Followers

Letakkan link blog anda =)

Tuesday, October 13, 2009

cerpen: 24434 (3)

20 Oktober 2097

"Beliau memang aktif.." Saya membuat konklusi.

Hari ini meriah. Hari Keindahan Islam tahun ni lansung berlainan. Dewan yang penuh seri dengan seni bina khat dan geometri Islam itu seakan Masjid Kul Sharif di Kazan Rusia dengan temanya yang berwarna putih dan biru. Pelbagai gerai dan pameran diadakan termasuklah gerai muamalah, ideologi, seni warna dan muzik, serta satu seni baru yang dinamakan Quera. Amat menarik.

"Erm, kalau kita nak bawa islam.. kita mesti la mantap kan? Itu sunnatUllah.. Jom kita jalan-jalan kat sini.. Lapar dah ni. Jom! Kita cari makanan."

Jausyan mengulas dan kemudian mencadangkan. Kemudiannya tersengih sendiri. Gegendang perut juga sudah seakan menyanyikan lagu romantika, sayu sahaja jika dirakamkan. Saya dan Rifhan pula hanya tersenyum dan terus mengiyakan.

"Haa, lama tak makan Nasi Lemak dengan Ikan Salmon. Kemudian minum jus kurma.. nak?"

Rifhan mencadangkan. Menu hidangan yang memang klasik dan traditional. Rifhan memang unik orangnya. Kami menuju ke sebuah gerai yang agak sederhana hiasannya tetapi kemas dan teratur, mungkin itu sebenarnya tarikan tersendiri yang cuba dibawa. Dari jauh, kelihatan seorang 3 orang muslimat yang menjaga gerai tersebut. Sejak kebelakangan ini memang muslimat yang memonopoli bidang ekonomi dan perniagaan.

"Err, Si Bisu.." Terdengar suara mengelus kecil.

"Siapa? Saya tertanya.

Kehadiran kami disambut oleh seorang muslimat. Dia hanya tersenyum. Tiada suara yang lansung dihadiahkan.

"Asif jiddan, bagi kami 3 nasi lemak berlauk ikan salmon ya. Juga 3 jus kurma ratab.." Saya memesan.

Dia hanya mengangguk sambil tersenyum kemudian menyediakan apa yang diminta ke dalam Dilestrin; polimer yang sangat mesra kepada alam, mudah untuk dikitar semula. Pelik, selalunya jurujual akan bertanya itu dan ini, atau mempromosikan segala macam barang jualan. Ini tidak. Si pemalu yang sederhana tinggi dan berbalut jubah berwarna oren serta tudung labuh bulat berjahit kemas itu hanya tersenyum dan tidak bersuara. Hanya perbuatan yang berkata-kata. Seakan bisu.

"Tambah tat strawberi skali ya.."

Dia mengangguk sambil tersenyum lagi tetapi diam. Akur. Pelik. Dia menyerahkan makanan kepada kami. Bekas itu tertulis

"Baca Bismillah, insyaAllah berkat
Makan tangan kanan, insyaAllah lazat''

Saya ambil dan mengira baki. tak cukup satu dinar. Rasa seakan ingin menghalalkan, tapi teringat perlu digunakan untuk suatu perkara.

"Maaf, tak cukup satu dinar.."

Muka dia memerah kemudian bertukar seakan rasa bersalah. Dia cepat-cepat mengambil baki kemudian menyerahkan sambil menunduk. Namun tetap senyap.

"Siapa tadi tu ya?" Saya bertanya.

"Haa, tak baik tau. hehe. Muslimin gelar dia "Si Bisu". Sebab tak ada lelaki pernah dengar suara dia. Agaknya betul bisu. Lagipun kan kelas memang asing muslimin muslimat. Lagilah tak tahu. Gaya dia ja yang bercakap kot. Sahabat-sahabat kita yang lain pun kata begitu. Dia akan senyap ja, cuma selalu senyum. Macam orang bisu yang ceria"

Panjang Rifhan mengulas. Macam pemberita pula.

"Isk, tanya je la. Mana ada apa-apa pun"

"Ala, kalau tak ada apa-apa tak kan nak bertanya" Jausyan pula mengusik.

Daun-daun berpusingan seakan sengaja menimbulkan suasana syahdu. Bunga Sereva yang berwarna Maroon keperangan itu pula terhenjut-henjut perlahan sekan mengiyakan.

"Muslimah yang baik ni ialah apabila kita tenang memandangnya" Tiba-tiba terkenang satu hadis nabi atau mafhum seumpamanya. Saya menggeleng kepala.

"Tak boleh-tak boleh. Awal lagi ni.." Saya tersenyum sendiri sambil bermain satu dinar emas dengan jari.

Dinar emas, dulu ia pernah dipertikaikan. Namun hari ini, telah terbukti ia adalah matawang paling rasional untuk digunakan. Nilai emas sukar dan tidak jatuh. Berpegang pada sunnah nabi pasti selamat. Ini baru satu perkara yang mungkin kurang besar jika nak dibandingkan dengan yang lain. Banyak lagi perkara lain termasuklah pentadbiran. Saya pernah membaca sejarah yang dahulu manusia lebih suka beraqidahkan pemikiran kuffar. Baik dari sudut ekonomi mahupun pengurusan. Entah apa istimewanya di sana, saya pun pelik. Yang ada hanya kehancuran secara perlahan-lahan.

Kami duduk di sekitar Jannatu Zuhri. Mencari kerusi lentur bulat yang paling selesa untuk dijadikan tempat berukhuwwah, atau spesifiknya makan. Kerusi yang dihiasi dengan arkiteksi islam yang penuh dengan corak dan bunga. Hasil ukiran dari Moroccow.

"Khair, sambung diskusi kita tadi. Kita kena siapkan secepat mungkin tugasan ni.."

"Isk, makan la dulu.." Jausyan menegur. Saya hanya telan liur.

"Berbalik kepada perbicangan kita tadi dan sambil makan pula, teringat pula satu perkara yang pernah berlaku pada waktu Perdana Menteri kita tue.. "

"Kenapa?"

"Pasal RFC yang ada sekarang, dulu pernah terjadi satu peristiwa.."

Jausyan terus membentangkan kejadian yang dikajinya..

1 comment: