-
Sunday, October 11, 2009
Cerpen: 24434
19 Oktober 2097
Ini sebuah cerita. Sejarah sebetulnya. Berpuluh-puluh tahun yang lepas. Saya tidak tahu dia perdana menteri ke berapa. Ntah la. Tapi ada yang mengatakan beliau menjadi perdana menteri yang ke 2 selepas Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dulu. Sekitar tahun 2022 dulu. Tapi ada juga yang mengatakan beliau adalah perdana menteri yang ke-9.
"Bapa Pembukaan" atau "Bapa keagamaan"
Itu gelaran dia. Bapa pembukaan, sebab dia yang membuka Malaysia ni dari maksiat dan macam-macam lagi perkara yang pelik-pelik. Mengislahkan Malaysia. Membuka Malaysia. Dikatakan dulu ada macam-macam. Sekularisme, Hedonisme, Liberalisme, dan macam-macam lagi. Mungkin seakan cerita hantu yang menakutkan. Saya lebih suka bercerita tentang dia. Mungkin kerana namanya yang sama macam saya. Mungkin juga nama ini diberikan agar hati saya sama sepertinya.
Dan ini tugasan sebenarnya.
"Saya minta kumpulan 1 tolong baca tentang sejarah PM kita ni dan kemudian bentangkan dalam kumpulan. OK?" Arah Cikgu Hassan.
erm.. masih terngiang di kepala. Malas sebenarnya, dah la hari Sabtu. Tapi ini adalah amanah. Maka untuk bincang perkara ni. Kami bercadang untuk berdiskusi di bawah pohon Sakura esoknya. Kumpulan kami ada 3 orang semuanya. Saya, Rifhan dan juga Jausyan.
Vinatta cafe. Vinatta, bahasa Icelanding dari negara Iceland. Sedap bunyinya dan maksudnya. "Persahabatan". Maksud yang memberikan makna mendalam.
Kami menunggu Jausyan. Agak lambat, dan keadaan semakin membosankan. Kopi radix yang mengandungi 7 campuran herba itu telah dikacau berkali-kali bagi memenuhi masa. Membuang masa sebetulnya.
"Lambat, dan sekarang ni panasnya cuaca. Letih.." Rifhan mengeluh. Jarang dia mengeluh, mungkin terkeluar.
"Jangan mengeluh, mengeluh itu kan kebiasaan jahiliyyah. Bersabarlah, mungkin dia ada masalah."
"Opss, maaf. Benar Imam Hassan Al-Banna yang meletakkan berlapang dada adalah peringkat serendah-rendah ukhuwwah. Dan berbaik sangka adalah salah satu darinya.. Moga-moga dia tak menghadapi apa-apa masalah. Hurmm.." Rifhan berdoa.
"Yup, juga ada sabda nabi yang mafhumnya. Jauhilah bersangka. Kerana sangkaan itu adalah seburuk-buruk perkataan. Kan quran menyebutkan agar kita menjauhinya."
"Haa.. padan muka aku. Dah kena ceramah!" Hati Rifhan menuding diri sendiri.
Dari jauh kelihatan Jausyan. Segak dalam vest kelabunya berkain campuran Pashmir dan kapas. berseluar dan berkemeja hitam. Tersenyum simpul. Senyumannya manis, bergula.
"Maaf, cybertron rosak tadi. Tak sengaja." Meminta maaf bila sememangnya bersalah.
"Tugasan?"
"Alhamdulillah, saya bawa apa yang sepatutnya. hurm.. Saya dah cari apa yang berkaitan dengan beliau semasa zaman remaja dan universiti. Err.. maksud saya Pm kita tu. Aktif dalam gerakan mahasiswa dan mempunyai matlamat yang jelas. Amat tertumpu tentang itu. Dalam masa yang sama, saya dapat mengkaji tentang gerakan mahasiswa dan yang berkaitan." Jausyan mengambil tempat.
"Gerakan mahasiswa? Menarik! " Rifhan menunjukkan minat. Meraikan sahabatnya.
"Yup, cumanya sekarang kita dalam keadaan aman. Dulunya mereka tidak diberikan peluang dan kebebasan sepenuhnya. Tapi mungkin itu dapat dibincangkan kemudian. Sekarang saya lebih tertumpu kepada flow cerita hidupnya. Ini maklumatnya.." Ujar Jausyan sambil memilih menu menggunakan robot pelanggan.
Kami membelek maklumat dari skrin hologram. Dan ceritanya begini..
Bersambung nanti..
(sambung.. ngantuk pulak.. best ke cerita ni?.. ~ )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam mana nak tau best ke tak?? cerita pun tergantung lagi...kalau ada sambungan baru tu menarik ke tak..
ReplyDeleteHuhu. InsyaAllah, ada sumur di ladang. Kita sambung lagi cerita ni~ =)
ReplyDelete