Followers

Letakkan link blog anda =)

Tuesday, October 13, 2009

Cerpen: 24434 (2)


3 Februari 2010

"Ketahuilah wahai muslimat sekalian, bahawa kamu adalah penggerak dan pemegang panji-panji agama. Kamu dikurniakan pemerhatian yang teliti dan memiliki ketelitian yang rapi. Maka bila mana Islam dipertikaikan seperti mana yang dilakukan oleh Sister of Islam, maka kamulah yang akan menjadi wakil agama untuk mempertahankan kebenaran."

Dewan yang dinamakan dengan nama sultan arab itu seakan bergegar. Bergema dengan ruh baru. Kedinginan malam itu kelu tidak dihiraukan. Semua peminjam mata tertumpu pada ayat-ayat yang seterusnya.

"Contohilah muslimat yang ana kasihi kerana Allah sekalian seperti mana Asmak bin Yazid, menjadi seorang yang cerdas dan bijaksana. Mahupun Ummu Hakim, yang ketika mana perang. Menjadi muslimat pilihan yang mana apabila dalam keadaan yang memerlukan, dia mencabut tiang khemah dan membunuh 7 musuh Allah pada ketika itu. Inilah yang diharapkan pada muslimat sekalian. Bukan sekadar bunga yang indah dipandang, tetapi juga berduri yang mampu mempertahankan agama dan sentiasa bersiap sedia.."

Azam disematkan. Kata-kata dari pemuda itu dihadamkan. Dia pemuda yang bermatlamat. Dia pemuda yang berdisiplin. Rasanya sikapnya seperti selalu dilihat pada sajak-sajak pemuisi dara. Tegas pada agama, namun berhemah pada dunia. Dia memang laut berpantaikan gula. Manis saja senyumannya.

"Akhi, esok ada program lagi kan?" Tanya sahabatnya, sejurus selepas tiba di bilik. Biliknya yang sentiasa kemas dan katilnya yang bercadarkan bunga mawar ungu itu sekali imbas seakan bilik perempuan pula.

"Yup. Kenapa ya? Ada apa-apa?" balasnya ramah.

"Tak ada apa-apa. Saja tanya, sibuk macam Perdana Menteri pula. Hehe." Daniel mengusik dengan loghat kedahnya.

Dia tersenyum.

"Tapi...."

"Tapi?"

"Macamna enta boleh uruskan masa ya? dan juga tak letih serta bosan dengan semua ni..?" Itu soalan yang sebenarnya..

" Hurm.. sebab tu la matlamat kita kena jelas.." Ulasnya sambil duduk di meja belajarnya.

"Sultan Muhammad Al-Fateh telah dikhabarkan dan diyakinkan dari kecil lagi bahawa dialah pemimpin yang disebut dalam hadis nabi untuk membuka Kota Konstantinople. Maka dia terus berusaha siang dan malam. Belajar bahasa-bahasa asing, mengkaji struktur pelan kota tersebut dan pelbagai lagi usaha demi untuk mencapai matlamatnya.."

"(Haa.. kan dah kena ceramah..).." Hati Daniel mengusik.

" Kita selalu membazirkan masa dan gagal menguruskannya sebab matlamat kita tak jelas.. Jadi kita akan terus terawang-awangan di impian kita.."

"Owh, ok.. macamtu.. Jadi, sebab kita tak nampak matlamat dan tujuan kitalah kita gagal urus masa dan lemah semangat ek?" Daniel cuba memperjelaskan fakta.

"Yup, betul.." Dia tersenyum.

"Tidurlah, esok enta ada kelas awal pagi.." Dia menyambung. Quran terjemahan Darul iman ditangannya dan dibuka malah dibaca. Dia membaca walaupun telah menjadi al-hafiz. Al-hafiz pada hati. Bukan sekadar nama seperti pada kebanyakkan orang. Hafaz kemudian 'terlupa untuk mengulang'. Alasannya sibuk.

Daniel hanya memandang.

"Al-mulk dapat menyelamatkan kita dari siksa kubur. Nabi yang mengingatkan kita macam tu" Teringat kata-kata sahabatnya itu. Dia juga teringat bagaimana ada satu video, bagaimana seorang yang suka membaca al-mulk digali kuburnya. Mayatnya tidak reput walaupun telah bertahu-tahun ditanam.

"Matlamat...." Daniel terus termenung. Sabatnya itu memang sorang yang bermatlamat. Yakin dan bercita-cita besar. Tercatat di papannya yang berwarna putih dibalut dengan kertas warna merah muda;

Jadual kehidupan

Umur 25: Lulus ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
Err.. Mencari buah hati dan melayar bahtera.
Aktif dalam perjuangan islam di kawasan sendiri

Umur 28:Menunaikan haji dan umrah di Baitullah

Umur 30: Berjaya menjadi pengurus kewangan yang berjaya.
Menjadi wakil rakyat

Menjelang umur 40: Menjadi Perdana Menteri yang membawa Islam.. InsyaAllah =)

Umur 63: Syahid kerana Allah atau hidup untuk terus berjuang.

"Lengkap perancangan hidupnya.." Puji daniel dalam hati. Sejenak matanya diberatkan dan terus tidur dengan nyenyak. Malam pun kian menggelap.

1 comment: