Followers

Letakkan link blog anda =)

Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Perkongsian: Art as Therapy: Setitis warna, seribu makna.

~Her_Flower_by_kittynn of DeviantArt~

****

"Art therapy is a form of expressive therapy that uses art materials, such as paints, chalk and markers. Art therapy combines traditional psychotherapeutic theories and techniques with an understanding of the psychological aspects of the creative process, especially the affective properties of the different art materials."

Ambil warna, conteng-conteng. Menjadi aliran warna pelangi yang menitis basah. Kertas putih, nampak jadi mengiurkan. Itu seni.

Tarik nafas, hirup dalam-dalam. Dada rasa lapang sangat. Bibir basah, tersenyum sorang-sorang. Ini terapi.

Bagaimana ya, bila seni digunakan sebagai terapi?

Itulah yang menarik lirik mata saya, saat melintas di booth "Art as Theraphy".

Saya ingin mencuba, pasti menyenangkan.

****

Cantik kan? Cehs~

"It's mean, you are waiting for someone..Right?"

Madam Fairuz tersenyum. Senyumannya bermakna. Yang lain sudah tersenyum-senyum kecil.

"Maybe, madam.."

Terasa segan. Saya hanya membalas ringkas, saat saya 'terpaksa' membentangkan lukisan saya di hadapan.

Slot kedua, semua diminta pejamkan mata. Bayangkan, kamu berada di sebuah kawasan yang paling kamu suka, yang paling kamu impikan. Walau tak pernah hadir. Dan kamu, adalah sebatang pokok di situ, apa yang kamu rasakan?

Saya ambil crayon, saya coretkan.

Ada topi pantai yang terdiam di tanah, ada pokok yang sentiasa menunggu di hujung. Dan warna peach yang sentiasa memberi rasa kepada saya.

Dan itu yang Madam Fairuz simpulkan dari sebuah lukisan yang saya berikan tajuk:

 "Memory.."

~A moment to remember~

****

~Selepas di edit. Hehe~

Apa yang kamu faham dengan lukisan ni?

"Who is the person?"

Kedengaran satu soalan. Yang lain tersengih.

"Secret.."

Saya tersenyum  kecil menjawab, sebelum disambut oleh deruan suara lain yang seakan mengusik. Dan sebelum saya terperasan bahawa pemilik senyuman itu duduk di hujung, bersama senyumannya. Jika tidak, pasti saya sudah mengatakan:

"It's secret, but she is someone inside here, find it yourselves.."

"And the clue is, the colours.."

Peach yang mencerahkan, dan hati saya juga cerah.

The Memory-Tajuk yang saya berikan.

Topi pantai yang menggambarkan suasana yang berubah. Dulu, sehingga sekarang. Mungkin sekarang saya ada di sini, mungkin sekarang kamu ada di sini. One day, mungkin kita dah tiada di sini. But the tree is still there. Menjadi saksi semua kenangan kita..

****

Bersungguh bercerita tentang lukisan sendiri. Bajet cantik kot. Hehe.

~Entah apa yang disegankan~


Owh, ada secret admire rupanya tengah ambil gambar.. Haha ~

****

Biarkan perasaan dan tekanan kamu mengalir dari hati, terus ke karya dan kertas lukisan kamu. Biarkan ia bebas terbang.

"Kamu tidak semestinya pandai melukis.."

Ya, tidak semestinya mesti pandai melukis.

Kamu juga boleh mencuba.

Slot pertama, setiap orang dikehendaki menconteng apa sahaja yang dia rasa. Whatever. Apa-apa saja. Memang saya conteng. Rasanya, jika bertanding dengan budak tadika, mestilah saya menang, menang tipis. Haha.

Slot kedua seperti ceritakan di atas. Agak menarik, kerana kita bayangkan kita berada di tempat yang kita suka. Mungkin Ladang gandum di utara amerika. Or maybe a place with full of Rose. Atau di tepi pantai yang kita sedang berkelah. Menarik kan?

Slot ketiga, pejamkan mata. Bayangkan kita bertemu dengan diri kita satu lagi. Bagaimana keadaannya. Dan dia memberikan kita segala perasaan yang kita ada. Tekanan. Marah. Benci. Dan genggam semua perasaan tu di tangan kita. Rasakan segala masalah itu. Beratkah, menghimpitkah?

Buka mata, dan mulalah melakar..

Saya bayangkan, saya yang seorang itu sedang tersenyum..

Thank You Madam Fairuz for the great knowledge.. :)

****

Dalam sebuah hadith riwayat at-Thabroni menyatakan, mafhumnya,

"Daripada Ibnu Abas sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah selepas perkara fardhu (wajib) ialah membawa kegembiraan kepada seseorang muslim."

Dan slot terakhir, lukiskan apa yang kamu rasa selepas semua ini. Saya ada 4 lukisan semuanya, saya tunjukkan satu. Kerana yang lain 'terlalu' mahal, dan 'terlalu' lawa. Kalau nak, belilah. Haha. Mahal kot.

Saya tak sangka, saya ada bakat melukis rupanya. Cantik kan? Kalau jawab cantik, maka kamu jujur. Jika jawab tak, maka kamu jeles. Haha.

Saya bukanlah seorang ahli motivasi yang baik. Bukan juga penceria yang mampu membahagiakan hati semua orang.

Cuma, saya kongsikan bersama Art as Therapy yang saya dapat ini untuk semua. Moga-moga, ia membantu kamu. Moga-moga, ia mengurangkan tekanan kamu. Moga-moga, Allah memberi kamu secebis kegembiraan dan ketenangan dengan itu, dan saya akan turut gembira.

Ambil pensel, capai krayon, lukiskan apa yang kamu rasa.

:)

Thursday, February 10, 2011

A beautiful deal.

~Baby Sister by *solagratia of DeviantArt~

****

Saya taip laju-laju. Ayat tak berbunga dan tak ada bunga. Entah berselerak di mana-mana. Sebab saya nak tulis juga.  Saya nak cerita, dengar ya? :)

Cerita 1

Makan di cafe Hs. Duduk di meja oren berwajah petak dan berkerusi bulat. Sepasang couple di meja sebelah nampak serasi. Saya bahagia melihat mereka. Kedua-duanya nampak baik. Dan saya rasa, panggilan untuk mereka semestinya pakcik dan makcik. Ya, mungkin sebuah couple yang patut dijadikan contoh.

Ayam masak merah. Dan air yoghurt oren.

Berselera sungguh saya makan.

Mungkin sudah selesai, pakcik dan makcik tadi bangkit untuk beredar. Saya pun mengekori, tapi hanya dengan pandangan mata.

Tiba-tiba, makcik tadi berhenti. Mengambil sesuatu. Menghulurkan rm1 kepada saya.

Saya terkejut.

"Ambil lah, sedekah. Rm1 je.." Ikhlas wajah makcik tersebut.

Nasib baik tidak tersedak nasi.

"Terima kasih makcik.. terima kasih..."

Jawab saya terharu tiba-tiba.

Terfikir, isk, kenapa tiba-tba je bagi saya Rm1? Adakah wajah saya yang terlalu tampan? Atau muka saya yang terlalu kesian, mahupun saya yang makan dengan kerut dahi yang terlalu lapar? Saya rasa, mesti sebab yang pertama.

Saya cuba juga memikir.

Imbas kembali 2 jam sebelum:

Printer berbunyi tersedak-sedak mengeluarkan kertas yang dicetak. Saya dan rakan sedang menggunakan komputer. Mencetak assignment.

Printer berbayar.

Sehelai 10 sen. 2 helai, 20 sen.

Tengok di tangan, ada 20 sen. Alang-alang, saya tolong bayarkan sekali. Kalau tak, hilang mana entah saya akan letak baki 10 sen tersebut. 10 sen je kot.

"Tak apalah, aku bayarkan.."

"Terima kasih.."

Saya tersenyum. Saya benar-benar merasakannya.

Kejapnya Allah balas.

Cerita 2:

Lelaki berwajah jernih itu dari Syria, namun tinggal di 'Arab Saudi. Dia amat mesra, saat bertanya tentang dari  mana asalnya saya. Dan di mana bibirnya selalu terpacul kata-kata memuji Allah.

"Yusra.."

Senyumannnya bergula. Si kecil yang bertudung kemas dan berkulit putih itu diperkenalkan. Comelnya, saya rasa angka umurnya dalam lingkungan 4 tahun.

"Fainna ma'al 'usri yusra.."

Dia mengulang bangga. Nama anaknya itu adalah harapan yang dijanjikan di dalam Al-Quran.

Masjid Jami' menjadi saksi.

"She is so beautiful.."

Saya memuji, atau maksudnya dalam bahasa hati:
.
"May i get married with her when she grows up?"

Tapi sayangnya, suara hati saya mungkin tidak berlidah. Maka hanya sekadar berputar-putar di hati.

Saya jadi segan waktu itu, bila perbualan di putih petang itu menjadi rezeki. 'Abdullah mengeluarkan dompet, menghulurkan rm 50.

"For your study.."

Saya senyum. Berjalan pulang, dengan hati yang dah likat bergula. Seandainya hati saya ini tebu, pasti sudah boleh diminum airnya. Saya amat gembira berjumpa dengan muslim sepertinya. Amat menghargai saudara semuslim.

Yang lebih menari bahagia, bila rezeki bagai hujan yang jatuh. Dan hati bertambah yakin, benarlah janji Allah. Rm 5 sudah menjadi Rm 50.

Alhamdulillah..

****

Saya bukan seorang yang pemurah, maka bukan untuk bercerita bangga. Malah saya seorang yang kedekut.

Jika saya bagi orang sepuluh sen. Saya akan ungkit sampai mati.

"Kau jangan lupa, hari tu aku belanja kau seposen. Kenang jasa sikit!"

Haha. Tidaklah, saya taklah sampai tahap tu. Cuma bila rasa janji Allah berlaku, terus terasa seperti terbang. Kagum yang mengagumkan. Sampai nak bercerita.

It's really a beautiful deal, right? One we give, ten we'll get it back! A deal with Allah.

Pernah rasa juga?

Ceritalah :)

-Lepas dapat RM50 tu, saya terus cari kedai burger dan kentang goreng yang mahal-mahal. Haha. Bukan selalu.

Monday, January 17, 2011

To DQ mates: Quran yang kian pudar.

Pagi yang menyenangkan..
~Blue by ~ew-cia of DeviantArt~

****

Bagaimana nak mulakan ya?

Pagi-pagi di Mahalah Salahudin amat mendinginkan. Terasa seperti ada air-cond besar yang dipasang, dan ditekan pula suhu yang paling rendah. Kata orang, "Sejuk tahap gaban". Dan saya lah orang tu. Bila terkena air, badan akan bergetar seperti mode vibrate handphone.

Memang sejuk.

Dan kesejukan pagi di sini disulam pula dengan suasana Mahalah Salahudin yang menyenangkan. Keadaan begini membuatkan fikiran saya terbang ke 3 tahun lalu. Ke satu tempat yang juga nyaman sama seperti di sini :

Darul Quran.

Dahulu, angin dari bukit sering menyinggah di Negeri Quran ini. Sehingga ramai pelajar yang terliang-liuk badannya hampir jatuh. Yang hampir terbang pun ada.

Kata orang, macam kipas yang dipasang pada tahap kelajuan 10.

Tapi di situ, ada angin lain yang berhembus lembut. Perlahan saja menyapa hati.

Itu yang ingin saya ceritakan.

****

"Baik bagi orang-orang biasa, tapi buruk bagi orang-orang yang cuba mendekatkan diri pada Allah"

Mungkin itu ungkapan ulamak yang paling sesuai untuk digambarkan. Kerana di situ, begitulah mereka cuba dididik dan ditarbiyyah.

Tak salah untuk buat, tapi dididik untuk mencari yang lebih baik.

Banyak yang saya teringat dan rindu.

Jauh.

"Wah, jauhnya! Sejauh mata memandang!"

Dahulu, untuk bertembung dengan muslimat, sister, atau di sana dipanggil-banat. Amatlah payah. Lebih payah dari menjawab soalan calculus- walaupun sudah cuba menjawab soalan past year.

Kerana banat sudah ada laluan masing-masing.

Nak bertembung pun sukar, nak bermain mata apatah lagi. Terguling-guling mata mencari. Kalau melihat pun, perlu memakai teropong berskala tinggi. Baru tahu siapa yang berjalan. Nak kata jauhlah.

Sekarang, amat senang nak bertembung dengan sister. Nak beratur rapat-rapat pun boleh.

Campur

Dup dap! Dup dap!

Teringat dulu, ketika nak bagi quran pada seorang sister yang berada di sebuah pondok wakaf di sana. Jantung berdebar macam nak pecah. Padahal nak bagi quran je pun.

Tapi sekarang dah hilang. Mungkin hati tak lah suka pada percampuran. Tapi keadaan sekeliling membuatkan hati jadi biasa. Dan rasa tu pergi jauh-jauh.

Sehingga ada antara kita yang berdiri terlalu rapat. Tapi, tiada lansung rasa janggal di hati. Malah gembira.

Cafe.

Kalau banat nak beli kat cafe, nyorok belakang dapur je. Haha. Tak lah menyorok. Tapi beli dari pintu belakang. Sebab pintu depan penuh banin. Kalau nak tengok banat makan dalam cafe. Harapan lah jawapnya.

But now, senang je nak makan sekali. Buat je group discussion. Senang kan?

Pelik, kalau nampak ada banin dan banat bersama. Sebab perkara tu tak biasa sangat berlaku. Ganjil dan janggal. Kalau berlaku juga, semua orang tahu yang diorang adik beradik, tak pun dah kahwin.

Meeting.

"Ana cadangkan, begini, begini, begini.."

Mak ai, suara sapa tu? Macam Jennifer Lopez.

"Tak pun kita buat macamni.."

Pergh, garangnya suara. Macam harimau,

Rasa macam dengar radio pulak. Dengar suara, tapi tak nampak muka. Haha. Begitulah meeting dahulu. Banin di hadapan. Banat di belakang. Hanya ketua di hadapan. Hanya kedengaran suara yang menyahut. Agar tiada yang terjeling, walau tak sengaja. Mungkin rasa seakan pelik. Tapi, itulah yang terbaik. Untuk hati, untuk diri, untuk semua.

Moga semakin dekat dengan Allah.

Isu.

"Banat naik basikal?? Haramun Jiddan!"

Teringat di sana, bukan setakat muslimat main bola tampar ke, futsal atau apa. Kalau banat naik basikal pun dah boleh jadi isu. Haha. Tak lah haramun jiddan, itu saya yang tambah.

Satu isu yang pernah ada ketika mana saya ada dulu,

Isu imam kedua solat Isyak.

Bukan solat dengan ada 2 imam. Tapi ada jemaah ke dua selepas jemaah pertama. Maksudnya, lambat untuk solat Isyak. Kerana takut dibiasakan. Ianya jadi isu. Solat perlu dijaga.

Best kan?

Pakaian.

Dekat sana baju sepesen je. Macam boria. Banin dengan baju raihan dan jubah. Banat dengan jubah dan tudung labuhnya. Boria yang amat mempersona.

Kalau nak pakai baju lengan pendek, terasa segan. Ntah tangan terasa gatal semacam. Kalau nak pakai baju kurung apatah lagi, kena jalan sambil serkup muka dengan baldi.

Taklah, tak salah pun semua tu.

Cuma dididik untuk menjadi yang terbaik.

Quran.

"Sekarang dah juzuk berapa? Dah banyak ulang?"

Persoalan yang sentiasa terpacul. Seperti soalan, dah siap tutorial?

Dulu, banat memang terbaik tahap gaban. Jumpa dalam HEP, baca quran. Bercakap dengan pensyarah kejap, masa senggang, baca quran. Kemudian sambung cakap balik. Naik bas, baca quran. Tunggu bas, baca quran. Mengigau pun baca quran.

Memang bidadari syurga.

Banin pun sama, tapi tak lah tengok sampai tahap tu. Baca rileks-rileks pun, lagi laju dari banat. Haha.

Sekarang bagaimana kita?

"Kamu baca berapa juzuk sehari?"

Cikgu sekolah saya bertanya.

"Erm, setengah juzuk, kadang-kadang satu juzuk.."

Jawab saya. Ada unsur menyelamatkan diri di situ.

"Ha?"

Cikgu saya terkejut. Eh, banyak sangat ke saya cakap?

"Kamu kena ulang 3 juzuk sehari. Itu paling kurang.."

Gaya cikgu seperti memarahi saya apabila tidak memberi tumpuan dalam kelas. Atau mungkin ketika terlupa membuat latihan sekolahnya.

"Ingat tau, 3 juzuk sehari. Baru ingat, kalau tidak, nanti lupa quran tu.."

Cikgu mengingatkan sekali lagi.

Dulu, semasa belum menghafal quran. Al-quran adalah pilihan bagi kita. Maksudnya, ianya sunat. Kita boleh untuk tidak membaca.

Sekarang,

Kita sudah menghafal, maka kita wajib mengingat. Ianya bukan lagi pilihan. Menjaga hafalan, ianya kemestian. Kelak di akhirat, kita akan ditanya, tentang title 'hafiz' dan 'hafizah' kita.

Tiada lagi yang sepatutnya memberi alasan ada perkara lain yang perlu diaulakan. Memberi alasan sibuk.

Jom, buat muhasabah?

Kita selalu bangga bila dapat baca quran sejuzuk sehari. Mantap syeikh! Memang kembanglah. Tapi, syeikh, Imam Hassan Al-banna, mengingatkan ahli gerakan Islam, agar membaca 1 juzuk sehari. Itu kalau bukan hafiz, kalau hafiz? Patutnya lebih lagi la. Kan?

Kita akan kuat bila bersama. Nak angkat satu mahalah pun boleh. Tapi bila keseorangan, semut gigit pun boleh demam.

Kita buat musabah DQ nak? Kat Gombak.

Muhasabah tentang quran kita. Macammana, sudah bersediakah menghadap Allah. Tentang bagaimana sepatutnya, kita luaskan lagi tanah jajahan negeri Al-Quran itu ke empayar yang lebih luas, bukannya kita yang berpindah negeri.

Bagaimana sikap kita dengan Al-quran sekarang. Sudah jauhkah? Dekatkah?

Bila sudah beramai-ramai. Pasti dapat kembalikan memori tu kan? Mesti terasa kuat untuk terus memegang Al-Quran.

Seperti kuatnya saat kita mendengar bacaan Al-Quran yang tak pernah hilang walaupun sesaat di masjid kita dulu..

:)

Friday, October 8, 2010

Rindu.

~Long Tailed Tit 7 by *cycoze of DeviantArt~

****

"Apa itu rindu?"

"Erm, ingin merasai kembali seseuatu yang pernah rasa?"

"Contoh?"

"Rindu orang yang kita pernah amat sayang. Rindu suara yang selalu kita dengar.. Rindu wajah yang dulu selalu kita lihat.."

Termenung.

"Kalau tak pernah rasa?"

"Macamna nak rindu.."

Tersenyum.

"Tapi aku mempunyai rindu itu.."

****

Hari ni konsert Maher Zain. Semua menantikan kehadirannya. Seni suara, impak yang terlalu besar kan? Dakwah yang mudah bersemi. Menyanyi dari hati ke lidah. Dari telinga ke hati juga yang disampaikan.

Semua ternanti-nanti wajahnya untuk hadir. Tak sabar. Walau sudah lama terlewat, semua masih setia menanti.

Cukuplah jika dapat melihat raut mukanya. Kening yang redup, dan bibir yang senantiasa tersenyum.

"Maher Zain!"

Semua berebut melihat, ingin bersalam. Ya, dia ada aura tersendiri. Anugerah dari Allah mungkin atas apa yang dilakukan.

Dalam debar keriuhan menunggu. Dalam ramai kerumun meraikan. Terdetik di dalam hati kecil.

"Bagaimana ya? Jika orang yang akan hadir dan muncul ini ialah...

Rasulullah?..."

****

Pulang ke bilik.

Rasa letih sangat. Jiwa terasa sempit. Terasa amat lemah. Tak mampu menghadapi semua ini. Letih dalam kerja dakwah ini.

Letih dalam kehidupan.

Terasa berseorangan.

Dalam dunia yang semakin menggoncang. Hingga nafsu kadang tak terkawal.

Terasa di dalam hati. Teringin sangat, untuk seandainya Rasulullah berada di sisiku, tersenyum, dan terus memberikanku semangat untuk terus berjuang..

Menghadapi dunia yang sebegini.

Amat merinduinya..

I wish you are here Rasulullah, here next to me.. Been missing you so.. So desperately..

****

"Syafiq, tadi terfikir, bagaimana rasanya kalau orang yang kita tunggu.. ialah Rasulullah.."

Terasa sayu.

"Kalau seandainya yang kita tunggu beramai-ramai ialah Rasulullah.."

Hati mengulang.

"Kalau seandainya yang kita tunggu tadi ialah Rasulullah.. orang tak akan bersorak.. pasti semua akan menangis.."

Diam.

"Ya, di wajah baginda ada keheningan dan kerinduan yang amat dalam..."

****

"Teringin untuk berjumpa dan bersama Rasulullah.."

Hati benar-benar mahu.

"Tapi layakkah kita? Untuk bersamanya.."

Adakah.. aku tak layak? Walaupun hanya untuk merasa.

Menoleh.

"Tak, jangan hilangkan perasaan tu. Biarlah tak layak... Jangan lepaskan hati dan rasa itu.."

Tersenyum.

"Kamu layak, insyaAllah.."

Hati terasa tenang.

"Selawat kan?"

Angguk.

"Tapi tak banyak.."

Tersenyum lagi.

"Tak apa, buat kan sunnah nabi?"

Diam.

"Tapi tak selalu..."

Memandang hadapan.

"Tapi, rindu nabi kan?"

Angguk.

"Amat rindu.."

Tersenyum manis.

"It's ok.. simpan rasa itu, and just improve it.. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan bersama nabi di Telaga Kauthar.. Moga Allah perkenankan.."

Gembira sangat.

Tersenyum.

"InsyaAllah.."

****

Ya Rasulullah, aku amat merinduimu.. Adakah aku termasuk dalam kalangan ikhwan yang kau rindui?

Allahhumma solli 'ala Muhammad ya Allah..

Tuesday, September 7, 2010

Diskusi pendek bersama para penyembah Zeus.

moon by ~nyktalgia of DeviantArt

****

Malam ramadhan ke 29.

Tinggal 2 malam lagi ramadhan. Sedih sangat. Risau, moga-moga Allah pertemukan dengan ramadhan tahun depan. Ya Allah, kabulkan lah doa kami.

Berehat sebentar.. Menyentuh laptop yang sedia selalu disentuh.

Kotak Ym tiba-tiba muncul.

Rahman Fauzi (9/8/2010 2:06:56 AM): slm
majdi (9/8/2010 2:07:00 AM): wslm
Rahman Fauzi (9/8/2010 2:07:09 AM): nta ade bce komen kt post amzar ali?
Rahman Fauzi (9/8/2010 2:07:17 AM): jom berdiskusi dgn dorg
majdi (9/8/2010 2:07:29 AM): khair

Sahabat seperjuangan saya ajak berdikusi. Dengan para penyembah Zeus.

Saya membaca sepintas. Kemudian komen apa yang terdaya. Mencadangkan ilham yang terbentang sebentar di benak.

Tanpa persediaan.

Bacalah. Panjang, baca sekerat-sekerat pun tak apa.

Sekadar untuk persediaan menghadapi dunia dan orang di dalamnya. Faham, kita di mana sebenanya. Siapa di sekeliling kita.

Maaflah, saya tak edit HTML. Tu yang jadi banyak space tu. Sorry~

  • Attach:

Amzar Ali

Amzar Ali ‎"Religion is like a penis. It's fine to have one. It's fine to be proud of it. But please don't whip it out in public and start waving it around, and PLEASE don't try to shove it down children's throats." [Quote by Maryam Tahir] LOL! <-- curi dari Neo Pangeran khas untuk Frank Al-Banna At-Tamimi

13 hours ago ·  · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah ISLAM...boleh saya bertanya??apa syariat dlm agama Zeus??siapakah yang menurunkan kitab Zeus??melaui siapakah syariat Zeus sampai kepada kamu?apakah bahasa kitab Zeus itu?siapakah yang telah menterjemah untuk kamu?kalau benar ia ada,di manakah saya boleh membacanya?
    7 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon
    Frank... Zeus takde syariat... dia cuma nak orang puji dia... sebab dia suka orang shiok kat dia... Zeus tak caya ngan kitab kitab... sebab buang masa jer... sampai tangan manusia, terus tukar isi nya... bahasa Zeus ialah bahasa Yunani Klasik... takde kitab, takde perterjemahan, takde benda nak kasi awak baca kecuali buku buku sejarah mitos Greek...

    Zeus datang lebih awal dari dari Allah... Orang tau kewujudan Zeus lebih awal dari kewujudan Allah... Allah kira new player on the block gitu...

    Tapi Allah telah berjaya mengambil alih ruang Zeus (kira cam Mafia Wars lah) dan terus jadi boss masa kini... until the next god comes along and takes over Allah's place...
    6 hours ago ·  ·  1 person



  • Neo Pangeran Mitras, Baal, Amon, Rama... kewujudan mereka lebih awal daripada Allah.
    6 hours ago · 



  • Amzar Ali
    Thanks Manjula. You understand my Zeus so well.

    Kenapa lah Allahists selalu minta apa yang allah ada pada tuhan lain?

    Syariat lah. Apa lah. Lol..

    Nak lawan main tak aci lah tu...
    6 hours ago via Email Reply ·  ·  1 person



  • Eng Wai Ong ‎"Allahists", snort.
    5 hours ago · 



  • Amzar Ali are you high yet? with all the snorting?
    5 hours ago via Email Reply · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi mcm mane kamu tahu Zeus dtg lg awal dr Allah?
    5 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi kalau betul zeus itu wujud..apa buktinya?saya pun mahu mengenalinya..
    5 hours ago · 




  • Manjula Nahasapeemapetilon Sebab Zeus beritahu saya lah... You ingat Allah saja boleh cakap ngan manusia ker?? Zeus pun boleh....
    5 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi ic...mcm mana nk berdialog dgn dia?boleh ke org mcm sy nk berdialog dgn zeus?
    5 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon Buktinya di Greece... Awak beli tiket, pergi Athen Greece... Kat sana, awak go tempat yang bernama Temple of Zeus... itu tempat tinggal nya dulu dulu...
    5 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon Awak tak boleh berdialog ngan Zeus sebab awak tidak percaya ngan Zeus... Awak percaya Allah... Zeus tak suka orang yang bertuhankan lain... Zeus pun tuhan yang jeles jugak...
    5 hours ago 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi tuhan pun boleh ade sifat dengki ea?tuhan boleh berdengki dengan hamba?dia perlukan perhatian ke?
    5 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon A ah... Sama macam Allah jugak... ada sifat dengki... Kalau awak bertuhankan Zeus, tentu Allah berdengki ngan awak jugak... sebab awak tak bagi Allah perhatian lagi... Zeus pun cam tu jugak... Tuhan tuhan ni semua banyak ego... jadi samalah jati diri mereka...
    5 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi Allah tidak ada dengki kepada hambanya...Allah tidak berhajat kepada manusia sbb Allah yg mencipta mereka..bahkan manusia yg berhajat kpd penciptanya..Allah sngaja mencipta manusia utk mnjd hambanya utk membuktikan keagungan dan kehebatan DIa...raja skrg pun kalau xde rakyat buat apa jd raja kan?
    5 hours ago · 



  • Amzar Ali ‎"mcm mane kamu tahu allah dtg lg awal dr ZEUS?"
    4 hours ago via Email Reply · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon
    Ye ke? Cuba awak bertuhankan lain... Tengok Allah dengki ke tidak... Sure kena masuk api neraka...

    Zeus pun mencipta manusia untuk menjadi hambanya... sebab itu orang dulu dulu menyembah Zeus.. Tapi Allah ni bila dia take over, dia suruh hambanya ubah sejarah... meletaknya di tempat Zeus... Zeus pun dah malas nak gaduh ngan Allah... dia kasi Allah chan menghambakan manusia plak...

    Tapi Allah sekarang ada competition dari tuhan lain seperti Jehovah, God ngan Krishna... sama sama dah ada kawasan tersendiri di dunia... Dorang pun ada rakyat....
    4 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi
    sebab Allah itu sedia ada...tiada awal dan tiada akhir...Zeus itu ada awal...Dia dtg drpd takde dan wujud ke dunia..maka Zeus tak layak jadi tuhan kerana dia dilahirkan...masakan Tuhan boleh dilahirkan oleh bukan Tuhan?kalau ibu bapanya Tuh...See More
    4 hours ago · 



  • Amzar Ali ‎"kalau betul allah itu wujud..apa buktinya?saya pun mahu mengenalinya.."
    4 hours ago via Email Reply · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi sebelum itu..saya kena pastikan dulu...adakah kamu rasa tuhan itu berbilang2 atau satu??adakah kamu setuju dgn sy yg tuhan itu mst satu dan tidak boleh berbilang2?
    4 hours ago · 



  • Amzar Ali ‎"ic...mcm mana nk berdialog dgn Allah?boleh ke org mcm sy nk berdialog dgn allah?"
    4 hours ago via Email Reply · 



  • Amzar Ali
    tuhan allah cakap besar... dia tak sedar ke yang dia cuma imaginary friend
    si mamat muhamad saja? tiada awal, tiada akhir kunun.

    siap boleh suruh bana tegakkan kewujudan dia macam bana buat sekarang. apa
    cer?

    bana fikir lah... bana ada mak dan ayah, dua kan? tapi boleh je besarkan
    bana jadi macam bana sekarang. takkan lah allah bana tak mampu dengan
    kekuasaan allah bana tadi?

    tak mampu bekerjasama ke tuhan bana? kerjasama bukan kompleks sangat. tuhan
    zeus boleh buat takkan tuhan bana tak boleh?

    *i kinda like the word bana? what does it mean?
    4 hours ago via Email Reply · 



  • Amzar Ali
    Kiranya tuhan zeus di penyayang lah. dia bagi can kat tuhan yang lebih muda macam allah... maka wujud lah allahist macam bana. tuhan zeus kasihan kat
    tuhan allah sebab dia asyik main kat negara middle east je... bagi lah dia
    can luaskan mata memandang.

    tuhan bana ni pula, bagi betis nak peha... terus kata tuhan zeus tak
    berkuasa... tuhan zeus banyak bagi idea kat dia, dia tak sedar. maka
    wujudlah ramai orang seperti bana :)
    4 hours ago via Email Reply · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi oke..skrg sy fhm..kamu percaya dgn wujudnya lebih dari satu tuhan..betul kan?
    4 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi sy rasa tidak adil jika kita bercakap ttg kepercayaan org lain dengan menjadikannya hujah.jadi kita bercakap dgn logik akal.anggaplah kita sedang mencari kebenaran.kamu tidak kenal zeus dan saya tidak kenal Allah..boleh?
    4 hours ago · 




    • Manjula Nahasapeemapetilon
      eh eh... tadi cakap tak tau apa tentang Zeus.. tetiber boleh tau Zeus dilahirkan?? Mana kau tau Zeus dilahirkan? Frank ada tengok ker?

      Allah sebenarnya... dulu dulu orang sembah sebagai moon god... status dia kecil jer... sebab itu orang Islam sekarang asyik suka tanda bulan jer... nak mengingat Allah tu yang dia moon god... bukan macam Zeus... tuhan diantara semua tuhan...

      Lagipun kenapa tuhan mesti satu jer... tak leh banyak banyak?
      4 hours ago · 



    • Amzar Ali Bana, bana...

      Jangan asyik kritik tuhan lain, tuhan bana sendiri cuba lah try test tengok... dengki tak sudah...

      kalau tak dengki buat apa lah dia nak humban segala bana dalam neraka?
      4 hours ago via Email Reply · 



    • Manjula Nahasapeemapetilon kalau nak cakap guna logic akal... memang terserlah Allah tu cuma satu daripada banyak tuhan yang disembah manusia serata dunia... masing masing ada agenda sendiri.... ataupun kalau memang susah nak buktikan kewujudan Allah... camna nak cakap pakai logik dan akal?
      4 hours ago · 





      • Frank Al-Banna At-Tamimi
        manjula: kalau Tuhan itu banyak mestilah tak terurus dunia ni..katakanlah negara Malaysia diperintah oleh dua orang perdana menteri..boleh kah?kenapa tiada dlm dunia ini negara yg ada dua presiden atau perdana menteri??mengapa mst ada yg berkuasa mutlak yg paling tinggi??

        amzar:dia mencipta manusia..utk taat kpdnya...dan dia beri kpd manusia utk memilih..yg mana yg baik dan yg tak baik..dan diberikan akal dan petunjuk utk berfikir...supaya manusia mentaati perintahnya...tapi kalau ada yang memilih utk derhaka,salahkah dia menghukum mrk?
        4 hours ago · 




      • Majdi Nadwan Manjula: Sebab kalau banyak Tuhan, hancurlah dunia. Dah semua nak memerintah. :)

        Amzar ali: Nak tanya, kalau mati. kita akan pergi ke mana?
        4 hours ago ·  · 




      • Amzar Ali kiranya tuhan bana cipta manusia sebab dia bosan lah... sebab tanpa allahists, apa guna allah?

        bana, bana...
        4 hours ago via Email Reply · 




      • Amzar Ali apa specialnya ada satu tuhan, bana? tak dapat cukup kasih sayang lah bana...
        4 hours ago via Email Reply · 




      • Manjula Nahasapeemapetilon Frank cuba tengok dunia sekarang... terurus ker? peperangan, gejala ekonomi, gejala alam sekitar.... apa yang terurus? Malaysia dah lah ada 9 sultan... boleh ka? Kenapa satu tak cukup? Tapi 9 sultan pun boleh kerjasama... saling tukar tempat jadi agung... so? Tuhan yang banyak pun system sama... tukar tukar tempat jer...
        4 hours ago · 




      • Frank Al-Banna At-Tamimi amzar:ia bukan persoalan kenapa Allah mencipta manusia,tapi kenapa
        manusia diciptakan
        4 hours ago · 




      • Manjula Nahasapeemapetilon Majdi... sekarang dunia pun orang percaya banyak tuhan... mana dunia tak hancur pun? Allah memerintah Islam... God memerintah Kristian... Jehovah memerintah Yahudi... Krishna memerintah Hindu... kenapa tak boleh cam tu?
        4 hours ago · 




        • Manjula Nahasapeemapetilon Majdi... sekarang dunia pun orang percaya banyak tuhan... mana dunia tak hancur pun? Allah memerintah Islam... God memerintah Kristian... Jehovah memerintah Yahudi... Krishna memerintah Hindu... kenapa tak boleh cam tu?
          4 hours ago · 




        • Frank Al-Banna At-Tamimi manjula:sebab mereka manusia...mrk bukan tuhan..sbb tu berlaku kacau bilau...cuba fikir kalau dunia ini diperintah oleh dua tuhan..satu tuhan kata nak matahari terbit sebelah timur...satu nak terbit sebelah barat..satu nak kiamat sejuta tahun lagi...satu nk kiamat esok...so cane??tapi kita tgk dunia skrg..planet2 yg beredar xprnh berlanggar antara satu sama lain..binatang2 yg besar hinggalah ke kecil dpt mkn setiap hari..siapakah yg memelihara mereka kalau bukan Tuhan yang satu?
          4 hours ago · 




        • Frank Al-Banna At-Tamimi Allah tidak hanya memerintah manusia..tapi seluruh alam..manusia hanya menjadi pemerintah kerajaan manusia di bumi..bukan kerajaan dunia..itu kamu patut tahu bezakan
          4 hours ago · 




        • Amzar Ali ke Allah dicipta manusia seperti muhammad dan diagung oleh allahist seperti bana?
          4 hours ago · 




        • Frank Al-Banna At-Tamimi Allah tiada pencipta..kerana Dia Tuhan...mana boleh ada yg mencipta Tuhan..sbb kalau ada pencipta Tuhan..mstlah pencipta Tuhan itu lebih hebat dr tuhan...
          4 hours ago · 




        • Manjula Nahasapeemapetilon
          Abis, yang kau guna PM sebagai contoh buat apa? PM pun manusia... bukan tuhan tuhan...

          Itu sebab, kalau nak caya tuhan pun, kenalah percaya yang tuhan tuhan pun boleh bekerjasama... mereka mesti toleransi dalam pemerintahan mereka... kalau satu nak terbit matahari timur... yang lagi satu cakap okay... mungking di lain masa... dorang tukar system plak... matahari terbit barat? mengapa tak boleh?

          binatang semua pelihara diri sendiri... kalau tuhan pelihara mereka... tuhan akan jadikan manusia semua vegetarian jer...
          4 hours ago · 



  • Majdi Nadwan
    Manjula: Maksud hancur tu, kalau Allah nak matahari terbit dari timur, tuhan lain nak dari terbit barat? ha, macamna tu? Islam ke, kristian ke, kan duduk bumi sama? Agaman lain pun tempat sama kan? Tak boleh ada dua tuhan lah. Yang u maksukan tu, memang ramai yang sembah tuhan lain-lain, tapi sebenarnya tuhan tu satu je..

    Ha, cerita sikit lepas mati pergi mana? wanna know..
    4 hours ago ·  · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon Tapi Frank yang asyik guna contoh kerajaan manusia... bukan saya.. nak guna contoh tu... biarlah sama tahap ngan tuhan...
    4 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi spy kamu dpt bezakan antara manusia dan tuhan =) ....
    4 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi kalau tuhan boleh bekerjasama..sudah tntu tuhan pun akan berbeza pendapat..sifatnya mcm manusia..layakkah kita sembah tuhan yg bersifat mcm manusia? =)



  • Manjula Nahasapeemapetilon Oh tidak... Ko tengok tuhan kristian ngan tuhan islam... dua dua lain... tapi mereka masih nak matahari terbit dari timur... kalau dua tuhan tu boleh kerjasama... kenapa tuhan lain tak boleh?
    4 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon saya dapat cerita lepas mati pegi mana.... lepas saya mati... kalau saya cerita sekarang, bukan fakta langsung... sebab saya masih hidup...
    4 hours ago · 



  • Amzar Ali Nothing is impossible katanya bagi tuhan... tapi nak tambah tuhan lagi satu dah pening... mmm... tuhan ke?
    4 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi sbb Tuhan org kristian dan org Islam dan seluruh alam adalah Allah..tiada wujud kerjasama..sbb Tuhan itu hnya satu..org kristian mempercayai ada tuhan slain Allah..tapi itu tidak benar
    4 hours ago · 



  • Amzar Ali apa lah agaknya bukti tuhan kamu benar wahai allahists?
    4 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi Allah itu maha bijaksana..Dia takkan mencipta Tuhan..sebab kalau ada penciptaan tuhan,sudah tntu tuhan yg baru itu akan sembah pencipta dia..
    4 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon layakkk... kenapa tuhan perlu berbeza pendapat? kan awak dah cakap tadi... tuhan ngan manusia lain... mana boleh sifat manusia... tapi kalau tuhan rekaan imaginasi manusia... layakkan disembah?
    4 hours ago · 



  • Majdi Nadwan Manjula: mestilah kena tau lepas mati kita pergi mana.. ~ memang tak pergi lagi. tapi dah tau. macam orang nak balik kg, tak pergi lagi, tapi tau yang kita menuju kampung..
    4 hours ago ·  · 



  • Amzar Ali Majdi: cerita sikit lepas mati ko nak pergi mana?
    4 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi saya bagi contoh hujah saintifik...adakah kamu percaya tentang sains?
    4 hours ago · 




  • Frank Al-Banna At-Tamimi manjula:sbb tuhan itu bukan manusia..bekerjasama ini sifat manusia kan??jadi kalau yg bekerjasama itu bukan tuhan...Allah bukan imaginary..dia wujud cuma kita tak dapat melihatnya..seperti mana sakit..kamu percaya sakit itu ada tapi mampukah kamu tunjukkan kpd sy bagaimana rupa sakit itu?
    4 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon Betul ker tuha kristian ngan orang islam adalah allah? abis kenapa malaysia tak bagi kristian panggil tuhan mereka allah? kenapa antara tuhan tidak boleh ada lerjasama? kenapa tuhan itu mesti satu? kenapa kristian tidak benat, islam jer yang benar... hindu plak, kenapa tak benar?
    4 hours ago · 






  • Majdi Nadwan
    Amzar: Jwablah dulu. Btw, lepas saya mati, saya ke akhirat. tempat hitung amal baik jahat.

    Contoh: ada dekat dunia ni ada orng yang ditindas. Malah, tak dapat pembelaan lansung. Keluarga dimusnahkan, dan harta dirampas. Dan dia mati ditembak.

    Ada jugak yang kat dunia ni, orang yang zalim gila. Tembak orang, rampas harta, rogol orang, tapi sebab dia berkuasa, dia selamat. jadi semua akan hitung kat akhirat.

    Saya akan ke situ.

    Ke, saya salah?

    Saya nak tanya, dari agama awak. Kita akan ke mana?
    4 hours ago ·  · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon Majdi, kenapa lepas mati kena tau kita pergi mana? apa logik nya?

    ye lah.. kalau pasal balik kampung... itu memang tau sebab kampung tu tempat fizikal... boleh ulang alik... mati nanti... boleh ulang alik ker?

    mana logik awak?
    4 hours ago · 




  • Manjula Nahasapeemapetilon Majdi... akhirat tu kat mana?
    4 hours ago · 




  • Majdi Nadwan
    Manjula: Erm, ok.. jadi, apa tujuan kita hidup di dunia ni ya manjula? berkongsilah..

    saya bagi situasi adil tak adil tu. Kalau ada dua orang macam tadi tu. Sorang baik yang teraniya, sorang zalim yang terselamat. Kalau tak ada tempat yg saya sebut tu. mana keadilan kat dunia ni ya?
    4 hours ago ·  · 





    • Frank Al-Banna At-Tamimi sebab kristian percaya Allah itu ada anak..dan mereka menyembah anak Allah yg mereka dakwa...sesungguhnya Allah itu tiada anak..mana mungkin kita nak panggil dua figure yg berbeza dgn satu nama..Allah itu satu..tapi kristian kata ada tiga..ada anak..ada ruh kudus..kprcayaan mrk yg berbeza..yg benarnya Allah itu satu..
      4 hours ago · 




    • Amzar Ali
      I was not around for billions of years before this and i don't mind being exactly like i was when I die...

      Majdi: mungkin kita patut tegakkan keadilan di dunia dan bukan minta imaginary friend kita tolong masukkan dalam neraka. plus, imaginary friend kamu ni kadang2 gila juga. dah reka manusia, nak campak dalam neraka, bakar. baik tak payah buat lansung.
      4 hours ago · 




    • Amzar Ali yang benarnya allah itu satu <-- bukti?
      4 hours ago · 




    • Frank Al-Banna At-Tamimi manjula:sy bg analogi..ada john dan abby..mereka adalah adik beradik..john kata ayah dia ada satu..abby kata ada dua..sudah tntu ikut fitrahnya kita akn percaya ckp john..dan kalau abby pertahannkannya,kita akn minta dia buktikan..itu plg penting..sblum nak membenarkan sesuatu..perlu kpd BUKTI
      4 hours ago · 




    • Amzar Ali Majdi, Majdi: Kiranya OK lah nak menganiaya orang atau biar orang teraniaya. Tuhan kan maha sadis, dia boleh tolong balaskan...
      4 hours ago · 




    • Majdi Nadwan Amzar: hurm, tu lah nak tanya. Kalau tak tertegak macamna? sebab mungkin kita tak rasa dianiya macamtu. tapi kalau kita yang kena? habis, kalau yang jadi mangsa tu? dan tak sempat kita kat dunia ni nak tolong. ending yang teraniaya tu habis macam tu je ke? Tak ada pembelaan lansung?
      4 hours ago ·  · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon
    tujuan kita adalah untuk melayani saudara sesama insan seperti mana insan harus dilayani... tolong menolong, kasih mengasih... kerja, buat duit, mulakan keluarga... pelihara anak, ngan mak bapak... berseronok, pergi melancong... dan banyak lagi... itu tujuan kita...

    Untuk situasi anda... keadilan dunia ditangan manusia... sebab itu manusia menghukum mereka yang zalim... bukan tuhan...
    4 hours ago · 



  • Amzar Ali Fitrahnya? <-- siapa? fitrah john ke abby?
    4 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon frank... jadi tuhan kristian ngan tuhan islam tak sama lah tu... kenapa kau nak samakan apa yang tak sama? kepercayaan islam ngan kristian memang tak saya... dua dua kata benar...
    4 hours ago · 



  • Amzar Ali Tak ada pembelaan a-la court ya Majdi. Itu cuma imaginary saja. Get over it.
    4 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi fitrah kita sbg manusia..ade ke manusia yg ada dua bapa?maksud sy dilahirkan dr dua sperma??

    ttg bukti..saya dh tnya kamu td..Allah telah menurunkan Al-Quran..dan di dalamnya terkandung segala bukti yg kamu hendak..mahu sy tunjukkan??
    4 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon Amzar tadi dah berapa kali mintak bukti... ko tak bagi dia bukti pun...
    4 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon Majdi pernah tengok tak dengan mata sendiri tuhan menghukum mereka yang zalim? camana dia hukum?
    4 hours ago · 



  • Amzar Ali like cloning?

    ada ke orang nak bagi link cerita the arrivals kat sini?
    4 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi manjula:ginilah ...sy bg analogi lain...katakan amin..ayahnya bernama amirul.tapi ada org lain mendakwa yg ayah dia nama ah seng..so mstlah ayah dia amirul sbb amin mst tahu siapa ayah dia..wpun org lain ckp nama ayah dia ah seng.logikkah kita nak kata ayah amin tu ah seng kalau amin sndiri kata ayah dia amirul?
    4 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon Amzar... I find it so funny that they never get tired of this age old argument which is recycled from generations to generations... the same old arguments... don't they have anything fresh like my arguments? Kekekeke
    4 hours ago · 



  • Frank Al-Banna At-Tamimi sbb orang mcm kamu ni snts wujud dr dulu smpai skrg..soalan kamu pernah ditanya oleh mereka2 yg terdahulu dan akhirnya mereka terpksa mengaku dgn kebenaran Islam..dan akn tiba giliran kamu berdua nanti..insya Allah.. =)
    4 hours ago · 



  • Majdi Nadwan
    Amzar, Amzar: siapalah pula yang kata ok.. dalam islam, setiap kesalahan kat dunia ni ada balasan dia. dan yang berkuasa wajib buat balasan tu. Keadilan kat dunia ni la yang islam kena tegakkan.

    Sampai kalau orang islam membuatkan orang bukan islam yang bersifat baik sakit hati, Allah marah.

    Memang setiap perkara amat di titikberatkan. Islam suruh berlaku adil lah.

    Manjula:

    Erm, semua yang kamu tujuan yang sebut tu ada hujah dia dalam islam. Dan memang orang islam buat semua tu.

    Btw, hue~ bila pula saya kata keadilan di tangan manusia. Saya kata keadilan di tangan Tuhan lah. Sebab Tuhan akan hukum.

    Sebab tu saya tanya lepas mati kita pergi mana? Kalau tempat awak lain ngan saya. Kesian lah kat orang2 yg teraniya tu.
    4 hours ago ·  · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon tapi kenapa org lain mendakwa ayah amirul tu ah seng? mesti ada sesuatu yang amirul tak bagi tahu amin...sesuatu rahsia yang disimpan dari pengetahuan amin... hanya amirul saja yang tau jika logik orang lain tu betul ke tidak... org lain takkan nak panggil amirul, ah seng tanpa sebab kaaaan?
    4 hours ago · 



  • Amzar Ali
    manjula: cerita pasal dunia huru hara sebab tuhan dua ni aku dah dengar sejak umur 6 tahun lagi.
    patut lah kena gelak dengan orang yahudi... sekarang ni yahudi pun dah jadi atheist jews. tak pun jadi macam einstein, god of nature...
    god a-la main puppet ni dah lama dah tak main...

    tapi syok gak lah main dengan bana dan majdi
    4 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon Alaaa Frank... terima lah Zeus dulu... kita tukar tukar tuhan jap... kan nak tau kalau allah dengki ke tidak tadi... boleh lah jadikan ni experimen....
    4 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon
    Majdi... tapi hujah saya tak berkenaan dengan Islam... Islam ni menyibuk jer... hujah saya adalah berkenaan Zeus ngan Allah.... korang jer sikit nak heret Islam kemari...

    Saya tak kata awak kata keadilan ditangan manusia... awak kan tadi t...See More
    4 hours ago · 



  • Manjula Nahasapeemapetilon
    Amzar... tu ler... memang shiok... hadek hadek ni semua... kalau main, lagi sedap... satu depan, satu belakang... baru diorang kena siapa lagi tuhan... kekeke

    ok lah... I nak gi tidur ni... Majdi, frank... selamat bersahur yah :D

    -------------------------
    I've added smileys to this comment. Wanna see them? Go to http://c.facicons.com/
    .........................
    4 hours ago ·  ·  1 person



  • Frank Al-Banna At-Tamimi
    kalau kamu tidak mahu terus berbincang,maka saya berlepas diri daripada kamu.bagiku agamaku,bagi kamu agama kamu..cuma saya harap kamu tidak menyamakan Allah dengan mana-mana tuhan..kerana kami percaya Allah itu tuhan dan tuhan itu satu... dan kalau kamu tidak mahu mempercayainya,maka tidak perlu kamu menghinanya.Dalam Islam,kami tidak dibenarkan menghina mana-mana agama.tapi dalam membuktikan kebenaran,ia bukan bermaksud menghina tapi mencari mana yang betul..hidup kita bukan sekadar di dunia tapi juga di akhirat.Dan menjadi tanggungjawab kami untuk memberi peringatan kepada manusia-manusia yang tidak tahu dan lupa.wallahua'lam.
    4 hours ago · 



  • Amzar Ali manjula: safe sex please :)
    4 hours ago ·  ·  1 person



  • Majdi Nadwan
    Manjula: Mana boleh hujah berkenaan Allah tak kaitkan Islam :) Kerana Allah adalah Tuhan agama islam lah, dan tuhan untuk semua manusia.
    Dan setiap apa yang Allah suruh ada dalam tu daa..

    Maaflah manjula. Tak boleh tukar tuhan :)

    "Lakum dinukum waliyadin.. "

    "Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.."
    4 hours ago ·  · 

Dan saya berdoa, moga-moga mereka dikurniakan hidayah dari Allah. Dan moga-moga kita dikuatkan iman, dan mati di dalamnya. A~miin.