~Merdeka adalah ketenangan. Tiangnya taqwa, bumbungnya iman..~
Calmed by GeorgiaPeaches of DeviantArt.
****
Si kecil melaung kuat. Gembira.
"Merdeka! Merdeka!"
Seronok mengibarkan bendera yang beralun apabila ditiup angin.
Kata orang, kita merdeka tahun 1957. Itu saatnya. Ada pula yang kata. Eh,kita belum merdeka lagilah. Tengok anak-anak muda. Rambut cacak berceracak. Pakaian pula perlahan-perlahan semakin hairan.
Kata mereka minda kita masih dijajah. Dijajah oleh si penjajah yang berlagak gajah.
Maka,
apa erti kemerdekaan itu sebenarnya?
Kemerdekaan itu ada dalam diri kamu.
"Change to good is not a crime rite?"- Hlovate.
Bilal bin Rabah seorang hamba. Dibakar di atas panas jalan yang perit. Ditindih dengan batu yang menghimpit.
Tapi, di hatinya hanya ada Allah.
Sumayyah, juga seorang hamba. Memegang takhta wanita pertama Syahid. Tidak cemburukah kamu akan dia? Walau disiksa satu keluarga.
Yassier si ayah, dan anaknya si Ammar.
Kerana apa? Kerana di hatinya hanya ada Allah.
Lalu terfikir, bagaimanakah dapat sampai ke tahap itu? Tahap petala tertinggi, yakni bila iman merajai jiwa.
Mulakan langkah pertama untuk ke situ,
Bebaskan dirimu dari hawa nafsu!
Apa yang nafsu jajahkan?
Bukan mereka-mereka yang bermasalah sosial sahaja yang dijajah. Orang-orang yang menggelarkan diri mereka 'pendakwah' juga masih banyak yang dijajah.
Betul.
Tengok, berapa ramai yang bangga dengan kerja dakwah mereka? Yang memberitahu semua tentang ceramah yang mereka sampaikan. Yang merasa hebat atas orang lain.
Yang ingin diiktiraf manusia usaha mereka.
"Aku yang buat tu sebenarnya.."
"Isk, nak kena bagi ceramah pula jap lagi.."
Kerana nafsu menjajah atas jawatan. Mnginginkan pangkat. Menyuruh melihat kepada ketinggian.
Ya, orang yang masih bersikap demikian belum lagi merdeka sebenarnya.
Yang pandai, mahu terus digelar si pandai.
Sama juga harta. Keinginan yang meluap. Kemalasan. Makanan.
Nafsu, keinginan untuk membuat maksiat. Nafsu, keinginan untuk memperbanyak semua yang sedia ada. Nafsu, yang tak mampu tertahan-tahan lagi untuk dilepaskan.
Dari nafsu yang mencengkam, akan terus membawa kepada mazmumah yang hitam.
Hawa nafsu adalah pemulanya.
Semuanya adalah askar cerobohan keinginan.
Rakus.
Merdekalah darinya!
Lihat mereka yang merdeka.
"Aku rela menjadi penyapu sampah, asalkan Islam tertegak di bumi ini.."-Imam Hasan Al-Banna.
Orang yang begitu hebat bicara dan tatapannya. Tapi ini bicaranya. Kerana dia sudah mengibarkan bendera kemerdekaan. Di jiwanya sudah dipenuhi mekar dan harum iman.
Semuanya, hanya kerana Allah.
Ramai yang menderita rasa walau negara sudah merdeka. Begitu juga sebaliknya, ada jiwa yang tenang walau sedang ditindas. Walau sedang dipenjara.
"Antara ciri tawadhu adalah mencintai kedudukan yang lebih rendah dalam satu majlis"
Sungguh, Sayyidina 'Ali lebih hebat orangnya. Jauh berbanding kita.
Lihat 'Abdul Rahman bin Auf dengan hartanya. Lihat para sahabat.
Ya, ini lah dia kemerdekaan pertama. Kemerdekaan yang seharusnya kamu dapat. Dengannya, kamu terus membina negara taqwa di dalam jiwa.
Ini kemerdekaan pertama.
Kemerdekaan dari hawa nafsu di dunia.
"Maka adapun, orang yang melampaui batas-37
dan lebih mengutamakan kehidupan dunia-38
maka nerakalah tempatnya."-39
"dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya."-40
"maka sungguh, syurgalah tempatnya."-41
Sudah merdekakah kamu?
Kemerdekaan yang kedua.
Di saat cemas. Di saat gementar. Di saat menggigil. Di saat ketakutan.
Api yang menjulang. Yang membaham. Yang menghancurkan lagi meremukkan. Penuh dengan lolongan manusia.
"Wahai si fulan bin si fulan, bergembiralah kamu. Sesungguhnya kamu terlepas dari siksa api neraka Allah. Sungguh, siksa Allah amatlah pedih.."
Allah...
Pelepasan dari api neraka.
Bukankah itu sebenarnya kemerdekaan yang hakiki?
Ini kemerdekaan kedua.
Kemerdekaan dari api neraka di akhirat kelak.
" كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُور "
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat
kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [Ali-Imran : 185]
Dan ini kemerdekaan sebenar yang kita benar-benar cari.
Sekarang, buka kurungan itu.
Lepaskan ia.
Biarkan merpati putih iman itu terbang bebas.Sehingga ia dapat terbang bebas. Dan seiring ketenangan itu, laungkan sekuatnya..
"Merdeka!"
No comments:
Post a Comment