Followers

Letakkan link blog anda =)

Wednesday, August 25, 2010

Sebelum menatap.

american brownie by ~forestgenie of DeviantArt

****

Bayangkan sebuah kek coklat yang cair. Secret Recipe. Sungguh likat coklatnya. Mengiurkan bukan?

Atau seorang yang sedang panas di bawah terikan sang mentari. Melihat sebuah aiskrim yang cair meleleh. Sejuk dalam Vanillanya. Pasti cukup untuk membuatkan perut menyanyi lagu 'Ruang rindu' dengan syahdu sekali.

Bagaimana pula jika mendapatnya?

SubhanAllah, nikmat.

Dan manisnya pasti terasa hingga ke hujung pericardium.

Namun, ada satu kemanisan yang lebih manis. Kerana rasanya tidak terdapat pada lidah. Tetapi pada hati dan diri.

Mesti kamu pernah rasa kan?

"Kemanisan dalam ibadah"

Rasa lazat yang tak terhingga dalam diri. Bila membaca Al-quran, terasa sweet. Ingin dibaca lagi. Mendengar, tidak mahu berhenti. Telinga seakan sudah hanyut dengan alunan merdunya.

Bila solat, sama juga. Seakan mahu solat setiap masa.

Rasa seronok yang amat. Hingga terkadang, tertanya kepada diri sendiri. Rasa apa ini? Seronoknya.

Tetapi..

Bagaimana untuk mendapatkannya?

Jagalah pandangan wahai sahabat.

"Pandangan itu merupakan panahan daripada panah-panah iblis la’natullah, sesiapa yang meninggalkan pandangan tersebut kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakannya keimanan dan merasai kemanisan iman didalam hatinya. (riwayat al-Bukhari)"

Wajahnya ibarat rembulan di malam hari. Seakan bidadari turun ke bumi. Oh, cantiknya perhiasan duniawi ini.

Banyak la bidadari. Sebelum ni orang suruh buat sajak tak boleh pulak.

Tapi, biasa kan?

Bila lalu, terasa seperti ada angin menusuk qalbu. Terus berpaling melihat. Menatap penuh takjub, penuh nikmat.

Seandainya tidak berpaling, cukuplah hujung mata yang menjeling. Tersenyum sendiri di dalam hati.

Tiba-tiba ada orang tepuk.

"Ha! Tengok siapa tu?"

Ya Allah, macam mana la dia boleh perasan? Ha, ada rasa malu menyerbu tak?

Tapi selalunya tak ada siapa nampak kan? Sendiri-sendiri yang tahu. Erm, betul ke tak ada yang nampak?

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati” (QS Al Mu’min :19)

Sungguh, Allah melihat setiap apa yang kamu lakukan.

Sama ada kamu bersama, atau saat kamu sendiri. Jaga penglihatan kamu dari yang haram.

Sungguh, nikmat dan kelazatan itu akan hilang. Tapi dosa akan kekal.

Ujian itu akan hilang. Tapi pahala akan kesabaran itu akan kekal insyaAllah..

Di saat itu, kamu pilihlah.

Di saat kamu diuji, dengan pandangan yang melazatkan nafsu.

Pejam mata, pohonlah pelindungan Allah dari kejahatan syaitan.

Bisik dan tekadkan dalam diri.

"Ya Allah, berikanlah aku kemanisan dalam beribadah.."

Dan tersenyumlah, kamu akan rasa kemanisan beribadah selepas tu.

Sesuatu yang lebih lazat dari apa yang kamu tinggal dan pejamkan.

Maka sebelum menatap, kamu pilihlah.

Menatap nikmat nafsu yang sementara,

 Atau kemanisan ibadah yang kamu akan rasa membunga di jiwa.

Terus menjadi baik! Yeah!

InsyaAllah.. :)

P/s: Maaf tak seberapa. Mata kuyu. Exam dah dekat. Semoga message sampai. Semoga Allah memberkati. A~min.

1 comment: