12 Disember 2020
Hari ini hari paling bersejarah. Amat bersejarah. Mungkin maha bersejarah untuk rindu ini. Seakan terdengar suara sayup syahdu Sayyidina Bilal bin Rabah mengalunkan azan, suara yang pernah meresap di hati-hati kemudian mengalir di hujung mata. Namun ianya seperti terdengar di Andalusia, kota lama yang pernah mekar dengan bunga islam. Azan hening Bilal di Andalusia.
Allah.. Allah.. Allah
Semua berzikir..
Hari ini 2 sejarah itu seakan berkumpul di satu taman. Satu negara. Hari ini wawasan telah tercapai. Wawasan 2020 yang telah digagaskan sekian lama. Inilah wawasannya, wawasan islami. Wawasan yang penuh iman dan taqwa.
Islam kini telah menang. Dan menuju ke negara Islam yang sebenar. Dia dilantik menjadi Perdana Menteri, tersenyum sambil bibirnya tidak putus kalimah suci. Dia menyayangi rakyatnya, dia mendoakan mereka. Rakyat menyanginya, rakyat mendoakannya. Maka benarlah sabda nabi. "Pemimpin terbaik di antara kami".
3 Hari sebelumnya..
Dewan syura.
"kita ada 2 calon yang benar-benar sukar, maka kita perlu syura dengan sebenar-benarnya". Jazmi membentang bicara, memulakan tugas sebagai ketua syura.
Semua berwudhuk, semua telah memohon hajat dan beristikharah.
"Ana setuju jika sahabat ini yang memimpin, dia mantap dari segi pengurusan dan kepimpinan.. Juga sehat dari tubuh badan. Dia memang seorang yang Qawiy" tunjuk Rahman pada sebuah gambar kecil.
"Asif jiddan, ana mencadangkan yang seorang lagi, yang mana namanya seakan presiden Pakistan suatu ketika dulu. Bukan sekadar mampu memimpin, tapi ilmunya juga agak tinggi. Maka insyaAllah, negara kita akan terpimpin dengan ilmunya"
"Tapi jika nak dibandingkan dengan sahabatnya yang seorang itu, ana boleh katakan ilmunya juga tinggi, malah kita boleh melihat dengan jelas sifat tawadhuk dan ibadahnya. Sekaligus melengkapkan sifat "Qawiyyun amiin" Terdengar seorang sahabat memberikan pendapat pula.
Syura kelihatan agak buntu. Bukan kerana perbincangannya, tetapi kerana ianya memang terlalu sukar untuk membuat keputusan. Segala penilaian dan pandangan dari sahabat rapat serta jiran kedua-dua mukmin tersebut telah dikumpulkan, dinilai, dan dibincangkan secara matang. Namun jelas, kehebatan yang berada pada aras yang sama sering menyebabkan dewan
syura kali.
"Begini..." Jazmi tersenyum.
"Maka, cara Rasulullah adalah yang terbaik. Kita tunggu, siapa yang akan hadir ke masjid dulu esok.."
Semua mengangguk tersenyum, memang benarlah caranya.
"Namun jangan dilupakan istikharah, kerana Nabi sudah bersabda bahawa tidak akan kecewa orang yang beristikharah, dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat. Maka, hendaklah antum teruskan keduanya!" Jazmi memberikan arahan dengan suara yang agak tenang tetapi tegas.
Maka esoknya..
Ketika subuh belum melabuhkan rasanya,
Kelihatan kelibat seorang pemuda melangkah masuk ke masjid..
Maka syura tercapai.
Beberapa detik, kelihatan sahabatnya masuk menemani...
-
No comments:
Post a Comment