Followers

Letakkan link blog anda =)

Monday, August 16, 2010

Dari iri ke bidadari

Colours. by ~couuline of DeviantArt

****

Hati berbunga mekar. Lebih mekar dari segarnya sang mawar. Seakan bertepuk menari riang.

Gembira rasa apabila diraikan. Gembira juga apabila dapat meraikan.

Pernah tak, kamu rasa di 'gimmik' kan semasa hari lahir? Dibuli, dikenakan, dilakonkan, dinangiskan dulu, dimarah, kemudian:

"Surprise!!"

"Allah selamatkan kamu.."

Hati jadi bunga. Bunga jadi hati.

Terharu kan?

Terasa segan..

Bila mana sedar, bahawa sebenarnya kita telah digimmick kan. Ya Allah, malunya. Lebih malu dari semalu. Kan baik jika tadi aku berkelakuan elok-elok sahaja?

Ada yang bila handphonenya sengaja di 'curi', di sorokkan. Marah menahan merah. Menyala-nyala.

Ada yang bila diprovoke dan dimarah. Dimalukan. Rasa macam mahu menangis.

Yang tiba-tiba masalah menerpa. Yang tiba-tiba ada orang "special" nak jumpa.

Tanpa perasan, banyak rupanya bibir yang tersenyum nakal. Ketawa melihat reaksi si kawan. Tunggulah.. Tak apa, untuk menggembirakan dia jugak kan? Seperi yang nabi sabdakan:

" تهادوا تحابوا"

"Berhadiahlah sesama kamu, nescaya kamu saling mencintai.."

Rupa-rupanya baru sedar,

"Ha? Gimmick je semua tu?"

Penat aku marah, penat aku menangis, penat aku risau.

Dan yang lain ketawa.

Dan mereka mula bercerita tentang apa yang kita buat tadi. Siap ada rakaman lagi. Ketawa-ketawa pula. Ya Allah, segannya. Mana baldi? Nak menyorok muka.

Syahdu betul.

Alhamdulillah.

Terasa lega. Dada tenang, setenang awan yang berhamparan. Bergulungan lembut, biru. Lapang amat.

Bila diraikan hari lahir. Hilang segala masalah. Tersenyum bila mana tahu, yang tadi semua hanya lakonan. Dibuat, direka-reka.

Dan akhirnya adalah bahagia.

Seandainya kita sedia tahu.

Saya memang suka menggimikkan orang. Suka melihat wajahnya resah. Dan jalan cerita yang saya reka. Terasa ingin ketawa.

Saya pernah cuba membuat 'situasi' kepada seorang sahabat. Sengaja merancang untuk memulaukan dia. Tapi ntah macam mana. Dia sudah menghidu. Apa yang saya buat, dia tenang saja.

Saya pula geram jadinya.

Ada pula yang sudah terbocor pada mulanya, hanya ketawa.

Kuang asam betul!

Kan begitu? Seandainya kita sudah tahu yang kita sedang digimikkan. Ada kamera sedang merakam, ada perancangan sedang berjalan. Kita mesti sudah sedia ketawa. Berlagak cool, dan hanya tersenyum. Walau apapun yang berlaku.

Kejap je, kejap lagi kan ada kek?

Dan inilah sebenarnya dunia..

(وَمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَهۡوٌ۬ وَلَعِبٌ۬‌ۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ لَهِىَ ٱلۡحَيَوَانُ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُون)

"...Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui " (Al-'Ankabut : 64)

Jangan bersedih, seandainya kamu tahu segala ujian yang kamu hadapi ini hanya sementara. Hanya lakonan, hanya sekejap.

Kerana ada bahagia yang menunggu selepas ini.

Rasakan. Bahawa tangis jiwa yang kamu lalui, derita hiba yang kamu miliki. Hanya satu perjalanan untuk ke tempat yang abadi.

Untuk kamu meraikan di syurga nanti.

Bersabar ya?

Ramai yang terasa cemburu bila melihat pasangan berjalan ke sana sini. Semacam belangkas yang baru bebas. Terasa mahu juga, sekurang-kurangnya ada peneman hati. Peneman lah sangat.

Tak kurang yang kecewa bila apa yang dicita jauh menyauh. Terbang melayang terus menghilang.

Ada yang diduga sampai menyiat hati. Hingga bila melihat dunia, akal terasa gayat.

Bersabarlah, walau apa rasa yang kamu ada. Tukarkan rasa itu. Biarkan ia tenang berjalan. Meniti tangga-tangga sabar dan redha.

Kerana sabar itu cantik. Dan dengan sabar itu, Allah pasti tersenyum padamu.

Ya, dari iri, terus menuju bidadari.

****

Dan sekarang, berjalanlah kamu dengan yakin dan gembira. Kesat air matamu. Kan segala yang sedang kamu lalui ini hanyalah gimik semata-mata?

Ada bahagia sedang menanti,

Tersenyumlah! :)

Smile by ~dottydotcom of DeviantArt

15 comments:

  1. tak jemu baca blog enta majdi :)

    ReplyDelete
  2. salam'alayk..
    syukran..
    rse terkena.. ;)

    mm merah menahan marah, atau marah menahan merah..?

    ReplyDelete
  3. :) simple tapi menyengat

    Geebah

    ReplyDelete
  4. indah bukan jika kita sabar..?
    indah juga jika kita taat pada ketentuan dan redha segalanya..atas percaturan ALLAH..

    namun, menggapai realiti bukan semudah mengungkap ungkapan..:)..

    Pintalah pada ALLAH agar diperkuatkan hati untuk melakukan itu..

    senyumlah pada masalah!

    ReplyDelete
  5. hmm.. walaupun lambat, tetap nak komen.

    menarik kupasan ini. ringkas, santai dan padat. tentu sekali 'terkena'.

    tapi nak tahu juga apa kaitan 'dari iri, terus menuju bidadari'?

    tak dapat faham ayat itu..

    ReplyDelete
  6. prkongsian crita yg amat mnarik..realiti khidupan trutama remaja..indahnya ukhuwah fillah...remaja kini amat kreatif dlm mnjadikan ikatan prsahabatan 2 ada crita d sbalik kenangan....like....=)

    ReplyDelete
  7. rasa ingin menangis dalam senyum!

    ReplyDelete
  8. 'Dan sekarang, berjalanlah kamu dengan yakin dan gembira. Kesat air matamu. Kan segala yang sedang kamu lalui ini hanyalah gimik semata-mata?

    Ada bahagia sedang menanti,

    Tersenyumlah! :)'


    suka ayat ni. buat cerita utk result spm pun ok ni. hehe

    ReplyDelete
  9. salam wbt,

    kita minta diberi kekuatan...Allah datangkan ujian. maka, bertambah kuatlah rasa kehambaan kita ..iA

    ujian...senyumlah pd ujian..redhalah pd ujian...bukti kamu masih lg dipeduli oleh Allah.

    ReplyDelete
  10. salam alaik..ana mohon share..bait2 yg sgt berhikmah..syukran..

    ReplyDelete
  11. perkongsian malam hari yg menenangkan... allahuakahbar :)

    ReplyDelete
  12. betul la..xpenah fikir mcmni. sgala sedih,pilu yg dlalui walau berkali2 hnylah antara plot khidupan di pentas lakonan dunia. "sabar ya?" terpujuk hati bila mampu merasakn bhw d hujung semua ini,ada hadiah yg menanti. how i wish this would always remain in my mind.not just as a reminder which is later being ignored,but hopefully a strength to face d upcoming events

    ReplyDelete