Followers

Letakkan link blog anda =)

Sunday, August 29, 2010

Mereka yang diduga.

Rainy nights by ~CMJZA of DeviantArt

****

Hujan membasahi jalan.

Hafiz memandu dalam kegelapan malam yang basah. Laju meluncur. Di sebelah, Muhsin sudah terlena. Izwar, Akif, dan Izzat di belakang juga sama. Sudah hanyut dibuai mimpi.

Benar-benar letih. Mereka baru pulang dari pengajian talaqqi kitab di Ba'lawi. Sanggup bersusah payah datang walau jauh. Hanya demi menuntut ilmu dan redha Allah.

Waktu itu 4.30 pagi.

Penglihatan Hafiz hanya tertumpu pada jalan yang semakin kelam.

Tiba-tiba..

Muncul satu kereta di hadapan secara tiba-tiba.

"Allahh!!"

Brek tidak sempat ditekan.

"BumM!!"

Kereta Viva itu merempuh laju menghentam kereta yang berada di hadapan.

Remuk.

Cecair merah pekat mengalir.

Pemuda-pemuda itu berlumuran darah.

Dalam cemas, Akif dan Izzat bergegas keluar dari kereta.

Hafiz cuba keluar dari kereta. Cuba membuka pintu. Tersangkut. Tiba-tiba ada orang menyentap pintu. Hafiz bergegas keluar.

Izwar? Muhsin? Sudah keluar kereta ke belum mereka?

"EEeekkk! Bummm!!"

"Bumm!!"

Dan terus tiga lagi kereta berturutan merempuh menghemtam kereta mereka. Membenamkan manusia di dalamnya tersepit dengan besi.

****

Saya sebak melihat Hafiz.

"InsyaAllah, ada hikmahnya semua ni.."

Hafiz hanya menutur perlahan.

Saya sudah tak dapat menahan air mata.

Wajah Hafiz yang sebelum ni tampan nampak sayu dengan jahitan pada matanya. Nampak besar cedera bengkaknya. Kakinya patah di bahagian lutut.

Dia cuba menyalam tangan saya dengan tangan yang cuba diangkat pelahan. Penuh kesan luka.

"Banyak bersabar Hafiz, semoga ganjaran pahala enta besar.."

Saya benar-benar sedih. Tak dapat melihat sahabat dalam keadaan sedemikian rupa. Cuba merasai apa yang mereka rasa.

Ya Allah, bantuni lah mereka ya Allah..

Saya minta diri sebentar dari Hafiz. Berhajat menemui sahabat yang lain.

Menemui Akif. Alhamdulillah. Hanya luka di bahagian kaki. Allah menyelamatkannya. Gembira melihat dia yang mampu tersenyum. Izzat pula dikerumuni sahabat-sahabatnya. Masih mampu duduk dan bersalam walau dalam keadaan lemah dan kaki yang patah.

Menjenguk Muhsin. Sekali lagi air mata tak dapat ditahan. Sahabat saya, Syahril di sebelah sudah kelihatan terlalu sebak.

Muhsin kelihatan amat lemah sekali. Terlalu lemah.

Dia patah 2 tulang di depan bahunya. Dan cedera pada Spinal Cord yang amat merbahaya.

Muhsin cuma dapat menyambut dengan wajah yang lemah, dan mata yang ingin pejam unuk berehat.

Ya Allah, terasa amat berat ujian ini.

Membiarkan Muhsin berehat, tidak mahu mengganggu.

Dan bersiap menapak ke wad ICU.

Izwar...

****

Saya menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencari punca perasaan.

Sebak terus menyerbu cepat ke muka. Benar-benar tak dapat menahan. Saya menangis lagi. Lebih kuat, teresak-esak. Allah, Allah.. Ya Allah, berat ujian ini pada hambamu.

Melihat wajahnya membuatkan saya tak mampu lagi.

Wayar-wayar bersambung di sana sini. Bunyi hembusan nafas yang deras kedengaran dari mesin yang membantu. Salur-salur tiub membawa cecair merah hitam pekat keluar. Alat mesin menunjukkan denyutan nadi. Graf yang turun naik perlahan.

Izwar sudah benar-benar tidak seperti yang saya pernah kenal.

Walau di dalam matanya, masih ternampak cebisan darah yang keluar. Mulutnya. Wajahnya. Malah memerlukan mesin bantuan hayat. Ya Allah, bantulah sahabatku ini.

Di sisinya seorang muslimah yang pernah saya lihat. Membaca quran berdoa penuh setia. Menatapi saudara seagamanya penuh Ihsan. Meminta, moga Tuhan membantu. Moga Tuhan mempermudahkan.

Dan dalam tangis, aku berdoa bersamanya. Menghadap sahabat yang penuh luka dengan penuh derita.

Semoga Allah membantu. Sungguh, Allah maha dekat.

Sungguh, dalam ujian ini saya melihat Ukhuwwah yang amat besar..

****

-Belum habis menulis.
-Baru pulang dari Hospital Kuantan.
-UIA PJ.
-Mahalah Aisyah 3.05 am

12 comments:

  1. semoga mereka cepat sembuh....setiap kejadian, ada hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete
  2. Allah.. moga Allah kurniakan yg terbaik

    ReplyDelete
  3. moga mereka diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete
  4. salam...nk tnye
    muhsin kat wad tgkat brpe?
    sy kwn skolah dia (junior)
    rmai kwn2 xtau kat mana dia skrg...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,

    ust,syukran katsir krn sudi berkongsi akn perkembangan sahabat2 yg terlibat dlm accident.

    subhanallah walhamdulillah Allahu akbar,ana sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengungkap perasaan sedih,sebak,terharu dan lain' yg bermukim di dada setelah mendapat msg dr sahabat dr pj berkaitan musibah yg menimpa sahabat2 kuantan.Saat itu hanya Allah swt yg tahu apa yg bermain difikiran dan hati.

    walau ana hanya mengenali ust mukhsin melalui FB,Hafiz yg merupakan classmate waktu dlm group physic 1 dulu,izwar yg jg classmate math 1 bersama madam fouziah dan wlpun ana xbrapa mgenali akif dan izat,

    namun msg yg diterima pd pg semalam cukup2 memberi kesan dlm diri krn sgt2 terharu n mengagumi kesungguhan dan keikhlasan mereka dlm menuntut ilmu bg meraih mardhatillah dr yg Maha Esa.Moga Allah mengganjari amal mereka dgn ganjaran pahala yg besar,Allahumma amin3x

    Dan bertambah2 sebak n pilu lg bila membaca msg yg menyebut anak murid ust muhadir yg terlibat dlm accident tersebut.

    Allahu Allah..saat itu hanya mampu membayangkan perasaan ust muhadir..andai ana sedih,sebak ats apa yg ditimpa dgn mereka,pasti guru yg disayangi tambah2 lagi ust muhadir yg juga merupakan guru yg rapat dgn mereka merasai kepiluan yg teramat sgt.

    "Ya Allah,rahmati guru kami,moga beliau juga diberi ketabahan terhadap musibah yg menimpa anak2 didik beliau yg disayangi ini.."

    Turut merasa sedih bila mgetahui kondisi dr setiap mereka.Apabila mgetahui keadaan izwar yg di icu membuatkn ana teringat kpd keadaan arwah atim zulkifly semasa di ICU dlu..

    "YA ALLAH DGN RAHMATMU,KAMI MEMOHON RAHMATI SAHABAT2 KAMI,KURNIAKAN MEREKA GANJARAN YG BESAR ATAS MUSIBAH YG DITANGGUNGI OLEH MEREKA INI,KURNIAKAN MEREKA KESABARAN YG TINGGI,KETABAHAN YG SEINFINITI SERTA KEKUATAN YG MENJULANG TINGGI BG MENGHADAPI DUGAANMU INI.SEMOGA DGN UJIAN INI MENJADIKAN DARJAT SERTA KEDUDUKAN MEREKA YG TERLIBAT SEMAKIN HAMPIR DAN TINGGI DISISIMUU YA ILLAHI..ALLAHUMMA AMIN"

    ReplyDelete
  6. Teruskan berdoa sahabat-sahabat. Nabi pernah bersabda.

    "Doa seorang muslim bagi saudaranya yang tidak berada di tempat adalah dipenuhi. Di sisi kepalanya ada seorang malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan suatu kebaikan bagi saudaranya, maka malaikat yang drwakilkan itu menjawab, Amin, dan bagimu seperti itu pula. (Diriwayatkan Muslim)

    Shuhaida: Wad di tingkat 5

    ReplyDelete
  7. Ya Allah,tangisn yg xdpt ana than..
    biarpn ana xprnh bersua,tp iktn ukhwh seislm mmbuat ana rsa dkt dgn shbt2..ana de dgr brite mngenai incident nie dr shbt2 perkim,tp ana xjels tntg situasi sbnr..
    Allah Maha Mengetahui pe yg terbaek..ana xkn berhenti doakn smoga akh cpt sbuh..

    ReplyDelete
  8. salam'alayk..
    muhsin di tingkat5c, katil 26..
    alhamdulillah, nmpk smkin pulih..

    kiwar da sdar mse ari ke-4, wktu pagi..
    cme doc bg dy ubat spy bley rhat sckopny..
    smpi arini, msih lg dbri ubat, jdny spara sdar..
    kalo kte ckp, dy bley dgr n bg respons..
    wallahu'alam..

    do'akn yg tbaik, inginkn yg tbaik..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. maaf, kiwar=izwar..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..gembira ana perkembngn baek mngenai beliau..sme2 kte doakn yg terbaek,, (^_^)

    ReplyDelete