Followers

Letakkan link blog anda =)

Friday, February 26, 2010

Semoga Allah menyayangi antum.. Allahuakbar..


Sejak kebelakangan ni.. aku tak mampu mendengar perkataan 'sahabat'..

Pasti ada getaran halus menyusup ke dalam hatiku.. Terasa haru yang dalam.

Allah maha memujuk, dan Allah memujukku dengan senyuman ayahku, dan ukhuwwah sahabatku..

Ketika berita pemergian abah, sahabat-sahabatku datang, ramai, terlalu ramai memenuhi surau membacakan tahlil.

Aku tersenyum, namun melihat mereka. Aku sebak. Aku menangis dalam pelukan.

Aku berpura-pura tabah di hadapan mereka. Bercerita tentang abah. Melihat gambar abah, aku kembali sebak. Aku menangis. Mereka menenangkanku..

Mereka menghantarku..

Kata-kata mereka menguatkanku. Kata-kata mereka memujukku. Setiap kata-kata mereka terasa menyusup di hati.

Ya Allah, rahmatilah mereka. Ya Allah bahagikanlah mereka. Ya Allah, mereka sahabat-sahabat yang terlalu baik, sayangilah mereka Ya Allah.

Ramai yang mengucapkan takziah. Sahabat-sahabat dari Uia, sahabat-sahabat dari gombak, dari kuantan, sahabat-sahabat sekolah lama, sahabat-sahabat dari luar negara, malah deputy dean dan staff yang aku kenal.

Ya Allah, engkau maha memujuk, dan Engkau memujukku dengan mereka. Allahhuakbar.

Ada rakan-rakan yang menelefon, malah ibu sahabat ana juga memujuk..

Ana terharu bila mengetahui tahlil di setiap mahalah diadakan.. Aku terharu bila menerima sumbangan ikhlas dari mereka.. Aku terharu bila melihat ucapan-ucapan mereka di blog-blog..

Ya Allah, bagaimana harus aku balas jasa mereka?

"Majdi, ada apa-apa bantuan bagitaulah aku.."

"InsyaAllah, kami sentiasa berada di kanan, kiri, depan, dan belakang ustaz.."

"Tabah ya Majdi, tarbiyyah Allah untuk hang, kami sentiasa bagi sokongan.."

"Kami sentiasa ready on call untuk ustaz.."

Allahuakbar, Allahhuakbar..

Sekarang, aku sekarang terlalu gembira bila mengetahui kebaikan mereka. Aku terlalu gembira bila mereka dinaikkan, dan aku yang mengaminkan dengan sepenuh hati bila mereka didoakan..

Hujan lebat, waktu yang amat mustajab untuk berdoa.. Aku menadah tangan, untuk ayahku, ibuku dan keluargaku, dan sahabat-sahabatku yang terlalu suci hati mereka..

Semoga Allah merahmati antum, semoga Allah membahagiakan antum, Ya Allah.. Semoga Allah menyayangi antum...

Terima kasih semua. BarakAllahhufik.. Uhibbukum Fillah.. Ana sayang antum =) Allahuakbar, insyaAllah, semoga ukhuwwah kita berkekalan hingga ke syurga nanti.. Amiin..

p/s: Syukran atas tulisan antum wahai Akh Syafiq, Ukhti Najwa, Makcik Sabrina, Ustaz misbah, Ukhti Husna, Ustazah Ummu Naufal, Akh Nasrul, HPA, dan untuk semua yang ana tak mampu letak di sini, tetapi tetap di hati insyaAllah..

dan ini..

Thursday, February 25, 2010

Ini teladan cintaku..



Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.

Kata mak..

Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.

Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.

Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..

"Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."

Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah.

Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.

Mak lihat..

"Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."

Cerita mak sambil tersenyum..

Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.

Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..

Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..

Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum.

Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.

Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.

Cerita mak..

Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau.

Dan kelihatan abah..

"Abang ke mana? Risaunya ani.."

"Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum.

Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak.

Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..

"Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."

"Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."

Dan abah hanya ketawa.

Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.

Pernah mak tanya,

"Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.."

"Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..

Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik.

Dan abah selalu membanggakan mak.

Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.

"Beruntung Ani dapat suami macam tu.."

Mak gembira.

Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..

Pernah mak berkata..

"Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.."

Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini,

Sudah tiada.

Pergi untuk bertemu cinta agungnya..

Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah.

Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.

Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..

"Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."

Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis.

"Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."

Mak tak boleh mendengar deringan telefon.

"Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."

Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum.

"Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak..

Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.

"Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. "

Mak terus tersenyum.

"Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."

Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...

Sunday, February 14, 2010


Menulis selepas menangis.

Baru usai rehlah frc di ulu yam. Suasana nyaman dengan deru air sungai yang mengalir, bersama redup bayang dedaunan. Disimbahi cahaya mentari petang. Tenang. Mendamaikan. Dan di situlah kami. Mungkin program terakhir kami bersama. Aku pulang keletihan. Selepas solat maghrib, aku terus tidur. Terbangun 2 jam selepas itu, seakan ada perasaan yang meresap masuk dalam hatiku. Rindu yang amat sangat. Aku tiba-tiba terlalu rindu ahli2 frc yang lain. Terlalu. Aku rasa seperti kehilangan.

Aku menghubungi ibu bapaku. Perasaan yang sama. Mendengar suara mereka seakan aku ingin menangis. Aku sebak. Perasaan kasih sayang yang dicurahkan dengan harapan. Itulah perasaannya. Suara mereka meredupkan fenomena rinduku.

Malam ini, aku rasa amat syahdu. Hening. Duduk di kerusi di depan mahallah bertemankan sinaran lampu jingga. Aku rasa kehilangan yang amat besar.

Hari ini hari terakhir. Frc. Yang mana selepas ini kami akan berpisah. Dan aku akan ingat segala gelak tawa mereka. Susah payah mereka. Redha mereka. Kebaikan mereka. Yang aku rasa aku tidak memberikan yang terbaik untuk mereka. Aku tidak menolong mereka. Sedangkan mereka sentiasa membantu. Senyum, ukhuwwah yang terhasil dari hati. Kebaikan yang amat suci. Aku terlalu sayangkan mereka. Memikirkan akan kehilangan membuatkanku hanyut dalam perasaan. Aku berfikir waktu-waktu selepas ini. Bagaimana kami nanti?

Walau aku tahu kita tidak ada rasa memiliki. Kerana itu Allah punya. Bila aku ada, dan Allah tarik. Maka aku rasa kehilangan.

Detik sunyi 3 pagi. Aku disapa kembali belai angin rindu itu.

Aku tidak tahu mengapa. Aku terlalu sayangkan mereka. Frc. Semua. Terlalu. Terus berfikir dan mengenang. Quran ku ambil sambil menangis, ku cium kerana ku tahu ianya ayat Allah, tuhan yang memberikan aku perasaan, dan jua tuhan yang memujukku. Aku dalami Ali- imran. Aku rasakan ayatnya. Yang lebih baik dari itu. Sungai yang mengalir, bersama pasangan yang suci dan diredhai.

Aku terkenang dan membayang. Merasa.

Dan air mataku terus mengalir..

Saturday, February 6, 2010

Hati.


Teringat dulu, ketika zaman form 2, masih tidak matang dalam berfikir dan bertindak..

Sebuah cerita..

Ketika itu aku sedang berjalan-jalan, terserempak dengan sahabatku di pondok telefon..

"Majdi, nah cakap.."

"Ha, siapa?" aku terpinga-pinga.

"Assalamu'alaikum.." aku menyampaikan salam..

"Wa'alaikumussalam.." terdengar suara wanita bercakap..

Eh, perempuan? Siapa pula la ni. Tiba-tiba kawan aku suruh cakap. Tak ada kerja la tu. Aku pun terus sambung..

"Sehat? tengah buat apa?"

"Erm, tengah buat nota sikit.." jawabnya sambil tersenyum.. (ye.. ye.. je aku ni. macam la aku nampak ~)

"Owh, buat nota.. Subjek apa?"

"Bahasa melayu.."

"hurm? bahasa melayu pun nak buat nota ke?" tanya aku kehairanan..

"ye la, nak mengajar esok.. kena la buat nota.." jawabnya selamber sambil ketawa kecil..

Mengajar? Ha? Cikgu ke? Dah kerja? Adeh! Isk, patutlah aku tengok selamber je dia layan kami. Mesti dia anggap macam layan budak kecik yang memang macam adik-adik dia. Kawan aku punya kerja la ni. Huh! Dia pun tanya la aku form berapa. Sekolah kat mana. Haha. Sekadar cerita dulu-dulu yang aku teringat.

(Cerita di atas hanya selingan)

Erm, berbalik kepada topik asal perbincangan, nak cerita tentang hati. Antum pernah dengar x tentang jika kita berbuat maksiat, maka akan ada titik hitam di hati? Semakin bertambah bila maksiat kita bertambah.. Pernah kan? Itu sabda nabi.

Apa yang ana cuba nak bawa di sini. Cuba antum fikirkan. Cuba antum bayangkan jika seandainya Allah buat, setiap kali kita buat maksiat, akan ada titik hitam di muka. Atau muncul satu jerawat. Agak-agak, macamna muka kita? Macam ikan buntal x? (maaf ikan, saya x berniat menghina anda, cuma sebagai analogi).. Atau jika titik hitam di muka.. Ada macam zirafah x? Maha suci Allah.. Titik hitam tu di hati.. yang manusia tidak akan nampak.. dan tak ada manusia yang akan hina kita. Dan kita ada peluang untuk bertaubat.

Titik hitam di muka: Kesannya jelas di muka. Kita akan malu berhadapan dengan manusia. Betul?

Titik hitam di hati: Kesannya pada akhlaq sebenarnya, walaupun manusia tak nampak pada zahir, tetapi akhlaq kita tetap dinilai manusia. Kan? =)

Maha suci Allah yang mana menyembunyikan titik hitam kita. Yang mana aib kita dilindungi, yang mana kita masih sempat bertaubat dan menghilangkannya, yang mana ianya salah satu ujian Allah kepada kita.

Sebab, mesti kita tak nak jadi ikan buntal atau zirafah kan? ~

p/s: Baca ni kertas putih or kertas hitam?

Friday, February 5, 2010

Jarang menulis tentang keadaan diri. Tapi sekarang rasa itu ada.

Sekarang berada di rumah tercinta. Best2! ;) hehe. Hujung minggu yang memang aku bercadang untuk balik. Walaupun terpaksa mengorbankan 1 kuiz fizik (hari sabtu). huhu~ nanti aku nak minta balik pada sir untuk buat kuiz tu. Bukan apa, jika tidak balik minggu ni. Aku tak pasti bila lagi akan ku pulang. Rindu mak, abah, dan adik-adik. Rindu rumah. Sudah sebulan setengah rasanya aku tidak pulang, dan selepas ni exam. Walaupun exam tamat pada 22 hb. Mungkin aku hanya boleh pulang pada 4hb bulan berikutnya.. Jadi, aku nekad pulang pada hujung minggu ni. Mengambil udara kampung halaman yang pasti memberi seribu makna.

Aku teringat cerpenku yang belum sudah 24434. Antum dah baca? Aku biarkan tergantung begitu lama.. mungkin pembaca pun sudah lupakan.. Bercadang dan nekad untuk menyambungnya selepas exam. Pasti! insyaAllah.. hehe. Doakan berjaya. Banyak betul benda yang aku cadang nak buat lepas cuti, baca buku, tulis blog, aaa... macam2 lah.huhu. Bila aku pulang dan melihat wajah ibu abahku, perasaanku mejadi seribu satu makna. Wah! best betul. hehe.

X kisahlah, janji sekarang dah berada di rumah. Syoknya! hehe =) aku lepas ni exam ~~ huhu..Wahh! Cuaknya.. banyak lagi x cover ni.. tak apa2, aku akan usaha dan insyaAllah, aku yakin Allah tolong aku..

p/s: macam x mau balik Uia je (perasaan biasa lepas balik rumah) ~

Thursday, February 4, 2010

Permata hatiku..


Wajah mereka seakan mentari, mencerahkanku ketika kegelapan. Membantu menyuluhkanku hingga aku melihat alam yang amat luas.

Pernah, aku kepanasan menangis sendirian, lalu hadirlah suara mereka ibarat awan yang meredupkan. Lembut ditiup membelai jiwa. Begitu mendamaikan.

Dulu, aku pernah sendu kelemahan, bagai aku tidak pernah punya teman, tidak pernah kenal manusia. Mereka hadir, tersenyum.. mengusapku.. Bangunlah, kami sentiasa di sisimu. Kata mereka, kuatkanlah iman.. Esok nanti, dirimu menjadi mujahid sepanjang zaman..

Aku kutip bicara permata dari mereka, yang akan ku simpan sampai bila-bila. Aku pernah meneroka, dalam hatiku.. ada 1 bilik yang penuh indah, yang dalamnya penuh bunga, malah, penuh cinta. dan pasti, itu tempat mereka. Mahkota di jiwaku.

Sekali, aku sering terkenang, lelah dan air mata.. yang aku tanya.. "Untuk siapa semua itu?" Nafas dihirup,. Biar keletihan, dengan senyum... "Untukmu, anakku... Pasti."

Ya Allah, bahagiakan mereka. Cambahkan cinta dalam kuntum jiwa mereka, dan dalam mekar cinta padaMu. Tenang dan damaikan jiwa mereka. Agar mereka redup dalam dakapanMu, belaianMu, di sini... dan insyaAllah... di syurgaMu nanti...

Duhai rinduku,

Terima kasih.. Terima kasih atas segalanya..

"Selamat hari ulang tahun perkahwinan ke-21 ibu dan ayahku.. " =) dari anakmu..

Saturday, January 30, 2010

Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna



Alhamdulillah, dizinkan Allah untuk menghadiri Konvensyen tersebut =) Tahniah kepada ISMA dan JAWI atas program wacana yang saya kira amat membuka minda! Kehadiran pelajar serta orang awam dari seluruh ufuk Malaysia yang disatukan dengan satu fikrah dan matlamat amat membuatkan hati terasa damai.

Hasan Al-banna?

Ada yang masih tidak kenal? Baca dan carilah biodatanya.. Seorang yang digelar oleh Abu hasan Annadwi sebagai "Cahaya lembut yang tidak terlalu terang cahayanya dan tidak terlalu malap" Kesederhanaan yang menenangkan.

Seandainya Sultan Muhammad Al-Fateh, seorang sultan di zaman Islam gemilang berjaya membuat satu Peristiwa dan penaklukan dahsyat, maka lelaki ini adalah lelaki hebat yang berjaya membuat satu fenomena dan pengaruh di zaman Islam di zaman Islam di bawah.

Bangsa?

Apa ada dengan bangsa? huh..

Bukankah Islam mengenepikan sifat perkauman atau kebangsaan dan menyatukan ummatnya tanpa kira bangsa?

=)

Apa jawapannya? hehe.

3 kertas kerja dibentangkan, dengan tajuk dan speaker yang amat hebat saya kira.

Speaker pertama, Ustaz Haji Mohd Rusdi bin Haji Alias yang membentangkan bagaimana pertembungan antara agenda barat dengan pemikiran Hasan Al-Banna sendiri.

Kita biasa dengar tentang "isme", sama ada liberalisme, pluralisme, hedonisme, dan segala isme. Ketahuilah semua pemikiran ini berasal dari "humanisme", sebuah pemikiran yang mengagungkan, malah mengtuhankan kehendak manusia. Dikatakan pemikiran ini lahir dari mesir kabbalah, yang mana menganggap manusia tidak memerlukan Allah, malah ada yang mengatakan manusia bukan makhluq tuhan.

Pemikiran ini telah merebak dengan terlalu membarah, hingga mana apabila Hasan Al-Banna di zamannya membawa dasar kesyumulan islam, ramai yang berasa janggal dan pelik termasuklah segelintir ulama.

Namun hari ini pemikirannya yang hampir satu abad dengan dasar islam berjaya menyutun atur gerak kerja Islam demi menentang segala ancaman dan serangan isme-isme ini yang merupakan bidaah terbesar, malah tersesat yang sedang mempengaruhi manusia.

Inilah secebis cetusan yang mampu saya kongsikan. Yang mana saya kira terlalu banyak permata pada hari itu yang saya kutip Alhamdulillah.

^^
Banyak jualan yang diadakan pada hari itu. Terasa ingin membeli semua, baju, pen dan segala. Tapi wang yang ada hanyalah sedikit, maka saya mampu menahan nafsuku. hehe. Ada satu bahagian di mana pameran-pameran berkaitan dengan iman hasan albanna dibuat dengan meluas. Kisah-kisah sekitar hidupnya, serta juga kematiannya benar-benar menaikkan semangat.

Ya Allah, jadikan aku sepertinya, pendakwah ketika hidup, malah pendakwah walaupun aku sudah tiada.. Amiiinn..

Berbalik kepada hari dan suasana. Saya amat gembira bila mana berjumpa saudara saya pada ketika itu. Malah begitu juga sahabat-sahabat sekolah lama , dan juga dari Uia nilai. Seakan sebuah reunion berfikrah. Hehe.

(dulu kami bersama di sekolah, kini bersama dalam pertemuan jihad, Ya Allah, indahnya..)

Konvensyen diakhiri dengan resolusi hasil pembentangan kertas kerja.

Dan saya, terus tekad dan nekad menjadi da'ie sepanjang zaman.. Amiinn Ya Allah..

Tuesday, January 19, 2010

Jom Join UsraH!! =)


Assalamu'alaikum semua. Sehat? Seperti yang dijanjikan..... Poster-poster cantik untuk Let's join halaqah!! akan dipamerkan ^^

hehe. Alhamdulillah, kami baru lepas habis gantung flyers di sekitar Cfs, dengan satu tujuan. nak ajak SEMUA orang untuk join halaqah! Alhamdulillah.. berjaya sudah sekitar 3 pagi tadi.

Sebagai Program Manager, Tahniah yang amat sangat kepada committee2 pub n pro (syafiq kamil, presiden frc & fatehah, v.presiden 2 frc) yang berjaya atas promosi. Dan juga semua committee FRC yang banyak membantu..

Credit juga kepada presiden, syafiq yang menghasilkan poster yang amat lawa dan menarik! (semua poster ni dia yang buat) =) alhamdulillah..

Kekuatan 2 orang dan dapat disiapkan dalam masa sehari dan digantung bersama2 dalam satu malam! SubhanAllah, hebat antum! alhamdulillah.


Alhamdulillah.. banyaknya flyers dan poster yang berjaya digantung, dan ia kelihatan amat meriah. Ana, syafiq kamil, dan khairi yang hanya 4 orang. Dan sebelum tu dibantu oleh Zunnurain dan sister2 hebat dari FRC. Ana terfikir, apa yang menyebabkan Pub & Pro program-program yang lain menghadapi kesukaran dari sudut promosi, sedangkan kadang2 ianya diberi tempoh dalam masa yang lama.

=)

baru ana sedar, kadang2 kita membahagikan tugas, tapi kita selalunya lupa dan terlepas pandang untuk bantu dan tolong committee macamna nak jalankan tugas tu.. Apa yang patut buat. Bagaimana nak memudahkan. Macamna nak ringankan committee, yang kadangkala baru pertama kali melakukan biro tersebut. Tunjuk ajar dan langkah2 yang patut diambil. Sebelum ni sekadar nak pastikan kerja tu siap.. tapi x tolong dan didik.. Allah.. alhamdulillah.. Pengajaran yang baru! ^^ InsyaAllah, akan improve lepas ni!



hehe. Tentang usrah, ada yang nak pi study circle, sebab nak 10 markah FIM je.. tapi, Allah sediakan lebih dari itu insyaAllah.. Maka, posternya..


Kita dalam perjalanan MEMIMPIN ummah, dan yang penting MELINDUNGI mereka.
Maka, usrah adalah permulaan..

USrah bukan sekadar tempat untuk bercakap @ mendengar ceramah naqib.. tapi tempat untuk meningkatkan jati diri.. Apa yang x bleh selesai dalam usrah..

Duit?
Pelajaran?
Ilmu?
Sikap?

InsyaAllah.. joinlah usrah, dalami dengan sebenar2nya.. dan semua dapat diselaikan insyaAllah :)


Jom Support kempen ni kayh!

Kami membuat kempen bukan untuk ahli study circle sahaja.. tetapi sesiapa sahaja yang ingin merasai kemanisan berhalaqah.. Sesiapa yang berminat @ ada sebarang pertanyaan.. Boleh contact:

0132002497-Majdi

BarakAllahhufikum =)

wassalam..

Sunday, January 17, 2010

Jom join Usrah!

I was so far from You
Yet to me You were always so close
I wanna love in the dark
I close my eyes
To all the signs
You put in my way
I walked the day
Further and further away from You
Oh...
Allah...
You brought me home
I thank You
With every breath I take

Lirik lagu Maher Zain yang senantiasa berkumandang di bilik ni. Hampir setiap masa.

Semalam (ahad), ada ESQ review di Amf. Hehe. Best bangat sih. Kami dibawa luar jauh ke dunia alam semesta. Dalam gelap melalui perjalanan rohani. Aku menangis, rasa tenang je sini. Alhamdulillah. Alangkah kerdilnya kita, yang selalu membanggakan diri.. Allah..


Malam pulak!

Hehe. Malam semalam ada forum.

Aku jadi Pm. Baru tak sampai seminggu Maicfest berlalu. Terus conduct Biah Solehah Campaign bawah FRC. Bila dikira-kira. Aku rasa contact Hour untuk Program dan meeting sahaja dah 40 jam apa. ~ huhu. Aku perlu bagi ucapan. Teks yang aku buat, aku minta tolong committee translate ke English (credit untuk amalina johari). Tapi sampai kat atas, macam payah je baca teks ni. English lagi. Aku terus berucap bahasa melayu. Hehe. Dengan point aku tak susun. (Tak rancang nak cakap macamtu). Maka aku pun goreng la apa yang patut sehingga 'hangit'.

Forum berjalan dengan amat baik sekali, alhamdulillah. Walaupun kehadiran pelajar tidaklah terlalu ramai (mungkin promosi yang agak kurang), namun cukuplah dengan yang hadir ni untuk membuka minda mereka.

"Berikan aku 10 orang brothers dan sisters, nescaya akan ku gegarkan UIa PJ!" hehe..

Makan dan berbincang bersama panelist2 yang amat hebat ni amat membuka minda, dari soal negara hingga ke masalah umat islam. Semua aspek disentuh. Walau hanya dibanding manusia.. Ya Allah, terasa amat cetek ilmu ini..

(apapun terima kasih pada unit catering atas makanan yang sedap.. hehe)

Ini hanya permulaan, dan insyaAllah, kita sama2 jayakan "Let's join Halaqah!!" jom! jom join usrah! :)

p/s: Tunggu poster2 lawa yang akan ditampal nanti ya =)

Saturday, January 16, 2010

Istec: Prolog cerita mrc..

"Sesungguhnya selepas kesusahan itu, pasti ada kesenangan.."

ISTEC: Sebuah perancangan gergasi.

Suasana di dalam Ax 101 meriah. Ceria dengan perbincangan setiap biro. Seakan sebuah majlis keraian. Perbincangan terakhir dalam program Inter-Mahallah diteruskan dengan bersungguh-sungguh.

Headcom dan headcomah dilantik. Biro pemasaran, fatimah & khaiqal. Penyedia makanan, fathi dan arma, penyusun atur tempat muaz dan najwa, John dan syakira sebagai biro serba boleh, PC yang penting dari putra dan fatima, Biro terpenting, syamsul dan Amira, tugas2tugas istimewa yang diserahkan kepada aisyah dan khairi. Malah, barisan kepimpinan dari Rusni, ruzaini, rahmah, afiqah, syam, farah dan zainul.

Science Talk, Pameran, dan Forum perdana menjadi agenda yang amat ghairah untuk dibincangkan.

"InsyaAllah, kita akan menjayakan program ni!"

Putra sebagai P.c kelihatan bersemangat membentangkan. Malah sambutan soalan dan perbincangan amat memberansangkan. Ax101 beralun dengan keharmonian ukhuwwah pada ketika itu. Semua tersenyum mesra. Azam ditekadkan. Pasti dilaksanakan!

Aku gembira pada ketika ini..

ISTEC:Suka duka bermula.

Gerak kerja menghadapi diselit dengan beberapa cabaran. Terutamanya dari segi perhubungan dan publisiti. Kerisauan seakan-akan kisah novel yang terus berubah-ubah plotnya.

Cuti sem bermula, dalam masa yang sama. Persediaan menghadapi peperiksaan midsem harus diutamakan.

"Nampaknya kita kena buat meeting kat Ym.. "

"Kami ok je..." =) mereka menjawab sambil tersenyum. Hehe. Walaupun aku tak nampak mereka. Mereka benar-benar seakan kaum Ansar yang mulia.

Perbincangan di Ym dilansungkan. Sekitar 4 jam. Agak tidak berkesan, kerana tiada komunikasi secara lansung menyebabkan kadang kala tergendala. Mata juga terus ditahan.

Masalah difikirkan sekitar panelis, forum, surat, exhibition dan juga masterplan.

"Kita kena bagi tau semua committee tentang perkara ni.."

"Betul2.. tapi macamna? Nak panggil meeting? nak spread msg? nak tulis surat?" Rusni memberikan cadangan..

"Kita tulis blog!"

"OK!"

Message di Spreadkan. Maka terhasillah...

'Analisis ISTEC'

.....................................................................................................

Awan berarak mendung-mendung suram. Seakan-akan memahami perasaan kami. Masalah semakin bertambah-tambah. Dari hari ke hari. Seperti sandwich yang sedap dimakan. Dari kehilangan exhibitor sedikit demi sedikit. Hinggalah ke masalah promosi yang makin membarah.

Namun aku terus optimis. Biarlah sedikit yang ada, tapi mereka dapat memberikan yang terbaik. Biarlah 2-3 exhibitor yang ada, janji mereka dapat membawa segala2nya ke sini. Semua pameran yang mereka ada. Beserta bangunan sekali jika boleh.



Hari ini kami bangun awal. Dicadangkan untuk jogging sambil menghirup udara pagi yang segar. Yang mana perancangan utamanya adalah untuk mempromosikan forum kami kepada orang luar. Perasaan amat mengujakan ketika ini. Semangat!



Dari housebill, kepada carbill, ditukar kepada mosquebill, malah menjadi kenangan manis untuk kami bila kami turut juga menghantar dogbill. ~ terus berkomunikasi kepada orang ramai agar datang kepada forum kami. Dari pakcik2 di seksyen 14, makcik2 di Pasar, kedai, rumah, guard di Hospital. Semuanya habis dipujuk.




Sebelum pulang, sebuah penghargaan setinggi gunung penghargaan diberikan kepada mereka, syukur hujan menemani. Aku masih ingat suasana syahdu di surau Asy-Syakirin pada ketika itu. Ah! Aku terharu melihat semangat mereka, committee membantu. Syamsul, fathurrahim, azhar, afiqah, rusni, maryam, sufiah. Aku suka melihat mereka tersenyum, membuat kerja dengan ikhlas sekali. Semoga Allah menyayangimu!

ISTEC: Akhirnya bermula


Malam itu kami bermunajat. Bersaksikan surau Kc dan sister di sekelilingnya, juga bintang dan bulan di langit. Kami mengadakan solat hajat dan meeting final touch.

Bukankah Allah penentu segala?

Hingga ke saat terakhir, Allah terus menguji tanda kasih sayangNya kepada kami. Dari prep n tech dan tempat, Stall yang tiba-tiba terpaksa dicancelkan, kerisauan wajah sufiah yang mendengarnya. Stage yang tidak diconfirmkan. Exhibiton yang hanya tinggal 1. Maintenance yang seakan tidak mahu menolong. Poster yang tiada detail. Masterplan yang baru disiapkan. Banner yang baru sampai, dan juga Program Manager yang ditukarkan tarikh examnya kepada hari program.. ~

Kadangkala senyumanku pudar bila memikirkan sahabat2ku yang sedang bersusah payah untuk ini. Ruzaini, Afiqah, Rusni, Rahmah, Farah. Yang mana air mata mereka akhirnya mengalir..

Aku terus berdoa, kerana aku tahu bahawa Allah itu dekat dan senantiasa akan menolong..

Hari pertama berjalan. Program kami bertembung dengan talk Palestin yang aku kira menarik. Speaker talk, Encik Shahrin menyampaikan dengan amat menarik dan begitu berpuas hati bagi kami. Walau sebelumnya ada berberapa perkara yang dikomen oleh Madam Rose, deputy dean rmdd.

Waktu makan tiba. Kami makan dengan gembira. Tiba2 Amira dapat panggilan..

"Maaf, atas beberapa masalah.. kami terpaksa cancelkan kehadiran kami.."

Haha. Aku hanya mampu ketawa. Exhibitor dari 8 yang dirancang...kini tinggal.. 0! :)

Duit penghargaan diberikan kepada speaker. Alamak! tak ada sampul, terpaksa bagi secara kampung. Ustaz dan advisor sudah menggelangkan kepala. Hanya Allah yang mengehui perasaanku pada ketika itu...

Aku teringat kata us rahmah..

"X apalah ustaz, kita x menjangkakan yang besar untuk opening.. tapi insyaAllah.. kita buat yang terbaik untuk forum nanti.."...




ISTEC: It's a happy ending! =)


Malam itu dingin. Sejuk, seakan ada air yang mengalir di dalam hati. Bayu seakan menyampaikan salam yang meredupkan.

Committee-committee nampak segak berbaju merah bertali kuning.

Pelajar-pelajar masuk, berbondong-bondong. Orang luar juga hadir. Forum dimulakan dengan alunan syahdu ayat alquran, lalu pencak ilmiah pun terus bermula.

Aliran perjalanan terlalu lembut. Tenang. Damai. Madam Asmeeza menyampaikan ucapan, sekaligus menutup ISTEC. Belon-belon dijatuhkan sebagai gimik, mewarnai dewan al-malik faisal yang menjadi saksi pada malam itu.

Segala-galanya seakan menjadi sebuah pangakhiran cerita yang indah. Setiap kepahitan, kesedihan dan air mata selama ini seakan telah hilang. Seakan tidak pernah berlaku sama sekali. Hanya senyuman dan keceriaan yang menerima.

Alhamdulillah..

"Committee-committee... Jom ambik gambar!"

"JOm!!"

1...2...3....

Nurturing, Quality, LeadershiiiiiP...!!


"dan sungguh, selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan.."

"Bila antum keluar nanti, pandanglah ke langit. Nampak bintang? Ketahuilah, seandainya dapat ana ambil bintang tu dan hadiahkan pada setiap sorang dari antum, tanda penghargaan ana.. nescaya ana akan buat.. tapi, ana tak mampu. Katalah. Oh, Seandainya dapat majdi ambil bintang tu dan bagi pada aku. Nescaya dia akan buat, tapi hanya kerana dia tak mampu.."

:)

Thursday, January 7, 2010

Cerita teater..


Alhamdulillah, malam yang syahdu ni berjaya dilakukan dengan gilang gemilang. Terima kasih setinggi gunung kepada ruzaini, afiqah ibrahim, rusni tajari, muaz.. dan committee-committe lain yang banyak berusaha..

Bayaran pada team elit teater ni ialah rm5000. Sebuah jumlah yang agak dan amat besar. Tapi peruntukan yang hanya kami minta ialah rm4000. (lebih rm5000 kena jumpa dekan, agak lambat).

"Kamu yakin bleh dapat jualan tiket sampai rm1000 ni? (satu tiket dijual rm5)" tanya madam Rose.

"Saya yakin sangat!" jawab saya dengan penuh yakin..

Sehinggalah hari jualan..

"Jeni, macamna ni? Jualan tiket tak sampai seribu, kita kena bayar duit pendahuluan rm1000 ni.."

"Aku tak nak fikir, aku harap-harap nanti adalah tiba2 rm1000, datang dari mana2... langit ke.. tiba-tiba muncul.."

otak berpusing 360 darjah, memikirkan masalah yang berlaku..

"ruzaini, kita akan pinjam duit committee dulu rm400, dan kita akan fikirkan kemudian bagaimana nak dapatkan rm400 tu balik"

"ok!"

dan teater pun berjalan...

Aku duduk di kerusi hadapan di bahagian Vip. (kedudukan yang agak tidak selesa sebenarnya, terlalu depan.. dan di bawah sound sistem, maka bunyi melepasi atas kepalaku..) + side tepi yang hanya dapat melihat sisi pandang kanan. Ingin sahaja aku bangun dan duduk di kerusi belakang.

"Klick2!!" bunyi kamera bingit di sebelah.

Bunyi mana pula yg kacau ni. Ada seorang brothers sedang mengambil gambar. Aku hanya tersentum padanya. Dalam masa yang sama, sabri yunus sedang malakonkan part yang paling syahdu mungkin, saat Ka'ab bin malik merintih sendu, menangis. Namun, aku tak dapat fokus dan mendengar. Mungkin kerana klikan kamera yang terlalu kuat. Aku pun menoleh.

"Brother, cukup kot.." sambil tersenyum rasanya..

Aku melihat dia menjadi serba salah untuk tangkap gambar selepas itu.. Hurm, aku pula serba salah.

Teater terus berlansung, sudah hampir tamat ke penghujung. Ka'ab diterima taubatnya, dan berjumpa dengan Rasulullah. Sebuah khabar yang amat menggembirakan. Aku menangis. Entah mengapa. Munkin kerana juga terlalu gembira dengan berita itu. Juga berasa betapa nikmatnya bila mendapat khabar gembira dari Allah..

Allah..

Teater tamat. Dan sesi soal jawab berlansung. Ramai yang bertanya. Bukan mudah untuk mendapat peluang sebegini. Aku melihat suasana menjadi rancak, malah mungkin masa bersoal jawab lebih panjang dari masa teater yang sebenarnya. ~

Masa makan tiba. sabri yunus, sani, us dinsman serta crewnya, Semuanya terlalu ramah. Aku teruja untuk malam itu. Alhamdulillah. Aku diminta menulis post dan no kontek di atas kertas dan diambil gambar. Untuk artikel agaknya. (perasan je)

dan kemudian kami bergambar bersama.

Alhamdulillah. Aku bertanya kepada Ruzaini,,

"Jeni, berapa ratus yang kita hutang dari committee?"

"Alhamdulillah, tak ada.. Malah lebih lagi.. " Jeni tersenyum.

Pelajar masuk dan membeli tiket pada waktu teater hampir ditayangkan. Aku tidak menyangka bahawa terlalu ramai sehingga cukup Rm 1000. Ya Allah, Allah telah menolongku. Aku sering berdoa slepas solat agar Allah menolongku untuk teater ini, sama seperti Allah menolong dan memberi ketenangan dan kejayaan pada forum Istec sebelum ni.

Dan Allah telah menolongku sebelum ini, dan pasti Allah menolongku lagi..

Aku yakin dengan Allah, dan benarlah Kalamnya.. Alhamdulillah..

"dan beli hamba2Ku bertanya tentangKu, katakanlah bahawa sesungguhnya Aku ini dekat"

=)

alhamdulillah..

Thursday, December 31, 2009

Jom teater di Uia!

Dakwah itu seni, dakwah itu kreatif. :)

Pernah tonton teater? Saya amat meminatinya dan terlalu kepingin untuk merasa menontonnya. Maka kami bercadang untuk cuba membawanya ke sini, dan kita sama-sama menontonnya. ok? Ermm~ maaf, harga tiket rm 5. Untuk tampung bayaran kumpulan teater ni sebanyak rm5000. Jemputlah, kita meriahkan AmF dan cuba sama2 menghayatinya..

Brothers and Sisters...

Dari riwayat Bukhari dan Muslim, sebuah kisah tentang sahabat yang mulia...

Mrc Mab mempersemBahkaannn....


Tuesday, December 29, 2009


Aku menumbuk, dan aku marah dan x faham.. kenapa aku ditumbuk..

Thursday, December 17, 2009

Hijrah.

Salam Maal Hijrah untuk semua, hijrah itu pahit, tetapi amat manis.

Saya sudah amat mengantuk, namun satu muharram ini merupakan detik yang amat membungakan. Entah mengapa, bukankah 1431 tahun yang lepas Rasulullah bersama sahabat, sahabat.. Figure-figure yang terlalu hebat dan amat saya kagumi kemantapan sedang bersusah payah dan berada dalam satu peristiwa besar? Yang akhirnya implikasinya juga besar, betul?

Maka apakah niat dan keinginan perubahan kita? Ada? hurmm..

Niat.
Berubahlah menjauhi maksiat.. (peringatan berkarpet merah untuk diri sendiri)

Terbayang bulatan belajar (study circle) di satu ketika..

"Apakah objektif kita untuk program ni?"

"Dakwah, peringatan kepada yang lain, ilmu"

"Maka, apakah dalam usaha ini disertai dengan maksiat? Ini sonsang namanya.. "

"Maksudnya?..."

"Dalam kita bergerak kerja untuk ISLAM, tawa ceria muslimat yang menjadi penghibur, bersama dalam kerja rasanya. Dalam melaksanakan sesuatu perkara, tenaga kerja yang menjadi penggantungan utama, sedangkan Allah sebagai penentu. Tahu, tetapi seakan tak mengerti. Apakah kita yang memberjayakan atau Allah? Kita nikmat dengan mata yang kita ada, rasa dan leka yang kita suka.. tapi, kita sedang dalam melaksanakan tugas kita, program yang tujuan akhirnya kita canangkan untuk Islam.. Benarkah? Bukankah Allah yang meramaikan sehingga melaut manusia, juga menyikitkan sehingga hanya seorang yang berdiri tunggul?"

"Untuk islam, namun bersamanya maksiat.."

"Bertaqwalah.."

Ramai orang yang rasa letih dengan kerja islam yang dibawanya. Namun, adakah kita sedar asal keletihan kita. Mahupun, adakah keletihan ini bernilai? Atau kita sebenarnya sudah jauh tersasar niat dan tujuan, malah pergantungan..

Maka setiap orang ada turning point masing-masing. Ada yang menjadi tabah selepas masalah, yang terus malas selepas gagal menggalas, yang berani selepas berdiri, malas yang curam berubah selepas mendapat hidayah.

Begitu juga dengan yang di atas, untuk menjauhi maksiat, perlu ada turning pointnya. Mungkin di saat tiba-tiba mita bertegas dengan diri sendiri, atau saat kita bergetar menahan gelora diri. Namun, itu titik manisnya..

Apa turning point kita? Dan ke arah apa kita ingin berubah?

Pejamlah mata, bayangkan.. dan Senyumlah.. Itu target perubahan kita.. ;) dan kita sedang mencari turning point untuk itu..


Yang pasti, satu tekad. Aku akan berubah ke arah kebaikan. Terus berubah!

p/s: Segunung tahniah kepada pasukan kebangsaan yang berjaya memiliki pingat emas dalam perlawanan bola sepak selepas 20 tahun menanti. Satu detik yang amat bersejarah untuk hari yang amat bermakna, 1 muharram! Perubahan hijrah kejayaan yang sangat mengagumkan untuk pasukan Malaysia! Tahniah, dan teruskan berhijrah! =)

Wednesday, December 16, 2009

Analisis gerak kerja ISTEC

Bismillahhirahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt wr..

Salam satu aqidah, salam satu ummah!

Yang dihormati, semua committee IStec yang dirahmati dan dikasihi Allah sekelian..

Apa khabar? Sihat? Semoga antum sentiasa berada di dalam kebahagiaan dan ketenangan insyaAllah ;)

Erm..

Analisis ISTEC. Alhamdulillah, setiap biro yang telah diwatikahkan bergerak kerja, memainkan peranan yang amat baik dan hebat dalam memastikan kelancaran perjalanan program setakat ini.

Tahniah untuk pub & pro(fatimah & khaiqal), catering (fathi dan arma), prep & tech(muaz dan najwa), sponsor(john dan syakira), PC (puta dan fatima), public relation(syamsul dan Amira), dan special task(aisyah dan khairi). Terutama untuk mainboard (rusni, ruzaini, rahmah, afiqah, syam, zainul) yg banyak berletih lesu, berpenat lelah. Kredit untuk antum =)

Analisis masalah sebenarnya, adalah perkara yang kita perlu sama-sama tahu, hasil perbincangan dan pemusingan 360 darjah akal fikiran kami:

*Panelist

-siapa yang dijemput-

1. Alhamdulillah, pada petang tadi, semua panelist baru selesai dipastikan kehadirannya. Jangka waktu yang agak lewat sebenarnya jika dibandingkan dengan timeline yang ditetapkan.

2. Penceramah yang kita jemput tak seperti yang disasarkan. Kita meraikan kebolehan mereka, cuma kita masih tidak mengetahui sejauh mana daya tarikan mereka, penyampaian, serta PR mereka yang mana mungkin akan memberi kesan kepada beberapa aspek yang akan disebut selepas ini.**

3. Alhamdulillah, IKIM sudi membantu kita dalam mencari speaker, dari satu pihak. Dari pihak kita pula, kita perlu menghantar surat secara rasmi. Namun, surat tersebut masih belum dihantar.

Kesan kelambatan kepastian kehadiran panelist ini menyebabkan kadar tindak balas terhadap Pub & Pro berkurang iaitu:

1. Banner untuk forum tidak dapat disiapkan kerana merangkumi nama panelist.

2. Untuk menjemput pendengar di luar lingkungan, kita perlu mempamerkan poster-poster (seperti poster ceramah maal hijrah, forum perdana dan etc) yang akan ditampal di tiang lampu, dinding, kedai, masjid, dan bangunan. (kerana banner saja tak mencukupi). Namun poster ini juga masih tidak dapat siapkan lagi.

Perlu dijelaskan, bahawa skop yang dibincangkan sekarang merangkumi forum, target sasar kita yang paling besar. Sebuah event yang menjadi puncak dan titik ubah kepada persepsi Mrc. Berikut adalah gambaran cebisan forum yang telah berjaya diusahakan oleh PR:

1. Pr berjaya mencuri hati ahli-ahli pasar malam dengan tapak Rm10 untuk satu malam. Sama harga dengan tapak untuk society. Yang perlu diambil perhatian: Malam tersebut akan diadakan pasar malam.

2.Stage yang pada budget asal, yakni di paperwork bernilai RM4000, berjaya diperolehi dengan harga RM1000. Alhamdulillah.. Take note: Kita dah ada stage di padang.

3. Konsep pemikiran yang kita nak tingkatkan adalah dari kalangan student cfs, malah yang lebih besar, orang luar. Penting: Orang luar dijemput.

4. Dari sudut Prep & Tech, VIP akan menikmati kerusi di bahagian hadapan padang. Menghadap forum secara lansung.


Erm, berdasarkan 4 perkara yang telah kita sebutkan di atas, kita sengaja memandang sepertimana yang disebut Dr. Edward de Bono dari sudut topi hitam. Iaitu, bahawa risiko yang kita ambil kadarnya agak melangit, yakni kebarangkalian untuk kehadiran pelajar yang hadir adalah sedikit.

Cetusannya ialah panelist kita yang masih kita belum tahu dan kenal kebolehannya, namun mungkin amat hebat! Siapa tahu? Betul.. Namun di situ masih terdapat kelompongan dari sudut promosi dan keyakinan kepada pelajar sendiri, dan juga orang luar, serta mereka yang memandang terhadap forum kita.

Kita juga sengaja untuk bersikap pesimis,
untuk memandang dan membayangkan:

i. Ada pasar malam, dan orang hanya datang pasar malam sahaja. Tapi hanya sekelompok kecil yang mendengar forum. Orang tak datang forum. Apa jadi pada forum?

ii.Kita buat di padang, satu tempat yang menyediakan ruang yang meluas besar. Orang tak hadir. Ada 1, 2 orang duk depan stage (yang besar).. ataupun sebilangan kecil.. (boleh bayang situasinya?)

iii. Orang luar dijemput. Ada yang hadir. Bila hadir, terlalu sikit yang hadir. Apa persepsi orang luar terhadap UIA? dan pelajar UIA terhadap MRC?

iv.Berbalik kepada tadi, kedudukan VIP. Bayangkan kerusi vip di tengah-tengah padang menghadap stage. Namun, yang ada hanya VIP dan beberapa kerat di padang. hehe. Boleh bayang tak keadaannya.. =P


*Pameran

Alhamdulillah. Banyak badan-badan yang sudi untuk berkongsi ilmu dan kemahiran yang mereka miliki dengan kita:

-Petrosains
-Planetarium
-Pusat sains negara
-Falak
-Jabatan mufti falak
-Pusat nuklear bangi

Segala puji bagi Allah, yang memudahkan urusan kita membuka peluang dan ruang untuk ini. Seakan-akan tersusun rapi, faktor yang sama masih berulang. Iaitu surat masih belum dihantar kepada pihak mereka. Seandainya perkara ini terus berlaku, maka faktor pemangkin untuk merisikokan pameran kita adalah tinggi. Berdoalah agar ianya masih sempat dan Allah permudahkan insyaAllah.

*Pra Istec

Di antara penyumbang besar kepada keindahan lakaran ISTEC adalah dr daniel zainal abidin sendiri, penulis quran sainstifik dan penulis buku motivasi popular. Dia yang sememangnya sukar untuk dihubungi memberi kerjasama yang memberansangkan apabila sudi untuk hadir, namun.. hanya pada hujung minggu.

Kami memandang adalah satu kerugian yang amat besar untuk melepaskan peluang yang cerah sebegini. Ketidakdapathadiran Dr Daniel pada tarikh 28-30 menyebabkan idea Pra ISTEC tertulis walaupun perbincangan tentangnya masih diteruskan.

Pra istec adalah tarikh 26 disember yang mana akan diadakan talk pada tarikh tersebut oleh Dr daniel.

-pada waktu itu exam, maka AMF mungkin digunakan. (maka LHA dipilih)
-ada sebahagian committee masih exam dan tidak diinform awal. Maka hanya mainboard yang akan bekerja kerana tuga untuk membuat talk amat mudah insyaAllah:

_PC
_Catering
_Catering

Kerana mungkin ada mainboard masih ada yang berkerut memikirkan exam. Maka jalan terakhir, PM dan APM yang akan memainkan peranan dalam talk ini insyaAllah.


Satu yang penting untuk dipertimbangkan, seandainya Pra-ISTEC ini dteruskan, adakah kita akan meneruskan tarikh 28 hb dengan talk sekali lagi, ataupun sebuah aktiviti yang lain.

*Perjalanan Istec

ISTEC sebenarnya mempunyai perjalanan yang agak simple.

28:Opening dan talk
29:Game & Kuiz science (roket launching dibatalkan oleh PC)
30: Forum perdana

dan di setiap cerah harinya insyaAllah akan diadakan pameran. Pada hakikatnya, ia kelihatn mudah. Namun, kehairanan dan kemusykilan terus menyelirat pada ruang-ruang saraf untuk memikirkan mengapa masih ada gerak kerja yang tergendala sedangkan setiap orang sudah dibahagikan kerja, tugas dan amanah , masing-masing.

PENGAJARAN DARI I-MERCE

Masih banyak lagi lorekan dan lakaran masalah dan pemikiran dalam ISTec yang tidak disentuh di sini yang mana kadang kala ianya berada di luar potret pemikiran gerak kerja.

Kami tidak mahu mengulangi apa yang kita pernah terlibat dan melaluinya, iaitu (I-Merce), yang mana mainboard penat membanting tulang, menahan mata untuk membawanya ke arah kejayaan, namun headcom, assntn dan subcom tidak dapat berkongsi bersama dan merasa menjadi sebahagian darinya, seakan-akan gerak kerja terus beku tidak bergerak, kerana tiada maklumat disampaikan mahupun dibincangkan.

Maka masa yang sesuai difikirkan untuk penyelarasan maklumat:
-sebelum cuti (masing masih sibuk dengan exam dan masih ada yang ada meeting)
-semasa LTC ( tidak dapat menerangkan dengan masa yang cukup, dan akan meletihkan disamping program)
-selepas cuti ( waktu yang terlalu lewat dan masa exam yang lebih mengecam)

Lalu kita mengambil jalan ini, menulisnya di blog.. agar semua dapat faham dan rasa tentangnya =)

Walaupun kelihatan seperti ada masalah yang selalu ingin melawat dan bertandang, namun ana amat yakin, malah terlalu yakin dengan kebolehahan committee-committe ISTEC semua. Dengan menggunakan topi pandang Kuning dan Hijau, ana amat optimis program kita insyaAllah, akan berada dalam warna-warna yang terbang (flying colours).. insyaAllah. Teruskan usaha antum! =) Ana amat-amat menghargai..

Erm, Segala komen dan pandangan antum untuk ini, bantahan mahupun respon. amat dialukan.

semoga Allah menyayangi antum insyaAllah ^-^


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka"-At Taubah 111

Wassalam..

-Kamu adalah penjuru bagi penjuru-penjuru ISTEC, maka jagalah penjuru kamu sebaiknya!-

Yang benar,
PM ISTEC.

Sunday, December 13, 2009

Untukmu teman..


Tika wajah penat mmikirkan dunia, maka berwudhuklah.

Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka brdoalah.

Tika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.

Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah..

Agar tunduk disaat yang lain angkuh.

Agar teguh disaat yang lain runtuh.

Agar tegar disaat yang lain terlempar..

Salam mujahadah.. (",)

erm.. Laju ke? ~


Di malam yang setenang hitaman kopi..
Sepulangannya kami dari meeting, saya dipostmortem oleh sahabat2.. ~

"Aku tengok hang ni cakap laju sangat, dan kuat sangat..."

"Kalau hang teruskan dengan intonasi hang, hang tak dapat jadi pemidato yang baik.."

"Cuba hang bagitau sikit, sebab apa hang cakap laju dan kuat sangat.."

Hehe. Pelbagai perkara dibincangkan. Sebab, akibat, kenapa, mengapa, dan penyelesaiannya..

"Aku rasa kita kena meeting dekat padang, baru sesuai dengan hg.."

haha. Banyak pula cadangan yang ada. Buat tamrin khas untuk perkara ni lah, meeting dalam lubang, dan pelbagai lagi. erm, tapi memang benar.. setiap kali meeting atau group binding.. semua orang akan pandang.. macam nak cakap satu kelas. huhu. Itu cakap kuat, cakap laju pula.. saya teringat satu kisah lama..


tahun 2001

Saya antara 5 orang akhirnya berjaya masuk ke pusingan akhir Pertadingan membaca berita SK Sungai Kantan. Berjalan penuh yakin ke atas tapak perhimpunan. Memegang skrip berita. Dan memulakan bacaan.. 1,2,3..

Akhirnya..

"ko baca apa tadi, laju gila.. aku dengar awal dan akhir je..."

"aku dah buat gaya slow td, ko tak perasan ek?"


haha, rupanya itulah pengalaman pertama "cakap laju di khalayak ramai". Patutlah tengok judges time tu senyap je, pastu geleng2. X tahu nak bagi markah macamna kot. hehe. Erm, teringat kata kak sufi selepas program di SMKA(P) Arau..

"hurmmm... majdi, 70 km td.. huhu"

erm, kadangkala (x selalu) orang selalu katakan bila saya cakap.. akan terdengar yang awal, dan akhir je.. Erm, betul ke? Pandangan antum?..

Friday, November 13, 2009

Dalam denai kasar mencari syurga, aku ingin terus menjadi hebat. Namun cuitan mesra kadang terasa ingin selalu menyapa hati. Sahabat, bantuku selalu menjadi lelaki soleh..

Iman yang dirasakan lemah, gerak kerja yang berpiramid, study yang berselirat, ilmu dan pembacaan yang belum selesai, ibadah yang saya terus menerus berfikir bagaimana untuk menambahkannya, diri yang perlu saya sentiasa menjaganya walaupun kerap gagal, serta segala-galanya yang saya, dan mungkin juga kamu, mahukan ianya tersusun indah seakan pelangi membawa saya ke satu impian.

Kembara diri..

InsyaAllah dengan kembara ni, mungkin dapat saya lihat celupan-celupan Allah yang dapat mewarnai jiwa. Malah yang lebih, impak kepada yang berlaku zhalim, maka ia dapat menyusun diri. Hehe, ia sekadar keinginan.

Rasa ingin ada perasaan menaiki tren, dan memandang ke luar tingkap dalam pemandangan yang indah.. menulusuri yg cantik..
Melihat castle di bukit.. atau pemandangan kota venice.. ke Turki, ataupun Paris.. mungkin juga jalan hutan yang hijau.. ditambah pula dengan hujan rintis-rintis. SubhanAllah, bestnya.. sambil berzikir, dan mencari ilham untuk menulis.. rasa seperti diri dalam novel pula. hehe.

Saya menganalis, lakaran diri saya ibarat dua. Dr Jackyl and Mr Hide. Pernah baca? Seorang yang baik, dan seorang yang jahat. Saya juga begitu.. Ada masa, saya mampu untuk menggembirakan orang dengan baik, ceria di sekeliling, berkomunikasi seakan hujan, malah yakin dengan diri, seakan saya ini wakil rakyat. Ada waktu, saya ini sepertinya penjenayah termurung, berwajah yang memuramkan, dilihat sombong, sering menyakitkan, malah melukakan. Ada detik, saya rasa tenang dan damai, syurga di tepi, sudah cukup segala-galanyanya. Rasa dekatnya diri dengan Tuhan. Ada saat, saya rasa benci dengan diri, berbau dengan maksiat, kotor, lemah dan menjijikkan. Saya suka menjadi masa dan detik, dan menangis untuk tidak menjadi waktu dan saat. Saya takut untuk menjadi Mr Hide. Bila mana terjadi, rasa ingin terus mncari impian ini..

Rasa ingin ke taman botani, erm, mungkin juga Wetland, Putrajaya.. Dalam diri, ada perasaan cintakan tumbuhan, kerana itu salah satu cita-cita ialah membuka ladang betik. Usaha di bawah teduh dan damainya ciptaanNya. Mungkin terpengaruh dengan "Tunggu teduh dulu". Tumbuh-tumbuhan memang menyegarkan dan menyedarkan.. Ditambah jika ianya di tepian sungai, deruan air pasti menjadi irama terindah. Mungkin juga kerana itu saya suka membaca National Geography serta menatap gambarnya.

Ini rasa yang pertama yang saya ingin sebenarnya. Saya suka melihat masjid serta berada di dalamnya. Lapang, dan seakan punya segala2. Saya ingin ke masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid di China, masjid di Russia, di Chechnya, masjid di Turki, di Cordova yang punya nilai sejarah, masjid Putrajaya, masjid Darul Quran, serta di mana-mana masjid. Bukanhkah ianya amat menyenangkan? Cukuplah nanti, saya ke Masjid Wilayah yang rekaannya amat mengagumkan seakan masjid di turki, beriktikaf dan dhuha di dalamnya pada awal pagi. Pasti syahdu dan mendodoikan.. Setiap kali saya melihat dan pergi, pasti meninggalkan kenangan dan rindu yang mendalam.

Rasa ingin berada di tepi pantai, ataupun pelabuhan pada malam yang disimbahi lampu perang yang memorikan. Kerana ia mengingatkan saya pada satu nama dan senyuman. Juga mungkin bedar sukma bisu. malah lawatan kelas 4 ku dahulu. Dan yang dirindu, keluarga tercinta. Merasai anginnya dan suasananya seperti berada di dalam satu cerita. Seperti satu bahagian yang saya suka dalam 1515. Dan segala perjalanan yang pernah ada.

Ahah. Seakan ingin lari dari masalah. Cuma ingin meneroka alam dan rasa di tempat yang berlainan. hehe, ermm... ingin bersama dalam mesra sebenarnya, mencedok tenang damai yang Allah kurniakan, dalam hiruk pikuk hati ini. Berjalan dan terus berjalan...

Dan segala syahdu ini, ku tahu akhirnya.. tidak dapat mengatasi kedamaian, kedinginan, dan sapaan lembut syurga, janji Allah yang sering menyisir lembut.. Allah...

Friday, November 6, 2009

C++ yang mengajar


Pernah anda belajar programming C++? Satu subjek yg bagiku menarik mungkin. Memberi seribu pengajaran. Cumanya, hati ini begitu tertarik dengan pendekatan guruku, yang senantiasa merungkaikan segala kejadian dengan calitan hikmah. Hehe. Amat Menarik. Bila mana beliau mengaitkan konsep programming ni.

"Jika ada walau satu kesalahan, bila kita execute, dia akan tulis error.. Kita kena ikut je flow dia, sampai semua betul. Baru program dia terjadi..

... sama lah macam kita, kita muslim, Allah dah tetapkan hukum dan peraturan.. baru berjaya.. dan kita kena ikut.. Jika tak, akan jadi error, dan akan gagal.."

Menarik betul. Belajar dalam kelas selalu dengar tazkirah.. Seronok betul. Erm, faham tak tadi?

Cth mcm ni:

{

printf("berjaya")

return 0;

}

jika kita cuba tekan output ni. Dia akan tulis error: 1. Sebab apa? sebab sepatutnya lepas printf tu ada ";". Mcm ni:

{

printf("berjaya");

return 0;

}

walaupun satu kesalahan je. Menyebabkan program tu gagal, kerana tu peraturan dia. Begitu juga kita, ada peraturan, hukum, dan kaedah yang kita wajib untuk ikut. Barulah outputnya:

berjaya

:)

Monday, October 26, 2009

Untukmu, mujahidah sepanjang zaman..


Sejuknya terasa bila saya membacanya. Seakan terus mengalir ke dalam hati, walaupun panas di siang hari. Sungguh benar islam itu indah dan amat mengagumkan..

Untukmu, mujahidah sepanjang zaman.. :)



Al Imam Ath-Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dari Ummu Salamah, bahwa ia Radhiyallahu 'Anha berkata,

"Ya Rasulullah, jelaskanlah padaku firman Allah tentang bidadari yang mempunyai mata yang indah.."

Baginda menjawab,

"Bidadari yang kulitnya bersih, matanya indah dan lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar"

Aku, (Ummu Salamah) berkata lagi,

"Jelaskan padaku Ya Rasulullah, tentang firmanNya: "Laksana mutiara yang tersimpan baik" (Al Waqi'ah 23)..

Baginda menjawab,

"Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia..."

Aku bertanya,

"Ya Rasulullah, jealaskanlah kepadaku tentang firman Allah: "Di dalam syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (Ar-Rahman 70)".."

Beaginda menjawab..

"Akhlaqnya baik, dan wajahnya cantik jelita.."

Aku bertanya lagi,

"Jelaskan padaku firman Allah "Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik," (Ash Shaffat 49)...

Baginda menjawab,

"kelembutannya seperti kelembutan yang ada di bahagian dalam telur dan terselindung dari kulit bahagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.."

Aku bertanya lagi, "Ya Rasulullah, jlaskan padaku firman Allah: "Penuh cinta lagi sebaya umurnya.. " (Al-Waqi'ah 37)

Baginda menjawab,

"Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah saat mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.."

Aku bertanya,

"Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata indah?"

Baginda menjawab,

"Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang kelihatan dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya,

"Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari?"

Baginda menjawab..

"Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat daripada emas. Mereka berkata,

"Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya"..

(HR Ath Thabrani)

SubhanaAllah, indahnya Ya Allah...


Saturday, October 17, 2009

Erti adil.. Benar?


Ianya bagaikan satu fenomena. Mungkin akan mnjadi satu titik perubahan.

Isu hukuman sebat ke atas Kartika mempamerkan variasi reaksi di kalangan masyarakat dari pelbagai pihak dan latarbelakang. Kita dapat melihat bahawa coretan yang paling jelas ialah ketidakyakinan dan perasaan curiga yang tinggi sesetengah pihak terhadap hukum islam dan perundangan islam itu sendiri.

Kejam, tidak adil, serta gemaan suara bahawa ianya menindas golongan wanita sering kedengaran sebagai hujah bilamana ia dibandingkan dengan hukum sivil. Bagi para pemikir dan mereka yang mengambil sesuatu isu dengan serius, sesuatu yang pasti ialah, bahawa jika dicermati dan dianalisis ternyata hukum syariah jauh melangit lebih baik daripada hukum sivil yang selama ini menjadi teras perundangan Negara.
.
Sebatan mengikut cara islam:
a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.

Sebatan mengikut hukum sivil:
a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

Bilamana kita melihat isu ini dengan lebih jauh, 2 perkara perkara yang menjadi lompong sebenar kepada erti keadilan itu sendiri ialah sikap bacul pihak yg terlibat untuk melaksanakan sisterm yang sedia ada serta pencabulan hak terhadap hak individu yakni Kartika sendiri.

Perkara ini secara cerah tidak perlu diperjelaskan sama sekali bilamana hukuman ditangguhkan secara terlalu tiba2 dan mengejut. Lebih merunsingkan, Kartika yang sendiri mengaku bersedia untuk menerima dan menunggu hukuman, dihiraukan oleh situasi yang menunjukkan ianya sekan lansung tidak "diendahkan".

(belum habis)

.....................................................................................................

oleh: kak hidayah & nadwan.

(edisi separuh yang tak lengkap serta belum diedit)