Suasana ketika itu masih pagi. Masih hening lagi. Embun juga masih basah di daun-daun dan angin juga masih lembap membawa bayu malam. Lapangan kapal terbang LCCT itu nampak mengenangkan disimbahi lampu-lampu perang.
Aku berjalan perlahan-perlahan, memerhati kapal terbang yang bergerak lambat mengambil kedudukan. Aku suka suasana ketika itu, rasa tenang.
Besar. Lapangan terbang itu besar amat. Kapalnya juga besar-besar. Membuatkan aku rasa amat kerdil sekali. Yang besar di hadapan aku ini makhluk, yang hebat di depan aku ini dicipta. Maka Tuhannya?
Malah, melihatnya saja sudah membuatkan aku teringat cerita transformers yang pernah aku tonton. Semacam aku rasa, sebentar lagi kapal terbang itu akan bergerak dengan sendi besi dan bunyi robotnya yang akan bertukar menjadi raksasa mesin transformers pula.
Ini kali pertama aku di sini, maksudnya di lapangan. Kali pertama aku akan terbang. Rasa takut selalu-selalu menyinggah di hati. Rasa risau. Maka aku doa-doa minta pohon agar semua selamat.
Aku melihat bumi dari atas, yang aku kini ada di langit. Semuanya menjadi seakan semut-semut kecil. Yang besar-besar dan yang gah-gah, semua jadi rendah dan lemah-lemah sahaja.
Dunia, besar manalah sangat. Kita saja yang selalu bangga.
Madrasah, cahaya di tengah yang gelap.
Kami sampai. Gembira rasa di hati, berbunga-bunga. Jika hati saya ini sebuah taman, pasti ianya sekarang sudah berbunga sakura seperti di Jepun. Tapi saya sekarang di Kemboja. Tak sabar menginjak-injak tanah madrasah, tempat kami akan berbakti siswa.
Lapang.
Wajah-wajah mereka tersenyum. Kami juga tersenyum. Dan senyuman mereka dan kami tersimpul, dengan salaman ukhuwwah yang kami genggam. Erat dari dua negara.
Isk, saya ingin berkenalan.
Saya melingkar di sekeliling adik-adik dari Kemboja ini. Melihat gelak tawa mereka. Saya tanya,
"Nama apa dik?" Walau saya tahu mereka mungkin tak faham.
"Yum chmo kui han smai" Kata salah seorang sambil bergelak suka bersama kawannya. (saya reka je apa dia cakap ni.haha.)
"Shom de wo ai ni" Saya membalas, merapu cuba meniru bahasa mereka.
Saya ketawa, mereka juga ketawa. Saya tak faham apa pun yang mereka katakan. Mereka apatah lagi, jugalah tak faham apa yang saya merepekkan. Dua-dua tak faham. Macam orang Malaysia cakap dengan orang Kemboja pula. Isk, payah betul.
Tak apa, saya belajar sikit-sikit. Siem, maknanya bagus! Kmai katanya perempuan. Chmo itu nama. Aoo maksudnya tidak. Adalah lagi, saya juga sudah lupa. Banyak juga. Itulah, siapa suruh tidak iadah.
Mengapa kamu tidak melihat yang di bawah?
Saya terus meniti jalan-jalan di situ. Rata-rata dengan tanah coklat yang agak kelabu kehitaman. Mengesat sedikit peluh. Cuaca kelihatannya menyucuk-nyucuk bara dari sang matahari.
Panas, kering.
Saya berdiri di hadapan sebuah rumah, menyimpan beg di dalamnya. Sebuah rumah yang madrasah sediakan untuk kami. Dindingnya dari getah hitam yang nipis. Malah banyak yang berlubang-lubang. Lantainya disusun lurus dari buluh-buluh kecil yang diikat dan dipakukan. Bila dipijak, melayut, melendur lah buluh tersebut. Menghasilkan bunyi-bunyi yang menjadi seakan biola yang digesek kasar.
Ya, inilah rumah mereka.
Hujan, panas. Di sinilah mereka duduk.
Ingin mandi, ingin air. Semua perlu dipam. Tak kiralah siapa.
Pasukan kebangsaan
Petang nan tenang diadakan perlawanan persahabatan antara dua negara. Pasukan kebangsaan Malaysia dan Pasukan Negara Kemboja.
Perlawanan bermula.
Pasukan kebangsaan terus menggasak. Asakan demi asakan oleh kombinasi penyerang berkaliber Majdi Nadwan, Luqman Nazari dan Hafiz Mahdar membuahkan hasil pada minit yang pertama.
Bangga betul. Hebatlah konon.
Minit-minit seterusnya pasukan kebangsaan Malaysia terus menunjukkan kehebatannya kepada tuan rumah Kemboja apabila dibantai 6-2. Haha.
Itulah, berlagak sangat pada mulanya. Lupa ucap alhamdulillah lah tu.
Tak apa, bukan kami kalah pun. Dapat tempat ke dua lah. Biarlah, ini perlawanan persahabatan. Kena bagi tuan rumah menang dulu. (ceh, separuh masa kedua semua dah pancit!)
Yang penting, gambar bersama. :)
Saya menjadi khatib.
Ini kali pertama saya membaca khutbah. Tak pernah sebelum ni sebenarnya. Tiada teks, tajuk pun tiada.
Tak apa, saya cuba mengatur susun perlahan isi-isi yang ada.
Maka tidaklah seberapa panjang mana khutbah saya. Jika panjang huraian dan syarahan isi yang saya bawa, maka panjanglah. Jika ketandusan idea, maka pendeklah. Berfikir-fikir. Saya mengambil keputusan untuk mengambil tajuk,
Ukhuwwah.
Menceritakan tentang ayat ke-13 surah Al-hujurat:
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
Membawa bahawa Allah menciptakan kita dari zakarin dan unsa. Dan Allah menjadikan kita syu'uban dan qabail. Untuk apa? Ya, untuk saling berkenalan.
Lalu dengan ayat ini,
Saya duduk, ketika meragamkan mata dan melorek senyuman saat bertanya nama pada anak kemboja,
"Chmo Ai?"
"Al- Fata"
Jawabnya dengan pelat kemboja. Comel adik yang duduk di riba dan mendagu di tangan saya ini.
Juga saya terbang bersama ayat ini, ketika berta'aruf dengan seorang wanita dari United States. Yang ketika mana hadir duduk di sebelah, dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Kemboja.
Ntah la, saya tidaklah berkenalan banyak mana pun. Cuma tahulah yang dia anak tunggal. 'Alim sikit-sikit bahawa dia sudah tamat degreenya dalam bidang Shakesphere, English Literature. 'Arif qalilan yang dia sekarang bekerja di Australia. Adalah dia cerita yang dia tak suka naik kapal terbang. Ataupun ketika mana dia kata dia kagum dengan seorang tokoh. Itulah, memang saya tak berkenalan banyak pun dengan wanita berusia 23 tahun itu.
Khutbah saya itu bahasanya melayu. Walau hai saya tidak tahu, adakah adik-adik itu mengerti apa yang saya katakan.
Cuma adalah yang angguk, yang tidur tak perlulah kira.
Saya jika berbicara, suka sekali menggerakkan gaya tangan. Jika siapa yang tahu dan pernah lihat lah.
Pernah saya dapat ketika pertukaran surat antara pimpinan persatuan. Katanya,
"Kurangkan gerak tangan ketika bercakap"
Saya hanya tersenyum ketika membaca. Saya cuba mengawal ketika mana saya memegang tongkat khutbah di yamin dan microfon di syimal saya. Bergoyang-goyang juga kedua-duanya. Nasib baik sedikit sahaja, tidaklah sampai terpusing. Nak buat bagaimana, sudah terbiasa. Hurm ~
Itu pengalaman saya.
Moga manfaat untuk hari seterusnya.
Anak-anak Kemboja ni, comel juga kan?
Mereka ini, seninya tinggi.
Ini Jalalluddin. Anak buah saya. Juga yang saya ajarkan dia sajak. Bergaya sekali Jalal! Syabas!
Bila diajak melagukan asmaul husna. Gembira riang mereka semangat membacakan. Jika tidak suruh pun, mereka akan nyanyi juga sendirian. Jalan-jalan, bibir seakan mesra sahaja dengan ayat yang mereka hafal. Sama dengan derapan dan langkah kaki.
Dengan mereka, saya menjadi amat segan.
Bila di tengah dan minoriti, kuat semangat dan pegangannya. Kita sahaja yang selalu selesa dengan apa yang kita ada.
Nanti ada malam kebudayaan. Kumpulan saya perlu mempersembahkan sajak. Haha, dan saya gurunya. Walau tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan pun.
Saya ajar membaca dengan lantang, cakap semangat-semangat. Saya suruh buat gaya tangan. Sampai habis dalam masjid tu dengar dan tengok.
Siem, semangatnya mereka!
Ini 'Abdul Samad. Moga dirimu besar menjadi mujahid sepanjang zaman.
Berikan aku panah,
Biar aku hancur musuh , semua musnah!
Berikan aku pedang,
Biar Islam, tinggi aku julang!
Ini sajak yang dibawakan oleh 'Abdul Samad. Saya reka sendiri kerana sajak yang sedia ada tidak cukup. 'Abdul Samad ini tidak cukup sifatnya.Saya tak akan lupa gayanya. Biar rakan-rakannya ketawa ketika gayanya memegang panah atau menghunus pedang. Saya saja nak ajarkannya agar terus yakin. Yakin akan diri sendiri.
Biar kecil-kecil berjiwa besar, nanti besar-besar membawa jiwa pula.
Saya bersama kumpulan ketika melaungkan cheers kumpulan. Dalam bahasa kemboja sekali saya reka. Haha.
Bila mereka gembira, saya gembira.
Sampai jumpa lagi!
Pagi itu tiada lagi tazkirah subuh seperti Ayyaman sebelumnya. Tapi ada salam, salam perpisahan. Salam rajukan sebelum pergi.
Kami beratur, berpelukan. Mengaruskan rasa dalam hati-hati yang bertaut.
Ada yang menangis. Ada yang mencium pipi.
Syahdu.
Ini mudir madrasah.
Tak apa, sampai kita jumpa lagi saudaraku.
Saya tertipu.
Kami sampai di kawasan lapang berhadapan Angkor Watt. Tempat yang penuh dengan orang. Ramai.
Saya turun dari bas. Tersenyum, melangkah perlahan memerhatikan wajah-wajah yang banyak. Petang itu redup.
"Please... buy my bracelet.. Only one dolar." Seorang budak perempuan, rendah sikit dariku merayu. Ayat berbunyi kemboja bercampur bahasa english itu, diulang-ulang.
Saya berjalan terus ke hadapan. Membuat gaya tangan menandakan tidak mahu sambil memberi senyuman.
"Please, i give more..."
Aku berhenti.
"Only one dolar?"
"Ya, one dolar only.."
Aku membuka dompet di hadapannya. Tiada wang satu dolar. Yang ada hanya 50 dolar. Aku termangu. Malas pula rasa ingin membeli.
"Please.." pujuk rayunya semakin kuat. Saya seakan digoda pula.
Teman-teman saya berjalan di tepi. Memerhatikan, sambil tersenyum. Saya segan sendiri.
"Tak yah layanlah majdi.."
"You know, i need to go to school!" Budak perempuan tadi semacam bertegas sedikit. Terdiam saya. Adeh, kena marah pula. Saya berfikir sejenak. Tak apalah, boleh pecah 50 dolar ni, boleh bantu dia juga. Bila dia kata dia perlu ke sekolah, lembut pula hati saya rasa.
Dia berlari bagi mendapatkan wang baki. Dia suruh saya lari juga. Saya lari. Macam main kejar-kejap pula.
Sekejap-sekejap dia sampai. Mengambil duit dan menukar duit. Memberi pada saya. 30 dolar, dan beberapa ribu riyel.
Saya perhati,
"Eh, ini tak cukup 49 dolar ni.."
"It's enough.. 49 dolar.."
"I dont think so.." Muka saya berkerut sedikit. Saya tahu, memang tak cukup.
"Your friend is waiting for you.. It's enough.." Ada lenggok di hujungnya.
Saya berkeras. Tiba-tiba rasa geram. Saya juga letih. Saya lihat sekeliling. Ada yang melihat. Ya, kami berbalah ketika itu. Saya mengira-ngira duit riyel. Ya, memang nampak tak cukup. Tapi nampak banyak. Tak apalah, saya beredar. Saya juga sudah penat.
Walau ada rasa geram.
Saya kira kembali duit bila saya tenang. Macam yang saya sudah jangka, memang kurang wangnya. Tak apalah, moga dia ke sekolah dengan itu. Saya tak kisah dan suka bila dapat tolong orang, cuma saya tak suka orang menipu. Kalau kata jujur, mesti saya nak sangat bantu.
Tangan saya penuh menggenggam gelang saya beli itu. Cantiklah jugak.
"Macamna Majdi?" Ustaz bertanya..
"Nak buat macamna ustaz, ana kena pujuk rayu.." Saya hanya tersenyum. Ketawa kecil.
Gelang tadi, saya bagi semua pada sahabat muslimah yang bersama ke Kemboja. Biar mereka pakai. Kurang-kurang terubat juga hati saya. Biar mereka gembira.
Hai.. ~
Di Angkor watt.
Saya melintas patung buddha yang besar amat di tepi. Berhati-hati menginjak monumen lama yang masih gah tersergam itu. Menyeretkan badan untuk melihat sekeliling. Memusing-musingkan kepala. Mencari jika ada yang menarik. Kemudian saya terlihat jalan yang sedikit keluar. Ada cahaya terpancar dari luar bangunan, saya menuruti. Melangkah ke pintu,
Besar.
Besar juga Angkor Watt ini. Di tengahnya ada satu jalan yang lurus seakan tembok batu. Menghubungkan terus ke pintu gerbang yang kedua. Di sekelilingnya padang hijau yang amat luas. Padang yang di tengahnya ada kuil-kuil kecil.
Seperti cerita perang dahulu kala yang saya biasa tengok. Pintu gerbang bertembok besar itu memang mengagumkan mata.
Asalnya, saya tidak mahu ke sini jika boleh. Tidak suka, untuk pergi melawat ke kuil agama. Ya, walau kata orang nilai sejarahnya tinggi. Saya cuma tidak seronok, nak buat macamna.
Mereka-mereka bergambar. Saya cuma menolak. Bergambar bersama, adalah rasa gembira bersama. Saya tidak mahu, untuk ada rasa begitu bersama kuil. Walaupun mungkin tidaklah salah. Tapi kuil agama, tak mahulah saya.
Saya berjalan seorang-seorang. Masuk ke dalam kuil. Membaca doa pelindung, kemudian mengungkap La haw la wala quwwata illa bIllah. Saya suka seni, maka saya memperhatikan seni-seninya. Seni-seni yang terus terukir menjadi binaan. Itu niat saya.
Namun, semasa itu memang agak hening. Saya lihat langit, ada rasa lapang.Sehebat mana pun manusia, bukankah Allah yang Maha Hebat?
Saya tenang.
Rambang mata, rimbun cerita.
Di sini saya menjadi orang kaya. Ialah, duit saja main ribu-ribu. Beli air botol sahaja sudah 500. Haha. Berlagak betul.
Di sini pakai dua mata wang. Dolar dan Riyel.
Satu Dolar, 4000 Riyel. Satu ringgit. Seribu Riyel. Itu yang jadi kaya tu, kaya pada matalah.
Sukar amat untuk membeli barang. Ya lah, negara Kemboja. Lambang kebangsaan saja sudah Angkor Watt. Mahu beli baju, ada lambang kuil. Mahu beli keychain, ada patung sedang menari. Ingin beli plate, Ah! sama saja gambarnya. Letih saya.
Erm, saya ada banyak nak cerita sebetulnya. Cerita ketika seronok menaiki tut-tut yang penuh adventurous. Cerita yang saya saja tak mahu cerita bagaimana kami yang kononnya gentleman banyak yang longlai demam lemah tak terkulai.
Ataupun cerita tentang beras hancur, beras Kemboja, beras tetamu yang mereka sendiri tak tahu harganya. Kisah tentang teksi yang bukan saja orang yang naik, motor juga naik atas teksi. Ataupun ungkapan yang kami reka untuk motor:
Seorang, kaya. 2, membazir. 3, bolehlah. 4, Hah! itu yang sepatutnya!
Atau tentang Khar dan rotinya yang sedap. Ntahla, macam-macam kan?
Betul kan, kata orang..
Jauh perjalanan, banyak pengalaman. Satu minggu, untuk saya coret dan lakarkan dalam satu post. Saya risau nanti warnanya terkeluar sahaja. Nanti habis tumpah pula ke komputer.
Kamu pergilah pula, nanti kamu pula dapat rasa. Kamu pula dapat cerita. Walau rasa kita, pasti, tak akan sama. :)
Gembira mereka. Wah! hebat! Pakai kain saja.
Untuk itu.
Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Hujan sutera di Kemboja, hujan kaca di Malaysia. Lebih baik di negara sendiri, lebih baik di Malaysia.
Gembira untuk sampai di Malaysia..
Untuk Kemboja, untuk saudara di sana. Di madrasah Darul 'Ulum.
Ya, sampai kita jumpa lagi.
Dalam harapan dan doa yang kita tinggalkan bersama. Indah kan?
Sampai jumpa lagi, Kemboja!
P/s: Saya minta maaf jika post ini tak seberapa~
Nice journal Majdi.
ReplyDeleteBoleh jadi Activist Islam & at the same time jadi Journalist. Sambil buat kerja, coret2 penglaman di tempat orang.
p/s-x cerita ke pergi urut kaki kat angkor night club.. Eh eh silap, angkor night market. haha
XD
salam'alayk.
ReplyDeletealhamdulillah. perfect!
macam madrasah muhammadiyah dlm laskar pelangi pun ada.
konsep madrasah kt kemboja tue mcm mn?
tertarik dgn satu dialog dlm laskar pelangi.
"sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama; pendidikan budi pekerti, bukan sekadar pelengkap kukurikulum! keterdasan bukan sekadar dari nilai-nilai, dari angka-angka itu. bukan! tapi, dari HATI!”
alfun mabruk. best.
best cerita ni
ReplyDeletebkn rahman srwk ikut skali ke? Dy bgtaw ak cmtu la. Tp dlm gmbr xde plak. Musykil2..
ReplyDeletepasni kalo jumpa x leh ckp kemboja aq x tau r.. haha.. "majdi, lan cong si bai??" jawab2..
ReplyDeletemajdi... such a perfect novel...~ syahdu je bace.. (as usual ;P )
ReplyDeletepengalaman yg amat berharga..
p/s: ana suka gambar hitam putih nta yg last tu... cantek sgt! ;)
mantop shbt ana nie.. gud2.. (two thumbs up!)
ReplyDeletesy ske crite ni! thniah!
ReplyDeletesdare, u have a characteristic to be a journalist and for sure i will be ur follower!
trime kasih krn bkongsi.. seolah2 sy turut berada d sana..
wah, ayat novelist...
ReplyDeletecambodia '09 in memory..
layanan mesra yg diberikan pasti sentiasa di ingatan..
barakallahu lana wa lahum..
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
salam majdi.
ReplyDeletealhamdulillah dah slmat kembali team ke kemboja.
btol sgt la komen2 kat atas, suatu coretan yang menarik. dah bleh byg dah. syabas utk seluruh team. wassalam.
Fakhri Bey: InsyaAllah, berminat juga :) Tak apa, boleh buat part time kerja. Jangan risau, selagi mana kita buat kerja Islam. InsyaAllah, luas bumi kita merantau.
ReplyDeleteP/s: Mana boleh cerita yang tu. Itu rahsia =P Teringin rasa urutan kaki ikan yang mencubit-cubit jari ~ geli.
Umairah: Wslm :) Syukran jazeelan atas komen yang membina. Tak sempat memerhati dengan teliti konsep madrasahnya. Tapi masyaAllah, tidak tinggal sembahyang jemaah pelajarnya. Datang awal ke masjid dan amat menitik beratkan waktu. Belum tengok langi Laskar Pelangi. Rasa semangat pula nak tengok. =) Syukran Jazeelan marratan ukhra.
Anonymous: Terima Kasih ;)
Adib Mahmud: Adalah, cuba lihat betul-betul. Gambar di lapangan terbang. Duduk, 2 dari kiri.
Farhan: Boleh-boleh insyaAllah. Aku jawab "Siem pra bay kmao" Huhu~
Alfarabi: Syukran jazeelan fathi. Syahdu~ Alhamdulillah, Allah beri peluang.
P/s: Syukran fathi. Ana suka juga lihat gambar enta. Tak kisah lah warna apa pun :)
Aku 'Abid: Alhamdulillah, terima kasih Irma ^^
Pemburu cinta Ilahi: Alhamdulillah. Terima kasih atas komen dan semangat yang amat membina. Saya amat menghargai. InsyaAllah :) Sama-sama kita berkongsi apa yang kita ada. Kamu juga, agar saya dapat rasa apa yang kamu rasa. InsyaAllah =)
Cahaya_Solehah: Huhu~ Doakan ana dapat terus menulis dengan baik =) Semoga Allah terus merahmati dan mengganjari mereka atas apa yang telah mereka lakukan. InsyaAllah.
Zahrah: Wslm Zahrah. Alhamdulillah. Terima kasih atas kata-katanya. Semoga bermanfaat bersama, insyaAllah. Wslm =)
wallahu akbar!
ReplyDeletemajdi mahbub, mabruk atas perkongsian..mabruk kerana nta banyak belajar dan ekstrak ibrah dan inzar yg nta dapat dalam ceritaiman yg sedap hati membaca..jazakallah..moga ana diberi peluang untuk terus belajar dari adik ana tersayang ni..
siem...subhanallah, catatan yang sgt memberi inspirasi
ReplyDelete