Dalam denai kasar mencari syurga, aku ingin terus menjadi hebat. Namun cuitan mesra kadang terasa ingin selalu menyapa hati. Sahabat, bantuku selalu menjadi lelaki soleh..
Iman yang dirasakan lemah, gerak kerja yang berpiramid, study yang berselirat, ilmu dan pembacaan yang belum selesai, ibadah yang saya terus menerus berfikir bagaimana untuk menambahkannya, diri yang perlu saya sentiasa menjaganya walaupun kerap gagal, serta segala-galanya yang saya, dan mungkin juga kamu, mahukan ianya tersusun indah seakan pelangi membawa saya ke satu impian.
Kembara diri..
InsyaAllah dengan kembara ni, mungkin dapat saya lihat celupan-celupan Allah yang dapat mewarnai jiwa. Malah yang lebih, impak kepada yang berlaku zhalim, maka ia dapat menyusun diri. Hehe, ia sekadar keinginan.
Rasa ingin ada perasaan menaiki tren, dan memandang ke luar tingkap dalam pemandangan yang indah.. menulusuri yg cantik..
Melihat castle di bukit.. atau pemandangan kota venice.. ke Turki, ataupun Paris.. mungkin juga jalan hutan yang hijau.. ditambah pula dengan hujan rintis-rintis. SubhanAllah, bestnya.. sambil berzikir, dan mencari ilham untuk menulis.. rasa seperti diri dalam novel pula. hehe.
Saya menganalis, lakaran diri saya ibarat dua. Dr Jackyl and Mr Hide. Pernah baca? Seorang yang baik, dan seorang yang jahat. Saya juga begitu.. Ada masa, saya mampu untuk menggembirakan orang dengan baik, ceria di sekeliling, berkomunikasi seakan hujan, malah yakin dengan diri, seakan saya ini wakil rakyat. Ada waktu, saya ini sepertinya penjenayah termurung, berwajah yang memuramkan, dilihat sombong, sering menyakitkan, malah melukakan. Ada detik, saya rasa tenang dan damai, syurga di tepi, sudah cukup segala-galanyanya. Rasa dekatnya diri dengan Tuhan. Ada saat, saya rasa benci dengan diri, berbau dengan maksiat, kotor, lemah dan menjijikkan. Saya suka menjadi masa dan detik, dan menangis untuk tidak menjadi waktu dan saat. Saya takut untuk menjadi Mr Hide. Bila mana terjadi, rasa ingin terus mncari impian ini..
Rasa ingin ke taman botani, erm, mungkin juga Wetland, Putrajaya.. Dalam diri, ada perasaan cintakan tumbuhan, kerana itu salah satu cita-cita ialah membuka ladang betik. Usaha di bawah teduh dan damainya ciptaanNya. Mungkin terpengaruh dengan "Tunggu teduh dulu". Tumbuh-tumbuhan memang menyegarkan dan menyedarkan.. Ditambah jika ianya di tepian sungai, deruan air pasti menjadi irama terindah. Mungkin juga kerana itu saya suka membaca National Geography serta menatap gambarnya.
Ini rasa yang pertama yang saya ingin sebenarnya. Saya suka melihat masjid serta berada di dalamnya. Lapang, dan seakan punya segala2. Saya ingin ke masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid di China, masjid di Russia, di Chechnya, masjid di Turki, di Cordova yang punya nilai sejarah, masjid Putrajaya, masjid Darul Quran, serta di mana-mana masjid. Bukanhkah ianya amat menyenangkan? Cukuplah nanti, saya ke Masjid Wilayah yang rekaannya amat mengagumkan seakan masjid di turki, beriktikaf dan dhuha di dalamnya pada awal pagi. Pasti syahdu dan mendodoikan.. Setiap kali saya melihat dan pergi, pasti meninggalkan kenangan dan rindu yang mendalam.
Rasa ingin berada di tepi pantai, ataupun pelabuhan pada malam yang disimbahi lampu perang yang memorikan. Kerana ia mengingatkan saya pada satu nama dan senyuman. Juga mungkin bedar sukma bisu. malah lawatan kelas 4 ku dahulu. Dan yang dirindu, keluarga tercinta. Merasai anginnya dan suasananya seperti berada di dalam satu cerita. Seperti satu bahagian yang saya suka dalam 1515. Dan segala perjalanan yang pernah ada.
Ahah. Seakan ingin lari dari masalah. Cuma ingin meneroka alam dan rasa di tempat yang berlainan. hehe, ermm... ingin bersama dalam mesra sebenarnya, mencedok tenang damai yang Allah kurniakan, dalam hiruk pikuk hati ini. Berjalan dan terus berjalan...
Dan segala syahdu ini, ku tahu akhirnya.. tidak dapat mengatasi kedamaian, kedinginan, dan sapaan lembut syurga, janji Allah yang sering menyisir lembut.. Allah...
-
xda apa yang menarik pun dgn masjid putrajaya. masjid tu hanya tempat untuk orang melihat-lihat dan bergambar je. kawasan masjid putrajaya yg cntik tu pun dah dicemari dgn maksiat di waktu malam. tempat tu hnya dipenuhkan untuk solat pada waktu solat jumaat je.
ReplyDeleteowh, ye ke.. sayangnya.. ~~ x apa, alhamdulillah, banyak lagi masjid.. erm, jika mati, insyaAllah kita boleh hidupkan..
ReplyDeletenak tengok tumbuh2an ek? jemputlah datang sabah..insya ALLAh..tercapai..banyak lagi hutan kat sabah..hehe
ReplyDeleteWah!! jemputan khas ke sabah..syukran2.. insyaAllah, nanti ana pi..buat rumah terus dalam hutan tu..hehe..
ReplyDeleteWah!! jemputan khas ke sabah..syukran2.. insyaAllah, nanti ana pi..buat rumah terus dalam hutan tu..hehe..
ReplyDeleteWah!! jemputan khas ke sabah..syukran2.. insyaAllah, nanti ana pi..buat rumah terus dalam hutan tu..hehe..
ReplyDelete