10 Jun 2011
"Owh, enta juga minat membaca. Samalah kita.." Pemuda itu tersenyum.
"Buku apa enta dah khatam, boleh berkongsi.."
"Erm, tak adalah apa sangat. Alhamdulillah, dah habis baca 'amal Islami karya Said Hawa.. banyak sangat ilmu ada, tentang prinsip syura dan prinsip islam yang lain. Enta?" Sahabatnya nampak teruja.
Mereka terus berkongsi idea dan pandangan peribadi. Radix Fried Chicken yang berwarna Oren putih itu hanyut dihiasi bunga-bunga ukhuwwah yang kian bersemi. Di setiap meja, masing-masing berta'aruf antara satu sama lain. Malah disediakan borang agar perlaksanaannya lebih sistematik.
"Eratkan silaturrahim, anda pasti akan mendapat rezeqi dari Ar-Rahim. ; Anda digalakkan berkenalan sekurang-kurangnya 2 orang selepas keluar dari sini. Syukran jazeelan =)"
Poster itu tertampal indah. Menggalakkan mahabbah antara kaum muslimin. Sebentar terdengar alunan zikir yang terlalu indah menyerap di hati. Zikir yang lembut dan tidak memberatkan. Diselangi dengan alunan selawat badriah menenangkan ahli-ahli jemaah Rfc.
Inilah berkat yang dijanjikan. Berkat pekerja-pekerjanya yang sentiasa berwudhuk semasa bekerja. Berkat pekerja-pekerjanya yang menutup aurat. Berkat wang hasil keuntungan yang sentiasa disedekahkan. Berkat sembahyang dhuha yang sentiasa diamalkan.
Daniel masuk beriringan dengan sahabat baiknya itu. Berjaket hitam berlogo Gamis serta tersisip namanya di sebelah kanan. Mukanya agak kepenatan selepas seminggu mengendalikan tamrin nuqabak.
"Minta ayam spicy dan Radix Cola ya.. 1 talam."
Makan bertalam. Makan bersama. Itu sunnah nabi, banyak hikmahnya. Malah mengikut kajian saintis, makan bertalam dapat menambah dan melengkapkan imuniti setiap orang yang makan bersama-sama.
"Baik, cuma 13.40 sahaja ya. Syukran jazeelan. Sekadar peringatan, Allah lebih suka makanan yang terdapat banyak tangan padanya." Pelayan itu tersenyum mesra sambil mngungkapkan hadis yang dipetik dari kitab Riyadhus Solihin itu.
Mereka memilih untuk duduk di tepi cermin kaca yang mempamerkan seluruh pemandangan indah Kuala Lumpur dari atas.
"Alhamdulillah, ana tengok Rfc dapat melahirkan banyak perkara ma'ruf dalam masa yang singkat. Malah mampu membentuk Fardu muslim dengan hanya menggunakan wasilah makanan." Daniel memulakan bicara sambil membelek kertas tazkirah yang disediakan di atas meja. Cantik. Lukisan kartun menjadi tarikan.
"Alhamdulillah, ini yang kita inginkan. Ana tengok tempat ni jadi tenang ja. Boleh jadi pusat pentarbiyyahan secara tak lansung. Suasana sudah mewujudkan. Senyum je semua orang. Seronok betul. Tazkirah, zikir, semua ada. Secara tak lansung dah mejalankan dakwah bil Hal. Siapa kata umat Islam tak boleh maju dalam sudut ekonomi?"
Kelihatan 2 orang yang berpakaian tidak menutup aurat pula masuk. Berjalan dengan gaya moden barat.
"Tengok, mereka juga tertarik. InsyaAllah, akan mendapat hidayah selepas ni.. Semoga keadaan ini berterusan di sebalik kesempitan budaya sekarang" Daniel tersenyum terharu..
Berita TV3: Akta Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti) menetapkan dalam fasalnya bahawa mahasiswa dilarang mengunjungi atau memasuki mana-mana RFC kerana didapati menjadi pusat pengkadiran ahli-ahli pihak serta mengancam kerajaan.
Malam itu semua terpana. Ah! Ada- ada sahaja halangan bila islam mula berkembang. Celaka musuh-musuh Allah!
Dan esoknya melaut 100000 mahasiswa dari seluruh negara memegang sepanduk dan kain rentang dengan hati yang penuh berkobar-kobar.
20 Oktober 2097
"Dan Pm kitalah yang ketika itu masih mahasiswa yang mengetuai perhimpunan yang tertib tersebut" Jausyan menghabiskan sambil tersenyum..
-
No comments:
Post a Comment