjeling. Menampakkan giginya yang putih.

"Haq nak..."

"Erm?"

Ilham mengangkat kening.

"Ilham."

Ilham tertunduk segan.

****

Saat resah, saat gelisah.
Kau hadir,
Ilham.

Menghaluskan yang kasar,
Menyenangkan yang sentiasa segar,
Kau tetap seperti namamu,
Ilham.

Terbanglah kamu Ilham,
Menyusup lembut ke hatiku,
Moga aku selalu sepertimu,
Moga aku tenang.
Seperti selalu..

:)

Friday, January 7, 2011

Penita: Hafis

~grass by ~bagi1992 of DeviantArt~

****

Duduk di atas bukit.

Memandang UIA Gombak yang terbentang luas. Warna bumbungnya yang melaut biru, seakan terpercik  dari warna langit yang menenangkan.

Dua sahabat itu duduk melindung rumput.

"Usrah mu ok?"

Hafis Firdaus meleret senyum. Perkataan usrah itu seakan gula yang melebur di telinga. Manis.

"Alhamdulillah.. Cuma biasalah, kadang-kadang susah jugak nak pastikan semua datang.. Nak kena ada makanan, baru nak datang.."

Majdi ketawa. Biasalah, makanan kan harta ghanimah yang paling menawan.

Moga-moga kelansungan tarbiyyah tetap berjalan.

"Erm, dah berapa lama tak balik?"

Soalan terpacul perlahan.

Minggu-minggu yang ada, pastinya terisi. Rindu pula pada rumah. Pada suasana dan persekitarannya.

Hafis cuma diam, mendengar.

"Aku rindukan keluarga...Kampung, kawan-kawan lama.."

Majdi merenung.

Tanggannya memeluk lutut. Terasa lemah dalam hati. Terasa lemah dalam berjuang.

"Rasa cemburu pula dengan mereka yang bahagia dekat keluarga mereka. Dapat untuk pulang setiap minggu.."

Pengorbanan yang mesti dikorbankan. Pasti bukan sikit.

"Dan dapat buat segala apa yang diorang suka..."

Majdi tersenyum sendiri.

"Kadang-kadang, aku rasa sepi sangat.."

Perjalanan ini sudah jauh. Malah ia jauh lagi. Sekarang, ianya di tengah medan. Di tengah sebuah misi. Sebuah misi dan matlamat yang perlu dilaksanakan. Sebuah panji yang mesti dipacakkan.

Hafis menoleh.

"Sahabat, kita perlukan teruskan..."

Memberikan sebuah senyuman ikhlas.

"Perjuangan kita ini, demi mencari.. Keredhaan ilahi.."

Terasa tenang.

"Kita hanya ada sekali sahaja masa muda ni.."

"Moga-moga, kita tak menyesal di esok hari.."

"Dan nanti, kita dapat berbangga dengan hari ni di akhirat nanti.."

Majdi mengangguk, tersenyum.

Matahari petang itu hening. Sehening hati yang begitu rindukan redha ilahi..

****

Pabila kuberada di kejauhan
Adakala ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan jua teman - teman

Di kala itu kan kurasa
Agak kelemahan
Untuk Berjuang
Melihat mereka berbahagia
Di samping yang tercinta kegembiraan

Ku kesepian
Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini
Demi mencari keredhaan Illahi

Masa muda dilalui
Hanya sekali
Pergunakannya agar kau
Tidak sesali diesok hari

Ketenangan ada di sini
Tak jumpa karena kau tak mencari
Kebahgiaan tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak menghayati

Brothers- Sepi Perantau.

Sunday, January 2, 2011

Puisi: Ingin sehebat mereka

~Window by ~Myrtillis of DeviantArt~

****

Waktu-waktu yang terus berjalan,
Aku melihat mereka-mereka yang tegap melangkah, begitu hampir di sisiku.
Berderap perlahan, dan ketawa dengan wajah yang meredup.
Walau mereka tahu,
hari-hari yang mendatang untuk mereka, pasti akan selalu menagih pengorbanan.

Untaian kata yang dilontarkan, bagai membekukan masa.
Dan telinga yang sebelumnya leka, terasa hanya ingin terus mendengar.
Namun ia bukanlah untuk sebuah kehebatan.
Tetapi warna dari sebuah perjuangan,
Ikhlas.
Walau apa yang mereka lakarkan, itu pasti kerana Tuhan
Maka mereka menjadi mulia.

Langsir putih akhirat itu tersingkap.
Di ikat kemas.
Bila ditarik,
Terlihatlah dunia.
Dan mereka sedar, dunia ini.
Rupa-rupanya hanya sebuah mimpi.

Terus berlari-lari ke atas gunung.
Melaungkan,
"Islam itu tinggi! Islam itu tinggi"
Terasa amat letih, amat lesu.
Mereka tetap menarik senyum.
"Demi redha Allah, demi redha Allah.."

Begitu teringin menjadi seperti mereka, aku juga ingin terbang, tinggi.
Tinggi-tinggi.
Walau cuma hati.
Walau cuma hati seperti mereka.
Seperti jelingan mesra subuh mereka yang ku lihat selalu..

****

"Dia (Musa) berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku"

"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku"

"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku"

"Agar mereka faham perkataanku"

"Dan jadikanlah bagiku, seorang pembantu dari keluargaku"

"Iaitu Harun saudaraku"

"Teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia"

"Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku"

"Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu"

"Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu"

"Sesungguhnya Engkau maha melihat (keadaan) kami"

-Tahaa 25-35

****

Teringin menjadi seperti sahabat-sahabatku yang hebat dalam dakwah dan peribadi mereka.. Yang memimpin juga yang dipimpin. Akan ku jadi Nabi Musa, dan Nabi Harun yang menguatkan..

Wednesday, December 29, 2010

Penita: Tie

Menulis ketika dalam kelas, juga sedang kelas. Dengan contengan tangan. Mungkin membosankan. Haha.

~tie by ~Navros of DeviantArt~

****

Tie.

Majdi kelihatan segak di hadapan cermin. Dia memang bergaya. Bila ditanya cermin, cermin pun cemburu padanya.

Jalur satin berbelang-belang itu diikat kemas. Kuning dan hijau.

"Sekiranya kami dapati kamu menyeleweng, nescaya kami akan tegak dengan pedang kami ini!"

Majdi terpegun. Tak sangka ada yang berani berkata begitu pada Sayyidina 'Umar.

Erk, tak kena pancung ke?

"Segala puji hanya bagi Allah yang menjadikan di kalangan umat Muhammad ini rakyat yang sanggup membetulkan kesalahan 'Umar dengan pedangnya."

Berlapang dada 'Umar menjawab.

Hola!

Majdi menggayut senyum.

Rendahnya hati pemimpin Islam itu. Patutlah 'Umar Tilmilsani menukilkan kisah khalifah ini dalam kitabnya.

Majdi melihat tienya sekali lagi. Terasa manis, semanis bingkaian wajah dan hati si pemberi tie tersebut. Mengambil kitab 'Alhukumah Addiniah' yang nipis itu.

Menyandang beg. Tersenyum, berjalan dengan yakin.

Semoga serendah hati 'Umar!

Saturday, December 25, 2010

Secebis nota, sebiji gula-gula, untuk selamanya.

~C'est Chocolat by ~greycamera of DeviantArt~

****

Anda berjalan memasuki bilik.

Menghempaskan badan. Hari ini adalah hari yang amat memenatkan.

Terperasan sesuatu yang diselitkan di atas meja. Cebisan kertas dari test pad yang dikoyak kecil. Di sisinya terdapat sebiji gula-gula choclair.

"Selamat Hari Lahir! :)

- Sahabat-"

Tersenyum, dan hari itu pasti dirasakan hari yang amat indah. Gembira, dan rasa di hargai.

Bagaimana perasaan?

Seronok kan?

****

Dihisap terasa manis, mencair di dalam mulut. Melebur membawa kepada senyuman yang terukir.

Cuma dengan sebiji gula-gula. Dan secebis kertas dari buku yang mungkin sudah tak lagi digunakan. Kita belajar bagaimana untuk menerbangkan hati seorang teman.

Membiarkan hatinya berbunga sakura.

Jika dikira, malah tak perlu dicongak. Rasanya, berapa lah sangat yang perlu kita keluarkan.

Gula-gula: 10 sen jika Choclair. Kalau rasa sayang, beli yang 10 sen dapat 2. Satu bagi dan satu kita makan.

Kertas: Cebisan kertas + dakwat pen yang kita tulis. Adalah mungkin, dalam 0.00023 sen mungkin.

Dan dengan 5 sen itu, sudah mampu untuk menghargai.

Dengan hanya sebiji gula-gula, dan secebis nota. Sudah cukup untuk membuat kejutan. Sudah cukup untuk sebuah penghargaan. Sudah cukup untuk membuatkan kenangan dan ukhuwwah itu kekal selamanya.

****

Bukankah pemilik wajah manis itu pernah bersabda?

" تهادوا تحابوا"

"Berhadiahlah sesama kamu, nescaya kamu saling mencintai..

-Riwayat Bukhari.

Tak perlu hadiah mahal semahal emas. Bila ingin dibeli, terasa segan. Difikir-fikir, ditimbang-timbang. Terasa sayang pula.

Tetapi jika mahal, alhamdulillah. Lagi saya terima. Haha.

Dan tak semestinya, pada hari lahir saja. Kan sayang itu pada setiap masa? Bila-bila kamu mahu.

****

Itu jika kamu pulang, hanya ada secebis kertas dan sebiji gula-gula. Jika 2 cebis, 3 cebis? Jika ramai yang bagi? SubhanAllah, dari hati bunga, terus jadi hati taman.

Maka sekarang, lihat hari lahir sahabat yang mana hari ni. Atau sahabat mana yang kamu nak luahkan rasa. Ambil sebiji gula-gula, koyak secebis kertas. Dan tulislah kata-kata yang kamu mahu.

Dengan senyuman, berjalan menuju ke biliknya.

Moga dia pula tersenyum dengan itu.

:)

Monday, December 20, 2010

Merokok untuk berdakwah?

~Smoke by ~circle--of--fire of DeviantArt~

****

Ramai kenalan saya yang merokok. Orang kata rokok itu nikmat, malah mungkin stylo. Malah kebanyakan hero dalam filem akan merokok dengan bergayanya.

Saya jadi tertarik. Malah ingin tahu, kenapa kawan-kawan saya merokok.

Kes 1

"Sebab apa kau merokok. Cuba cerita sikit.."

Ketika minum bersama, saya cuba bertanya. Dia hanya ketawa.

"Dulu, aku merokok sebab aku nak ajak kawan-kawan aku yang otai-otai ni pegi masjid.. Mudah sikit masuk, sebab diorang ni merokok. Dan memang aku dapat masuk dan tarik diorang pun lepas tu.. Banyak diorang berubah.."

Saya tersenyum mendengar.

"Cuma lepas tu aku tak dapat berhenti merokok la.."

Dia ketawa. Memang sebab yang baik. Haha.

Kes 2

"Kau pulak? Asal ko merokok?"

Kawan saya seorang lebih tersengih.

"Aku merokok dulu, sebab nak buktikan kat kawan-kawan aku.. Yang merokok ni, boleh berhenti. Aku nak merokok, dan aku nak berhenti. Dan nak bagitau diorang yang boleh je nak berhenti.."

Dia tersenyum. Saya memang suka. Dah tahu apa ayat seterusnya.

"Tapi last-last, aku pun tak boleh berhenti merokok.."

Dia tersenyum ketawa. Saya apatah lagi.

****

Agak-agak ada lagi tak sebab yang menarik begini?

P/s: Sambungan di komen.

Tuesday, December 14, 2010

Puisi: Waktu Dulu

Sleeping Garden by *Dr4kon of DeviantArt

****

Semalam, hari ini, dan esok yang menyenangkan.
Waktu semalam yang terus menyulam benang-benang kenangan.
Tersimpul kemas.
Terpancar warna yang berselerakan di lembar taman.
Taman rindu.

Tingkap-tingkap cerita terbuka dan tertutup.
Diketuk berkali-kali.
Hanya mahu merasakan seperti dulu kembali.
Sewaktu rumah itu sentiasa terbuka tanpa kata.
Saat setiap hari indah menyapa.

Ini cerita kita.

Percikan rasa yang kita pernah sama-sama basah dengannya satu ketika dahulu.
Sewaktu usia masih muda menganyam impian. Saat kita bersama masih bertatih mengait harapan..

****

Monday, November 22, 2010

Cerita Aidiladha: Semoga seperti Zulfah.

~Sedang bersenda gurau di atas jambatan~

****

Majdi memasukkan earphone sony nya dengan hujung jari. Lagu Simple plan, 'Perfect' berdentum rancak di telinga.

Zulfah berdiri di sebelah. Memeluk tubuh dalam sweater GAP merahnya.

"Abang, bila nak balik nih?"

"Sabar ar.. Tak habis pusing lagi nie.."

"Dah dekat 3 jam kita pusing tau tak?"

Memang dah dekat 1 kilometer setengah pun duk jalan je dari tadi. Kaki pun dah lenguh macam ada pemberat 1 juta kilo melekat kat kaki. Tapi bila lagi nak jalan-jalan dekat Paris?

"Vous êtes si bruyant"

Majdi menepuk-nepuk kepala Zulfah.

"Hah, mula la tu cakap bahasa orang tak faham. Kutuk orang ek?"

"Abang cakap adik abang ni cantiklah.."

Majdi sengih.

"Eleh, percayalah sangat.."

Ceh. Macamlah aku tak biasa kena kutuk dengan Bahasa Perancis dia tu. Paham sangat dah abang aku sorang ni. Tapi nasib baik sungai dekat jambatan ni cantik. Tak lah bosan sangat.

Majdi berhenti di depan jambatan. Bot-bot panjang bersimpang siur perlahan menambahkan kocak air.

"Mama kata nak hantar Fa pergi sekolah tahfiz kan? Terima tak?"

Majdi menoleh ke arah Zulfah.

"Hue, tak mau la.. Hati tak masuk lagi kot.."

Zulfah geleng laju. Tak mau.

Nanti mesti aku jumpa semua orang baik-baik tahap gaban. Dah la aku ni biasa-biasa je. Baca doa pun hafal-hafal lupa. Tu pun lupa yang banyak. Kena tinggal aku punya walkman. Aku punya life. Mau menangis berlagu hindustan aku nanti.

Majdi senyum manis-manis. Sambil meletakkan tangan di dadanya.

"Sebab tu la kita kena hayati makna raya esok, Aidiladha. Feel it from our deep heart.."

Erk, apasal tiba-tiba masuk bab raya abang aku ni? Macam lari topik je. Dah la buat gaya romantis macam mat jiwang.

"'Sebab untuk jadi baik, kita kadang-kadang kena korbankan hati. Tau tak kenapa mama letak nama Fa, Zulfah?"

Mengangkat kening.

"Kenapa?"

****

Pada zaman Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam hiduplah seorang pemuda bernama Zahid yang berumur 35 tahun namun belum juga menikah. Dia tinggal di Suffah masjid Madinah.

Ketika sedang memperkilat pedangnya tiba-tiba Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam datang dan mengucapkan salam. Zahid kaku dan menjawabnya agak gugup.

"Wahai saudaraku Zahid, selama ini engkau sendiri saja." Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyapa.

"Allah bersamaku ya Rasulullah." kata Zahid.

"Maksudku kenapa engkau selama ini membujang saja, apakah engkau tidak ingin menikah?" kata Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Zahid menjawab, "Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan wajahku hodoh, siapa yang mahu akan diriku ya Rasulullah?"

"Asal engkau mahu, itu urusan yang mudah!" kata Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memerintahkan pembantunya untuk membuat surat yang isinya adalah melamar kepada wanita yang bernama Zulfah binti Said, anak seorang bangsawan Madinah yang terkenal kaya raya dan terkenal sangat cantik jelita.

Akhirnya, surat itu dibawa ke rumah Zahid dan ia diserah sendiri oleh Zahid ke rumah Said. Disebabkan di rumah Said sedang ada tetamu, maka Zahid setelah memberikan salam kemudian memberikan surat tersebut dan diterima di depan rumah Said.

"Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasul yang mulia diberikan untukmu, saudaraku."

Said menjawab, "Adalah suatu kehormatan buatku."

Lalu surat itu dibuka dan dibacanya. Ketika membaca surat tersebut, Said agak terperanjat kerana tradisi Arab perkawinan yang selama ini, biasanya seorang bangsawan harus berkahwin dengan keturunan bangsawan dan yang kaya harus kawin dengan orang kaya, itulah yang dinamakan sekufu.

Akhirnya Said bertanya kepada Zahid, "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?"

Zahid menjawab, "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong?"

Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata: "Wahai ayah, kenapa sedikit tegang terhadap tamu ini? bukankah lebih baik dijemput masuk?"

"Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang sedang melamar engkau supaya engkau menjadi isterinya," kata ayahnya.

Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis sejadi-jadinya dan berkata:

"Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya raya semuanya menginginkan aku, aku tak mahu ayah..!" dan Zulfah merasa dirinya terhina.

Maka Said berkata kepada Zahid, "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak mahu, bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada Rasulullah bahawa lamaranmu ditolak."

Mendengar nama Rasul disebut ayahnya, Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, “Wahai ayah, mengapa membawa-bawa nama rasul?”

Akhirnya Said berkata, "Lamaran ke atasmu ini adalah perintah Rasulullah."

Maka Zulfah istighfar beberapa kali dan menyesal atas kelancangan perbuatannya itu dan berkata kepada ayahnya,

"Wahai ayah, kenapa sejak tadi ayah tidak berkata bahawa yang melamar ini Rasulullah, kalau begitu segera aku harus dinikahkan dengan pemuda ini. Kerana ingat firman Allah dalam Al-Qur’an surah An Nur 24, Ayat 51 :

"Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. 'Kami mendengar, dan kami patuh/taat'. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (QS. An Nur 24:Ayat 51)”

Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang ke angkasa dan baru kali ini merasakan bahagia yang tiada taranya dan segera melangkah pulang. Sampai di masjid ia bersujud syukur. Rasul yang mulia tersenyum melihat gerak-geri Zahid yang berbeza dari biasanya.

"Bagaimana Zahid?"

"Alhamdulillah ia diterima ya Rasul,” jawab Zahid.

"Sudah ada persiapan?"

Zahid menundukkan kepala sambil berkata,

"Ya Rasul, aku tidak memiliki apa-apa."

Akhirnya Rasulullah menyuruhnya pergi ke Abu Bakar, Uthman, dan Abdurrahman bin Auf. Setelah mendapatkan wang yang cukup banyak, Zahid pergi ke pasar untuk membeli persiapan perkahwinan.

Dalam keadaan itu jugalah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyeru umat Islam untuk menghadapi kaum kafir yang akan menghancurkan Islam. Ketika Zahid sampai di masjid, dia melihat kaum Muslimin sudah siap-siap dengan perlengkapan senjata, Zahid bertanya,

"Ada apa ini?"

Sahabat menjawab, "Wahai Zahid, hari ini orang kafir akan menghancurkan kita, maka apakah engkau tidak mengetahui?"

Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata, "Wah, jika begitu perlengkapan nikah ini akan aku jual dan akan ku beli kuda yang terbaik."

Para sahabat menasihatinya, "Wahai Zahid, nanti malam kamu berbulan madu, tetapi engkau hendak berperang?"

Zahid menjawab dengan tegas, "Itu tidak mungkin!"

Lalu Zahid membaca ayat berikut:

"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu daripada cintakan Allah dan Rasul-Nya (dengan) berjihad di jalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (QS At Taubah: Ayat 24).

Akhirnya Zahid (Aswad) maju ke medan pertempuran dan mati syahid di jalan Allah.

Rasulullah berkata,

"Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang lebih cantik daripada Zulfah."

Lalu Rasulullah membacakan Al-Qur’an:

"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." ( Surah Ali Imran Ayat 169-170.)

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya." (Al Baqarah :Ayat 154).

Pada saat itulah para sahabat menitiskan air mata dan Zulfah pun berkata,

"Ya Allah, alangkah bahagianya calon suamiku itu, jika aku tidak dapat mendampinginya di dunia, maka izinkanlah aku mendampinginya di akhirat."

(Hayatus sahabah)

****

Lampu-lampu perang menerangi jalan. Dari jauh, kelihatan Effiel tower yang tinggi. Paris kelihatan amat cantik disimbah suasana begitu. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk jejak kaki kat sini. Walau terpaksa beraya dengan mat-mat saleh dengan minah-minah solehah.

Zulfah mendepakan tangannya.

"Jadi Fa akan jadi Zulfah yang macam tu..."

Zulfah tersenyum.

Zulfah yang walau kaya, paling cantik, tetapi tetap melebihkan Allah dan Rasul. Tetap mengimpikan keimanan walau terpaksa mengorbankan status.

Aku pun nak jadi macam tu. Walaupun Allah bagi nikmat rezeki lebih dan cantik, tetap tak lupa akan Dia. Cehs, bajet diri sendiri cantik. Betul-betul naik lift tekan sendiri.

"Abang tau Fa memang wanita melayu paling cantik kat Paris ni."

Tersenyum sampai telinga Zulfah dipuji macamtu.

"Sebab orang melayu kat sini, tak ramai mana pun.."

Majdi ketawa.

Dah agak, memang saja cari bahan nak pekena aku je.

Zulfah buat muka.

"Agissant comme un gosse"

Majdi menepuk kepala Zulfah. Ketawa.

Dia buat dah keluar bahasa alien dia tue. Nak je time dia cakap tu aku bawak keluar kamus Perancis cari satu-satu maksud dia.

"Jom abang belanja makan? Muka dah macam kelapa kena perah dah."

Sempat lagi.

"Mama ngan papa tak marah ke balik lambat?"

"Abang dah call tadi.."

"Makan kat mana?"

"Lasserre Restaurant"


****

"Abang, esok dah nak raya, tapi tak dengar pun orang takbir kan?"

Berjalan melalui Effiel tower.

Serius, best sangat tempat ni. Lampu-lampu yang dipasang sepanjang tower ni buat rasa macam dalam novel pulak. Romantis betul.

Patutlah orang kata, kalau nak berbulan madu elok pergi Paris. Bukan setakat madu, gula pun ada. Memang sweet.

"Habis, tak kan nak dengar orang takbir raya kuat-kuat kat Effiel Tower?"

Zulfah ketawa.

"Orang tanya je lah.."

Sekali sekala kelihatan beberapa pengemis bersandar di tepi jalan dengan topi yang sudah lusuh. Ada juga yang sedang mesra menyapa, memberi ciuman di pipi. Memang di sini budayanya begitu bila greet people. Ada yang jalan berpasangan. Ada juga yang saja-saja jalan ambil angin malam.

"Abang, orang selalu cakap pengorbanan hati la, apa la.. Tapi nak korban hati tu macamna? Ambik pisau, baca bismillah, pastu sembelih hati ke?"

"Try la buat.."

"Isk, orang nak melawak pun tak boleh."

Majdi senyum, menjeling mata ke adiknya.

"Ntah la.. Abang pun mana tau sangat.. Ni lagu Simple Plan pun tak bleh tinggal lagi.. Tapi kadang-kadang pernah la jugak dengar tazkirah sikit-sikit.."

Tara sikit tu pun selalu bagi tazkirah kat aku.

"Korbankan hati ni, mudahnya melakukan sesuatu kebaikan, sesuatu yang sometimes, hati kita tak sanggup nak buat. Tapi kita buat jugak untuk dekat dengan Allah.."

Majdi menyeluk tangan ke dalam jaket. Menyelak maflah ke belakang leher.

"Contohnya?"

"Contohnya.. Kita suka sangat beli barang mahal-mahal.. Shopping walaupun kita dah cukup. Tapi sebab kita sabar, kita cuba jugak tahan walau hati kita ni memang dah melompat nak sangat. Or, maybe we always have chat with friends that different gender, rasa seronok je. Sikit-sikit rasa nak call, nak message, tapi sebab kita nak jadi hamba Allah yang baik, kita cuba tinggal sedaya upaya.."

Tu lah, kadang-kadang rasa payah sangat nak terima satu arahan Tuhan tu.

"Kadang-kadang rasa berat kan nak buat apa yang Tuhan suruh?"

Jujur.

"Everything yang Tuhan suruh, kita kena buat je. Walau kadang terfikir, apa benefit dia, reason dia. Kan? Semua yang Allah suruh, untuk kita jugak. Kita ni ok lah kiranya, sekarang Tuhan dah tunjuk macam-macam hikmah. Kalau kita ni kena uji macam Nabi Ibrahim, sembelih anak sendiri? Tak ke haru?"

Betul juga.

Sekarang dah banyak yang dah di explore dah. Kelebihan wudhuk dan solat dari science lah. Dan macam-macam. Kagum juga aku dulu bila baca buku Quran Scientific karya Dr. Daniel dulu. Semua memang bagi kebaikan pada kita. Tapi time nabi kita Muhammad sampaikan dulu. Sahabat-sahabat tau ke semua ni? Semua sami'na wa ato'na je.

Itu yang sepatutnya.

Majdi menoleh ke taman di Parc du Champ de Mars itu. Bunga-bunga tulip di situ tersusun rapi berwarna-warni. Ada ruang rumput hijau lapang.

Angin  malam ni agak lembap.

Majdi mengikat tali kasut Conversenya yang terjulur.

"Kita lumba nak?"

"Nak buat apa?"

****

Cuaca ketika itu amat panas terik. Pasir-pasir gurun seakan serbuk api yang membakar.

Siti hajar berlari bagi mendapatkan air. Bersusah payah. Namun hampa bila mendapati ianya hanya fatamorgana.

Berlari, berlari, berlari lagi.

Berulang kali.

Demi anaknya, Ismail tercinta. Dia tetap berlari walau panas dan haus.

Hanya mereka berdua di sana.

Matahari tetap terik di atas. Membahang dengan hawanya yang menyikat kulit.

Saat dia ditinggalkan:

Siti Hajar memegang erat baju Nabi Ibrahim. Merintih dengan sayu.

"Hendak kemanakah engkau suamiku? Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini?"

Nabi ibrahim tidak bepaling.

Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata pun. Ia tetap melangkah meninggalkan isteri dan anaknya.

Siti Hajar pun bertanya lagi:

"Hendak kemanakah engkau Ibrahim? Sampai hatikah engkau meninggalkan aku dan anakmu di tengah padang tandus ini?"

Nabi Ibrahim tetap tidak berpaling.

Siti Hajar kemudian bertanya sambil menangis:

"Apakah ini perintah dari Allah?"

Barulah Nabi Ibrahim menjawab.

"Ya."

Siti Hajar redha. Melepaskan suami yang tercinta. Merelakan diri dan anak kecilnya ditinggalkan  di padang panas yang kontang. Bersendirian melainkan hanya ditemani keyakinan yang tinggi kepada Allah.

Hati mana yang tak menangis?

Nabi Ibrahim terus berjalan menggagahkan hati. Betapa bergoncangnya perasaan seorang nabi. Bergetar naluri sebagai seorang suami dan seorang ayah.

Sayup.

Nabi Ibrahim tidak dapat menahan air matanya.

Dia menadah tangan berdoa.

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya.

Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur."

(Surah Ibrahim : 37)

****




"The crayfish that crispy in the mouth and melting with the young lettuce".

"Wahh! Sedap ni.."

Majdi membelek menu.

"Percayalah sangat kat menu tu... Gimik je tu.."

Zulfah senyum bergula. Manis betul.

Hiasan dalaman dalam restoran ni memang amat cantik. Bertemakan sulam emas, coklat keperangan. Meja-meja bulat diletakkan dalam keadaan yang amat tersusun.

Petang tadi dah jalan kat Arc de Triomphe, kemudian ambik romantic horse and carriage ride ronda satu Champs Elysses, malam pulak dah pusing taman sekitar Effiel Tower. Pastu makan pulak kat sini. Abang memang best!

"Fa, tadi cakap nak korbankan hati kan, nak jadi baik?"

Majdi senyum nakal

"Yups, why?"

"Abang nak test sikit.."

"Apa?"

Majdi sengih.

"Err.. Bayar semua makanan ni tau. Abang tak bawa duit."

"Abang!"

****

Thursday, November 18, 2010

Penita: Aidiladha.

Picture by WAKTU REHAT by ~malayafia of DeviantArt~

****

Rambut si kecil itu jatuh lurus ke bawah. Kemeja putih sekolahnya nampak sedikit lusuh. Namun tetap kemas.

Suasana di kantin sekolah rendah itu bising. Hingar dengan pelajar-pelajar yang sibuk bermain.

"Selamat pagi Jausyan!"

Jausyan tersenyum. Menampakkan baris giginya yang putih. Comel.

"Selamat pagi.."

Jausyan meletakkan pinggannya di atas meja.

"Sikitnya awak makan.."

Akmal hairan. Menyuap nasi ke mulut. Menumpukan pandangan ke pinggan kawannya itu.

Nasi putih separuh. Telur mata. Kuah sikit.

Jausyan tersengih.

"Saya nak simpan duit.."

Tangan kecilnya memegang cawan. Meneguk air kosong.

"Nak beli apa? Komik Naruto ke? Saya dah beli yang baru.."

Giginya asyik mengunyah burger ayam. Lelehan mayonis membuatkannya nampak amat lazat. Kemudian menghirup jus oren yang baru dibeli.

Selamba. "Nak beli lembu.."

Busrrsss!!

Oren yang sedang diminum tersembur keluar. Terpancut membasahi wajah Jausyan. Macam baru lepas mandi hujan.

"Weh! apa ni?"

Jausyan ketawa.

"Beli lembu?? Awak nak buat apa? Nak bela?.."

Jausyan senyum.

"Saya nak buat korban.."

Sekali lagi selamba.

"Kita kan kecik lagi.."

"Semalam mak saya cakap, kalau kita buat korban, setiap bulu lembu tu kita dapat kebaikan.."

"Woww!! Bestnyaaa.. Setiap bulu lembu tu?"

Jausyan angguk bersungguh.

"Sebab tu la saya nak ber juta juta juta jutaaa kebaikan tu. Baru saya boleh jadi baik."

Akmal mengira-ngira dengan jari.

"Banyaknya!!"

Mata Akmal membesar. Jausyan tersengih bangga.

Akmal menyeluk kocek.

"Nah, ambik duit ni.."

Jauysan mengambil rm1 dari Akmal.

"Buat apa?" Kehairanan.

"Buat awak beli lembu sekali. Nanti saya dapat sikit kebaikan awak tu.. Boleh kita msuk syurga sama-sama kan?"

"Ok.. Nanti saya beli, saya bagi awak 5 helai bulu lembu.. ok la tu kan?"

"Kedekut!"

Jausyan ketawa.

Comel.

****

Zaid bin Arqam berkata:

"Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Korban) itu?

Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wasallam. menjawab:

"Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim."

Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita?

Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam. menjawab:

"Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan."

Mereka bertanya:

"maka bulu yang halus pula?

Rasullullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda yang bermaksud

"Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan."

(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Saturday, October 23, 2010

Puisi: Awan

Into the blue sky by =theNy
****

Cuba kau tengok langit biru.
Ada merpati putih terbang tinggi.
Sampai awan.
Mari berlari ke sana.

Aku hanya mampu melihat.
Tak mampu mencapai.
Pergilah,
Cukup aku berkongsi rasa.

Aku sampai sana.
Aku pintal awan.
Aku coretkan nama.
Dari hatimu yang ku bawa bersama.

Aku tunggu hujan.
Kerana aku tunggu bersama.
Nama yang kau lukiskan.
Dan rasa yang aku simpan.

****

Monday, October 18, 2010

Cerita: Jauh.

neon light . by *m0thyyku of DeviantArt

****

Kita pernah melihat langit dan cahaya
bergemerlapan di sana.
Marilah kita ke sana wahai tuan, bandar kita di sana, ya tuan,
bandar kita di sana..

****

Angklung itu digetarkan. Sakinah tersenyum. Bermain sepenuh jiwa. Buluh-buluh yang diikat pada ancak itu berlaga antara satu sama lain. Menghasilkan irama indah yang amat harmoni.

"Sedap kan?"

Majdi angguk.

"Damai je bunyinya.. Macam kat hutan.."

Majdi angguk lagi.

Majdi berdiri jauh, sama jauh dengan jarak alunan yang sedang didendangkan. Buku 'Rangkaian Sastera Sufi' di pegang erat di tangan.

"Majdi..."

Angklung berbunyi.

Lagu-lagu melayu lama dimainkan.

"Cantik kan?"

Wajah Sakinah penuh penghayatan. Sama riak dengan ahli kumpulannya yang lain. Yang sedang bersama di atas pentas.

Majdi angguk dalam mata yang tak berkedip.

Zaid ketawa.

"Hai.. ni dengar angklung ke, tengok orang yang main angklung.."

Majdi tersipu dalam senyuman manisnya.

"Err.. Dua-dua.."

****

PadaMU, rahsia dipendam sekian lama, dinyata.
Sinar subuh cahaya memancar, gelap malam binasa.
UntukMu, dinding kalbu menutupi rahsia keajaibannya.
RahsiaMu? Bukan, rahsia untukMu, bila menutupi semua..

****

"Hebat persembahan tadi.."

Sakinah melangut. Tersenyum.

Mengangguk sedikit.

"Terima kasih..."

"Esok ada lagi, datanglah ya.."

Lebih manis.

"Mesti!"

Majdi pula tersenyum.

Dalam hati, irama berlagu.

"Kau lah lagu, kau iramaku..
Bila kau menyanyi,
syahdu.

Kaulah melodi, kau lah gurindam..
Saat ku menulis,
Wajahmu terlukis.."

Majdi melangkah. Melangkah denai jalan yang diharapkannya detik-detik waktu.

Moga cepat sampai hari esok.

****

Aku bertemu lagi
Sahabat Tuhan malam ini
Enam tahun sudah berlalu
Malam ini bertemu, walau rasaku membeku.

****

"Pindah?"

Majdi memalingkan muka.

"Yups.."

"Where?"

"Ntah, somewhere better insyaAllah.."

"Erm, kenapa tak teruskan kat sini?"

Sakinah diam sejenak.

"Saya cuma... nak cari erti hidup saya betul-betul mungkin. Nak berubah.. Menjadi hamba Tuhan yang sebetul-betulnya.. Serahkan segala-galanya pada Dia.. Nak cari diri saya sendiri yang saya rasa makin hilang.."

Sakinah senyum.

"Boleh cari di sini kan?.."

"Yup. Boleh je..Cuma saya nak lebih tegas kepada diri. Banyak sangat yang saya tolak ansur pada diri sendiri. Tak nak dah. Kan hidup hanya sekali? Sayangnya kalau tak dapat hidup tanpa redha dan cinta-Nya.. Kan?"

"Bukan senang nak jaga diri. Tambah lagi, saya ni perempuan.."

Tak sabarnya.

Majdi menjeling. Membiarkan rambut ditiup angin.

"Hurm.. mesti saya rindu bunyi angklung nanti..."

"Tak apa, bila mana angklung berbunyi, pasti hati saya hadir di situ.."

****

Mencari engkau akan Dia
WajahNya seri di mana-mana
Di aku, di dia, di kita semua
Bila dipandang, Dia di sana.

****

"Aku dengar Sakinah dah pindah.."

Anas menyusun buku-buku di atas meja. Menghadapi minggu peperiksaan dalam 2 minggu ni memang amat mencabar.

"Yup.."

"Pindah mana?"

"Pondok.."

Majdi membuka buku di atas meja. Fikiran terawang-awang. Rasa seperti menaiki awan terbang. Dia rasa ditinggalkan. Jauh ditinggalkan. Bukan jarak, bukan tempat.

Tapi ilmu dan iman.

Dalam keadaan diri masih bergelut dengan dosa-dosa yang susah ditinggalkan. Sakinah sudah berjaya menjaga diri. Dalam jiwa yang masih berlemah lembut dengan sentiasa mengatakan 'tak apa'. Sakinah sudah tegas dengan nafsunya.

Dan aku masih di sini.

Terkial-kial dalam mendaki menjadi muslim yang sebenar-benarnya.

Jauh..

****

Hari ini dan hari sebelum semalam
Satu juga
Esok dan kelmarin
Satu juga
Duakah engkau?

****

"Anas, kita main pondok-pondok nak?"

Anas ternganga.

"Apa kes tiba-tiba?"

Majdi tersengih.

"Ceh, rindu orang pondok la tu.."

Sebijik macam kerang busuk!

****

Jangan kecewa wahai kelana
Cahaya mentari kan terbit semula
Cahaya bukan mengena istana
Tetapi reban si hina juga.

****


"Gaya macam kenal je.."

Majdi menyorot mata ke arah seorang muslimah. Lengkap berpurdah dan berpakaian hitam. Gadis tersebut nampak mesra dengan sahabat-sahabat yang Majdi kenal.

Pelik.

Siapa tu?

Si Muslimah nampak meminta diri. Sempat menoleh sebentar.

Dari sekadar matanya. Nampak sebuah ketenangan yang amat menyejukkan.

"Siapa tadi tu?"

"Owh, ingat lagi kan? Sakinah.."

"Sakinah?"

"Yup.."

Majdi tersenyum. Seakan ada getaran angklung dalam jiwanya.

Getaran gembira dan haru yang bercampur.

Dia kini semakin jauh ditinggalkan.

Bila pula diri ini ingin benar-benar menuju Allah?

****

Akan laut lautlah juga
Dari abad datanglah zaman
Akan ombak ombaklah juga
Ibarat alam zahir kejadian

****

"Anas, agak-agak bila kita akan pergi berjumpa Tuhan?"

"Ntah la.. Esok, mungkin.. Lusa."

"Dalam kita yang masih macamni. Tak mahu-mahu berubah.. macamna lah kita di hadapan Tuhan nanti kan.."

Anas diam. Kemudian membuka bicara.

"Bilal bin Rabah, sedih sangat bila nak meninggal dunia."

"Sebab apa?.."

"Sebab rasa sedih dah tak dapat puasa ketika panas terik.."

Termenung.

"Bila kita akan dapat hati macamtu ya?"

****
Di dalam lautan Jalal Ilahi
Dunia ini ibarat setitik seni
Betapa daya kami memuji
Hanya pujimu bagiMu itu yang abadi

****

Lelaki berkopiah dan berjubah putih itu memegang erat jari jemari isterinya. Si isteri solehah yang berazam menjadi ketua bidadari untuk si suami.

Kemas dalam jubah dan furdahnya.

Romantis.

Berjalan menyusuri taman.

"Selamat pengantin baru..."

Majdi menghulur salam.

"Terima kasih.."

Rahman tersenyum manis.

Tadi baru selesai acara akad nikah. Dalam keadaan yang amat sederhana. Tapi penuh rasa keberkatan dan ketenangan.

Sang suami tenang duduk bersedia. Sang pengantin perempuan tunduk redha di bahagian belakang dalam hijab yang menutupi.

Termeterai.

Pengantin perempuan dipeluk dan dicium. Dibawa dan diraikan bersama si suami, hanya di bahagian muslimat. Hanya ahli keluarga dan muslimah yang menatap.

Terpelihara.

"Lepas ni rancangannya ke mana?.."

"InsyaAllah, ana dan Sakinah akan ke Syria.. Doakanlah ya.."

"Syria? Jauhnya.."

Rahman semakin tersenyum..

"Moga lebih rapat dengan Allah di sana.. InsyaAllah.. Doakan kami.."

"InsyaAllah.."

Majdi mendoakan.

****

Dalam rindu ada rindu.
Dalam cinta ada rasa.
Mana jiwa, mana makna?
Kepada Allah, padaMu jua ku serah semua

****

Jauh kan? Semua orang sudah berlari menuju Allah. Dan kita masih di sini. Sampai bila?

"Majdi, nak ke mana malam-malam ni?"

Majdi menggalas beg. Berisi jubah.

Tersenyum manis.

"Nak mulakan berlari menuju Allah? Bila lagi?"

Terus berjalan.

Mencari ketenangan yang sebenar-benarnya. Senekad-nekadnya.

Bila lagi?

****

~good music by ~ainisain of DeviantArt~

****

P/s: Setiap rangkap puisi yang diselitkan diceduk dari karya Rangkaian Sastera Sufi. Karya-karya sufi yang terkenal. Kecuali yang terakhir, karya saya sendiri~

:)