Followers

Letakkan link blog anda =)

Sunday, September 5, 2010

Untuk sahabatku bakal seorang doktor.

~Dari cinta kepada Cinta~
A Patient . . . by ~Sha59-Ananii of DeviantArt

****

"Best tak kalau dapat jadi doktor?"

"Best.."

"Sebab apa?"

"Sebab boleh cucuk orang. Haha."

"Cehs~"

Memang ada orang nak kena cucuk.

****

Saya berjalan dalam hospital. Nampak banyak sangat pesakit. Pelbagai penyakit. Dan semuanya nampak amat mengguris dan menorehkan hati.

Dan semuanya nampak sangat sibuk.

Nurse berada di katil-katil melayan pesakit. Dan doktor pula bergerak ke sana sini memberi khidmat.

"Mesti payah kan kerja di hospital ni?.."

Melayan perasaan seorang diri. Semua di sini luka dan kesakitan. Luka yang teruk-teruk jenis darah memancut pulak tu. So, need to take care and treat all of them dengan penuh kasih sayang.

And I really can't make it .

Bukan takut darah. Tapi memang amat tak sampai hati nak tengok orang yang terluka macam tu. Nak main-main dengan diorang punya organ dan usus apatah lagi. Mau buat sambil nangis tu. Hati kain, nak buat macamna. Haha.

But the doktor and nurse do it!

Menjaga semua manusia di dalam hospital tu. Serius respek. I mean, menjaga manusia tak sama dengan menjaga mesin kan?

Untuk memastikan diorang sentiasa sihat. And face the world well. Dan saya rasa dunia yang penuh kasih sayang di situ.

Di hospital.

****

Sekali tengok, rasa macam.. Ya Allah.. Payah giler kerja doktor ni. Ye lah. everytime kena rawat pesakit. Tu belum campur on call lagi. Hospital dah jadi macam rumah kedua pulak.

Kadang tak ada masa untuk family.

And i try to turn around my brain. Spin it.

Di universiti, kalau sebut budak medic je.. Automatik dah nampak buku. Sampai muka diorang rasa macam dah muka buku.

"Muka kau ada berapa helai muka surat?"

Ataupun, diorang tengok orang lain semua pulak yang macam buku.

Kalau tidur tepi budak medik,

"Nampak tak aku letak mana Stethoscope aku?'' Mata tengah terpejam.

"Huh, apasal tanya stethoscope malam-malam ni?"

"Biasa la, budak medik.." Dah nak ketawa.

"Huh, Kidney malfunction sungguh.."

Ketawa besar.

Kalau course nursing, ada cerita lain pulak. Siapa yang kuat iman je yang boleh ambik nursing ni. Sebab apa, tanya lah budak nursing sendiri. haha.

Orang kata, kalau budak medic ni tak kenal dunia lah. Memang kena struggle sungguh-sunguh! (Kalau course lain pun kena struggle la beb).

Itu baru waktu study.

And then, time by time. Kalau ambik JPA, kena kerja ngan kerajaan. HO dua tahun lagi. Itupun dah kira macam zombie berjalan dah. Mata pun kena letak kayu tahan tak bagi tutup. Haha.

Step to step to become a real doctor yang lebih sibuk!

****

Dulu saya pernah masuk hospital, adalah duduk dalam seminggu. Serius, Dr dan nurse yang jaga semua baik gila. Silap, baik ja. Tak gila.

Kadang-kadang, nurse datang sembang. Ada yang tanya pendapat. Rasa macam satu family pula di situ.

And sometimes i miss that time. Rasa macam nak duduk lama lagi je kat hospital tu. Haha. Dah la time keluar tak sempat nak jumpa. (sebab shift lain-lain.)

But the point is,

I really feel that kerja sebagai Doktor dan nurse ni mulia sangat. Menjaga orang lain, walau diri sendiri kadang tak terjaga. Melebihkan orang lain lebih dari diri sendiri. Walau letih dan tak ada masa yang amat sangat.

Dan kesibukan dan keletihan itu, dari permulaan melangkahkan kaki ke universiti. Sehinggalah nanti menderapkan kaki di hospital. Namun, semua itu tak akan menyirnakan semangat diorang untuk berbakti kepada manusia.

The job of love.

Isn't that great?

****

For all my friends that ambik medic, farmasi, allied, nusing, sume-sume lah. Teruskan study sebaik mungkin. InsyaAllah, Allah always with you. Every deeds that u've spent, u will get something much much better than that.

Keletihan akan hilang. Tapi insyaAllah, pahala akan kekal. And people will always appeciate it.

Be the best!

P/s: Kalau dapat jumpa Dr ok jugak. haha.

7 comments:

  1. Heeee.. Rase lega sikit bace entry ni.. Sebenarnya saye rase kadang2 tensen gak, memang macam zombie berjalan.. Bayangkan laa HO nanti kan.. Huhu..

    Alhamdulillah.. Dah final year but still rasa tensen makin ari makin mninggi.. Huhu.. But hoping dat akan overcome sumenye..

    Thanx for this entry.. :)

    P/S: Even though mcm zombie berjalan, blog tetap blog.. Heehee..

    Assalamualaikum..

    ReplyDelete
  2. betol2..
    bru buat attachment kat hosp for 3weeks
    semua sporting je
    gelak2..
    kita je kena kawal tension dengan bgurau sekali sekala dgn rakan2 doktor lain

    semuanya akn ok..
    h/o pn nampak ok je..

    ReplyDelete
  3. ayat last tu... jumpa macam mana tu? :)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah..tugas utama seorang doctor bukan shj dr sudut physical..tp perlu diberatkan dr sudut spiritual juga (ruhiyyah)

    seorang dr. yg hanya merawat physical pesakit tanpa memikirkan spiritualnya, ibarat menyelamat baju seorang yang lemas tnpa menyelamatkn jasad org tersebut..

    banyak muslim dr. yg lupa ttg tugas utama mereka ini.byk yg lalai mengejar nama dan kemewahan dunia, ramai pula yang berkerja seperti robot yg dprogrmkn tanpa rehat..hakikatnya hanya penat lelah yg diperolehi..tiada pahala ibadah mengiringi..

    tak dinafikan kerja dr. mmg teramat penat,tp sekiranya seorang dr. itu amat jelas ttg matlamat penciptaannya, matlamat hidup ini..pasti penat itu di balas dgn senyuman kan..dr. begini lah yg kita harapkn,yg mampu merawat hati2 yg lalai dr Tuhannya..

    (terima ksih pensyarah UNGS yg membuka pemikiran kami melihat matlamat sebenar ini)

    dan harapan sy di sini..moga clasmates dan rakan2 muslimat yg amik medic skrg..kita sm2 teruskn specialist dlm bidang OnG @ sakit puan. kalian nampak kan betapa 'wajib' nya kalian berada di dalam bidang ini..mari sahabat!! selamatkan maruah saudara seummah kita..

    untk kwn2 yg amik kos2 lain..jujur sy ckp sumbgn kalian terhadap Islam juga amat besar dan amat dinantikan..ms sy blajar UNGS di PJ dlu bru sy nampak semua yg tak pernah sy terfikir sblm ni..

    untuk 'doctor mesin' yang mmg sy akui super duper susah subjek2 kalian,mungkin kah kalian mencipta peti ais yg pintunya di buka ke arah kiri kalian?

    knp? kalian fikir2kn dan renungkn2 mengapa ye..insyaAllah sy akan maklumkn jika berkesempatan.sumbgn kwn2 engin amat2 dinantikan krn byk mesin kini tak menepati 'piawaian' sunnah

    ok,all d best kpd semua shbt2 yg berjuang kini.tak kira apa pun kursus kalian,kita semua patut,perlu malah wajib memikirkan sumbgn pd Islam,membawa manusia kepada Allah.ameen..

    (Aisyah Idris,IIUM,MBS)

    ReplyDelete
  5. Thanks akhi for ur inspirational entry.
    Hehe. ilang sikit penat zombie berjalan!

    Ferdaus Tahar.
    Royal College of Surgeons
    Ireland.

    ReplyDelete