Followers

Letakkan link blog anda =)

Monday, October 26, 2009

Untukmu, mujahidah sepanjang zaman..


Sejuknya terasa bila saya membacanya. Seakan terus mengalir ke dalam hati, walaupun panas di siang hari. Sungguh benar islam itu indah dan amat mengagumkan..

Untukmu, mujahidah sepanjang zaman.. :)



Al Imam Ath-Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dari Ummu Salamah, bahwa ia Radhiyallahu 'Anha berkata,

"Ya Rasulullah, jelaskanlah padaku firman Allah tentang bidadari yang mempunyai mata yang indah.."

Baginda menjawab,

"Bidadari yang kulitnya bersih, matanya indah dan lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar"

Aku, (Ummu Salamah) berkata lagi,

"Jelaskan padaku Ya Rasulullah, tentang firmanNya: "Laksana mutiara yang tersimpan baik" (Al Waqi'ah 23)..

Baginda menjawab,

"Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia..."

Aku bertanya,

"Ya Rasulullah, jealaskanlah kepadaku tentang firman Allah: "Di dalam syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (Ar-Rahman 70)".."

Beaginda menjawab..

"Akhlaqnya baik, dan wajahnya cantik jelita.."

Aku bertanya lagi,

"Jelaskan padaku firman Allah "Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik," (Ash Shaffat 49)...

Baginda menjawab,

"kelembutannya seperti kelembutan yang ada di bahagian dalam telur dan terselindung dari kulit bahagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.."

Aku bertanya lagi, "Ya Rasulullah, jlaskan padaku firman Allah: "Penuh cinta lagi sebaya umurnya.. " (Al-Waqi'ah 37)

Baginda menjawab,

"Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah saat mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.."

Aku bertanya,

"Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata indah?"

Baginda menjawab,

"Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang kelihatan dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya,

"Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari?"

Baginda menjawab..

"Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat daripada emas. Mereka berkata,

"Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya"..

(HR Ath Thabrani)

SubhanaAllah, indahnya Ya Allah...


Saturday, October 17, 2009

Erti adil.. Benar?


Ianya bagaikan satu fenomena. Mungkin akan mnjadi satu titik perubahan.

Isu hukuman sebat ke atas Kartika mempamerkan variasi reaksi di kalangan masyarakat dari pelbagai pihak dan latarbelakang. Kita dapat melihat bahawa coretan yang paling jelas ialah ketidakyakinan dan perasaan curiga yang tinggi sesetengah pihak terhadap hukum islam dan perundangan islam itu sendiri.

Kejam, tidak adil, serta gemaan suara bahawa ianya menindas golongan wanita sering kedengaran sebagai hujah bilamana ia dibandingkan dengan hukum sivil. Bagi para pemikir dan mereka yang mengambil sesuatu isu dengan serius, sesuatu yang pasti ialah, bahawa jika dicermati dan dianalisis ternyata hukum syariah jauh melangit lebih baik daripada hukum sivil yang selama ini menjadi teras perundangan Negara.
.
Sebatan mengikut cara islam:
a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.

Sebatan mengikut hukum sivil:
a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

Bilamana kita melihat isu ini dengan lebih jauh, 2 perkara perkara yang menjadi lompong sebenar kepada erti keadilan itu sendiri ialah sikap bacul pihak yg terlibat untuk melaksanakan sisterm yang sedia ada serta pencabulan hak terhadap hak individu yakni Kartika sendiri.

Perkara ini secara cerah tidak perlu diperjelaskan sama sekali bilamana hukuman ditangguhkan secara terlalu tiba2 dan mengejut. Lebih merunsingkan, Kartika yang sendiri mengaku bersedia untuk menerima dan menunggu hukuman, dihiraukan oleh situasi yang menunjukkan ianya sekan lansung tidak "diendahkan".

(belum habis)

.....................................................................................................

oleh: kak hidayah & nadwan.

(edisi separuh yang tak lengkap serta belum diedit)

Thursday, October 15, 2009

Niqab.


"Cairo University students wearing the niqab, a black veil which covers the face except for the eyes, stand outside the university dormitory on October 7, 2009, unable to enter due to new rules preventing admission to niqab wearers. Parallel to this, the Al-Azhar sheikh, Egypt's top Islamic authority, has reportedly said the niqab is not part of Islam, and plans to ban it from the prestigious Al-Azhar University campus."

What's ur opinions?

Tuesday, October 13, 2009

cerpen: 24434 (5)

12 Disember 2020


Hari ini hari paling bersejarah. Amat bersejarah. Mungkin maha bersejarah untuk rindu ini. Seakan terdengar suara sayup syahdu Sayyidina Bilal bin Rabah mengalunkan azan, suara yang pernah meresap di hati-hati kemudian mengalir di hujung mata. Namun ianya seperti terdengar di Andalusia, kota lama yang pernah mekar dengan bunga islam. Azan hening Bilal di Andalusia.

Allah.. Allah.. Allah

Semua berzikir..

Hari ini 2 sejarah itu seakan berkumpul di satu taman. Satu negara. Hari ini wawasan telah tercapai. Wawasan 2020 yang telah digagaskan sekian lama. Inilah wawasannya, wawasan islami. Wawasan yang penuh iman dan taqwa.

Islam kini telah menang. Dan menuju ke negara Islam yang sebenar. Dia dilantik menjadi Perdana Menteri, tersenyum sambil bibirnya tidak putus kalimah suci. Dia menyayangi rakyatnya, dia mendoakan mereka. Rakyat menyanginya, rakyat mendoakannya. Maka benarlah sabda nabi. "Pemimpin terbaik di antara kami".


3 Hari sebelumnya..

Dewan syura.

"kita ada 2 calon yang benar-benar sukar, maka kita perlu syura dengan sebenar-benarnya". Jazmi membentang bicara, memulakan tugas sebagai ketua syura.

Semua berwudhuk, semua telah memohon hajat dan beristikharah.

"Ana setuju jika sahabat ini yang memimpin, dia mantap dari segi pengurusan dan kepimpinan.. Juga sehat dari tubuh badan. Dia memang seorang yang Qawiy" tunjuk Rahman pada sebuah gambar kecil.

"Asif jiddan, ana mencadangkan yang seorang lagi, yang mana namanya seakan presiden Pakistan suatu ketika dulu. Bukan sekadar mampu memimpin, tapi ilmunya juga agak tinggi. Maka insyaAllah, negara kita akan terpimpin dengan ilmunya"

"Tapi jika nak dibandingkan dengan sahabatnya yang seorang itu, ana boleh katakan ilmunya juga tinggi, malah kita boleh melihat dengan jelas sifat tawadhuk dan ibadahnya. Sekaligus melengkapkan sifat "Qawiyyun amiin" Terdengar seorang sahabat memberikan pendapat pula.

Syura kelihatan agak buntu. Bukan kerana perbincangannya, tetapi kerana ianya memang terlalu sukar untuk membuat keputusan. Segala penilaian dan pandangan dari sahabat rapat serta jiran kedua-dua mukmin tersebut telah dikumpulkan, dinilai, dan dibincangkan secara matang. Namun jelas, kehebatan yang berada pada aras yang sama sering menyebabkan dewan
syura kali.

"Begini..." Jazmi tersenyum.

"Maka, cara Rasulullah adalah yang terbaik. Kita tunggu, siapa yang akan hadir ke masjid dulu esok.."

Semua mengangguk tersenyum, memang benarlah caranya.

"Namun jangan dilupakan istikharah, kerana Nabi sudah bersabda bahawa tidak akan kecewa orang yang beristikharah, dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat. Maka, hendaklah antum teruskan keduanya!" Jazmi memberikan arahan dengan suara yang agak tenang tetapi tegas.

Maka esoknya..

Ketika subuh belum melabuhkan rasanya,

Kelihatan kelibat seorang pemuda melangkah masuk ke masjid..

Maka syura tercapai.

Beberapa detik, kelihatan sahabatnya masuk menemani...

cerpen: 24434 (4)

10 Jun 2011


"Owh, enta juga minat membaca. Samalah kita.." Pemuda itu tersenyum.

"Buku apa enta dah khatam, boleh berkongsi.."

"Erm, tak adalah apa sangat. Alhamdulillah, dah habis baca 'amal Islami karya Said Hawa.. banyak sangat ilmu ada, tentang prinsip syura dan prinsip islam yang lain. Enta?" Sahabatnya nampak teruja.

Mereka terus berkongsi idea dan pandangan peribadi. Radix Fried Chicken yang berwarna Oren putih itu hanyut dihiasi bunga-bunga ukhuwwah yang kian bersemi. Di setiap meja, masing-masing berta'aruf antara satu sama lain. Malah disediakan borang agar perlaksanaannya lebih sistematik.

"Eratkan silaturrahim, anda pasti akan mendapat rezeqi dari Ar-Rahim. ; Anda digalakkan berkenalan sekurang-kurangnya 2 orang selepas keluar dari sini. Syukran jazeelan =)"

Poster itu tertampal indah. Menggalakkan mahabbah antara kaum muslimin. Sebentar terdengar alunan zikir yang terlalu indah menyerap di hati. Zikir yang lembut dan tidak memberatkan. Diselangi dengan alunan selawat badriah menenangkan ahli-ahli jemaah Rfc.
Inilah berkat yang dijanjikan. Berkat pekerja-pekerjanya yang sentiasa berwudhuk semasa bekerja. Berkat pekerja-pekerjanya yang menutup aurat. Berkat wang hasil keuntungan yang sentiasa disedekahkan. Berkat sembahyang dhuha yang sentiasa diamalkan.

Daniel masuk beriringan dengan sahabat baiknya itu. Berjaket hitam berlogo Gamis serta tersisip namanya di sebelah kanan. Mukanya agak kepenatan selepas seminggu mengendalikan tamrin nuqabak.

"Minta ayam spicy dan Radix Cola ya.. 1 talam."

Makan bertalam. Makan bersama. Itu sunnah nabi, banyak hikmahnya. Malah mengikut kajian saintis, makan bertalam dapat menambah dan melengkapkan imuniti setiap orang yang makan bersama-sama.

"Baik, cuma 13.40 sahaja ya. Syukran jazeelan. Sekadar peringatan, Allah lebih suka makanan yang terdapat banyak tangan padanya." Pelayan itu tersenyum mesra sambil mngungkapkan hadis yang dipetik dari kitab Riyadhus Solihin itu.

Mereka memilih untuk duduk di tepi cermin kaca yang mempamerkan seluruh pemandangan indah Kuala Lumpur dari atas.

"Alhamdulillah, ana tengok Rfc dapat melahirkan banyak perkara ma'ruf dalam masa yang singkat. Malah mampu membentuk Fardu muslim dengan hanya menggunakan wasilah makanan." Daniel memulakan bicara sambil membelek kertas tazkirah yang disediakan di atas meja. Cantik. Lukisan kartun menjadi tarikan.

"Alhamdulillah, ini yang kita inginkan. Ana tengok tempat ni jadi tenang ja. Boleh jadi pusat pentarbiyyahan secara tak lansung. Suasana sudah mewujudkan. Senyum je semua orang. Seronok betul. Tazkirah, zikir, semua ada. Secara tak lansung dah mejalankan dakwah bil Hal. Siapa kata umat Islam tak boleh maju dalam sudut ekonomi?"

Kelihatan 2 orang yang berpakaian tidak menutup aurat pula masuk. Berjalan dengan gaya moden barat.

"Tengok, mereka juga tertarik. InsyaAllah, akan mendapat hidayah selepas ni.. Semoga keadaan ini berterusan di sebalik kesempitan budaya sekarang" Daniel tersenyum terharu..

Berita TV3: Akta Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti) menetapkan dalam fasalnya bahawa mahasiswa dilarang mengunjungi atau memasuki mana-mana RFC kerana didapati menjadi pusat pengkadiran ahli-ahli pihak serta mengancam kerajaan.

Malam itu semua terpana. Ah! Ada- ada sahaja halangan bila islam mula berkembang. Celaka musuh-musuh Allah!

Dan esoknya melaut 100000 mahasiswa dari seluruh negara memegang sepanduk dan kain rentang dengan hati yang penuh berkobar-kobar.

20 Oktober 2097

"Dan Pm kitalah yang ketika itu masih mahasiswa yang mengetuai perhimpunan yang tertib tersebut" Jausyan menghabiskan sambil tersenyum..

cerpen: 24434 (3)

20 Oktober 2097

"Beliau memang aktif.." Saya membuat konklusi.

Hari ini meriah. Hari Keindahan Islam tahun ni lansung berlainan. Dewan yang penuh seri dengan seni bina khat dan geometri Islam itu seakan Masjid Kul Sharif di Kazan Rusia dengan temanya yang berwarna putih dan biru. Pelbagai gerai dan pameran diadakan termasuklah gerai muamalah, ideologi, seni warna dan muzik, serta satu seni baru yang dinamakan Quera. Amat menarik.

"Erm, kalau kita nak bawa islam.. kita mesti la mantap kan? Itu sunnatUllah.. Jom kita jalan-jalan kat sini.. Lapar dah ni. Jom! Kita cari makanan."

Jausyan mengulas dan kemudian mencadangkan. Kemudiannya tersengih sendiri. Gegendang perut juga sudah seakan menyanyikan lagu romantika, sayu sahaja jika dirakamkan. Saya dan Rifhan pula hanya tersenyum dan terus mengiyakan.

"Haa, lama tak makan Nasi Lemak dengan Ikan Salmon. Kemudian minum jus kurma.. nak?"

Rifhan mencadangkan. Menu hidangan yang memang klasik dan traditional. Rifhan memang unik orangnya. Kami menuju ke sebuah gerai yang agak sederhana hiasannya tetapi kemas dan teratur, mungkin itu sebenarnya tarikan tersendiri yang cuba dibawa. Dari jauh, kelihatan seorang 3 orang muslimat yang menjaga gerai tersebut. Sejak kebelakangan ini memang muslimat yang memonopoli bidang ekonomi dan perniagaan.

"Err, Si Bisu.." Terdengar suara mengelus kecil.

"Siapa? Saya tertanya.

Kehadiran kami disambut oleh seorang muslimat. Dia hanya tersenyum. Tiada suara yang lansung dihadiahkan.

"Asif jiddan, bagi kami 3 nasi lemak berlauk ikan salmon ya. Juga 3 jus kurma ratab.." Saya memesan.

Dia hanya mengangguk sambil tersenyum kemudian menyediakan apa yang diminta ke dalam Dilestrin; polimer yang sangat mesra kepada alam, mudah untuk dikitar semula. Pelik, selalunya jurujual akan bertanya itu dan ini, atau mempromosikan segala macam barang jualan. Ini tidak. Si pemalu yang sederhana tinggi dan berbalut jubah berwarna oren serta tudung labuh bulat berjahit kemas itu hanya tersenyum dan tidak bersuara. Hanya perbuatan yang berkata-kata. Seakan bisu.

"Tambah tat strawberi skali ya.."

Dia mengangguk sambil tersenyum lagi tetapi diam. Akur. Pelik. Dia menyerahkan makanan kepada kami. Bekas itu tertulis

"Baca Bismillah, insyaAllah berkat
Makan tangan kanan, insyaAllah lazat''

Saya ambil dan mengira baki. tak cukup satu dinar. Rasa seakan ingin menghalalkan, tapi teringat perlu digunakan untuk suatu perkara.

"Maaf, tak cukup satu dinar.."

Muka dia memerah kemudian bertukar seakan rasa bersalah. Dia cepat-cepat mengambil baki kemudian menyerahkan sambil menunduk. Namun tetap senyap.

"Siapa tadi tu ya?" Saya bertanya.

"Haa, tak baik tau. hehe. Muslimin gelar dia "Si Bisu". Sebab tak ada lelaki pernah dengar suara dia. Agaknya betul bisu. Lagipun kan kelas memang asing muslimin muslimat. Lagilah tak tahu. Gaya dia ja yang bercakap kot. Sahabat-sahabat kita yang lain pun kata begitu. Dia akan senyap ja, cuma selalu senyum. Macam orang bisu yang ceria"

Panjang Rifhan mengulas. Macam pemberita pula.

"Isk, tanya je la. Mana ada apa-apa pun"

"Ala, kalau tak ada apa-apa tak kan nak bertanya" Jausyan pula mengusik.

Daun-daun berpusingan seakan sengaja menimbulkan suasana syahdu. Bunga Sereva yang berwarna Maroon keperangan itu pula terhenjut-henjut perlahan sekan mengiyakan.

"Muslimah yang baik ni ialah apabila kita tenang memandangnya" Tiba-tiba terkenang satu hadis nabi atau mafhum seumpamanya. Saya menggeleng kepala.

"Tak boleh-tak boleh. Awal lagi ni.." Saya tersenyum sendiri sambil bermain satu dinar emas dengan jari.

Dinar emas, dulu ia pernah dipertikaikan. Namun hari ini, telah terbukti ia adalah matawang paling rasional untuk digunakan. Nilai emas sukar dan tidak jatuh. Berpegang pada sunnah nabi pasti selamat. Ini baru satu perkara yang mungkin kurang besar jika nak dibandingkan dengan yang lain. Banyak lagi perkara lain termasuklah pentadbiran. Saya pernah membaca sejarah yang dahulu manusia lebih suka beraqidahkan pemikiran kuffar. Baik dari sudut ekonomi mahupun pengurusan. Entah apa istimewanya di sana, saya pun pelik. Yang ada hanya kehancuran secara perlahan-lahan.

Kami duduk di sekitar Jannatu Zuhri. Mencari kerusi lentur bulat yang paling selesa untuk dijadikan tempat berukhuwwah, atau spesifiknya makan. Kerusi yang dihiasi dengan arkiteksi islam yang penuh dengan corak dan bunga. Hasil ukiran dari Moroccow.

"Khair, sambung diskusi kita tadi. Kita kena siapkan secepat mungkin tugasan ni.."

"Isk, makan la dulu.." Jausyan menegur. Saya hanya telan liur.

"Berbalik kepada perbicangan kita tadi dan sambil makan pula, teringat pula satu perkara yang pernah berlaku pada waktu Perdana Menteri kita tue.. "

"Kenapa?"

"Pasal RFC yang ada sekarang, dulu pernah terjadi satu peristiwa.."

Jausyan terus membentangkan kejadian yang dikajinya..

Cerpen: 24434 (2)


3 Februari 2010

"Ketahuilah wahai muslimat sekalian, bahawa kamu adalah penggerak dan pemegang panji-panji agama. Kamu dikurniakan pemerhatian yang teliti dan memiliki ketelitian yang rapi. Maka bila mana Islam dipertikaikan seperti mana yang dilakukan oleh Sister of Islam, maka kamulah yang akan menjadi wakil agama untuk mempertahankan kebenaran."

Dewan yang dinamakan dengan nama sultan arab itu seakan bergegar. Bergema dengan ruh baru. Kedinginan malam itu kelu tidak dihiraukan. Semua peminjam mata tertumpu pada ayat-ayat yang seterusnya.

"Contohilah muslimat yang ana kasihi kerana Allah sekalian seperti mana Asmak bin Yazid, menjadi seorang yang cerdas dan bijaksana. Mahupun Ummu Hakim, yang ketika mana perang. Menjadi muslimat pilihan yang mana apabila dalam keadaan yang memerlukan, dia mencabut tiang khemah dan membunuh 7 musuh Allah pada ketika itu. Inilah yang diharapkan pada muslimat sekalian. Bukan sekadar bunga yang indah dipandang, tetapi juga berduri yang mampu mempertahankan agama dan sentiasa bersiap sedia.."

Azam disematkan. Kata-kata dari pemuda itu dihadamkan. Dia pemuda yang bermatlamat. Dia pemuda yang berdisiplin. Rasanya sikapnya seperti selalu dilihat pada sajak-sajak pemuisi dara. Tegas pada agama, namun berhemah pada dunia. Dia memang laut berpantaikan gula. Manis saja senyumannya.

"Akhi, esok ada program lagi kan?" Tanya sahabatnya, sejurus selepas tiba di bilik. Biliknya yang sentiasa kemas dan katilnya yang bercadarkan bunga mawar ungu itu sekali imbas seakan bilik perempuan pula.

"Yup. Kenapa ya? Ada apa-apa?" balasnya ramah.

"Tak ada apa-apa. Saja tanya, sibuk macam Perdana Menteri pula. Hehe." Daniel mengusik dengan loghat kedahnya.

Dia tersenyum.

"Tapi...."

"Tapi?"

"Macamna enta boleh uruskan masa ya? dan juga tak letih serta bosan dengan semua ni..?" Itu soalan yang sebenarnya..

" Hurm.. sebab tu la matlamat kita kena jelas.." Ulasnya sambil duduk di meja belajarnya.

"Sultan Muhammad Al-Fateh telah dikhabarkan dan diyakinkan dari kecil lagi bahawa dialah pemimpin yang disebut dalam hadis nabi untuk membuka Kota Konstantinople. Maka dia terus berusaha siang dan malam. Belajar bahasa-bahasa asing, mengkaji struktur pelan kota tersebut dan pelbagai lagi usaha demi untuk mencapai matlamatnya.."

"(Haa.. kan dah kena ceramah..).." Hati Daniel mengusik.

" Kita selalu membazirkan masa dan gagal menguruskannya sebab matlamat kita tak jelas.. Jadi kita akan terus terawang-awangan di impian kita.."

"Owh, ok.. macamtu.. Jadi, sebab kita tak nampak matlamat dan tujuan kitalah kita gagal urus masa dan lemah semangat ek?" Daniel cuba memperjelaskan fakta.

"Yup, betul.." Dia tersenyum.

"Tidurlah, esok enta ada kelas awal pagi.." Dia menyambung. Quran terjemahan Darul iman ditangannya dan dibuka malah dibaca. Dia membaca walaupun telah menjadi al-hafiz. Al-hafiz pada hati. Bukan sekadar nama seperti pada kebanyakkan orang. Hafaz kemudian 'terlupa untuk mengulang'. Alasannya sibuk.

Daniel hanya memandang.

"Al-mulk dapat menyelamatkan kita dari siksa kubur. Nabi yang mengingatkan kita macam tu" Teringat kata-kata sahabatnya itu. Dia juga teringat bagaimana ada satu video, bagaimana seorang yang suka membaca al-mulk digali kuburnya. Mayatnya tidak reput walaupun telah bertahu-tahun ditanam.

"Matlamat...." Daniel terus termenung. Sabatnya itu memang sorang yang bermatlamat. Yakin dan bercita-cita besar. Tercatat di papannya yang berwarna putih dibalut dengan kertas warna merah muda;

Jadual kehidupan

Umur 25: Lulus ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
Err.. Mencari buah hati dan melayar bahtera.
Aktif dalam perjuangan islam di kawasan sendiri

Umur 28:Menunaikan haji dan umrah di Baitullah

Umur 30: Berjaya menjadi pengurus kewangan yang berjaya.
Menjadi wakil rakyat

Menjelang umur 40: Menjadi Perdana Menteri yang membawa Islam.. InsyaAllah =)

Umur 63: Syahid kerana Allah atau hidup untuk terus berjuang.

"Lengkap perancangan hidupnya.." Puji daniel dalam hati. Sejenak matanya diberatkan dan terus tidur dengan nyenyak. Malam pun kian menggelap.

Sunday, October 11, 2009

Cerpen: 24434


19 Oktober 2097

Ini sebuah cerita. Sejarah sebetulnya. Berpuluh-puluh tahun yang lepas. Saya tidak tahu dia perdana menteri ke berapa. Ntah la. Tapi ada yang mengatakan beliau menjadi perdana menteri yang ke 2 selepas Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dulu. Sekitar tahun 2022 dulu. Tapi ada juga yang mengatakan beliau adalah perdana menteri yang ke-9.

"Bapa Pembukaan" atau "Bapa keagamaan"

Itu gelaran dia. Bapa pembukaan, sebab dia yang membuka Malaysia ni dari maksiat dan macam-macam lagi perkara yang pelik-pelik. Mengislahkan Malaysia. Membuka Malaysia. Dikatakan dulu ada macam-macam. Sekularisme, Hedonisme, Liberalisme, dan macam-macam lagi. Mungkin seakan cerita hantu yang menakutkan. Saya lebih suka bercerita tentang dia. Mungkin kerana namanya yang sama macam saya. Mungkin juga nama ini diberikan agar hati saya sama sepertinya.

Dan ini tugasan sebenarnya.

"Saya minta kumpulan 1 tolong baca tentang sejarah PM kita ni dan kemudian bentangkan dalam kumpulan. OK?" Arah Cikgu Hassan.

erm.. masih terngiang di kepala. Malas sebenarnya, dah la hari Sabtu. Tapi ini adalah amanah. Maka untuk bincang perkara ni. Kami bercadang untuk berdiskusi di bawah pohon Sakura esoknya. Kumpulan kami ada 3 orang semuanya. Saya, Rifhan dan juga Jausyan.

Vinatta cafe. Vinatta, bahasa Icelanding dari negara Iceland. Sedap bunyinya dan maksudnya. "Persahabatan". Maksud yang memberikan makna mendalam.

Kami menunggu Jausyan. Agak lambat, dan keadaan semakin membosankan. Kopi radix yang mengandungi 7 campuran herba itu telah dikacau berkali-kali bagi memenuhi masa. Membuang masa sebetulnya.

"Lambat, dan sekarang ni panasnya cuaca. Letih.." Rifhan mengeluh. Jarang dia mengeluh, mungkin terkeluar.

"Jangan mengeluh, mengeluh itu kan kebiasaan jahiliyyah. Bersabarlah, mungkin dia ada masalah."

"Opss, maaf. Benar Imam Hassan Al-Banna yang meletakkan berlapang dada adalah peringkat serendah-rendah ukhuwwah. Dan berbaik sangka adalah salah satu darinya.. Moga-moga dia tak menghadapi apa-apa masalah. Hurmm.." Rifhan berdoa.

"Yup, juga ada sabda nabi yang mafhumnya. Jauhilah bersangka. Kerana sangkaan itu adalah seburuk-buruk perkataan. Kan quran menyebutkan agar kita menjauhinya."

"Haa.. padan muka aku. Dah kena ceramah!" Hati Rifhan menuding diri sendiri.

Dari jauh kelihatan Jausyan. Segak dalam vest kelabunya berkain campuran Pashmir dan kapas. berseluar dan berkemeja hitam. Tersenyum simpul. Senyumannya manis, bergula.

"Maaf, cybertron rosak tadi. Tak sengaja." Meminta maaf bila sememangnya bersalah.

"Tugasan?"

"Alhamdulillah, saya bawa apa yang sepatutnya. hurm.. Saya dah cari apa yang berkaitan dengan beliau semasa zaman remaja dan universiti. Err.. maksud saya Pm kita tu. Aktif dalam gerakan mahasiswa dan mempunyai matlamat yang jelas. Amat tertumpu tentang itu. Dalam masa yang sama, saya dapat mengkaji tentang gerakan mahasiswa dan yang berkaitan." Jausyan mengambil tempat.

"Gerakan mahasiswa? Menarik! " Rifhan menunjukkan minat. Meraikan sahabatnya.

"Yup, cumanya sekarang kita dalam keadaan aman. Dulunya mereka tidak diberikan peluang dan kebebasan sepenuhnya. Tapi mungkin itu dapat dibincangkan kemudian. Sekarang saya lebih tertumpu kepada flow cerita hidupnya. Ini maklumatnya.." Ujar Jausyan sambil memilih menu menggunakan robot pelanggan.

Kami membelek maklumat dari skrin hologram. Dan ceritanya begini..


Bersambung nanti..
(sambung.. ngantuk pulak.. best ke cerita ni?.. ~ )

Thursday, October 1, 2009

My family.. :)

Bergambar tym raya, x dapat tulis bnyk.. tgh nak exam, nnti edit :)

Keluarga kesayangan jiwa, raga, dan qalbu...


Hati- hati yang bertaut...