Picture by ~Kuna-Aayla-Secura of DeviantArt
****
Apalah gunanya kita bangga dengan apa yang kita ada sekarang.
Bukankah hidup ini seperti pengemis yang mengemis?
Pengemis yang hina.
Tapi bangga. Terlonjak-lonjak gembira.
"Aku ada duit. Haha."
Menunjuk-nunjuk apa yang telah didapati kepada semua orang.
Duit syiling yang hanya tak seberapa dalam mangkuk kosong yang usang.
Bukankah itu hasil pemberian?
Dan itu lah apa yang kita banggakan selama ini.
Kerana kita hanya pengemis.
Pengemis yang hina.
Mengemis dari Allah.
Mengemis cinta.
Mengemis rahmat.
Mengemis ihsan.
Mengemis segala-gala.
Bukankah segalanya Allah yang beri?
Dan segalanya hanyalah pinjaman.
Esok, lusa. Allah boleh sahaja mengambilnya.
Mengambilnya kembali.
Bila-bila sahaja yang Dia mahu.
Sebagaimana seorang peminjam meminjam.
Berbangga dengan apa yang dimilikinya.
"Aku ada kereta besar. Aku hebat. Darjat aku lebih tinggi."
Sedangkan ianya bukanlah miliknya.
Tak malukah?
Apalah hebatnya kita.
Sifat kepimpinan, pangkat, bakat, terkenalnya kita, harta, dan semua yang kita miliki.
Semuanya milik Allah.
Semuanya Allah yang beri.
Apa yang kita nak banggakan?
****
"Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal).-Ibrahim 38.
No comments:
Post a Comment