Followers

Letakkan link blog anda =)

Thursday, December 17, 2009

Hijrah.

Salam Maal Hijrah untuk semua, hijrah itu pahit, tetapi amat manis.

Saya sudah amat mengantuk, namun satu muharram ini merupakan detik yang amat membungakan. Entah mengapa, bukankah 1431 tahun yang lepas Rasulullah bersama sahabat, sahabat.. Figure-figure yang terlalu hebat dan amat saya kagumi kemantapan sedang bersusah payah dan berada dalam satu peristiwa besar? Yang akhirnya implikasinya juga besar, betul?

Maka apakah niat dan keinginan perubahan kita? Ada? hurmm..

Niat.
Berubahlah menjauhi maksiat.. (peringatan berkarpet merah untuk diri sendiri)

Terbayang bulatan belajar (study circle) di satu ketika..

"Apakah objektif kita untuk program ni?"

"Dakwah, peringatan kepada yang lain, ilmu"

"Maka, apakah dalam usaha ini disertai dengan maksiat? Ini sonsang namanya.. "

"Maksudnya?..."

"Dalam kita bergerak kerja untuk ISLAM, tawa ceria muslimat yang menjadi penghibur, bersama dalam kerja rasanya. Dalam melaksanakan sesuatu perkara, tenaga kerja yang menjadi penggantungan utama, sedangkan Allah sebagai penentu. Tahu, tetapi seakan tak mengerti. Apakah kita yang memberjayakan atau Allah? Kita nikmat dengan mata yang kita ada, rasa dan leka yang kita suka.. tapi, kita sedang dalam melaksanakan tugas kita, program yang tujuan akhirnya kita canangkan untuk Islam.. Benarkah? Bukankah Allah yang meramaikan sehingga melaut manusia, juga menyikitkan sehingga hanya seorang yang berdiri tunggul?"

"Untuk islam, namun bersamanya maksiat.."

"Bertaqwalah.."

Ramai orang yang rasa letih dengan kerja islam yang dibawanya. Namun, adakah kita sedar asal keletihan kita. Mahupun, adakah keletihan ini bernilai? Atau kita sebenarnya sudah jauh tersasar niat dan tujuan, malah pergantungan..

Maka setiap orang ada turning point masing-masing. Ada yang menjadi tabah selepas masalah, yang terus malas selepas gagal menggalas, yang berani selepas berdiri, malas yang curam berubah selepas mendapat hidayah.

Begitu juga dengan yang di atas, untuk menjauhi maksiat, perlu ada turning pointnya. Mungkin di saat tiba-tiba mita bertegas dengan diri sendiri, atau saat kita bergetar menahan gelora diri. Namun, itu titik manisnya..

Apa turning point kita? Dan ke arah apa kita ingin berubah?

Pejamlah mata, bayangkan.. dan Senyumlah.. Itu target perubahan kita.. ;) dan kita sedang mencari turning point untuk itu..


Yang pasti, satu tekad. Aku akan berubah ke arah kebaikan. Terus berubah!

p/s: Segunung tahniah kepada pasukan kebangsaan yang berjaya memiliki pingat emas dalam perlawanan bola sepak selepas 20 tahun menanti. Satu detik yang amat bersejarah untuk hari yang amat bermakna, 1 muharram! Perubahan hijrah kejayaan yang sangat mengagumkan untuk pasukan Malaysia! Tahniah, dan teruskan berhijrah! =)

No comments:

Post a Comment