Followers

Letakkan link blog anda =)

Thursday, December 31, 2009

Jom teater di Uia!

Dakwah itu seni, dakwah itu kreatif. :)

Pernah tonton teater? Saya amat meminatinya dan terlalu kepingin untuk merasa menontonnya. Maka kami bercadang untuk cuba membawanya ke sini, dan kita sama-sama menontonnya. ok? Ermm~ maaf, harga tiket rm 5. Untuk tampung bayaran kumpulan teater ni sebanyak rm5000. Jemputlah, kita meriahkan AmF dan cuba sama2 menghayatinya..

Brothers and Sisters...

Dari riwayat Bukhari dan Muslim, sebuah kisah tentang sahabat yang mulia...

Mrc Mab mempersemBahkaannn....


Tuesday, December 29, 2009


Aku menumbuk, dan aku marah dan x faham.. kenapa aku ditumbuk..

Thursday, December 17, 2009

Hijrah.

Salam Maal Hijrah untuk semua, hijrah itu pahit, tetapi amat manis.

Saya sudah amat mengantuk, namun satu muharram ini merupakan detik yang amat membungakan. Entah mengapa, bukankah 1431 tahun yang lepas Rasulullah bersama sahabat, sahabat.. Figure-figure yang terlalu hebat dan amat saya kagumi kemantapan sedang bersusah payah dan berada dalam satu peristiwa besar? Yang akhirnya implikasinya juga besar, betul?

Maka apakah niat dan keinginan perubahan kita? Ada? hurmm..

Niat.
Berubahlah menjauhi maksiat.. (peringatan berkarpet merah untuk diri sendiri)

Terbayang bulatan belajar (study circle) di satu ketika..

"Apakah objektif kita untuk program ni?"

"Dakwah, peringatan kepada yang lain, ilmu"

"Maka, apakah dalam usaha ini disertai dengan maksiat? Ini sonsang namanya.. "

"Maksudnya?..."

"Dalam kita bergerak kerja untuk ISLAM, tawa ceria muslimat yang menjadi penghibur, bersama dalam kerja rasanya. Dalam melaksanakan sesuatu perkara, tenaga kerja yang menjadi penggantungan utama, sedangkan Allah sebagai penentu. Tahu, tetapi seakan tak mengerti. Apakah kita yang memberjayakan atau Allah? Kita nikmat dengan mata yang kita ada, rasa dan leka yang kita suka.. tapi, kita sedang dalam melaksanakan tugas kita, program yang tujuan akhirnya kita canangkan untuk Islam.. Benarkah? Bukankah Allah yang meramaikan sehingga melaut manusia, juga menyikitkan sehingga hanya seorang yang berdiri tunggul?"

"Untuk islam, namun bersamanya maksiat.."

"Bertaqwalah.."

Ramai orang yang rasa letih dengan kerja islam yang dibawanya. Namun, adakah kita sedar asal keletihan kita. Mahupun, adakah keletihan ini bernilai? Atau kita sebenarnya sudah jauh tersasar niat dan tujuan, malah pergantungan..

Maka setiap orang ada turning point masing-masing. Ada yang menjadi tabah selepas masalah, yang terus malas selepas gagal menggalas, yang berani selepas berdiri, malas yang curam berubah selepas mendapat hidayah.

Begitu juga dengan yang di atas, untuk menjauhi maksiat, perlu ada turning pointnya. Mungkin di saat tiba-tiba mita bertegas dengan diri sendiri, atau saat kita bergetar menahan gelora diri. Namun, itu titik manisnya..

Apa turning point kita? Dan ke arah apa kita ingin berubah?

Pejamlah mata, bayangkan.. dan Senyumlah.. Itu target perubahan kita.. ;) dan kita sedang mencari turning point untuk itu..


Yang pasti, satu tekad. Aku akan berubah ke arah kebaikan. Terus berubah!

p/s: Segunung tahniah kepada pasukan kebangsaan yang berjaya memiliki pingat emas dalam perlawanan bola sepak selepas 20 tahun menanti. Satu detik yang amat bersejarah untuk hari yang amat bermakna, 1 muharram! Perubahan hijrah kejayaan yang sangat mengagumkan untuk pasukan Malaysia! Tahniah, dan teruskan berhijrah! =)

Wednesday, December 16, 2009

Analisis gerak kerja ISTEC

Bismillahhirahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt wr..

Salam satu aqidah, salam satu ummah!

Yang dihormati, semua committee IStec yang dirahmati dan dikasihi Allah sekelian..

Apa khabar? Sihat? Semoga antum sentiasa berada di dalam kebahagiaan dan ketenangan insyaAllah ;)

Erm..

Analisis ISTEC. Alhamdulillah, setiap biro yang telah diwatikahkan bergerak kerja, memainkan peranan yang amat baik dan hebat dalam memastikan kelancaran perjalanan program setakat ini.

Tahniah untuk pub & pro(fatimah & khaiqal), catering (fathi dan arma), prep & tech(muaz dan najwa), sponsor(john dan syakira), PC (puta dan fatima), public relation(syamsul dan Amira), dan special task(aisyah dan khairi). Terutama untuk mainboard (rusni, ruzaini, rahmah, afiqah, syam, zainul) yg banyak berletih lesu, berpenat lelah. Kredit untuk antum =)

Analisis masalah sebenarnya, adalah perkara yang kita perlu sama-sama tahu, hasil perbincangan dan pemusingan 360 darjah akal fikiran kami:

*Panelist

-siapa yang dijemput-

1. Alhamdulillah, pada petang tadi, semua panelist baru selesai dipastikan kehadirannya. Jangka waktu yang agak lewat sebenarnya jika dibandingkan dengan timeline yang ditetapkan.

2. Penceramah yang kita jemput tak seperti yang disasarkan. Kita meraikan kebolehan mereka, cuma kita masih tidak mengetahui sejauh mana daya tarikan mereka, penyampaian, serta PR mereka yang mana mungkin akan memberi kesan kepada beberapa aspek yang akan disebut selepas ini.**

3. Alhamdulillah, IKIM sudi membantu kita dalam mencari speaker, dari satu pihak. Dari pihak kita pula, kita perlu menghantar surat secara rasmi. Namun, surat tersebut masih belum dihantar.

Kesan kelambatan kepastian kehadiran panelist ini menyebabkan kadar tindak balas terhadap Pub & Pro berkurang iaitu:

1. Banner untuk forum tidak dapat disiapkan kerana merangkumi nama panelist.

2. Untuk menjemput pendengar di luar lingkungan, kita perlu mempamerkan poster-poster (seperti poster ceramah maal hijrah, forum perdana dan etc) yang akan ditampal di tiang lampu, dinding, kedai, masjid, dan bangunan. (kerana banner saja tak mencukupi). Namun poster ini juga masih tidak dapat siapkan lagi.

Perlu dijelaskan, bahawa skop yang dibincangkan sekarang merangkumi forum, target sasar kita yang paling besar. Sebuah event yang menjadi puncak dan titik ubah kepada persepsi Mrc. Berikut adalah gambaran cebisan forum yang telah berjaya diusahakan oleh PR:

1. Pr berjaya mencuri hati ahli-ahli pasar malam dengan tapak Rm10 untuk satu malam. Sama harga dengan tapak untuk society. Yang perlu diambil perhatian: Malam tersebut akan diadakan pasar malam.

2.Stage yang pada budget asal, yakni di paperwork bernilai RM4000, berjaya diperolehi dengan harga RM1000. Alhamdulillah.. Take note: Kita dah ada stage di padang.

3. Konsep pemikiran yang kita nak tingkatkan adalah dari kalangan student cfs, malah yang lebih besar, orang luar. Penting: Orang luar dijemput.

4. Dari sudut Prep & Tech, VIP akan menikmati kerusi di bahagian hadapan padang. Menghadap forum secara lansung.


Erm, berdasarkan 4 perkara yang telah kita sebutkan di atas, kita sengaja memandang sepertimana yang disebut Dr. Edward de Bono dari sudut topi hitam. Iaitu, bahawa risiko yang kita ambil kadarnya agak melangit, yakni kebarangkalian untuk kehadiran pelajar yang hadir adalah sedikit.

Cetusannya ialah panelist kita yang masih kita belum tahu dan kenal kebolehannya, namun mungkin amat hebat! Siapa tahu? Betul.. Namun di situ masih terdapat kelompongan dari sudut promosi dan keyakinan kepada pelajar sendiri, dan juga orang luar, serta mereka yang memandang terhadap forum kita.

Kita juga sengaja untuk bersikap pesimis,
untuk memandang dan membayangkan:

i. Ada pasar malam, dan orang hanya datang pasar malam sahaja. Tapi hanya sekelompok kecil yang mendengar forum. Orang tak datang forum. Apa jadi pada forum?

ii.Kita buat di padang, satu tempat yang menyediakan ruang yang meluas besar. Orang tak hadir. Ada 1, 2 orang duk depan stage (yang besar).. ataupun sebilangan kecil.. (boleh bayang situasinya?)

iii. Orang luar dijemput. Ada yang hadir. Bila hadir, terlalu sikit yang hadir. Apa persepsi orang luar terhadap UIA? dan pelajar UIA terhadap MRC?

iv.Berbalik kepada tadi, kedudukan VIP. Bayangkan kerusi vip di tengah-tengah padang menghadap stage. Namun, yang ada hanya VIP dan beberapa kerat di padang. hehe. Boleh bayang tak keadaannya.. =P


*Pameran

Alhamdulillah. Banyak badan-badan yang sudi untuk berkongsi ilmu dan kemahiran yang mereka miliki dengan kita:

-Petrosains
-Planetarium
-Pusat sains negara
-Falak
-Jabatan mufti falak
-Pusat nuklear bangi

Segala puji bagi Allah, yang memudahkan urusan kita membuka peluang dan ruang untuk ini. Seakan-akan tersusun rapi, faktor yang sama masih berulang. Iaitu surat masih belum dihantar kepada pihak mereka. Seandainya perkara ini terus berlaku, maka faktor pemangkin untuk merisikokan pameran kita adalah tinggi. Berdoalah agar ianya masih sempat dan Allah permudahkan insyaAllah.

*Pra Istec

Di antara penyumbang besar kepada keindahan lakaran ISTEC adalah dr daniel zainal abidin sendiri, penulis quran sainstifik dan penulis buku motivasi popular. Dia yang sememangnya sukar untuk dihubungi memberi kerjasama yang memberansangkan apabila sudi untuk hadir, namun.. hanya pada hujung minggu.

Kami memandang adalah satu kerugian yang amat besar untuk melepaskan peluang yang cerah sebegini. Ketidakdapathadiran Dr Daniel pada tarikh 28-30 menyebabkan idea Pra ISTEC tertulis walaupun perbincangan tentangnya masih diteruskan.

Pra istec adalah tarikh 26 disember yang mana akan diadakan talk pada tarikh tersebut oleh Dr daniel.

-pada waktu itu exam, maka AMF mungkin digunakan. (maka LHA dipilih)
-ada sebahagian committee masih exam dan tidak diinform awal. Maka hanya mainboard yang akan bekerja kerana tuga untuk membuat talk amat mudah insyaAllah:

_PC
_Catering
_Catering

Kerana mungkin ada mainboard masih ada yang berkerut memikirkan exam. Maka jalan terakhir, PM dan APM yang akan memainkan peranan dalam talk ini insyaAllah.


Satu yang penting untuk dipertimbangkan, seandainya Pra-ISTEC ini dteruskan, adakah kita akan meneruskan tarikh 28 hb dengan talk sekali lagi, ataupun sebuah aktiviti yang lain.

*Perjalanan Istec

ISTEC sebenarnya mempunyai perjalanan yang agak simple.

28:Opening dan talk
29:Game & Kuiz science (roket launching dibatalkan oleh PC)
30: Forum perdana

dan di setiap cerah harinya insyaAllah akan diadakan pameran. Pada hakikatnya, ia kelihatn mudah. Namun, kehairanan dan kemusykilan terus menyelirat pada ruang-ruang saraf untuk memikirkan mengapa masih ada gerak kerja yang tergendala sedangkan setiap orang sudah dibahagikan kerja, tugas dan amanah , masing-masing.

PENGAJARAN DARI I-MERCE

Masih banyak lagi lorekan dan lakaran masalah dan pemikiran dalam ISTec yang tidak disentuh di sini yang mana kadang kala ianya berada di luar potret pemikiran gerak kerja.

Kami tidak mahu mengulangi apa yang kita pernah terlibat dan melaluinya, iaitu (I-Merce), yang mana mainboard penat membanting tulang, menahan mata untuk membawanya ke arah kejayaan, namun headcom, assntn dan subcom tidak dapat berkongsi bersama dan merasa menjadi sebahagian darinya, seakan-akan gerak kerja terus beku tidak bergerak, kerana tiada maklumat disampaikan mahupun dibincangkan.

Maka masa yang sesuai difikirkan untuk penyelarasan maklumat:
-sebelum cuti (masing masih sibuk dengan exam dan masih ada yang ada meeting)
-semasa LTC ( tidak dapat menerangkan dengan masa yang cukup, dan akan meletihkan disamping program)
-selepas cuti ( waktu yang terlalu lewat dan masa exam yang lebih mengecam)

Lalu kita mengambil jalan ini, menulisnya di blog.. agar semua dapat faham dan rasa tentangnya =)

Walaupun kelihatan seperti ada masalah yang selalu ingin melawat dan bertandang, namun ana amat yakin, malah terlalu yakin dengan kebolehahan committee-committe ISTEC semua. Dengan menggunakan topi pandang Kuning dan Hijau, ana amat optimis program kita insyaAllah, akan berada dalam warna-warna yang terbang (flying colours).. insyaAllah. Teruskan usaha antum! =) Ana amat-amat menghargai..

Erm, Segala komen dan pandangan antum untuk ini, bantahan mahupun respon. amat dialukan.

semoga Allah menyayangi antum insyaAllah ^-^


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka"-At Taubah 111

Wassalam..

-Kamu adalah penjuru bagi penjuru-penjuru ISTEC, maka jagalah penjuru kamu sebaiknya!-

Yang benar,
PM ISTEC.

Sunday, December 13, 2009

Untukmu teman..


Tika wajah penat mmikirkan dunia, maka berwudhuklah.

Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka brdoalah.

Tika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.

Ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah..

Agar tunduk disaat yang lain angkuh.

Agar teguh disaat yang lain runtuh.

Agar tegar disaat yang lain terlempar..

Salam mujahadah.. (",)

erm.. Laju ke? ~


Di malam yang setenang hitaman kopi..
Sepulangannya kami dari meeting, saya dipostmortem oleh sahabat2.. ~

"Aku tengok hang ni cakap laju sangat, dan kuat sangat..."

"Kalau hang teruskan dengan intonasi hang, hang tak dapat jadi pemidato yang baik.."

"Cuba hang bagitau sikit, sebab apa hang cakap laju dan kuat sangat.."

Hehe. Pelbagai perkara dibincangkan. Sebab, akibat, kenapa, mengapa, dan penyelesaiannya..

"Aku rasa kita kena meeting dekat padang, baru sesuai dengan hg.."

haha. Banyak pula cadangan yang ada. Buat tamrin khas untuk perkara ni lah, meeting dalam lubang, dan pelbagai lagi. erm, tapi memang benar.. setiap kali meeting atau group binding.. semua orang akan pandang.. macam nak cakap satu kelas. huhu. Itu cakap kuat, cakap laju pula.. saya teringat satu kisah lama..


tahun 2001

Saya antara 5 orang akhirnya berjaya masuk ke pusingan akhir Pertadingan membaca berita SK Sungai Kantan. Berjalan penuh yakin ke atas tapak perhimpunan. Memegang skrip berita. Dan memulakan bacaan.. 1,2,3..

Akhirnya..

"ko baca apa tadi, laju gila.. aku dengar awal dan akhir je..."

"aku dah buat gaya slow td, ko tak perasan ek?"


haha, rupanya itulah pengalaman pertama "cakap laju di khalayak ramai". Patutlah tengok judges time tu senyap je, pastu geleng2. X tahu nak bagi markah macamna kot. hehe. Erm, teringat kata kak sufi selepas program di SMKA(P) Arau..

"hurmmm... majdi, 70 km td.. huhu"

erm, kadangkala (x selalu) orang selalu katakan bila saya cakap.. akan terdengar yang awal, dan akhir je.. Erm, betul ke? Pandangan antum?..

Friday, November 13, 2009

Dalam denai kasar mencari syurga, aku ingin terus menjadi hebat. Namun cuitan mesra kadang terasa ingin selalu menyapa hati. Sahabat, bantuku selalu menjadi lelaki soleh..

Iman yang dirasakan lemah, gerak kerja yang berpiramid, study yang berselirat, ilmu dan pembacaan yang belum selesai, ibadah yang saya terus menerus berfikir bagaimana untuk menambahkannya, diri yang perlu saya sentiasa menjaganya walaupun kerap gagal, serta segala-galanya yang saya, dan mungkin juga kamu, mahukan ianya tersusun indah seakan pelangi membawa saya ke satu impian.

Kembara diri..

InsyaAllah dengan kembara ni, mungkin dapat saya lihat celupan-celupan Allah yang dapat mewarnai jiwa. Malah yang lebih, impak kepada yang berlaku zhalim, maka ia dapat menyusun diri. Hehe, ia sekadar keinginan.

Rasa ingin ada perasaan menaiki tren, dan memandang ke luar tingkap dalam pemandangan yang indah.. menulusuri yg cantik..
Melihat castle di bukit.. atau pemandangan kota venice.. ke Turki, ataupun Paris.. mungkin juga jalan hutan yang hijau.. ditambah pula dengan hujan rintis-rintis. SubhanAllah, bestnya.. sambil berzikir, dan mencari ilham untuk menulis.. rasa seperti diri dalam novel pula. hehe.

Saya menganalis, lakaran diri saya ibarat dua. Dr Jackyl and Mr Hide. Pernah baca? Seorang yang baik, dan seorang yang jahat. Saya juga begitu.. Ada masa, saya mampu untuk menggembirakan orang dengan baik, ceria di sekeliling, berkomunikasi seakan hujan, malah yakin dengan diri, seakan saya ini wakil rakyat. Ada waktu, saya ini sepertinya penjenayah termurung, berwajah yang memuramkan, dilihat sombong, sering menyakitkan, malah melukakan. Ada detik, saya rasa tenang dan damai, syurga di tepi, sudah cukup segala-galanyanya. Rasa dekatnya diri dengan Tuhan. Ada saat, saya rasa benci dengan diri, berbau dengan maksiat, kotor, lemah dan menjijikkan. Saya suka menjadi masa dan detik, dan menangis untuk tidak menjadi waktu dan saat. Saya takut untuk menjadi Mr Hide. Bila mana terjadi, rasa ingin terus mncari impian ini..

Rasa ingin ke taman botani, erm, mungkin juga Wetland, Putrajaya.. Dalam diri, ada perasaan cintakan tumbuhan, kerana itu salah satu cita-cita ialah membuka ladang betik. Usaha di bawah teduh dan damainya ciptaanNya. Mungkin terpengaruh dengan "Tunggu teduh dulu". Tumbuh-tumbuhan memang menyegarkan dan menyedarkan.. Ditambah jika ianya di tepian sungai, deruan air pasti menjadi irama terindah. Mungkin juga kerana itu saya suka membaca National Geography serta menatap gambarnya.

Ini rasa yang pertama yang saya ingin sebenarnya. Saya suka melihat masjid serta berada di dalamnya. Lapang, dan seakan punya segala2. Saya ingin ke masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid di China, masjid di Russia, di Chechnya, masjid di Turki, di Cordova yang punya nilai sejarah, masjid Putrajaya, masjid Darul Quran, serta di mana-mana masjid. Bukanhkah ianya amat menyenangkan? Cukuplah nanti, saya ke Masjid Wilayah yang rekaannya amat mengagumkan seakan masjid di turki, beriktikaf dan dhuha di dalamnya pada awal pagi. Pasti syahdu dan mendodoikan.. Setiap kali saya melihat dan pergi, pasti meninggalkan kenangan dan rindu yang mendalam.

Rasa ingin berada di tepi pantai, ataupun pelabuhan pada malam yang disimbahi lampu perang yang memorikan. Kerana ia mengingatkan saya pada satu nama dan senyuman. Juga mungkin bedar sukma bisu. malah lawatan kelas 4 ku dahulu. Dan yang dirindu, keluarga tercinta. Merasai anginnya dan suasananya seperti berada di dalam satu cerita. Seperti satu bahagian yang saya suka dalam 1515. Dan segala perjalanan yang pernah ada.

Ahah. Seakan ingin lari dari masalah. Cuma ingin meneroka alam dan rasa di tempat yang berlainan. hehe, ermm... ingin bersama dalam mesra sebenarnya, mencedok tenang damai yang Allah kurniakan, dalam hiruk pikuk hati ini. Berjalan dan terus berjalan...

Dan segala syahdu ini, ku tahu akhirnya.. tidak dapat mengatasi kedamaian, kedinginan, dan sapaan lembut syurga, janji Allah yang sering menyisir lembut.. Allah...

Friday, November 6, 2009

C++ yang mengajar


Pernah anda belajar programming C++? Satu subjek yg bagiku menarik mungkin. Memberi seribu pengajaran. Cumanya, hati ini begitu tertarik dengan pendekatan guruku, yang senantiasa merungkaikan segala kejadian dengan calitan hikmah. Hehe. Amat Menarik. Bila mana beliau mengaitkan konsep programming ni.

"Jika ada walau satu kesalahan, bila kita execute, dia akan tulis error.. Kita kena ikut je flow dia, sampai semua betul. Baru program dia terjadi..

... sama lah macam kita, kita muslim, Allah dah tetapkan hukum dan peraturan.. baru berjaya.. dan kita kena ikut.. Jika tak, akan jadi error, dan akan gagal.."

Menarik betul. Belajar dalam kelas selalu dengar tazkirah.. Seronok betul. Erm, faham tak tadi?

Cth mcm ni:

{

printf("berjaya")

return 0;

}

jika kita cuba tekan output ni. Dia akan tulis error: 1. Sebab apa? sebab sepatutnya lepas printf tu ada ";". Mcm ni:

{

printf("berjaya");

return 0;

}

walaupun satu kesalahan je. Menyebabkan program tu gagal, kerana tu peraturan dia. Begitu juga kita, ada peraturan, hukum, dan kaedah yang kita wajib untuk ikut. Barulah outputnya:

berjaya

:)

Monday, October 26, 2009

Untukmu, mujahidah sepanjang zaman..


Sejuknya terasa bila saya membacanya. Seakan terus mengalir ke dalam hati, walaupun panas di siang hari. Sungguh benar islam itu indah dan amat mengagumkan..

Untukmu, mujahidah sepanjang zaman.. :)



Al Imam Ath-Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dari Ummu Salamah, bahwa ia Radhiyallahu 'Anha berkata,

"Ya Rasulullah, jelaskanlah padaku firman Allah tentang bidadari yang mempunyai mata yang indah.."

Baginda menjawab,

"Bidadari yang kulitnya bersih, matanya indah dan lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar"

Aku, (Ummu Salamah) berkata lagi,

"Jelaskan padaku Ya Rasulullah, tentang firmanNya: "Laksana mutiara yang tersimpan baik" (Al Waqi'ah 23)..

Baginda menjawab,

"Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia..."

Aku bertanya,

"Ya Rasulullah, jealaskanlah kepadaku tentang firman Allah: "Di dalam syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (Ar-Rahman 70)".."

Beaginda menjawab..

"Akhlaqnya baik, dan wajahnya cantik jelita.."

Aku bertanya lagi,

"Jelaskan padaku firman Allah "Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik," (Ash Shaffat 49)...

Baginda menjawab,

"kelembutannya seperti kelembutan yang ada di bahagian dalam telur dan terselindung dari kulit bahagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.."

Aku bertanya lagi, "Ya Rasulullah, jlaskan padaku firman Allah: "Penuh cinta lagi sebaya umurnya.. " (Al-Waqi'ah 37)

Baginda menjawab,

"Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah saat mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.."

Aku bertanya,

"Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata indah?"

Baginda menjawab,

"Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang kelihatan dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya,

"Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari?"

Baginda menjawab..

"Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat daripada emas. Mereka berkata,

"Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya"..

(HR Ath Thabrani)

SubhanaAllah, indahnya Ya Allah...


Saturday, October 17, 2009

Erti adil.. Benar?


Ianya bagaikan satu fenomena. Mungkin akan mnjadi satu titik perubahan.

Isu hukuman sebat ke atas Kartika mempamerkan variasi reaksi di kalangan masyarakat dari pelbagai pihak dan latarbelakang. Kita dapat melihat bahawa coretan yang paling jelas ialah ketidakyakinan dan perasaan curiga yang tinggi sesetengah pihak terhadap hukum islam dan perundangan islam itu sendiri.

Kejam, tidak adil, serta gemaan suara bahawa ianya menindas golongan wanita sering kedengaran sebagai hujah bilamana ia dibandingkan dengan hukum sivil. Bagi para pemikir dan mereka yang mengambil sesuatu isu dengan serius, sesuatu yang pasti ialah, bahawa jika dicermati dan dianalisis ternyata hukum syariah jauh melangit lebih baik daripada hukum sivil yang selama ini menjadi teras perundangan Negara.
.
Sebatan mengikut cara islam:
a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.

Sebatan mengikut hukum sivil:
a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

Bilamana kita melihat isu ini dengan lebih jauh, 2 perkara perkara yang menjadi lompong sebenar kepada erti keadilan itu sendiri ialah sikap bacul pihak yg terlibat untuk melaksanakan sisterm yang sedia ada serta pencabulan hak terhadap hak individu yakni Kartika sendiri.

Perkara ini secara cerah tidak perlu diperjelaskan sama sekali bilamana hukuman ditangguhkan secara terlalu tiba2 dan mengejut. Lebih merunsingkan, Kartika yang sendiri mengaku bersedia untuk menerima dan menunggu hukuman, dihiraukan oleh situasi yang menunjukkan ianya sekan lansung tidak "diendahkan".

(belum habis)

.....................................................................................................

oleh: kak hidayah & nadwan.

(edisi separuh yang tak lengkap serta belum diedit)

Thursday, October 15, 2009

Niqab.


"Cairo University students wearing the niqab, a black veil which covers the face except for the eyes, stand outside the university dormitory on October 7, 2009, unable to enter due to new rules preventing admission to niqab wearers. Parallel to this, the Al-Azhar sheikh, Egypt's top Islamic authority, has reportedly said the niqab is not part of Islam, and plans to ban it from the prestigious Al-Azhar University campus."

What's ur opinions?

Tuesday, October 13, 2009

cerpen: 24434 (5)

12 Disember 2020


Hari ini hari paling bersejarah. Amat bersejarah. Mungkin maha bersejarah untuk rindu ini. Seakan terdengar suara sayup syahdu Sayyidina Bilal bin Rabah mengalunkan azan, suara yang pernah meresap di hati-hati kemudian mengalir di hujung mata. Namun ianya seperti terdengar di Andalusia, kota lama yang pernah mekar dengan bunga islam. Azan hening Bilal di Andalusia.

Allah.. Allah.. Allah

Semua berzikir..

Hari ini 2 sejarah itu seakan berkumpul di satu taman. Satu negara. Hari ini wawasan telah tercapai. Wawasan 2020 yang telah digagaskan sekian lama. Inilah wawasannya, wawasan islami. Wawasan yang penuh iman dan taqwa.

Islam kini telah menang. Dan menuju ke negara Islam yang sebenar. Dia dilantik menjadi Perdana Menteri, tersenyum sambil bibirnya tidak putus kalimah suci. Dia menyayangi rakyatnya, dia mendoakan mereka. Rakyat menyanginya, rakyat mendoakannya. Maka benarlah sabda nabi. "Pemimpin terbaik di antara kami".


3 Hari sebelumnya..

Dewan syura.

"kita ada 2 calon yang benar-benar sukar, maka kita perlu syura dengan sebenar-benarnya". Jazmi membentang bicara, memulakan tugas sebagai ketua syura.

Semua berwudhuk, semua telah memohon hajat dan beristikharah.

"Ana setuju jika sahabat ini yang memimpin, dia mantap dari segi pengurusan dan kepimpinan.. Juga sehat dari tubuh badan. Dia memang seorang yang Qawiy" tunjuk Rahman pada sebuah gambar kecil.

"Asif jiddan, ana mencadangkan yang seorang lagi, yang mana namanya seakan presiden Pakistan suatu ketika dulu. Bukan sekadar mampu memimpin, tapi ilmunya juga agak tinggi. Maka insyaAllah, negara kita akan terpimpin dengan ilmunya"

"Tapi jika nak dibandingkan dengan sahabatnya yang seorang itu, ana boleh katakan ilmunya juga tinggi, malah kita boleh melihat dengan jelas sifat tawadhuk dan ibadahnya. Sekaligus melengkapkan sifat "Qawiyyun amiin" Terdengar seorang sahabat memberikan pendapat pula.

Syura kelihatan agak buntu. Bukan kerana perbincangannya, tetapi kerana ianya memang terlalu sukar untuk membuat keputusan. Segala penilaian dan pandangan dari sahabat rapat serta jiran kedua-dua mukmin tersebut telah dikumpulkan, dinilai, dan dibincangkan secara matang. Namun jelas, kehebatan yang berada pada aras yang sama sering menyebabkan dewan
syura kali.

"Begini..." Jazmi tersenyum.

"Maka, cara Rasulullah adalah yang terbaik. Kita tunggu, siapa yang akan hadir ke masjid dulu esok.."

Semua mengangguk tersenyum, memang benarlah caranya.

"Namun jangan dilupakan istikharah, kerana Nabi sudah bersabda bahawa tidak akan kecewa orang yang beristikharah, dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat. Maka, hendaklah antum teruskan keduanya!" Jazmi memberikan arahan dengan suara yang agak tenang tetapi tegas.

Maka esoknya..

Ketika subuh belum melabuhkan rasanya,

Kelihatan kelibat seorang pemuda melangkah masuk ke masjid..

Maka syura tercapai.

Beberapa detik, kelihatan sahabatnya masuk menemani...

cerpen: 24434 (4)

10 Jun 2011


"Owh, enta juga minat membaca. Samalah kita.." Pemuda itu tersenyum.

"Buku apa enta dah khatam, boleh berkongsi.."

"Erm, tak adalah apa sangat. Alhamdulillah, dah habis baca 'amal Islami karya Said Hawa.. banyak sangat ilmu ada, tentang prinsip syura dan prinsip islam yang lain. Enta?" Sahabatnya nampak teruja.

Mereka terus berkongsi idea dan pandangan peribadi. Radix Fried Chicken yang berwarna Oren putih itu hanyut dihiasi bunga-bunga ukhuwwah yang kian bersemi. Di setiap meja, masing-masing berta'aruf antara satu sama lain. Malah disediakan borang agar perlaksanaannya lebih sistematik.

"Eratkan silaturrahim, anda pasti akan mendapat rezeqi dari Ar-Rahim. ; Anda digalakkan berkenalan sekurang-kurangnya 2 orang selepas keluar dari sini. Syukran jazeelan =)"

Poster itu tertampal indah. Menggalakkan mahabbah antara kaum muslimin. Sebentar terdengar alunan zikir yang terlalu indah menyerap di hati. Zikir yang lembut dan tidak memberatkan. Diselangi dengan alunan selawat badriah menenangkan ahli-ahli jemaah Rfc.
Inilah berkat yang dijanjikan. Berkat pekerja-pekerjanya yang sentiasa berwudhuk semasa bekerja. Berkat pekerja-pekerjanya yang menutup aurat. Berkat wang hasil keuntungan yang sentiasa disedekahkan. Berkat sembahyang dhuha yang sentiasa diamalkan.

Daniel masuk beriringan dengan sahabat baiknya itu. Berjaket hitam berlogo Gamis serta tersisip namanya di sebelah kanan. Mukanya agak kepenatan selepas seminggu mengendalikan tamrin nuqabak.

"Minta ayam spicy dan Radix Cola ya.. 1 talam."

Makan bertalam. Makan bersama. Itu sunnah nabi, banyak hikmahnya. Malah mengikut kajian saintis, makan bertalam dapat menambah dan melengkapkan imuniti setiap orang yang makan bersama-sama.

"Baik, cuma 13.40 sahaja ya. Syukran jazeelan. Sekadar peringatan, Allah lebih suka makanan yang terdapat banyak tangan padanya." Pelayan itu tersenyum mesra sambil mngungkapkan hadis yang dipetik dari kitab Riyadhus Solihin itu.

Mereka memilih untuk duduk di tepi cermin kaca yang mempamerkan seluruh pemandangan indah Kuala Lumpur dari atas.

"Alhamdulillah, ana tengok Rfc dapat melahirkan banyak perkara ma'ruf dalam masa yang singkat. Malah mampu membentuk Fardu muslim dengan hanya menggunakan wasilah makanan." Daniel memulakan bicara sambil membelek kertas tazkirah yang disediakan di atas meja. Cantik. Lukisan kartun menjadi tarikan.

"Alhamdulillah, ini yang kita inginkan. Ana tengok tempat ni jadi tenang ja. Boleh jadi pusat pentarbiyyahan secara tak lansung. Suasana sudah mewujudkan. Senyum je semua orang. Seronok betul. Tazkirah, zikir, semua ada. Secara tak lansung dah mejalankan dakwah bil Hal. Siapa kata umat Islam tak boleh maju dalam sudut ekonomi?"

Kelihatan 2 orang yang berpakaian tidak menutup aurat pula masuk. Berjalan dengan gaya moden barat.

"Tengok, mereka juga tertarik. InsyaAllah, akan mendapat hidayah selepas ni.. Semoga keadaan ini berterusan di sebalik kesempitan budaya sekarang" Daniel tersenyum terharu..

Berita TV3: Akta Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti) menetapkan dalam fasalnya bahawa mahasiswa dilarang mengunjungi atau memasuki mana-mana RFC kerana didapati menjadi pusat pengkadiran ahli-ahli pihak serta mengancam kerajaan.

Malam itu semua terpana. Ah! Ada- ada sahaja halangan bila islam mula berkembang. Celaka musuh-musuh Allah!

Dan esoknya melaut 100000 mahasiswa dari seluruh negara memegang sepanduk dan kain rentang dengan hati yang penuh berkobar-kobar.

20 Oktober 2097

"Dan Pm kitalah yang ketika itu masih mahasiswa yang mengetuai perhimpunan yang tertib tersebut" Jausyan menghabiskan sambil tersenyum..

cerpen: 24434 (3)

20 Oktober 2097

"Beliau memang aktif.." Saya membuat konklusi.

Hari ini meriah. Hari Keindahan Islam tahun ni lansung berlainan. Dewan yang penuh seri dengan seni bina khat dan geometri Islam itu seakan Masjid Kul Sharif di Kazan Rusia dengan temanya yang berwarna putih dan biru. Pelbagai gerai dan pameran diadakan termasuklah gerai muamalah, ideologi, seni warna dan muzik, serta satu seni baru yang dinamakan Quera. Amat menarik.

"Erm, kalau kita nak bawa islam.. kita mesti la mantap kan? Itu sunnatUllah.. Jom kita jalan-jalan kat sini.. Lapar dah ni. Jom! Kita cari makanan."

Jausyan mengulas dan kemudian mencadangkan. Kemudiannya tersengih sendiri. Gegendang perut juga sudah seakan menyanyikan lagu romantika, sayu sahaja jika dirakamkan. Saya dan Rifhan pula hanya tersenyum dan terus mengiyakan.

"Haa, lama tak makan Nasi Lemak dengan Ikan Salmon. Kemudian minum jus kurma.. nak?"

Rifhan mencadangkan. Menu hidangan yang memang klasik dan traditional. Rifhan memang unik orangnya. Kami menuju ke sebuah gerai yang agak sederhana hiasannya tetapi kemas dan teratur, mungkin itu sebenarnya tarikan tersendiri yang cuba dibawa. Dari jauh, kelihatan seorang 3 orang muslimat yang menjaga gerai tersebut. Sejak kebelakangan ini memang muslimat yang memonopoli bidang ekonomi dan perniagaan.

"Err, Si Bisu.." Terdengar suara mengelus kecil.

"Siapa? Saya tertanya.

Kehadiran kami disambut oleh seorang muslimat. Dia hanya tersenyum. Tiada suara yang lansung dihadiahkan.

"Asif jiddan, bagi kami 3 nasi lemak berlauk ikan salmon ya. Juga 3 jus kurma ratab.." Saya memesan.

Dia hanya mengangguk sambil tersenyum kemudian menyediakan apa yang diminta ke dalam Dilestrin; polimer yang sangat mesra kepada alam, mudah untuk dikitar semula. Pelik, selalunya jurujual akan bertanya itu dan ini, atau mempromosikan segala macam barang jualan. Ini tidak. Si pemalu yang sederhana tinggi dan berbalut jubah berwarna oren serta tudung labuh bulat berjahit kemas itu hanya tersenyum dan tidak bersuara. Hanya perbuatan yang berkata-kata. Seakan bisu.

"Tambah tat strawberi skali ya.."

Dia mengangguk sambil tersenyum lagi tetapi diam. Akur. Pelik. Dia menyerahkan makanan kepada kami. Bekas itu tertulis

"Baca Bismillah, insyaAllah berkat
Makan tangan kanan, insyaAllah lazat''

Saya ambil dan mengira baki. tak cukup satu dinar. Rasa seakan ingin menghalalkan, tapi teringat perlu digunakan untuk suatu perkara.

"Maaf, tak cukup satu dinar.."

Muka dia memerah kemudian bertukar seakan rasa bersalah. Dia cepat-cepat mengambil baki kemudian menyerahkan sambil menunduk. Namun tetap senyap.

"Siapa tadi tu ya?" Saya bertanya.

"Haa, tak baik tau. hehe. Muslimin gelar dia "Si Bisu". Sebab tak ada lelaki pernah dengar suara dia. Agaknya betul bisu. Lagipun kan kelas memang asing muslimin muslimat. Lagilah tak tahu. Gaya dia ja yang bercakap kot. Sahabat-sahabat kita yang lain pun kata begitu. Dia akan senyap ja, cuma selalu senyum. Macam orang bisu yang ceria"

Panjang Rifhan mengulas. Macam pemberita pula.

"Isk, tanya je la. Mana ada apa-apa pun"

"Ala, kalau tak ada apa-apa tak kan nak bertanya" Jausyan pula mengusik.

Daun-daun berpusingan seakan sengaja menimbulkan suasana syahdu. Bunga Sereva yang berwarna Maroon keperangan itu pula terhenjut-henjut perlahan sekan mengiyakan.

"Muslimah yang baik ni ialah apabila kita tenang memandangnya" Tiba-tiba terkenang satu hadis nabi atau mafhum seumpamanya. Saya menggeleng kepala.

"Tak boleh-tak boleh. Awal lagi ni.." Saya tersenyum sendiri sambil bermain satu dinar emas dengan jari.

Dinar emas, dulu ia pernah dipertikaikan. Namun hari ini, telah terbukti ia adalah matawang paling rasional untuk digunakan. Nilai emas sukar dan tidak jatuh. Berpegang pada sunnah nabi pasti selamat. Ini baru satu perkara yang mungkin kurang besar jika nak dibandingkan dengan yang lain. Banyak lagi perkara lain termasuklah pentadbiran. Saya pernah membaca sejarah yang dahulu manusia lebih suka beraqidahkan pemikiran kuffar. Baik dari sudut ekonomi mahupun pengurusan. Entah apa istimewanya di sana, saya pun pelik. Yang ada hanya kehancuran secara perlahan-lahan.

Kami duduk di sekitar Jannatu Zuhri. Mencari kerusi lentur bulat yang paling selesa untuk dijadikan tempat berukhuwwah, atau spesifiknya makan. Kerusi yang dihiasi dengan arkiteksi islam yang penuh dengan corak dan bunga. Hasil ukiran dari Moroccow.

"Khair, sambung diskusi kita tadi. Kita kena siapkan secepat mungkin tugasan ni.."

"Isk, makan la dulu.." Jausyan menegur. Saya hanya telan liur.

"Berbalik kepada perbicangan kita tadi dan sambil makan pula, teringat pula satu perkara yang pernah berlaku pada waktu Perdana Menteri kita tue.. "

"Kenapa?"

"Pasal RFC yang ada sekarang, dulu pernah terjadi satu peristiwa.."

Jausyan terus membentangkan kejadian yang dikajinya..

Cerpen: 24434 (2)


3 Februari 2010

"Ketahuilah wahai muslimat sekalian, bahawa kamu adalah penggerak dan pemegang panji-panji agama. Kamu dikurniakan pemerhatian yang teliti dan memiliki ketelitian yang rapi. Maka bila mana Islam dipertikaikan seperti mana yang dilakukan oleh Sister of Islam, maka kamulah yang akan menjadi wakil agama untuk mempertahankan kebenaran."

Dewan yang dinamakan dengan nama sultan arab itu seakan bergegar. Bergema dengan ruh baru. Kedinginan malam itu kelu tidak dihiraukan. Semua peminjam mata tertumpu pada ayat-ayat yang seterusnya.

"Contohilah muslimat yang ana kasihi kerana Allah sekalian seperti mana Asmak bin Yazid, menjadi seorang yang cerdas dan bijaksana. Mahupun Ummu Hakim, yang ketika mana perang. Menjadi muslimat pilihan yang mana apabila dalam keadaan yang memerlukan, dia mencabut tiang khemah dan membunuh 7 musuh Allah pada ketika itu. Inilah yang diharapkan pada muslimat sekalian. Bukan sekadar bunga yang indah dipandang, tetapi juga berduri yang mampu mempertahankan agama dan sentiasa bersiap sedia.."

Azam disematkan. Kata-kata dari pemuda itu dihadamkan. Dia pemuda yang bermatlamat. Dia pemuda yang berdisiplin. Rasanya sikapnya seperti selalu dilihat pada sajak-sajak pemuisi dara. Tegas pada agama, namun berhemah pada dunia. Dia memang laut berpantaikan gula. Manis saja senyumannya.

"Akhi, esok ada program lagi kan?" Tanya sahabatnya, sejurus selepas tiba di bilik. Biliknya yang sentiasa kemas dan katilnya yang bercadarkan bunga mawar ungu itu sekali imbas seakan bilik perempuan pula.

"Yup. Kenapa ya? Ada apa-apa?" balasnya ramah.

"Tak ada apa-apa. Saja tanya, sibuk macam Perdana Menteri pula. Hehe." Daniel mengusik dengan loghat kedahnya.

Dia tersenyum.

"Tapi...."

"Tapi?"

"Macamna enta boleh uruskan masa ya? dan juga tak letih serta bosan dengan semua ni..?" Itu soalan yang sebenarnya..

" Hurm.. sebab tu la matlamat kita kena jelas.." Ulasnya sambil duduk di meja belajarnya.

"Sultan Muhammad Al-Fateh telah dikhabarkan dan diyakinkan dari kecil lagi bahawa dialah pemimpin yang disebut dalam hadis nabi untuk membuka Kota Konstantinople. Maka dia terus berusaha siang dan malam. Belajar bahasa-bahasa asing, mengkaji struktur pelan kota tersebut dan pelbagai lagi usaha demi untuk mencapai matlamatnya.."

"(Haa.. kan dah kena ceramah..).." Hati Daniel mengusik.

" Kita selalu membazirkan masa dan gagal menguruskannya sebab matlamat kita tak jelas.. Jadi kita akan terus terawang-awangan di impian kita.."

"Owh, ok.. macamtu.. Jadi, sebab kita tak nampak matlamat dan tujuan kitalah kita gagal urus masa dan lemah semangat ek?" Daniel cuba memperjelaskan fakta.

"Yup, betul.." Dia tersenyum.

"Tidurlah, esok enta ada kelas awal pagi.." Dia menyambung. Quran terjemahan Darul iman ditangannya dan dibuka malah dibaca. Dia membaca walaupun telah menjadi al-hafiz. Al-hafiz pada hati. Bukan sekadar nama seperti pada kebanyakkan orang. Hafaz kemudian 'terlupa untuk mengulang'. Alasannya sibuk.

Daniel hanya memandang.

"Al-mulk dapat menyelamatkan kita dari siksa kubur. Nabi yang mengingatkan kita macam tu" Teringat kata-kata sahabatnya itu. Dia juga teringat bagaimana ada satu video, bagaimana seorang yang suka membaca al-mulk digali kuburnya. Mayatnya tidak reput walaupun telah bertahu-tahun ditanam.

"Matlamat...." Daniel terus termenung. Sabatnya itu memang sorang yang bermatlamat. Yakin dan bercita-cita besar. Tercatat di papannya yang berwarna putih dibalut dengan kertas warna merah muda;

Jadual kehidupan

Umur 25: Lulus ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
Err.. Mencari buah hati dan melayar bahtera.
Aktif dalam perjuangan islam di kawasan sendiri

Umur 28:Menunaikan haji dan umrah di Baitullah

Umur 30: Berjaya menjadi pengurus kewangan yang berjaya.
Menjadi wakil rakyat

Menjelang umur 40: Menjadi Perdana Menteri yang membawa Islam.. InsyaAllah =)

Umur 63: Syahid kerana Allah atau hidup untuk terus berjuang.

"Lengkap perancangan hidupnya.." Puji daniel dalam hati. Sejenak matanya diberatkan dan terus tidur dengan nyenyak. Malam pun kian menggelap.

Sunday, October 11, 2009

Cerpen: 24434


19 Oktober 2097

Ini sebuah cerita. Sejarah sebetulnya. Berpuluh-puluh tahun yang lepas. Saya tidak tahu dia perdana menteri ke berapa. Ntah la. Tapi ada yang mengatakan beliau menjadi perdana menteri yang ke 2 selepas Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dulu. Sekitar tahun 2022 dulu. Tapi ada juga yang mengatakan beliau adalah perdana menteri yang ke-9.

"Bapa Pembukaan" atau "Bapa keagamaan"

Itu gelaran dia. Bapa pembukaan, sebab dia yang membuka Malaysia ni dari maksiat dan macam-macam lagi perkara yang pelik-pelik. Mengislahkan Malaysia. Membuka Malaysia. Dikatakan dulu ada macam-macam. Sekularisme, Hedonisme, Liberalisme, dan macam-macam lagi. Mungkin seakan cerita hantu yang menakutkan. Saya lebih suka bercerita tentang dia. Mungkin kerana namanya yang sama macam saya. Mungkin juga nama ini diberikan agar hati saya sama sepertinya.

Dan ini tugasan sebenarnya.

"Saya minta kumpulan 1 tolong baca tentang sejarah PM kita ni dan kemudian bentangkan dalam kumpulan. OK?" Arah Cikgu Hassan.

erm.. masih terngiang di kepala. Malas sebenarnya, dah la hari Sabtu. Tapi ini adalah amanah. Maka untuk bincang perkara ni. Kami bercadang untuk berdiskusi di bawah pohon Sakura esoknya. Kumpulan kami ada 3 orang semuanya. Saya, Rifhan dan juga Jausyan.

Vinatta cafe. Vinatta, bahasa Icelanding dari negara Iceland. Sedap bunyinya dan maksudnya. "Persahabatan". Maksud yang memberikan makna mendalam.

Kami menunggu Jausyan. Agak lambat, dan keadaan semakin membosankan. Kopi radix yang mengandungi 7 campuran herba itu telah dikacau berkali-kali bagi memenuhi masa. Membuang masa sebetulnya.

"Lambat, dan sekarang ni panasnya cuaca. Letih.." Rifhan mengeluh. Jarang dia mengeluh, mungkin terkeluar.

"Jangan mengeluh, mengeluh itu kan kebiasaan jahiliyyah. Bersabarlah, mungkin dia ada masalah."

"Opss, maaf. Benar Imam Hassan Al-Banna yang meletakkan berlapang dada adalah peringkat serendah-rendah ukhuwwah. Dan berbaik sangka adalah salah satu darinya.. Moga-moga dia tak menghadapi apa-apa masalah. Hurmm.." Rifhan berdoa.

"Yup, juga ada sabda nabi yang mafhumnya. Jauhilah bersangka. Kerana sangkaan itu adalah seburuk-buruk perkataan. Kan quran menyebutkan agar kita menjauhinya."

"Haa.. padan muka aku. Dah kena ceramah!" Hati Rifhan menuding diri sendiri.

Dari jauh kelihatan Jausyan. Segak dalam vest kelabunya berkain campuran Pashmir dan kapas. berseluar dan berkemeja hitam. Tersenyum simpul. Senyumannya manis, bergula.

"Maaf, cybertron rosak tadi. Tak sengaja." Meminta maaf bila sememangnya bersalah.

"Tugasan?"

"Alhamdulillah, saya bawa apa yang sepatutnya. hurm.. Saya dah cari apa yang berkaitan dengan beliau semasa zaman remaja dan universiti. Err.. maksud saya Pm kita tu. Aktif dalam gerakan mahasiswa dan mempunyai matlamat yang jelas. Amat tertumpu tentang itu. Dalam masa yang sama, saya dapat mengkaji tentang gerakan mahasiswa dan yang berkaitan." Jausyan mengambil tempat.

"Gerakan mahasiswa? Menarik! " Rifhan menunjukkan minat. Meraikan sahabatnya.

"Yup, cumanya sekarang kita dalam keadaan aman. Dulunya mereka tidak diberikan peluang dan kebebasan sepenuhnya. Tapi mungkin itu dapat dibincangkan kemudian. Sekarang saya lebih tertumpu kepada flow cerita hidupnya. Ini maklumatnya.." Ujar Jausyan sambil memilih menu menggunakan robot pelanggan.

Kami membelek maklumat dari skrin hologram. Dan ceritanya begini..


Bersambung nanti..
(sambung.. ngantuk pulak.. best ke cerita ni?.. ~ )

Thursday, October 1, 2009

My family.. :)

Bergambar tym raya, x dapat tulis bnyk.. tgh nak exam, nnti edit :)

Keluarga kesayangan jiwa, raga, dan qalbu...


Hati- hati yang bertaut...

Wednesday, September 16, 2009

Menunggu hadapan..


Pada awal puasa, sahabat saya, Nadwan dulunya pernah berkata..

"Jika seandainya kita pernah melalui training-training sebelum ni.. untuk melatih kepimpinan dan kepakaran.. Maka ramadhan adalah training kita yg sebenar.. " 'Abdtrain".. latihan kehambaan. Yang mana jangka waktunya adalah sebulan. Lalu prosesnya sama, seandainya kita bagi commitment yang sebenar2 nya.. maka kita akan dapat objektif program tersebut.. Taqwa dan malam penganugerahan lailatul qadr.."

......................................................................

Helaian kalendar mempamerkan bahawasanya sekarang, sudah masuk 10 malam yg akhir. haa?? Arrgghh! Rejuvenasi diri yang kurancang sebelum ni belum menjadi. Lalu bagaimana sih?

Haha. Aduh, saya rasa kecewa bangat kali ini... Kamu bagaimana? Berjayakah?
Bulan ramadhan terlalu banyak kelebihannya. Rasanya tidak perlu untuk dituliskan di sini. Seandainya hari-hari sebelum, kita sukar untuk bangun qiamullail, tapi semestinya kita akan bangun untuk sahur kali ni. dan kita pasti dapat mencari (bukan mencuri, mencuri haram disisi islam) sedikit masa untuk sembahyang 2 rakaat. Tapi konsepnya tetap sama. Jika kita nak, mesti kita dapat. Maka terpulang pada diri masing2.


Saya amat kagum dengan seorang akhi kita yg saya kenal sejak dia lahir, namanya Ahmad Jausyan Baqiri, baru berusia 10 tahun, namun tidak pernah meninggalkan qiamullail walaupun sekali dalam bulan ramadhan kali ini. SubhanAllah..

Erm, Ada satu lirik lagu dari kumpulan 786:

"so many times i feel You in my heart
and i just wanna take it from the start
so please hold my hand today
cause i can feel it fallin away
fallin away
Allah will show me the way"

huhu. rasa macam nak start puasa ni dari mula balik je. Banyaknya masa yang disepikan. Kerana itu nabi sebut.

"Man soma imanan wahtisaban ghufiralahu ma taqaddama min zambih"

Imanan kah jiwa ini? Ihtisaban kah diri ini?

Isk, masih sempat? Boleh2. InsyaAllah, selagi ada masa. Selagi tu kita kena usaha. Saya teringat dengan satu message yang saya dapat.

"Ustaz, semoga sama2 dapat usaha untuk 10 malam yang terakhir ni dan dapat membawa perubahan kepada diri"

Terima kasih2. Hehe. Walau pun saya tak pernah menjadi ustaz, ataupun masuk ke maktab perguruan untuk mengajar. Terima kasih banyak2 kerana memberi sokongan itu.
Mari, kita terus tadah percikan ramadhan yang masih ada. =) Selamat beribadat.

(Menulis sebentar sebelum menungggu sahur)

Namun, saya masih merindukan ramadhan tahun hadapan..~

Tuesday, August 4, 2009

Kesibukan yang membingit


Bulan ini kesibukan semakin menghujani, seakan-akan lebat yang tidak akan berhenti.
A night with Mrc, Ehya ramadhan, Leadtrain, Fargather, dan I-merce seakan-akan menjadi nasi yang lazat dipandang mata. Saya seakan mahu ketawa, Ekosistem pula hidup seakan sudah berubah. Sekarang pun saya sedang menulis pada pukul 3.53 pagi sambil menunggu kain dibasuh dan masa untuk berqiamullail di masjid, disusun di bawah biah solehah campaign.

Saya selalu mengingatkan sahabat-sahabat tentang masa pada dahulunya, namun ia amat sukar dalam dunia realitinya.. satu artikel yang pernah saya tulis dahulu..

http://untaiankehidupan.blogspot.com/2008/11/akhi-masa-itu-milik-allah.html

Saya pada nama, mungkin seorang hafiz. Tetapi kini saya sedar bahawa benarlah al-quran itu amanah yang berat..

Amanah yang banyak,
Ibadah yang kurang,
Mati yang hampir..

wah! rasa macam nak pengsan pula.. haha. Biarlah, mungkin hobi saya suka bekerja. Dan saya akan terus bekerja demi Islam insyaAllah.. sehingga Islam benar-benar tertegak =) Takbir!

(Merenung kerana merasa kekosongan sebentar)

Wednesday, July 22, 2009

ISA - Ini pandangan saya

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA

Sebuah akta keselamatan yang amat saya benci. Jika ada yang mengatakan yang menyokongnya adalah dari pihak kerajaan. Dan yang membangkangnya adalah dari pihak pembangkang. Maka saya menulis dan mengulas dari pandangan saya sebagai mahasiswa sendiri.

Menurut maksud Isa yang saya ambil dari wikipedia Bahasa Melayu:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_Malaysia

"Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. [perlu petikan]

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam"

Saya melihat pada 2 benda..

1) "Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya."

Islam mengamalkan prinsip keadilan yang terlalu teliti. Tidak dijatuhkan hukuman sehingga dihakimi dan dibuktikan bersalah. Kita lihat bagaimana kisah Sayyidina 'Umar, bila mana dia syahid dibunuh. Anaknya mengejar pembunuh tersebut dan kemudian membunuhnya, sedangkan pembunuh belum dihakimi. Anak sayyidina 'Umar kemudian juga perlu dihakimi tetapi dimaafkan oleh keluarga pembunuh tersebut. Begitu juga kes yang lain seperti zina dan sebagainya..

Bukankah terang-terang akta ini zalim? tiada pembelaan?

Begitu juga dengan perenggan di bawah..

2)ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam"

Haha. Satu alatan.. Bagusnya. Dan manusia yang bernyawa dan mempunyai keluarga yang menjadi mangsa.

Bukan saya sahaja yang mengatakannya. Tapi orang yang paling jahat juga mengatkannya kejam. Betul!

(Dari laman yang sama) Luar negara:

"Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot selepasnya."

Bush pun mengkritik pada mulanya. Haha. Adakah kita ni lebih kejam dan jahat daripada Amerika?

Secara logik akal. Penahanan tanpa bicara adalah akta yang terlalu kejam. Tidak ada sikap syak dan terus tangkap.

Kita lihat siapa penciptanya?

"Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling[1] pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.[2]"
Sah! Kita mengikuti undang-undang ciptaan barat yang tidak ada lansung kaitan dengan islam malah tidak praktikal dan rational.

=)

Ada yang bantah? hehe. Mungkin bila mana ayah atau adik dia, mungkin kakak, atau isteri.. Kena tangkap tiba-tiba. Tanpa sebab, hilang keluarga. Baru nak sedar kot. ~

Atau diri sendiri yang kena tangkap, dan kita tau kita memang tak bersalah. Nak bela diri tak boleh.
"Kamu diam! Kamu ditahan!"
Aik, macamtu ja? macamna kita nak bagitahu yang kita tak bersalah? Jika sekadar syak, dan prasangka terus menyebabkan seseorang dizalimi.

Saya tegaskan, Akta yang kejam ini perlu dan wajib dihapuskan! Dan pihak yang berkenaan beranilah untuk "berlawan secara adil".

Ini pandangan saya. Boleh beri pandangan anda..

Kopitiam Islamik.

Ini kisah benar.

Dulu saya selalu berfikir dan mengimpikan ada sebuah restoran yang islamik.. ~
Bila la nak ada? dan kadangkala memang ada.. tapi tak seperti yang saya bayangkan..
Sehingga tertulis satu kisah yang sahabat saya tulis..

http://untaiankehidupan.blogspot.com/2009/03/cerpen-24434-4.html

Sehinggalah hari ini..

Saya datang ke sebuah kopitiam di kulim.. "Mai kopitiam" wah, cantik suasana di dalam. Ucapan salam dihulurkan oleh tokey restoran. Kami dijemput duduk. Pelbagai juadah disediakan. Kebanyakannya masakan cina kerana tokeynya cina muslim. Saya benar-benar teruja. Amat menarik dengan harganya yang berpatutan. Mee wantan, nasi rumpai laut serta pelbagai menu yang saya jarang mendengarnya. (jangan risau, semuanya halal). Saya memesan hazelnut coffee.

Sementara menunggu hidangan siap. Kami sekeluarga berbual-bual. Biasalah, keluarga bahagia.
Saya perasan sepanjang kami di sini, lagu-lagu nasyid dipasang. Dari lagu mutiara hati, opick-alhamdulillah, ungu-andaikutahu, unic dan lain-lain. Saya sekali lagi teruja.

"Di sini memang pasang lagu nasyid ya abah.." Saya bertanya.

Ayah saya membalas sambil tersenyum.

"Memang pun, kalau tak pasang nasyid, dia akan pasang quran"

Wah! Untuk kali ketiganya saya teruja sekaligus kagum. Bukan senang nak jumpa kedai yang ada pasang quran di dalamnya. betul kan? Malah ada juga program yang akan dilaksanakan oleh tokeynya kerjasama dengan perkim bagi mendidik pekerja-pekerjanya untuk membaca al-quran.

Saya kagum hingga pulang ke rumah. hehe. Teruskan tokey! saya akan menyokong selalu. (makan di situ selalu).

P/s: jemputlah datang ke rumah. InsyaAllah, ada kesempatan saya bawa melawat kedai tu.. (Bangga menjadi orang kulim! ^^)

"SibghatAllah, waman ahsanu minAllahhi sibghah?"

Monday, July 20, 2009

Islam dan kita.


Ada sebuah rumah, cantik.. kemas. Penuh kebahagiaan. Seorang anak dan seorang ayah. Rumah di tepi pantai. Sayu dan dingin..

Perlindungan yang lengkap. Rumah yang menanugi di tika panas. Jua di kala sejuk dan dingin.

Ayah, bekerja. 1 Tugas.

Anak, belajar, 1 tugas.

Suatu ketika, Ombak melanda.. kuat.. menghancurkan setiap yang ada. Rumah yang dimiliki, hancur berkecai..

Ayah dan anak sampai di rumah, terkedu melihat segala.. perlindungan sudah ranap..

Masa berlalu..

Ayah, dua tugas.. bekerja makan gaji.. menyiapkan sebuah rumah bagi perlindungan yang baru..

Setiap kali si anak pulang dari sekolah, dia akan melihat ayahnya penat lelah menukang untuk menyiapkan perlindungan mereka..

Wajarkah si anak hanya melihat?

Ini analogi.

Dan itulah analogi kita, dulu kita ada khalifah yang menaungi. Memberi perlindungan bagi setiap muslimin dan muslimah. Namun sekarang, perisai itu telah hilang. Maka ketika mana mereka yang lain berjuang demi Islam. Wajarkah kita hanya melihat?

Menunggu sehingga rumah disiapkan?

Sahabat-sahabat, amanah dan tugas kita kini sudah bertambah.

Maka, seorang yang mempunyai dua tanggungjawab tidak boleh bersikap seperti dahulu. Belajar dan bermujahadah untuk islam. Kita perlu membahagikan masa untuk itu. Saudara-saudara kita yang semakin ditindas di Palestin, Iraq, Indonesia, malah yang terkini di German.

Bukankah begitu? ;)

2 tugas dan amanah..

Dan kita bukan mereka yang hanya melihat..

Wednesday, April 1, 2009

Langkawi: Satu kenangan..

Salam, jom kita pi langkawi? Ada program..." Haq mengajak.

"Boleh ja.." Saya membalas sambil meniru gaya kakak haq.

"Tapi kita pi awal la.. boleh jalan2 dulu kat Langkawi" Saya teruskan kata-kata.

Maka bermulalah perjalanan kembara sufi.Syafiq dan Amirul atas feri..


Muntaqim sedang bergaya..

Inilah Pulau Tuba ;)

Ahli-ahli Fc yang mantap. =P

Asrama..


Adik2 Program.

Sebelum balik..