Followers

Letakkan link blog anda =)

Saturday, April 9, 2011

Story: Accident, tarbiyah yang benar-benar indah.

Saya excident.

Cedera separa kritikal di muka. Banyak juga jahitan, 9 tak silap saya. Ke, 9 sikit sebenarnya?

Biar saya mulakan..


Hensem kan waktu ni?
Excident.

Majdi terjatuh. Muka tersembam dahulu menyeret jalan tar yang hitam. Batu yang menjadi isi jalan menyiat kulit dahi dan menyungkil hujung hidung.

Fikiran berputar.

"Muka aku.."

Dan fikiran terus terseret dengan muka. Majdi bangun, pintas melihat bayang wajah di cermin kereta yang berdekatan. Darah mengalir basah, wajah penuh merah. Serius, macam cerita filem.

"Allah, muka aku.. muka aku.."

Macamna muka aku nanti? Cacatkah?

"Majdi, pergi klinik. Muka berdarah tu.."

Seorang kenalan yang kebetulan berlalu di situ memberhentikan motor. Majdi menumpang motor. Sepanjang perjalanan, darah masih mengalir. Dan angin menolak menyebabkan ia terpercik ke jaket hitam.

"Oh, jaket mahalku!"

****

"Handphone ada kamera?"

Sebelum masuk ke klinik saya bertanya.

"Ada.."

"Ok, tolong tangkap gambar na.."

Sengaja saya tangkap gambar ketika muka penuh darah. Nanti boleh buat profile picture.

Saya masuk berjalan ke dalam klinik. Semua orang melihat. Saya tertanya-tanya, kacak sangatkah? Nurse bergegas membawa ke bilik rawatan.

Dalam hati sentiasa terfikir.

"Boleh baikkah muka?"

Doakan ya? :)
****

Ambulan memecut laju memecahkan kebekuan jalan yang sedia bising. Siren dipasang sebagai amaran agar kenderaan-kenderaan lain memberi ruang.

Majdi terbaring di atas katil, di dalam ambulans.

Syaitan cuba mengusik membisik. Bermain dengan perkataan 'kalau'.

Bermacam-macam di fikiran.

Bagaimana jika rosak muka aku? Macam mana dengan masa depan?

Dosa saya banyak, menggunung tinggi. Jika kamu mendaki, nescaya tak tercapai puncaknya. Dosa saya selebar lautan, jika kamu berenang, kamu tak akan mampu merentasinya.
Kan sakit itu menghapuskan dosa?

Dan sakit ini amat sedikit jika dibandingkan dengan dosa saya.

Saya terfikir,

Biarlah muka saya tak hensem lagi. Sekurang-kurangnya saya masih berpeluang berusaha..

Untuk menjadi tampan di syurga..


****

Sebelum menunggu giliran, saya duduk di atas kerusi roda. Tempat berdekatan ialah tempat untuk orang-orang yang lelah.

Ada banyak kerusi yang disalurkan dengan gas di siru.

Seorang pakcik kelihatan duduk lemah di atas kerusi roda.

"Pakcik pakai alat gas athma tu tak??!!"

Seorang lelaki memakai baju kuning bertanya. Bukan bertanya, tapi menjerit kasar. Pegawai perubatan saya rasa. Entahlah. Tapi yang saya tahu ianya kasar. Terlalu kasar bagi seorang lelaki tua untuk mendapat nada suara sedemikian.

Pakcik itu kelihatan blur. Seakan-akan kosong.

"Saya tanya, pakcik pakai tak alat tu?!!"

Darah saya mendidih. Tak reti hormat orang tua ke? Tak boleh cakap baik-baik?

Saya tunggu lama sikit. Tiba-tiba datang seorang lelaki. Anaknya saya kira.

"Dia pakai alat tu.."

Alhamdulillah anak dia datang. Lama sikit memang saya akan bangun untuk kata:

"Tak boleh cakap baik-baik sikit dengan orang tua, bang?"

Darah memang mendidih panas. Tak kisahlah kalau abang tu nak cakap:

"Muka macam tu pun ada hati nak bercakap?"

Please lah, siapa yang jadi ketua kat mana-mana. Make sure your people respect the older.

Work is one key,

But Respect is the masterkey.

****


Selepas dicuci, saya dibaringkan di atas katil.

Kemudian rasa risau hadir. Bagaimana kalau mak tahu? Terbaca Facebook dan melihat wall post yang orang hantar. Mesti mak risau.

Saya ambil telefon.

"Mak apa khabar?"

"Baik.. Kat mana tu?"

Alhamdulillah. Mak tak tahu lagi rupanya.

"Kat luar, tadi makan dengan kawan.."

Betul lah, tadi makan di Sg Pusu.

"Ok.. Bawak motor elok-elok.. Jangan laju-laju.. Jangan lupa pakai helmet.."

Seandainya mak tahu bahawa ketika itu saya sudah di hospital dengan kepala berdarah-darah. Maaf ya mak, cuma tak nak bagi mak risau je.

Kemudian lepas tu kena marah la..

****

Seorang nurse datang mengambil tekanan darah. Muda lagi rasanya, biasalah. Nurse memang kebanyakannya masih muda.

"Dah kerja ke masih belajar?"

"Masih belajar.."

"Ada sakit apa-apa tak?"

"Alhamdulillah, tak ada.."

"Sudah berkahwin?"

"Belum.."

Dan ketika ini hati nakal saya tertanya-tanya, benarkah soalan terakhir tersebut untuk keperluan hospital atau cuma soalan berbentuk peribadi..Hihi.

****

Jarum-jarum dan benang dimasukkan. Hidung ditarik ke kiri dan kanan dengan alatan besi yang tidak tahu apa namanya.

Dalam keadaan sedar, saya merasakan bagaimana hidung saya dijahit. Memang pengalaman yang amat menarik. Alhamdulillah tak jahit pakai mesin jahit. Kalau tak..

Saya dicucuk jarum di tengah-tengah antara hidung dan bibir. Allah.. Sakitnya.

Saya cuma terbayang. Bagaimana mujahid-mujahid Allah dulu berperang. Apalah sangat sakit ni. Tapi demi Allah, sakitnya dibius di situ.

Dalam hati saya menjerit menahan sakit:

"Aku lah Sayyidina 'Ali, akulah Sayyidina 'Uthman, akulah Sayyidina 'Umar.."

Bagi mendapatkan kekuatan. Mengatakan saya juga sehebat mereka. Saya sekuat mereka. Ya, dan saya dapat kekuatan itu. Heh, hebat apanya, cuma menahan sakit jarum di muka. Tapi air mata tetap mengalir menahan sakit.

Setelah bius habis, ditekan dicucuk lagi dengan rakus. Habis, dicucuk lagi. Haha. Rakus-Saya cuma menambah. Adalah dalam 4 kali saya di bius. 3 di bawah hidung. Satu di atas hidung di tengah-tengah kening.

"Ada satu jahitan nak buat lagi ni dik.."

Erk, ingatkan dah habis.

"Tak yah bius la ya, tahan sakit sikit.."

Ha?

Dan saya terus dijahit di hidung tanpa bius dan dalam keadaan sedar. Maka bermulalah episod daging hidung saya diperkotak katik.

Sakit!

****

Bila balik, terasa seronok bila message berbunyi masuk. Kawan-kawan banyak yang mendoakan, terasa gembira.

"SyafakAllah.."

"Semoga cepat sembuh.."

"Jaga diri elok-elok..."

Tiba-tiba ada satu meesage,

"Congratulations! Simcard Anda B'jaya Menangi Cabutan B'tuah RM20.000,-00 Dari Peraduan "SHELL"M.BHD No siri: 882547 Sila Call Office: 0128123221 "ORIGINAL" "

Adeh, sejak bila la pulak saya masuk Peraduan Shell nih. Nak tipu pun agak-agak lah. Spoil mood betul ~

****

Dunia.

Kadang-kadang kita selalu leka. Sampaikan terasa, ialah segalanya. Akhirat, oh, entahkan mana tempat itu. Buat apa difikirkan.

Lama.. Lambat lagi, jauh lagi.

Sedangkan kematian itu kan yang paling hampir? Kematian, yang sakitnya ibarat kulit yang disiat-siat. Allah.. Kulit yang disiat-siat.

Dan di saat itulah Allah mengingatkan.

Majdi,

Mati itu lebih sakit. Neraka itu lebih perit. Lalu kejarlah..

Ke Syurga yang di dalamnya bahagia selama-lamanya..

****

Sebenarnya, ada satu yang terdetik di hati. Saya cuba selitkan. Teringat dalam majalah kartun islamik: Lanun
Seorang lelaki yang baru kehilangan mata bertanya pada isterinya.

Suami: "Sekarang, abang dah buta. Mah sayang abang lagi tak?"

Isteri: "Mestilah sayang. Dulu Mah kahwin dengan abang sebab hati abang, bukan wajah abang."

Suami: Alhamdulillah..

Seandainya kamu faham..

*My face is already rosak. Are you still my friend?

:)

P/s: I love U all my friends. Tak dapat balas. Moga redha Allah, cinta Allah, sentiasa menjadi selimut kepadamu..