Followers

Letakkan link blog anda =)

Saturday, August 21, 2010

Secebis ingatan, seribu harapan.

field in spring. by *m0thyyku of DeviantArt

****

Pandang langit, langit nampak luas biru. Macam warna air yang dilakar-lakar. Lihat bumi, bumi jadi hijau. Seakan hasil contengan krayon si kecil yang comel.

Dikenali dan diingati.

Terasa terbang diangkat-angkat ke awan.

Berjumpa dengan penyanyi yang amat diminati. Pelakon yang amat cantik dan disukai. Berlari-lari ingin mendapatkan tanda tangannya. Bila sampai. Dia tersenyum, dan berkata..

"Kamu Ahmad kan?"

Ada rasa macam tiba-tiba ada kepak tumbuh tak?

Atau, kamu dalam satu majlis. Majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri. Kamu sedang minum. Tiba-tiba dalam ucapannya, dalam ramainya orang. Dia menyebut nama kamu sambil tersenyum.

Ada rasa macam air nak tersembur keluar dari mulut?

Bangga kan?

Biasalah tu, ramai yang ingin dikenali dan diingati. Bangga betul. Jika orang besar-besar dan terkenal kenal kita. Penyanyi, pelakon. Pemuzik, penulis. Tambah-tambah bila dia ingat kita. Rasa macam mimpi pula. Tampar-tampar pipi, tak mimpi pun.

Kerana apa? Kerana kita rasa ia satu kemuliaan kan?

Gembira, bangga,

Seronok.

Seronok juga dapat bercerita pada orang.

Siti Nurhaliza kenal aku. Najib Tun Razak kawan ayah aku aku. Farid kamil best friend aku. Albert Enstein classmate aku. Pelakon Adam Maya (Err, siapa nama ntah) saudara aku.Neil Amstong pun kenal aku.

Tambah-tambah, bila dia selalu ingat kat kita.

Terjumpa Faizal Tahir, dalam gembira nak minta autograph, dia cakap:

"Nurul, saya memang selalu teringat pada awak.."

Serius, muka mesti berseri seminggu. Tak perlu pakai fair and lovely.

Kebanggaan yang menenangkan.

Menghirup nafas dalam-dalam. Menghembus. Bayu yang berlalu hanya menyapa lembut. Bermesra dengan ranting yang melambai. Tetap tenang dalam zikir.

Seronok kan bila semua yang kita suka mengingati kita.

Tapi, saya nak ajak kepada sesuatu. Sesuatu yang lebih menenangkan. Yang lebih membanggakan malah.

Bukan si penyanyi comel yang mengingati. Bukan si pemilik lesung pipit yang meletakkan di hati. Bukan si menteri malah. Bukan si raja yang hebat. Bukan, bukan juga si kaya yang boleh beli semua.

Malah yang kaya dan dapat memberikan kamu kekayaan. Kemuliaan dan segala yang kamu mahu.

Yang Maha segala atas kebaikan yang ada.

Allah yang Maha Besar.

Untuk sama-sama mengingati Allah.

Agar, Allah mengingati kita, agar Allah menyebut-nyebut nama kita.

SubhanAllah..

Nak tak?

Apa perasaan kamu?

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُون"

"Maka, ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu."-Al-Baqarah, 152.

Kamu tahu tak? Saya tahu bila Allah ingat akan saya. Percaya?

"Berkata Thabit al-Bunani rahimahullah: Sesungguhnya aku mengetahui bila Allah ‘Azzawajalla akan mengingatiku.

Orang ramai bertanya dengan hairannya: Bagaimana kamu tahu semua itu?

Jawabnya: Jika aku mengingatiNya Dia akan mengingatiku."

Apa perasaan kamu jika Allah mengingat kamu dan kenal kamu?

Seandainya ibu dan bapa ingat akan kamu. Daddy dan mummy terfikir kamu. Apa yang mereka akan buat? Tentu selalu ambik berat. Bertanya khabar, pakai, dan segala. Berharap kamu selesa bahagia senantiasa, setiap detik dan masa. Memberi kamu wang, walau tanpa kamu minta.

Seandainya Allah yang mengingati kamu?

Apa yang kamu rasa?

Dan apa pula yang akan kamu dapat?

Secebis ingatan, seribu harapan.

Saya terkadang pelik, bila mana seseorang terlalu amat meminati dan mengagumi seseorang artis. Meletakkan gambar di sana sini. Sanggup berhabisan bermacam perkara. Saya cuma terfikir:

"Kita buat macam-macam untuk artis tu, apa yang dia bagi balik? Apa yang kita dapat ya? Ntah-ntah kenal kita pun tak.."

Ada satu hadis.

Bila direnung di hujung mata. Tersenyum. Terasa seakan mahu terus mendengar. Diam dalam ruang masa dan terus setia. Irama kata dan makna yang benar-benar merentak jiwa.

Kamu pernah dengar hadis ni?

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Allah Ta'ala berfirman:

Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku.

Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta.

Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari."

(Hadits Riwayat Muslim)

Indah kan?

Tapi macamna?

Ambil satu zikir, dan celupkan ia di lidah dan bibir kamu. Biarkan ia basah. Ya, satu sudah cukup. Jika kamu mampu istiqamah dengannya.

Istiqamahkan apa yang kamu ada.

Jika kamu selalu membaca makturat. Tak mampu tambah, ya, kekalkan saja.

Zikir selepas solat. Buat, jangan mengada rasa nak tinggal.

Apa saja yang kamu amalkan.

Jika lebih? SubhanAllah, doakan semoga saya juga seperti kamu :)

****

Doakan kita sama-sama menjadi soleh. From good, to better. From soleh, to soleher.

Semoga blog saya ini juga, dikira sebagai sebuah majlis.

Dan mari, berlari bersama menuju Allah.

Bila? Sekarang la!

Mari ingat Allah! :)

5 comments:

  1. kamu majdi kan???

    :)

    ReplyDelete
  2. nice one. tq!

    p/s: kelakar plak tak perlu pakai fair n lovely..hehehe

    Jib

    ReplyDelete
  3. mari ingat Allah! :)

    from soleh to 'soleher'..soleher??
    first time jumpa word ni.~~

    ReplyDelete
  4. SAUDARA, TULISLAH SESUATU LAGI..AKU PERLUKAN NASIHAT...
    -yg berdosa

    ReplyDelete
  5. mereka yg x dilalaikn oleh dunia
    hanyalah Allah satu tujuannya
    diamnya zikir penuh dgn doa2
    setiap langkah adalah ibadahnye

    ReplyDelete