Followers

Letakkan link blog anda =)

Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Friday, October 15, 2010

Rasa: Hidup.

~Adakah dapat untukku memutarkan waktu kembali?~
Untitled wet dark violet by yellowcaseartist

****

Tak tahan. Amat tak tahan.

Ingin sangat Allah mengampunkan dosa-dosa ku.

Ingin sangat aku mempunyai bekalan yang banyak untuk di bawa.

Teringin sangat ingin berjumpa dengan Tuhanku.

Moga Allah  makbulkan.

A~min.

Friday, October 8, 2010

Rindu.

~Long Tailed Tit 7 by *cycoze of DeviantArt~

****

"Apa itu rindu?"

"Erm, ingin merasai kembali seseuatu yang pernah rasa?"

"Contoh?"

"Rindu orang yang kita pernah amat sayang. Rindu suara yang selalu kita dengar.. Rindu wajah yang dulu selalu kita lihat.."

Termenung.

"Kalau tak pernah rasa?"

"Macamna nak rindu.."

Tersenyum.

"Tapi aku mempunyai rindu itu.."

****

Hari ni konsert Maher Zain. Semua menantikan kehadirannya. Seni suara, impak yang terlalu besar kan? Dakwah yang mudah bersemi. Menyanyi dari hati ke lidah. Dari telinga ke hati juga yang disampaikan.

Semua ternanti-nanti wajahnya untuk hadir. Tak sabar. Walau sudah lama terlewat, semua masih setia menanti.

Cukuplah jika dapat melihat raut mukanya. Kening yang redup, dan bibir yang senantiasa tersenyum.

"Maher Zain!"

Semua berebut melihat, ingin bersalam. Ya, dia ada aura tersendiri. Anugerah dari Allah mungkin atas apa yang dilakukan.

Dalam debar keriuhan menunggu. Dalam ramai kerumun meraikan. Terdetik di dalam hati kecil.

"Bagaimana ya? Jika orang yang akan hadir dan muncul ini ialah...

Rasulullah?..."

****

Pulang ke bilik.

Rasa letih sangat. Jiwa terasa sempit. Terasa amat lemah. Tak mampu menghadapi semua ini. Letih dalam kerja dakwah ini.

Letih dalam kehidupan.

Terasa berseorangan.

Dalam dunia yang semakin menggoncang. Hingga nafsu kadang tak terkawal.

Terasa di dalam hati. Teringin sangat, untuk seandainya Rasulullah berada di sisiku, tersenyum, dan terus memberikanku semangat untuk terus berjuang..

Menghadapi dunia yang sebegini.

Amat merinduinya..

I wish you are here Rasulullah, here next to me.. Been missing you so.. So desperately..

****

"Syafiq, tadi terfikir, bagaimana rasanya kalau orang yang kita tunggu.. ialah Rasulullah.."

Terasa sayu.

"Kalau seandainya yang kita tunggu beramai-ramai ialah Rasulullah.."

Hati mengulang.

"Kalau seandainya yang kita tunggu tadi ialah Rasulullah.. orang tak akan bersorak.. pasti semua akan menangis.."

Diam.

"Ya, di wajah baginda ada keheningan dan kerinduan yang amat dalam..."

****

"Teringin untuk berjumpa dan bersama Rasulullah.."

Hati benar-benar mahu.

"Tapi layakkah kita? Untuk bersamanya.."

Adakah.. aku tak layak? Walaupun hanya untuk merasa.

Menoleh.

"Tak, jangan hilangkan perasaan tu. Biarlah tak layak... Jangan lepaskan hati dan rasa itu.."

Tersenyum.

"Kamu layak, insyaAllah.."

Hati terasa tenang.

"Selawat kan?"

Angguk.

"Tapi tak banyak.."

Tersenyum lagi.

"Tak apa, buat kan sunnah nabi?"

Diam.

"Tapi tak selalu..."

Memandang hadapan.

"Tapi, rindu nabi kan?"

Angguk.

"Amat rindu.."

Tersenyum manis.

"It's ok.. simpan rasa itu, and just improve it.. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan bersama nabi di Telaga Kauthar.. Moga Allah perkenankan.."

Gembira sangat.

Tersenyum.

"InsyaAllah.."

****

Ya Rasulullah, aku amat merinduimu.. Adakah aku termasuk dalam kalangan ikhwan yang kau rindui?

Allahhumma solli 'ala Muhammad ya Allah..

Sunday, August 29, 2010

Mereka yang diduga.

Rainy nights by ~CMJZA of DeviantArt

****

Hujan membasahi jalan.

Hafiz memandu dalam kegelapan malam yang basah. Laju meluncur. Di sebelah, Muhsin sudah terlena. Izwar, Akif, dan Izzat di belakang juga sama. Sudah hanyut dibuai mimpi.

Benar-benar letih. Mereka baru pulang dari pengajian talaqqi kitab di Ba'lawi. Sanggup bersusah payah datang walau jauh. Hanya demi menuntut ilmu dan redha Allah.

Waktu itu 4.30 pagi.

Penglihatan Hafiz hanya tertumpu pada jalan yang semakin kelam.

Tiba-tiba..

Muncul satu kereta di hadapan secara tiba-tiba.

"Allahh!!"

Brek tidak sempat ditekan.

"BumM!!"

Kereta Viva itu merempuh laju menghentam kereta yang berada di hadapan.

Remuk.

Cecair merah pekat mengalir.

Pemuda-pemuda itu berlumuran darah.

Dalam cemas, Akif dan Izzat bergegas keluar dari kereta.

Hafiz cuba keluar dari kereta. Cuba membuka pintu. Tersangkut. Tiba-tiba ada orang menyentap pintu. Hafiz bergegas keluar.

Izwar? Muhsin? Sudah keluar kereta ke belum mereka?

"EEeekkk! Bummm!!"

"Bumm!!"

Dan terus tiga lagi kereta berturutan merempuh menghemtam kereta mereka. Membenamkan manusia di dalamnya tersepit dengan besi.

****

Saya sebak melihat Hafiz.

"InsyaAllah, ada hikmahnya semua ni.."

Hafiz hanya menutur perlahan.

Saya sudah tak dapat menahan air mata.

Wajah Hafiz yang sebelum ni tampan nampak sayu dengan jahitan pada matanya. Nampak besar cedera bengkaknya. Kakinya patah di bahagian lutut.

Dia cuba menyalam tangan saya dengan tangan yang cuba diangkat pelahan. Penuh kesan luka.

"Banyak bersabar Hafiz, semoga ganjaran pahala enta besar.."

Saya benar-benar sedih. Tak dapat melihat sahabat dalam keadaan sedemikian rupa. Cuba merasai apa yang mereka rasa.

Ya Allah, bantuni lah mereka ya Allah..

Saya minta diri sebentar dari Hafiz. Berhajat menemui sahabat yang lain.

Menemui Akif. Alhamdulillah. Hanya luka di bahagian kaki. Allah menyelamatkannya. Gembira melihat dia yang mampu tersenyum. Izzat pula dikerumuni sahabat-sahabatnya. Masih mampu duduk dan bersalam walau dalam keadaan lemah dan kaki yang patah.

Menjenguk Muhsin. Sekali lagi air mata tak dapat ditahan. Sahabat saya, Syahril di sebelah sudah kelihatan terlalu sebak.

Muhsin kelihatan amat lemah sekali. Terlalu lemah.

Dia patah 2 tulang di depan bahunya. Dan cedera pada Spinal Cord yang amat merbahaya.

Muhsin cuma dapat menyambut dengan wajah yang lemah, dan mata yang ingin pejam unuk berehat.

Ya Allah, terasa amat berat ujian ini.

Membiarkan Muhsin berehat, tidak mahu mengganggu.

Dan bersiap menapak ke wad ICU.

Izwar...

****

Saya menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencari punca perasaan.

Sebak terus menyerbu cepat ke muka. Benar-benar tak dapat menahan. Saya menangis lagi. Lebih kuat, teresak-esak. Allah, Allah.. Ya Allah, berat ujian ini pada hambamu.

Melihat wajahnya membuatkan saya tak mampu lagi.

Wayar-wayar bersambung di sana sini. Bunyi hembusan nafas yang deras kedengaran dari mesin yang membantu. Salur-salur tiub membawa cecair merah hitam pekat keluar. Alat mesin menunjukkan denyutan nadi. Graf yang turun naik perlahan.

Izwar sudah benar-benar tidak seperti yang saya pernah kenal.

Walau di dalam matanya, masih ternampak cebisan darah yang keluar. Mulutnya. Wajahnya. Malah memerlukan mesin bantuan hayat. Ya Allah, bantulah sahabatku ini.

Di sisinya seorang muslimah yang pernah saya lihat. Membaca quran berdoa penuh setia. Menatapi saudara seagamanya penuh Ihsan. Meminta, moga Tuhan membantu. Moga Tuhan mempermudahkan.

Dan dalam tangis, aku berdoa bersamanya. Menghadap sahabat yang penuh luka dengan penuh derita.

Semoga Allah membantu. Sungguh, Allah maha dekat.

Sungguh, dalam ujian ini saya melihat Ukhuwwah yang amat besar..

****

-Belum habis menulis.
-Baru pulang dari Hospital Kuantan.
-UIA PJ.
-Mahalah Aisyah 3.05 am

Wednesday, June 30, 2010

Once upon a time

Picture by Miriam1989 of DeviantArt

Everybody have their own childhood stories, rite?

****

Bila teringat, hati saya akan tersenyum sendiri. Cerita lama, rasanya dalam 11 tahun lepas.

Cerita tentang saya, dan Doktor Gigi.

Saya sungguh cuak bangat bila mendengar:

"Esok doktor gigi akan datang ke sekolah."

Ataupun, bila mak kata:

"Kita pi klinik gigi.."

Ya Allah, takutnya. Sudah terasa gusi saya yang akan dirobek oleh jarum tajam doktor tersebut. Kebas dan sakit!

****

Cerita ini ketika saya darjah 3. Cerita semasa saya masih bertatih di SRA Al-Irshad Kuantan.

Waktu tu masa pemeriksaan gigi. Dan giliran saya sudah sampai. Saya pun berjalan dengan penuh debaran. Seakan-akan meniti langkah yang semakin berkurangan menghampiri katil tinggi si Dentist.

Saya baring, doktor dengan sarung tangan plastiknya bersedia.

Dari pandangan mata yang menghala ke atas, saya dapat melihat tangannya yang memegang alat-alatan besi. Bersedia ke arah mulut saya. Dan..

"AAAaaaAAaaaaAaaaa!!

Saya menjerit.

"Haish! Tak buat apa-apa lagi dah menjerit?!"

Doktor tersebut marah.

Saya melihat sekeliling. Memang doktor tersebut belum berbuat apa-apa. Sentuh jarum pun belum. Saya saja yang menjerit. Saya memang selalu macamtu. Selalu menjerit sebelum doktor tak buat apa pun lagi. Huhu. Nak buat macamna.

"Err.. belum lagi ya?" Saya mengomel dalam hati. Habis orang-orang di dalam dewan tengok. Malunya.

Serius, segan!

****

Saya selalu berlagak cool sejak sekolah rendah. Ya Allah, kalau lah diorang tau tadi saya menjerit macam tu. Haish! Tak boleh-tak boleh.

Saya keluar dari dewan pemeriksaan dengan seorang muslimat. (Cehs, pelajar muslimat~ macam dah besar pula. hehe. Darjah 3 pula tu. Kecil motel lagi.)

Saya masih ingat lagi. Nama dia Hanani.

Saya toleh pada dia, saya kata.

"Jangan bagitau orang lain tau.."

Sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.

Dia hanya ketawa perlahan sambil terangguk-angguk.

Malu betul bila tau Hanani ada dalam dewan tadi. Mendengar saya menjerit walau doktor belum buat apa-apa. Sungguh terjatuh kewibawaan ini. Hahah.

Mungkin Hanani sudah lupa. InsyaAllah. Saya pun, sudah tak ingat bagaimana rupanya. But, i'm still remember your name untill now. Apapun, syukran Hanani atas itu ya :) It leave me a piece of memory that i will never forget.

****

One more thing that u should know.

Itu dulu ya, zaman ketika buku matematik masih lagi berkotak-kotak besar. Dan satu nombor masih lagi pada satu kotak. Hehe. I'm not that boy anymore. InsyaAllah, kalau jumpa Dr gigi. Tak menjerit dah, boleh sembang ramah lagi.

Erm, that's my childhood moment. Juz a slice of a childhood serenity that will make me smile bila teringat balik. Cuma terasa ingin berkongsi cerita. Nak kata kenangan manis, rasa macam bukan. Pahit, tidak juga.

I think, it's sweet sour story for me! ;)

Wednesday, June 16, 2010

Tribute buat Fatimah.


Untuk sahabatku,

Sama-sama satu universiti, satu persatuan, satu organisasi.

Namun, yang lebih amat diingati,

Sahabat satu perjuangan bersama, sahabat satu aqidah,

Tribute buat dirimu,

Fatimah Zurwanti Zulkifly.

Semoga dirimu bahagia di sana..

****

Aku masih ingat,

Dulu, dia lah yang bersama-sama berada dalam perbincangan. Ketika hendak menubuhkan pasukan khas bagi adik-adik dalam persatuan. Dia lah yang bersemangat melontarkan idea dan pendapat, agar adik-adiknya tenang dalam tarbiyyah Islam.

Yang selalu datang untuk berjumpa adik-adik walau sekejap. Walau aku tahu, dia korbankan banyak masa dan tenaga.

Walau, dirinya tak dapat apa-apa ganjaran dari mereka.

Biarlah,

Sebab dia yakin. Allah akan memberi ganjaran pahala yang amat besar. Kan Fatimah? Ustazah dah dapat di sana, kan?

****

Ntah mengapa.

Aku teringat ketika mana kami bekerja.

Dulu, dia lah yang menegur dalam meeting. Tentang ikhtilat ketika bergerak kerja. Tingkah laku dan batas antara yang beza jantina. Katanya,

"Demi menggapai redha Allah.."

Aku jadi tersenyum,

Waktu satu ketika, ketika aku menguruskan sebuah program. Semua ahli bersusah payah melakukan yang terbaik. Aku rasa seronok dan terharu.

Termasuklah Fatimah.

Walau muka dia sudah berkerut dan masam seribu. Haha.

Tapi dia tetap berusaha menjalankan amanah sebaik mungkin. Walau aku tahu penatnya sudah tak terkira. Masa juga entah semakin susah disusun ke sana sini.

Hehe. Aku jadi ketawa bila teringat ketika aku dimarah olehnya.

Gembira mempunyai ahli dan rakan sepertinya.

****

Aku benar-benar merayu pada Allah agar Allah menyembuhkan. Ketika mendapat berita dia kemalangan. Terasa berat mendengar, terasa beban hati merasa.

Mak bertanya padaku, selepas membaca statusku di Facebook.

"Kawan abang macamna?"

"Dia kemalangan mak, tengah koma.."

"Ya Allah.. Cuba lah telefon keluarganya tanya khabar dia macamna.."

"Erm.. Mak doakanlah sekali ya?"

Sehingga, Allah benar-benar memanggil Atim, kembali ke pangkuanNya.

Kan Fatimah milik Nya? Dan kita tak punya apa-apa sama sekali. Kita hanya insan yang lemah.

Ya Allah. Aku terasa sedih yang amat.

Aku menangis ketika memberitahu mak. Mak juga menangis.

"Kesian pada adik dia kan bang? Mesti sedih kehilangan kakak..."

Ini aku, seorang muslimin yang tak lah serapat mana dengan Fatimah. Yang tak lah sekenal mana.

Bagaimana dengan sahabat-sahabat muslimatnya? Yang setiap hari bergelak tawa bersama. Menggenggam janji dengan senyuman yang terukir. Pergi makan sekali. Sedih, berkongsi semua masalah. Suka duka sentiasa bersama dalam jangka waktu yang amat lama.

Bagaimana agaknya perasaan mereka?

Ya Allah..

Semoga Allah memberi antunna kesabaran yang kuat.

****

Mati itu, kita benar-benar tak tahu bila kan?

Entahkan esok, entahkan lusa..

Kita tetap akan kembali padaNya. Membawa segala bekal yang kita sudah siapkan di sini.

Berehatlah Fatimah..

Ustazah telah sampai ke tempat istirehat dari kejahatan dunia. Ustazah telah buat yang terbaik, semoga Allah balas segala kebaikan ustazah dengan Syurga dan ganjaran yang berlipat kali ganda insyaAllah.

Dan kami di sini akan terus berjuang.

Sampai waktu nanti,

Allah panggil kami pula ke sana.

*Al-Fatihah*

" Ya Allah, ampunkanlah dosa Fatimah Zurwanti binti Zulkfly, rahmatilah dia, 'afiatkanlah dia dan ampunkanlah dia. Muliakanlah tempat persinggahannya dan luaskanlah tempat masuknya.

Basuhlah dia dengan air, salji dan embun. Sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian putih daripada segala kekotoran.

Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik dan pasangannya dengan pasangan yang lebih baik.

Dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka."

Semoga Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya kepada Fatimah yang selamat pulang ke kepada Tuhannya pada 2.15 pm tadi. Dan memberi kesabaran yang menggunung tinggi kepada keluarganya.

A~min.

Friday, April 30, 2010

Ibrah ini ku ambil.


Suasana ketika itu masih pagi. Masih hening lagi. Embun juga masih basah di daun-daun dan angin juga masih lembap membawa bayu malam. Lapangan kapal terbang LCCT itu nampak mengenangkan disimbahi lampu-lampu perang.

Aku berjalan perlahan-perlahan, memerhati kapal terbang yang bergerak lambat mengambil kedudukan. Aku suka suasana ketika itu, rasa tenang.

Besar. Lapangan terbang itu besar amat. Kapalnya juga besar-besar. Membuatkan aku rasa amat kerdil sekali. Yang besar di hadapan aku ini makhluk, yang hebat di depan aku ini dicipta. Maka Tuhannya?

Malah, melihatnya saja sudah membuatkan aku teringat cerita transformers yang pernah aku tonton. Semacam aku rasa, sebentar lagi kapal terbang itu akan bergerak dengan sendi besi dan bunyi robotnya yang akan bertukar menjadi raksasa mesin transformers pula.

Ini kali pertama aku di sini, maksudnya di lapangan. Kali pertama aku akan terbang. Rasa takut selalu-selalu menyinggah di hati. Rasa risau. Maka aku doa-doa minta pohon agar semua selamat.

Aku melihat bumi dari atas, yang aku kini ada di langit. Semuanya menjadi seakan semut-semut kecil. Yang besar-besar dan yang gah-gah, semua jadi rendah dan lemah-lemah sahaja.

Dunia, besar manalah sangat. Kita saja yang selalu bangga.

Madrasah, cahaya di tengah yang gelap.

Kami sampai. Gembira rasa di hati, berbunga-bunga. Jika hati saya ini sebuah taman, pasti ianya sekarang sudah berbunga sakura seperti di Jepun. Tapi saya sekarang di Kemboja. Tak sabar menginjak-injak tanah madrasah, tempat kami akan berbakti siswa.

Lapang.

Wajah-wajah mereka tersenyum. Kami juga tersenyum. Dan senyuman mereka dan kami tersimpul, dengan salaman ukhuwwah yang kami genggam. Erat dari dua negara.



Isk, saya ingin berkenalan.

Saya melingkar di sekeliling adik-adik dari Kemboja ini. Melihat gelak tawa mereka. Saya tanya,

"Nama apa dik?" Walau saya tahu mereka mungkin tak faham.

"Yum chmo kui han smai" Kata salah seorang sambil bergelak suka bersama kawannya. (saya reka je apa dia cakap ni.haha.)

"Shom de wo ai ni" Saya membalas, merapu cuba meniru bahasa mereka.

Saya ketawa, mereka juga ketawa. Saya tak faham apa pun yang mereka katakan. Mereka apatah lagi, jugalah tak faham apa yang saya merepekkan. Dua-dua tak faham. Macam orang Malaysia cakap dengan orang Kemboja pula. Isk, payah betul.

Tak apa, saya belajar sikit-sikit. Siem, maknanya bagus! Kmai katanya perempuan. Chmo itu nama. Aoo maksudnya tidak. Adalah lagi, saya juga sudah lupa. Banyak juga. Itulah, siapa suruh tidak iadah.


Mengapa kamu tidak melihat yang di bawah?


Saya terus meniti jalan-jalan di situ. Rata-rata dengan tanah coklat yang agak kelabu kehitaman. Mengesat sedikit peluh. Cuaca kelihatannya menyucuk-nyucuk bara dari sang matahari.

Panas, kering.

Saya berdiri di hadapan sebuah rumah, menyimpan beg di dalamnya. Sebuah rumah yang madrasah sediakan untuk kami. Dindingnya dari getah hitam yang nipis. Malah banyak yang berlubang-lubang. Lantainya disusun lurus dari buluh-buluh kecil yang diikat dan dipakukan. Bila dipijak, melayut, melendur lah buluh tersebut. Menghasilkan bunyi-bunyi yang menjadi seakan biola yang digesek kasar.

Ya, inilah rumah mereka.

Hujan, panas. Di sinilah mereka duduk.

Ingin mandi, ingin air. Semua perlu dipam. Tak kiralah siapa.

Pasukan kebangsaan

Petang nan tenang diadakan perlawanan persahabatan antara dua negara. Pasukan kebangsaan Malaysia dan Pasukan Negara Kemboja.

Perlawanan bermula.

Pasukan kebangsaan terus menggasak. Asakan demi asakan oleh kombinasi penyerang berkaliber Majdi Nadwan, Luqman Nazari dan Hafiz Mahdar membuahkan hasil pada minit yang pertama.

Bangga betul. Hebatlah konon.

Minit-minit seterusnya pasukan kebangsaan Malaysia terus menunjukkan kehebatannya kepada tuan rumah Kemboja apabila dibantai 6-2. Haha.

Itulah, berlagak sangat pada mulanya. Lupa ucap alhamdulillah lah tu.

Tak apa, bukan kami kalah pun. Dapat tempat ke dua lah. Biarlah, ini perlawanan persahabatan. Kena bagi tuan rumah menang dulu. (ceh, separuh masa kedua semua dah pancit!)

Yang penting, gambar bersama. :)


Saya menjadi khatib.


Ini kali pertama saya membaca khutbah. Tak pernah sebelum ni sebenarnya. Tiada teks, tajuk pun tiada.
Tak apa, saya cuba mengatur susun perlahan isi-isi yang ada.

Maka tidaklah seberapa panjang mana khutbah saya. Jika panjang huraian dan syarahan isi yang saya bawa, maka panjanglah. Jika ketandusan idea, maka pendeklah. Berfikir-fikir. Saya mengambil keputusan untuk mengambil tajuk,

Ukhuwwah.

Menceritakan tentang ayat ke-13 surah Al-hujurat:

"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."


Membawa bahawa Allah menciptakan kita dari zakarin dan unsa. Dan Allah menjadikan kita syu'uban dan qabail. Untuk apa? Ya, untuk saling berkenalan.

Lalu dengan ayat ini,

Saya duduk, ketika meragamkan mata dan melorek senyuman saat bertanya nama pada anak kemboja,

"Chmo Ai?"

"Al- Fata"

Jawabnya dengan pelat kemboja. Comel adik yang duduk di riba dan mendagu di tangan saya ini.

Juga saya terbang bersama ayat ini, ketika berta'aruf dengan seorang wanita dari United States. Yang ketika mana hadir duduk di sebelah, dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Kemboja.

Ntah la, saya tidaklah berkenalan banyak mana pun. Cuma tahulah yang dia anak tunggal. 'Alim sikit-sikit bahawa dia sudah tamat degreenya dalam bidang Shakesphere, English Literature. 'Arif qalilan yang dia sekarang bekerja di Australia. Adalah dia cerita yang dia tak suka naik kapal terbang. Ataupun ketika mana dia kata dia kagum dengan seorang tokoh. Itulah, memang saya tak berkenalan banyak pun dengan wanita berusia 23 tahun itu.

Khutbah saya itu bahasanya melayu. Walau hai saya tidak tahu, adakah adik-adik itu mengerti apa yang saya katakan.

Cuma adalah yang angguk, yang tidur tak perlulah kira.

Saya jika berbicara, suka sekali menggerakkan gaya tangan. Jika siapa yang tahu dan pernah lihat lah.
Pernah saya dapat ketika pertukaran surat antara pimpinan persatuan. Katanya,

"Kurangkan gerak tangan ketika bercakap"

Saya hanya tersenyum ketika membaca. Saya cuba mengawal ketika mana saya memegang tongkat khutbah di yamin dan microfon di syimal saya. Bergoyang-goyang juga kedua-duanya. Nasib baik sedikit sahaja, tidaklah sampai terpusing. Nak buat bagaimana, sudah terbiasa. Hurm ~

Itu pengalaman saya.

Moga manfaat untuk hari seterusnya.

Anak-anak Kemboja ni, comel juga kan?

Mereka ini, seninya tinggi.

Ini Jalalluddin. Anak buah saya. Juga yang saya ajarkan dia sajak. Bergaya sekali Jalal! Syabas!

Bila diajak melagukan asmaul husna. Gembira riang mereka semangat membacakan. Jika tidak suruh pun, mereka akan nyanyi juga sendirian. Jalan-jalan, bibir seakan mesra sahaja dengan ayat yang mereka hafal. Sama dengan derapan dan langkah kaki.

Dengan mereka, saya menjadi amat segan.

Bila di tengah dan minoriti, kuat semangat dan pegangannya. Kita sahaja yang selalu selesa dengan apa yang kita ada.

Nanti ada malam kebudayaan. Kumpulan saya perlu mempersembahkan sajak. Haha, dan saya gurunya. Walau tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan pun.

Saya ajar membaca dengan lantang, cakap semangat-semangat. Saya suruh buat gaya tangan. Sampai habis dalam masjid tu dengar dan tengok.

Siem, semangatnya mereka!

Ini 'Abdul Samad. Moga dirimu besar menjadi mujahid sepanjang zaman.

Berikan aku panah,
Biar aku hancur musuh , semua musnah!
Berikan aku pedang,
Biar Islam, tinggi aku julang!

Ini sajak yang dibawakan oleh 'Abdul Samad. Saya reka sendiri kerana sajak yang sedia ada tidak cukup. 'Abdul Samad ini tidak cukup sifatnya.Saya tak akan lupa gayanya. Biar rakan-rakannya ketawa ketika gayanya memegang panah atau menghunus pedang. Saya saja nak ajarkannya agar terus yakin. Yakin akan diri sendiri.

Biar kecil-kecil berjiwa besar, nanti besar-besar membawa jiwa pula.

Saya bersama kumpulan ketika melaungkan cheers kumpulan. Dalam bahasa kemboja sekali saya reka. Haha.

Bila mereka gembira, saya gembira.

Sampai jumpa lagi!


Pagi itu tiada lagi tazkirah subuh seperti Ayyaman sebelumnya. Tapi ada salam, salam perpisahan. Salam rajukan sebelum pergi.

Kami beratur, berpelukan. Mengaruskan rasa dalam hati-hati yang bertaut.
Ada yang menangis. Ada yang mencium pipi.

Syahdu.

Ini mudir madrasah.

Tak apa, sampai kita jumpa lagi saudaraku.

Saya tertipu.

Kami sampai di kawasan lapang berhadapan Angkor Watt. Tempat yang penuh dengan orang. Ramai.

Saya turun dari bas. Tersenyum, melangkah perlahan memerhatikan wajah-wajah yang banyak. Petang itu redup.

"Please... buy my bracelet.. Only one dolar." Seorang budak perempuan, rendah sikit dariku merayu. Ayat berbunyi kemboja bercampur bahasa english itu, diulang-ulang.

Saya berjalan terus ke hadapan. Membuat gaya tangan menandakan tidak mahu sambil memberi senyuman.

"Please, i give more..."

Aku berhenti.

"Only one dolar?"

"Ya, one dolar only.."

Aku membuka dompet di hadapannya. Tiada wang satu dolar. Yang ada hanya 50 dolar. Aku termangu. Malas pula rasa ingin membeli.

"Please.." pujuk rayunya semakin kuat. Saya seakan digoda pula.

Teman-teman saya berjalan di tepi. Memerhatikan, sambil tersenyum. Saya segan sendiri.

"Tak yah layanlah majdi.."

"You know, i need to go to school!" Budak perempuan tadi semacam bertegas sedikit. Terdiam saya. Adeh, kena marah pula. Saya berfikir sejenak. Tak apalah, boleh pecah 50 dolar ni, boleh bantu dia juga. Bila dia kata dia perlu ke sekolah, lembut pula hati saya rasa.

Dia berlari bagi mendapatkan wang baki. Dia suruh saya lari juga. Saya lari. Macam main kejar-kejap pula.

Sekejap-sekejap dia sampai. Mengambil duit dan menukar duit. Memberi pada saya. 30 dolar, dan beberapa ribu riyel.

Saya perhati,

"Eh, ini tak cukup 49 dolar ni.."

"It's enough.. 49 dolar.."

"I dont think so.." Muka saya berkerut sedikit. Saya tahu, memang tak cukup.

"Your friend is waiting for you.. It's enough.." Ada lenggok di hujungnya.

Saya berkeras. Tiba-tiba rasa geram. Saya juga letih. Saya lihat sekeliling. Ada yang melihat. Ya, kami berbalah ketika itu. Saya mengira-ngira duit riyel. Ya, memang nampak tak cukup. Tapi nampak banyak. Tak apalah, saya beredar. Saya juga sudah penat.

Walau ada rasa geram.

Saya kira kembali duit bila saya tenang. Macam yang saya sudah jangka, memang kurang wangnya. Tak apalah, moga dia ke sekolah dengan itu. Saya tak kisah dan suka bila dapat tolong orang, cuma saya tak suka orang menipu. Kalau kata jujur, mesti saya nak sangat bantu.

Tangan saya penuh menggenggam gelang saya beli itu. Cantiklah jugak.

"Macamna Majdi?" Ustaz bertanya..

"Nak buat macamna ustaz, ana kena pujuk rayu.." Saya hanya tersenyum. Ketawa kecil.

Gelang tadi, saya bagi semua pada sahabat muslimah yang bersama ke Kemboja. Biar mereka pakai. Kurang-kurang terubat juga hati saya. Biar mereka gembira.

Hai.. ~


Di Angkor watt.

Saya melintas patung buddha yang besar amat di tepi. Berhati-hati menginjak monumen lama yang masih gah tersergam itu. Menyeretkan badan untuk melihat sekeliling. Memusing-musingkan kepala. Mencari jika ada yang menarik. Kemudian saya terlihat jalan yang sedikit keluar. Ada cahaya terpancar dari luar bangunan, saya menuruti. Melangkah ke pintu,

Besar.

Besar juga Angkor Watt ini. Di tengahnya ada satu jalan yang lurus seakan tembok batu. Menghubungkan terus ke pintu gerbang yang kedua. Di sekelilingnya padang hijau yang amat luas. Padang yang di tengahnya ada kuil-kuil kecil.

Seperti cerita perang dahulu kala yang saya biasa tengok. Pintu gerbang bertembok besar itu memang mengagumkan mata.

Asalnya, saya tidak mahu ke sini jika boleh. Tidak suka, untuk pergi melawat ke kuil agama. Ya, walau kata orang nilai sejarahnya tinggi. Saya cuma tidak seronok, nak buat macamna.

Mereka-mereka bergambar. Saya cuma menolak. Bergambar bersama, adalah rasa gembira bersama. Saya tidak mahu, untuk ada rasa begitu bersama kuil. Walaupun mungkin tidaklah salah. Tapi kuil agama, tak mahulah saya.

Saya berjalan seorang-seorang. Masuk ke dalam kuil. Membaca doa pelindung, kemudian mengungkap La haw la wala quwwata illa bIllah. Saya suka seni, maka saya memperhatikan seni-seninya. Seni-seni yang terus terukir menjadi binaan. Itu niat saya.

Namun, semasa itu memang agak hening. Saya lihat langit, ada rasa lapang.Sehebat mana pun manusia, bukankah Allah yang Maha Hebat?

Saya tenang.

Rambang mata, rimbun cerita.

Di sini saya menjadi orang kaya. Ialah, duit saja main ribu-ribu. Beli air botol sahaja sudah 500. Haha. Berlagak betul.

Di sini pakai dua mata wang. Dolar dan Riyel.

Satu Dolar, 4000 Riyel. Satu ringgit. Seribu Riyel. Itu yang jadi kaya tu, kaya pada matalah.

Sukar amat untuk membeli barang. Ya lah, negara Kemboja. Lambang kebangsaan saja sudah Angkor Watt. Mahu beli baju, ada lambang kuil. Mahu beli keychain, ada patung sedang menari. Ingin beli plate, Ah! sama saja gambarnya. Letih saya.

Erm, saya ada banyak nak cerita sebetulnya. Cerita ketika seronok menaiki tut-tut yang penuh adventurous. Cerita yang saya saja tak mahu cerita bagaimana kami yang kononnya gentleman banyak yang longlai demam lemah tak terkulai.

Ataupun cerita tentang beras hancur, beras Kemboja, beras tetamu yang mereka sendiri tak tahu harganya. Kisah tentang teksi yang bukan saja orang yang naik, motor juga naik atas teksi. Ataupun ungkapan yang kami reka untuk motor:

Seorang, kaya. 2, membazir. 3, bolehlah. 4, Hah! itu yang sepatutnya!

Atau tentang Khar dan rotinya yang sedap. Ntahla, macam-macam kan?

Betul kan, kata orang..

Jauh perjalanan, banyak pengalaman. Satu minggu, untuk saya coret dan lakarkan dalam satu post. Saya risau nanti warnanya terkeluar sahaja. Nanti habis tumpah pula ke komputer.

Kamu pergilah pula, nanti kamu pula dapat rasa. Kamu pula dapat cerita. Walau rasa kita, pasti, tak akan sama. :)

Gembira mereka. Wah! hebat! Pakai kain saja.

Untuk itu.


Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Hujan sutera di Kemboja, hujan kaca di Malaysia. Lebih baik di negara sendiri, lebih baik di Malaysia.

Gembira untuk sampai di Malaysia..

Untuk Kemboja, untuk saudara di sana. Di madrasah Darul 'Ulum.

Ya, sampai kita jumpa lagi.

Dalam harapan dan doa yang kita tinggalkan bersama. Indah kan?


Sampai jumpa lagi, Kemboja!

P/s: Saya minta maaf jika post ini tak seberapa~

Wednesday, April 21, 2010

Doakan saya

Picture by ~ultrazero13 of Deviantart

Saya akan ke kemboja.

Mensiswakan bakti di sana. Ataupun orang kata, membaktikan siswa di sana. Haha. Saya tak tahu mana satu yang benar. Mana satu ya? Atau dua-dua salah? ~

Bahagia. Betul, saya benar-benar teruja. Tersenyum sahaja (nasib baik tak ada orang kata gila.huhu.).

Sudah lama, dari dulu. Saya sering terngiang-ngiang. Seperti, ada yang senantiasa berbisik di telinga:

"Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."-al-mulk

Dari ayat ke-15. Al-mulk menguntai.

Dan inilah satu penjuru yang saya akan kunjungi. Dan saya datang dengan harapan, hadir membawa ketenangan ke tenang. Lalu pulang menggenggam ketenangan dari tenang.

Saya akan tinggalkan blog ni bersawang selama seminggu. Maaflah ya, semua. (ceh ~ macamlah sebelum ni update selalu sangat. haha.)

Pengalaman, itu pengajaran yang paling bermakna. kan?

Dari pengalaman, datang cerita. Dari cerita, datang idea. Atau kadang hadir rahsia. Malah, selalunya ditemani bahagia.

Ia tak akan sama. Tak akan pernah sama. Apa yang kita baca, dan apa yang kita rasa. Begitu, bukan?

Kerana itu saya pernah menulis post, ini.

Wah! Bestnya. Alhamdulillah. :) hehe.

Doakan saya.

"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
-Hadis

Saya ingin doa kamu, dari hati kalbu yang macam salju.

Doakan saya selamat. Doakan saya panjang umur. Doakan, saya di sana mengambil ibrah yang banyak. Sebanyak-banyaknya. Doakan kami. Nanti, saya boleh kongsi. Kemudian, saya boleh sampaikan.

Saya terasa lembut sekarang, selembut doa kamu yang kamu iringkan. :)

Doakan saya, insyaAllah.

(Seandainya ada bunga seroja di kemboja. Saya nak petik. Jika adalah~)

p/s: Ingin menulis jugak walaupun dah lambat sebenarnya ni. ^^

Sunday, April 4, 2010

Kanching, saya tertinggal sesuatu.



Kata orang iceland, ianya Vinatta. Vinatta yang membawa kepada Sevgi orang-orang di Turki. Saya tidak tahu. Cuma saya fikir, ianya amat indah. Seindah pusingan awan yang tersenyum dan lambaian bunga yang melenggok tika angin menyisir lalu mungkin. Tak pernah berubah. Tapi terus, berbuah mekar penuh hikmah.

Tapi kadang, hati masih tertanya-tanya. Lalu saya mencari satu makna,

Ukhuwwah.

Ramai sangat orang sekarang berbicara, bercakap tentang ukhuwwah ataupun persahabatan ni. Dalam novel yang senantiasa diulit ayat-ayat indah, juga yang masuk mencambah dalam Naruto ataupun Harry Potter, si penyihir putih katanya.

Kamu menginginkan. Agar perkataan ini menjadi satu nama dalam diri. Nama yang diinginkan saat membaca. Ya, saya juga ingin.

Tapi,

Betulkah makna ukhuwwah itu betul-betul berharga?

Inilah nabi mengajar kita.

Ketahuilah makna ukhuwwah itu seni. Itu kata saya. Macam lukisan, kita tak boleh nampak apa maksudnya. Lihat sahaja, tak akan pernah cukup. Makna dia dalam. Ataupun pada seni puisi. Kan tak ramai orang faham, kecuali lah yang benar-benar cuba meletakkan dalam jiwa. Yang benar-benar cuba untuk merasa apa maksudnya.

"Perbandingan orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti satu tubuh badan, apabila satu anggota berasa sakit, seluruh badan akan merasainya."

Dan ini yang saya belajar dari kata nabi. Dari hadis. Dari kisah sahabat.

Kisah sahabat ansar. Kisah 'Abdur Rahman 'auf dan temannya. Kisah mereka.

Jika hendak dibacakan, terlalu banyak cerita sirah yang menyayat hati. Yang menyejukkan hati. Kisah yang mengorbankan harta, malah hak. Demi untuk saudara. Dengar dan baca bagaimana mereka meraikan. Dengar dan baca bagaimana mereka mengorbankan.

Cari, dan bacalah.

Ukhuwwah itu, bukan pada pemikiran.

"Isk, mana yang lain ni. Orang ajak makan tak datang"

Dalam nada marah seorang sahabat. Dia jemput dengan niat untuk makan bersama-sama rakan-rakannya. Tapi ada yang tak hadir. Suasana makan ketika itu, dari suka, menjadi muram.

Saya kadang-kadang ingin ketawa bila teringat. Bukankah tujuan asalnya untuk meneratkan ukhuwwah. Tapi, jadi sebaliknya pula. Bukan ukhuwwah, tapi marah-marah. Benar, ukhuwwah itu pada kebersamaan.

7 orang yang duduk berjauhan pada benua yang berlainan, tapi penuh kerinduan dan doa. Itu lebih baik dari 7 orang yang duduk bersama, tapi benuh kebencian dan perasaan.

Benar bukan? Atau saya salah?

:)

Memberi, tanpa harap diberi. Itulah ukhuwwah.

Hati menghentak-hentak, sakit. Jiwa memberontak seakan mahu melakukan demonstrasi.

Salah, bukan begitu. Ukhuwwah itu memberi. Sama-sama memberi. Bukan memaksa. Dan insyaAllah bila kita memberi, kita akan dapat. Tak perlu dipaksa.

Begitu juga ithar. Kita melebihkan, tapi ianya bukan bermakna kita minta untuk dilebihkan, diutamakan. Kita harap, kita mampu menanggung penderitaan sahabat kita. Tapi bukanlah maknanya, kita susah, kita kata,

"Sepatutnya, dia kena tanggung sama"

Bukan begitu wahai kawanku.


"Dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu, 


dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. 


Dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya." -Surah Al-Hasyr


Kanching, saya tertinggal sesuatu.

Ukhuwwah itu bila kita gembira sahabat kita gembira. Ya, deminya. Kita kongsi segalanya, kita sharing suka dan duka.


Saya teringgal sesuatu di Sungai Kanching. Saya rasa lah.

Ketika air sungai mengalir lembut, dan derunya ketika terjun yang menenangkan. Angin juga membantu. Inilah rasa. Rasa ukhuwwah yang amat manis.

Saya tertinggal kenangan di sana. Saya sengaja tinggal sebenarnya. Kenangan ketika kami panjat bersama. Dan kenangan, ketika doa wehdah bergema. Ditemani rabithah, mengalirkan semangat dan taat setia, menjalinkan ikatan dan janji bersama.

Walau tika mata lain memandang, walau tika keadaan mengenangkan.

Terasa nikmat Allah, hebat.

Saya ingin kenal kamu.

Sudah punya teman, ingin lagi. Sudah punya ramai sahabat, mahu ramai lagi.

Dalam syukur, kerana Allah.

Saya ingin kenal kamu.

Kerana kamu saudara Islam saya juga kan? Saya nak menangis ketika kamu sedih, juga duka saat kamu luka. Kamu kenal 'abbas 'asasi? Seperti mana dia, saya seakan mahu menulis surat untuk kamu semua, mengatakan saya amat mencintai kamu, walau tak pernah jumpa.

Nanti, InsyaAllah bila jumpa, kita berta'aruf. Untuk kenal kamu, saya pasti bangga. =)

Saturday, April 3, 2010

Mimpi, sebuah cerita. Sebuah rasa.



Mengulit sebuah bayangan, dari bait-bait ayat yang dibaca. Meyelinap, kemudian menghembus lembut ke akal. Dari bayangan, seakan kayangan.

Sebuah cerita, yang terasa ingin disampaikan. Untuk kamu, untuk saya juga. Jika ada rasa lah. Jika tidak, tak mengapa. Saya bukan siapa-siapa.

Sebuah cerita tentang,

Mimpi.

Benar, Ianya mimpi. Mimpi tentang ayah saya. Ayah, yang telah pergi dahulu. Ayah, yang amat saya dan adik-adik rindui. Ibu saya, apatah lagi. Ibu saya, mak sebetulnya, sering berdoa. Hatinya, sering tertanya. Bagaimana keadaan abah di sana ya? Lalu untuk mak, dia ada seorang sahabat. Sahabat baik, Dr Fizah namanya. Dan darinya, dia bermimpi..

Memasuki sebuah rumah yang besar. Amat besar. Punya luas, dan punya ruang yang banyak. Dan di dalam rumah, ada pokok-pokok. Menenangkan, namun menghairankan. Tidak pernah dilihat rumah sebegini rupa.

Dalam mata asyik menatap, dalam akal sibuk bertanya. Abah menyapa. Katanya abah nampak gembira dan biasa dengan rumah tu. Dr Fizah bertanya, rumah ini, memang begini? Kata abah. Ya, memang begitu keadaannya. Memang begitu rupanya.

Abah menjemput Dr Fizah menjamu hidangan. Menjamu makanan di sebuah meja. Dan abah duduk di hujung meja, seakan ketua. Tidak banyak abah bicara, tapi kata Dr Fizah, abah kelihatan amat gembira. Dan bersamanya di meja adalah teman-temannya. Ya, sahabat abah, walau Dr Fizah tidak tahu siapa.

Dr fizah dijemput makan bersama. Tapi katanya, makanan di situ semua namanya tidak sama. Maksudnya, tidak biasa didengar di dunia. Nama makanan yang pelik. Namun, semuanya bersama kaca. Makanan itu, yang lain namanya, dihidang dalam bekas kaca. Air dan minuman juga begitu, indah dalam sinaran dan kejernihan kaca.

Semuanya kelihatan menenangkan, semuanya kelihatan meredupkan.

Dan itu kisahnya.

Saya cemburu

Saya cemburu. Saya amat cemburu. Cemburu dengan abah yang sudah dapat segala. Sudah lepas hidup singkat dan ujian di dunia, dan itu nikmatnya. Biarlah dunia, di dalamnya penat. Namun insyaAllah dihujungnya nikmat.

Tak mengapa, cemburu saya dalam bangga.

Cemburu yang membuatkan saya amat ingin, sangat mahu, menjadi sepertinya. Saya seakan dapat membayangkan wajah dan perasaan abah. Dengan raut yang suka dan tenang begitu. Oh, bahagianya!

Ya, dari bayangan seakan kayangan.

Lalu, ada apa dengan dunia?

Terlalu ramai yang tertipu dengan dunia. Dunia yang dirasakan lama. Taklah, ianya tak lama. Sekejap sahaja, amat sekejap. Di dunia, ada masa. Di sana nanti, sampai bila-bila.

Jika di syurga. Bahagia selama-lamanya.

Jika di neraka. Sengsara selama-lamanya.

Saya ingin tanya. Jika kamu tahu, kerana saya juga ingin tahu. Selama-lamanya itu sampai bila?

Saya juga tidak tahu.

"Selama-lamanya"

Dunia itu penjara.

Kerana itu ramai yang berasa penat dengan semua ini. Jangan risau, kan nabi pernah berkata,

"Dunia itu penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir"

Jadi kita perlu sedar. Bahawa semua itu bukan matlamat. Harta, pangkat, nama, dan segala. Tak mengapa memiliki, saya juga mahu. Tapi bukan di hati.

Ayuh!

Tak ramai yang mampu faham tentang erti penghayatan hidup, dan seandainya mereka memahami, tentu hanya pada Allah ditumpukan segala-galanya.

Mari kita usaha untuk ke akhirat. Kamu bimbinglah saya. Sama-sama kita bimbing. Nanti, jika saya jatuh ke jurang neraka, kamu tarik lah saya, boleh kita jalan sama-sama menuju ke syurga :)

Friday, March 26, 2010

Cerpen kehidupan


Kata orang ini kisah benar, benar-benar kisah benar yang berlaku.

'Pop Corn Soup'

Itulah nama makanan dia. Popcorn yang bercampur dengan air hujan. Majdi berdiri ditepi tiang, tiang yang betul-betul berada di tengah-tengah dalam tren yang dia masuk. Basah kuyup. Bukan kuyup biasa, tapi benar-benar kuyup. Seperti baru muncul selepas menyelam dalam air.

Sebentar tadi hujan lebat. Dia meredah tanpa kisah. Mungkin dia ingat dirinya ulamak yang tak akan dibasahi dek hujan mungkin. Berjalan penuh bergaya lagak seperti hero dalam filem. Disangkanya hujan hanya perlahan, tapi turunnya terlalu lebat. Menahan muka merah, malu berjalan dalam basah di tempat profesional PWTC dengan kehadiran orang yang ramai.

Dan kini, dia berada di dalam tren. Masih basah. Hanya dia di tengah, keseorangan. Pada awalnya boleh sahaja dia mendapatkan kerusi kosong, Tapi merisaukan orang yang mungkin tidak selesa dengan keadaannya yang begitu, dia merelakan.

Semua mata memerhati. Dengan kopiah hitam dan baju melayu merah satin merah itu. Mereka melihat dia dengan pandangan yang mengasyikkan. Mungkin mereka ingat dia sedang memperagakan model pakaian basah dalam tren itu. Namun wajahnya masih tenang, berpura-pura tiada apa-apa berlaku. Dia memang begitu, sentiasa cool dan macho dalam setiap keadaan.

Tadi dia ke pesta buku. Pernah naqibnya seakan berkata.

"Seandainya malu berdakwah melalui lisan, sampaikan melalui tulisan"

Dan tak akan dapat seseorang menyampaikan melalui tulisan, melainkan hanya dengan pembacaan yang banyak.

Maka dia beli buku banyak, sebanyak-banyaknya. Sehingga dia menyesal. Kadangkala dia juga tidak pasti, apakah hobi sebenarnya membaca, atau membuat koleksi buku. Kerana lebih banyak buku yang dibeli daripada dibaca.

Malam pertama di syurga, keabadian masa, dan koleksi sastera Faisal Tehrani menjadi pilihannya. Harapan, untuk menambah ilmu di dada. InsyaAllah.

Di luar masih rintik, lampu-lampu perang di jalanan pula menambahkan lagi suasana malam

Sudah sampai stesen U. Dia berhenti, hajatnya ingin ke Masjid Wilayah. Di sana terdapat konsert, Shoutul harakah. Untuk Palestin. Dan dia harap dengan itu, semangatnya akan meninggi kembali sebagai mujahid Islam.

Sudah sampai. Masjid Wilayah. Masjid yang setiap kali dia melihatnya, pasti ada satu perasaan tenang dan bening menyusup dalam hatinya. Binaannya seperti Masjid Biru dan Aya Sophea di Turki. Tempat di mana Islam penah membangun megah. Sama. Binaannya memang hampir sama. Dengarnya, memang arkitek untuk masjid ini memang dari Turki. Mungkin kerana itu binaannya seperti binaan reka bentuk Turki.

"Assalamu'alaikum..."

Majdi memberi salam. Tersenyum berjumpa rakan-rakannya yang lain di sana.

"Wa'alaikumussalam. Wah! Ini dah macam ahli Shoutul Harakah!" Rakannya berseloka. Melihat dia yang memakai kain Palestin di leher. Dibelinya tadi seusai sampai di perkarangan masjid, dengan niat di hati untuk menderma kepada saudara di sana.

Slideshow dipasang. Lagu dimainkan. Sajak di deklamasikan. Untukmu Palestin. Darah kami, dan jiwa-jiwa kami. Dia hanyut dalam perasaan dan kasih kepada saudaranya di sana. Membayangkan dirinya menjadi mereka.

"Aku ingin membuka Palestin, Ya Allah izinkanlah aku untuk itu.." Bisiknya dalam hati, dalam air mata yang hampur bergenang,

"Dum!"

Dewan bergema dengan  gempaan jihad dari Shotul Harakah. Semangat benar-benar berkobar. Hadirin semua berdiri. Tangan digenggam. Erat, seerat tekad di hati.

"Setiap titis peluh dan darah, tak akan sirna ditelan masa.. Segores luka di jalan Allah, kan menjadi, saksi pengorbanan.."

Dan dewan pun terus bergema.

"Bangkit, kerana setiap langkah kita, adalah langkah jihad! Tiada langkah kita, melainkan langkah jihad!"
Semangat keluar menggunung dari ucapan ahli kumpulan Shoutul Harakah itu.

"Setiap langkah kita adalah langkah jihad? Allahhuakbar. Aku akan memerhatikan langkahku.." Majdi berbisik di hati.

Majlis usai.Dengan satu perancangan. Dalam masa satu bulan, rm 1 juta akan dikumpulkan untuk palestin. Ramai berjalan pulang, malah ada yang bersuai kenal merapatkan ukhuwwah. Majdi berjalan ke arah kumpulan sahabatnya.

"Bagaimana kita?" Majdi tertanya sambil ketawa kecil.

"Hurm, terus. Terus melangkah demi melakar masa depan Islam" Sahabatnya membalas sambil tersenyum, yakin.

Dan mereka terus menggegam harapan bersama.

Thursday, March 18, 2010

Bila jari ingin menari


Otak ligat berlari. Jari ingin menari. Itulah rasa gundah gulanaku saat ini. Terasa ingin menaip dan terus menaip. Membalas mesej teman-teman di laman. Mencurahkan cerita dan idea yang telah lama bermain-main di minda.

Peperiksaan istimewa. Itulah yang harus aku ambil. Sebagai balasan ganti exam yang telah aku tinggal semasa pemergian abah. Jiwa seakan kacau. Ingin menulis, harus aku study untuk exam. Ingin study, Ah! Aku ingin menulis. Jelingan masa sungguh tajam.

Pertembungan besar antara kelas dan tugasannya dalam sem pendek dengan 3 subjek yang harus aku telaah juga kadang-kadang membuatkan aku seakan telah berada di Planet Nameck. Melihat bintang-bintang yang bersinar di kepala.

Aku mengintai. Akhirnya, dapat juga aku menyelinap sebentar ke sini, mencoret secebis post ini. (Sempat lagi tu) Hehe.

Perjalanan hidup yang amt menarik buatku. Segala-galanya yang berlaku, ini adalah lakaran Allah untukku. Terasa seperti di dalam sebuah cerita novel. Hehe. Aku gembira. Begitu juga exam ini. tarbiyyah untukku.

Geram betul aku melihat rakan-rakanku lain. Bersenang lenang menikmati nikmat masa. Isk, tak tahukah aku exam? Buat-buat la baca buku ke. Buat-buat study ke. Semangat jugak aku. Hehe. Ni, baca kitab, pergi programlah, rancang macam-macam. Tak senang duduk sungguh aku dibuatnya.

Fokus-fokus! Hehe. InsyaAllah, aku habiskan exam. Dan tunggulah, kita akan start usrah. Kita akan pergi program. Kita akan rancang bersama. Dan aku akan terus berusaha mengisi kekosongan hati dan nurani..!

=)

Exam-exam!

Doakan aku ya teman. Semoga Allah merahmatimu.

Wednesday, March 10, 2010

Selamat hari lahir mak! :)



Di hening malam 8 mac, dia menghadiahkan kata-kata tarbiyyah dan pengalaman yag amat membanggakanku. Hatiku, aku buka. Aku simpan sekemasnya bicaranya di situ. Dan aku kunci rapat agar ianya menjadi pedoman dan untuk aku pegang selama-lamanya. Selamat hari lahir ibuku! =) Semoga Allah senantiasa merahmati dan melimpahkan cintaNYa ke atasmu..


Di rumah, mak juga sepertiku. Katanya rindu pada usrah, rindu pada program, rindu pada perbincangan ilmiah. Hehe. Mak aktif proram hawa paksi di rumah. Banyak juga program yang dibuat rasanya. Click sini :) Dan mak selalu ingatkan tentang tanggungjawab, 
betapa beratnya ia sebenarnya, yang setiap kali mendengar, aku akan rasa ianya dalam diri.

Terima kasih atas segalanya.

Selamat hari lahir yang ke-44 duhai ibuku. Dirimu, inspirasi hatiku, sepanjang zaman. =)

p/s: Minta maaf kerana gambar terdapat unsur politik. Tapi saya amat suka gambar ni. ^^

Wednesday, March 3, 2010

Serasa bersama Dr Jamnul Azhar.


Baru usai dari ceramah Dr Jamnul Azhar. Semangat sedang bergelodak dan tangan ingin terus menaip.

Hari ini ada ceramah di Masjid Ar-rahmaniah Gunung Semanggol.  Sempena maulidurrasul. Aku gembira, sudah lama tidak hadir ke majlis ilmu. Hati sudah kering kontang bak pasir di gurun sahara, malah lebih kontang lagi kerana gurun sahara juga masih ada kaktus.

"Allah, lupa pula bawa handphone.. Tak boleh nak ambil gambar.."

Isk, aku mengetus dalam hati. Tak dapat pula aku nak tangkap gambar dan menunjukkan suasana. Haha. Jadi, gambar di atas bukanlah gambar ceramah yang aku pergi. Hehe. Tapi betullah gambar Dr Jamnul.

Periang, penuh ilmu dengan diselitkan humor. SubhanAllah, memang best! Dia bercerita tentang sirah nabi, tentang kitab bible, malah tentang gunung semanggol dan bukit putus, tempat kami berada sekarang. Termasuk juga kisah nakalnya semasa kecil.

"Saya kenai betul tempat ni.. dulu duk main dengan ustaz mukhlis kat sekolah ehya dulu.." Bicaranya sambil ketawa.

"Ha? ustaz mukhlis? pakcik aku tu.." Aku terpana sebentar.

Kemudian dia sambung tentang Tasik Siberia, bagaimana satu hadis nabi bahawa Dajjal akan muncul apabila Tasik Tiberia kering. Dan dia sendiri berpeluang melihat dengan mata sendirinya apabila berjaya "masuk"  ke Israel. SubhanAllah, hampir 80% tasik itu kering. Kerana menjadi sumber air bagi penduduk setempat.

Cermahnnya membuka minda aku. Malah menyedarkan kembali. Bahawa aku harus bersedia untuk terus menjadi khalifah Allah.

Ceramah tamat. Tapi di minda aku masih tertanya-tanya, kitab sirah apa yang harus aku rujuk untuk sirah nabi  tadi. Kerana SubhanAllah, begitu dan amat detail, malah menyegarkan. Maka aku berjumpa dengannya.

"Assalamu'alaikum ustaz, saya ingin bertanya tentang kitab sirah yang ustaz sebutkan.." lembut aku bertanya, malah dengan sopan santun seperti lelaki melayu terakhir. (perasan sendiri..)

"wa'alaikumussalam, enta boleh rujuk kitab sirah ibnu hisyam, kitab Dr ramdhan, kitab sai'd hawa... (dan banyak lagi yang ustaz sebut.. aku pun tak dapat ingat semua..)..." jawan ustaz dengan ramah dan selamber.

Kemudian aku memperkenalkan diri aku. Dan tiba-tiba termasuk bab abah.

"Apa ana tak kenal Jazmi nya, dulu sekali program, usrah dan sebagainya dengan dia dan ustaz muhlis di Ehya. Muda lagi dia tu. Tua dari ana sikit je. Ana pun tahu dia meninggal dari orang."

SubhanAllah, sahabat lama abah rupanya.. Allahuakbar. Kemudian dia tanya tentang aku belajar di mana dan apa.

"Cuba bagi sebab kenapa kamu nak tukar ekonomi? Kita mesti ada tujuan.."

Aku pun menjawab dengan semangatnya (Biasalah aku, semangat dan laju aku rasa..) Sampailah ustaz suruh aku mengkaji tentang haiqal sulaiman, piramid. Bercerita tentang di sebalik transformers dan 2012.

"Aik, ustaz ni minat teori konspirasi ke? Selalunya aku sembang dengan kawan-kawan di Uia dan dengar ceramah abang Syaari je.." Bisik aku dalam hati. Aku pun bertanya..

"Ustaz kaji juga ke illumminati dan freemason?"

"Isk, itu memang sebahagian dari kajian ana la. Ada satu kitab, (aku tak ingat nama kita tu.. aku ingat ada perkataan 'adyan' je..) ditulis oleh seorang syeikh, yang dalam ni ada pelbagai pemikiran dan ideologi. Kita biasa dengar yang biasa-biasa je. Dalam tu ada macam-macam, yang kita tak pernah dengar pun ada. (Tetarlogi ke apa ustaz ada sebut, memang pelik.haha)" panjang ustaz berceramah.

Perbincangan kami selesai, dan aku amat berpuas hati. Alhamdulillah. SubhanAllah, yang menghadiahkan aku malam ni.

Dan aku dengan rasa yang baru, terus ingin terbang ke rumah untuk berkongsi sedikit coretan...

p/s: Alhamdulillah..

Monday, March 1, 2010

Pelindung yang bijak lagi terpuji.


Ahmad Jausyan Baqiri. Itulah maksud namanya. Adikku seorang yang hensem ini akan berpindah ke sekolah barunya. Dari Kulim, nun jauh merantau ke Perak.

"Sedih baqiri, sebelum ni kelas A je, kena masuk kelas B.." ngomelnya yang terpaksa berpindah ke kelas B di sekolah yang baru. Hehe. Kata cikgunya, kelas A terlalu penuh. Hingga rapat ke dinding. Jika dia nak masuk kelas A juga. Kena jadi dindinglah.

Wajahnya tampan, mungkin meniru wajah abangnya yang sorang ni sebenarnya. ~ Dahulu, di sekolah lama. Dia seorang yang amat aktif, mempunyai public relation yang amat baik. Antara salah satu ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin. Baik dengan guru, baik dengan kawan, baik dengan semua orang. Sebab tu dia seronok sangat bila ke sekolah. He enjoy his life there. hue. Marratan ukhra, sekali lagi dia meniru abangnya. hehe.

Haha. Walaupun masih kecil, sudah ada facebook dan blog. Isk, aku masa kecil facebook pun belum wujud mungkin.

Aku pernah menghantar dia pulang ke sekolah lama selepas pemergian abah, katanya ingin melawat rakan-rakan lamanya. Aku lihat rakan-rakannya berlari menemuinya. Dengan tersengih dan selambanya dia masuk ke dalam kelas. Lansung, dikerumuni sahabat-sahabatnya. Bila pulang, dia bawa sebungkus plastik penuh hadiah daripada rakan-rakannya. Ada yang bagi surat, pen tak ada dakwat, dakwat saja pun ada, frame dan pelbagai lagi.

Dari segi ibadah, aku rasa aku memang confirm kalah dengan adik aku sorang ni. huhu~ Demi Allah, tak pernah meninggalkan solat tahajjud ketika bulan ramadhan. Rasanya jika pernah, sekali. Hanya kerana dia dalam program, dan tak dapat mencari waktu di hotel.

Bahagia dia, perancangan Allah menjadikan dia anak yatim. Pasti tersirat seribu hikmah :) InsyaAllah, maka tarbiyyah Allah yang maha baik. Manakah yang lebih baik dari celupan Allah. InsyaAllah, semoga dirimu menjadi mujahid sepanjang zaman, pelindung yang bijak lagi terpuji. Melindungi Ummah dan agama dengan segenap hati dan jiwa.

Owh ya, akhi yang lagi satu Ahmad Rifhan Mujaddid, Mujaddid yang kaya lagi terpuji. Tabah, periang, tapi mempunyai hati kecil yang amat lembut. Untuk dirimu jua adikku. Moga dirimu menjadi Mujaddid yang hebat dalam memperjuangkan mahkota murni Islam.


p/s: Hehe. Sedang mencari jalan bersama dakwah dan masyarakat di tempat baru.

Lawati blog Jausyan, penulis kecil yang berjiwa besar :) ada 2 lagi.

http://www.pelayaribadah.blogspot.com/
http://www.rahsiakeimanan.blogspot.com/

Secebis kenangan hidup.

Aku masih teringat..

Dulu, aku sering ke surau dengan abah.. dan kadang-kadang aku tertidur di sana..

bila aku sedar..

Aku dalam pelukan abah.. hangat..

Abah mendukungku pulang ke rumah..

Aku masih ingat ketabahannya semasa mendidikku, melayan segala kerenahku. Sabar.. dan amat sabar.

Walau ke mana, walau apa pun, walau sesusah mana.

Dan aku..

masih ingat wajahnya semasa senyumannya ketika gembira, gembira dalam kasih sayangnya kepadaku.

Allah..

Aku..

Tak mampu untuk teruskan..

****

Aku berada di dalam kereta.. Menunggu detik untuk melihat wajah abah. Buat kali yang terakhir.

Aku sampai, mencium tangan mak.. memeluk mak yang sedang menangis..

Aku melihat wajah abah.

"Mak, abah tersenyum mak.."

"Mak tau.." jawab mak, pilu..

Wajah jenazah abah tersenyum manis sangat. Aku tidak pernah melihat abah senyum semanis ni. Allah..

Mak sentiasa di sisi abah, ingin bersama abah selagi ada masa..menangis sendu.

Dan aku.. aku perlu kuat.. namun melihat wajah mak kemudian wajah abah membuatkan aku sebak dan terus hanyut dan tenggelam dalam air mata dan perasaan..

Sebentar mak tersenyum, sayu..

"Mesti abah bahagia sangat di sana.. sampai senyum macam tu.. Abah seronok je kat sana.. tinggal kita sedih di sini..Abah, seakan tidur.."

Mak terus mengusap abah.. dan kami terus menangis..

Sahabat-sahabat, rakan seperjuangan, anak murid, dan saudara mara abah ramai yang datang, menziarahi, menghargai.

Kami adik-beradik membantu memandikan abah. Melihat abah dimandikan sebegitu, kami tak mampu menahan. Rifhan menangis, Jausyan memelukku. Aku juga, menangis semahunya..

Tapi demi Allah, dengan senyuman yang begitu. Abah kelihatan amat seronok, seronok dimandikan. Dan ianya sedikit sebanyak mengubat dan memujuk hatiku..

Abah dikafankan, dan kami semua memberi ciuman dan penghormatan terakhir untuk abah..

Aku memakai jubah hitam. Jubah yang dibelikan di mekah. Jubah yang abah belikan. Aku manarik nafas. Mengambil wudhuk. Menghadap jenazah dan keranda abah yang telah diselimutkan dengan ukiran khat emas berkain hitam.

Semoga abah bangga dengan anaknya. Aku mengangkat takbir, disambut dengan suara takbir ramainya para jemaah yang lain. Aku menjadi imam untuk sembahyang jenazah abah. Aku menghayati. Amat menghayati.. Aku berdoa penuh berharap pada Allah.. untuk abah..

Abah, selamat dikebumikan..

****

Petang itu hening. Benar-benar hening.

Angin membelai lembut. Dan daun-daun berdesir perlahan. Jubah beralun tenang. Aku berdiri di tepi kubur abah. Seorang diri.

Memandang segalanya. Menadah tangan.

"Ya Allah, aku tak tahu adakah aku anak yang soleh. Aku yakin janjimu bahawa apabila anak adam meninggal dunia, tak akan terputus darinya anak yang soleh. Ya Allah, Kau ampunilah ayahku..Kau lapangkanlah kuburnya, Kau rahmatilah dia. Kau kurniakanlah syurgaMu yang tertinggi tanpa hisab ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya dia hambaMu yang soleh, anak yang soleh, suami yang soleh, ayah yang soleh. Dia benar-benar telah mendidikku dengan baik ya Allah.."

Allah..

Abah, abah jangan risau. Abah masih ada abang dan adik-adik. Kami sentiasa akan doakan abah. Sampai bila-bila abah..InsyaAllah, semoga abah bahagia di sana..

Hidup kami benar-benar berubah..

Rumah yang penuh dengan kenangan suka dan duka akan ditinggalkan. Itu rumah kerajaan, dan kami tinggal kerana abah pensyarah. Jausyan akan berpindah sekolah. Dan aku akan terus menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga.

Keluarga abah dan mak amat baik. Pernah aku terfikir, aku ketua keluarga sekarang. Aku perlu mencari kerja. Aku perlukan sekurang-kurangnya untuk menyara keluarga.

"Jangan fikir lagi tentang kerja atau apa, nadwan ada mak dan ayah saudara yang ramai sangat.."

Keluarga mak abah amat membantu. Mereka amat menolong. Mereka amat berkorban. Allah..

Suasana terlalu sayu. Seakan sentiasa menangis, sekan sebak senantiasa mengunjung.

Mak, mak terlalu rindukan abah.. sangat. Mak selalu sakit. Mak ada darah tinggi.
Dulu abah yang akan selalu jaga mak, berada di samping mak. Tapi nanti, bila nanti.., siapa yang akan jaga mak? Mak tak sihat. Nanti, rifhan akan balik ke asrama.. Baqiri akan ke sekolah, dan aku akan ke uia. Siapa nak jaga mak nanti?.. Siapa nak jaga bila mak kesunyian nanti? Bila mak amat memerlukan teman di sisi.. Allahuakbar..

Aku menangis, memikirkan tentang mak.

"Nadwan.. kesian kat abang nanti.." perlahan mak berkata-kata..

Aku mendongak.

"Kenapa mak?.."

"Nanti abang kena cari isteri yang dapat terima mak.. yang dapat duduk sekali dengan mak nanti.."

Aku mencium dahi ibuku..

"Mak jangan risau...."

"InsyaAllah..Abang akan jaga mak.. walau apa pun yang terjadi.. walau macamna pun.. sampai bila-bila mak.... sampai bila-bila...."


Kisah cinta ayah dan ibuku di post "Ini teladan cintaku" dan untuk antum yang amat ana hargai "Semoga Allah menyayangi antum"...

Thursday, February 25, 2010

Ini teladan cintaku..



Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.

Kata mak..

Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.

Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.

Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..

"Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."

Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah.

Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.

Mak lihat..

"Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."

Cerita mak sambil tersenyum..

Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.

Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..

Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..

Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum.

Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.

Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.

Cerita mak..

Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau.

Dan kelihatan abah..

"Abang ke mana? Risaunya ani.."

"Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum.

Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak.

Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..

"Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."

"Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."

Dan abah hanya ketawa.

Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.

Pernah mak tanya,

"Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.."

"Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..

Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik.

Dan abah selalu membanggakan mak.

Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.

"Beruntung Ani dapat suami macam tu.."

Mak gembira.

Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..

Pernah mak berkata..

"Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.."

Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini,

Sudah tiada.

Pergi untuk bertemu cinta agungnya..

Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah.

Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.

Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..

"Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."

Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis.

"Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."

Mak tak boleh mendengar deringan telefon.

"Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."

Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum.

"Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak..

Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.

"Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. "

Mak terus tersenyum.

"Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."

Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...