Aku suka rasa di sekolah. Hening, ketika petang menyinsing. Atau terasa damainya ketika senja menyapa.
Nurul Aiman. Sedap namanya, apatah lagi akhlaknya. Gadis, wanita yang sering aku kagum dan memandang tinggi padanya. Bukan wanita, muslimah sebetulnya. Aku selalu memerhati sikap dan perwatakan yang ada pada dirinya, dari jauh sudut di hati. Sikapnya yang tenang, tapi tegas berhikmah terhadap lelaki.
Wajahnya ayu lembut bertudung labuh menyentuh, menyerlah iman di dada. Sopan, terlalu sopan. Malah, tenang. Melihatnya kadang membuatkan aku terasa suka. Dalam hati, aku selalu menyimpan seribu perasaan.
Di hujung waktu persekolahan, aku beranikan diri. Aku tinggalkan secebis pesanan. Memercikkan warna perasaan bersama segunung harapan.
Balasnya,
"Majdi, cinta itu ungkapan yang penuh hikmah. Alangkah ruginya jika ia hanya layu di janji lemah. InsyaAllah, janji Allah senantiasa untukmu. Berharaplah, berdoalah.
Yang solehah itu untuk yang soleh.
Bersabarlah, tahan atas semua yang berpura-pura. Atas semua yang sementara. Jika itu yang terbaik, maka Allah akan bantu. Sampai sini, tinggalkan semua yang tak perlu. Terus, terus kejar demi yang satu. InsyaAllah, sampai jumpa lagi ya."
Hingga satu saat, yang pasti akan sentiasa aku ingat. Waktu anugerah Allah diberi untuk dapat aku bertemu. Tanpa sengaja, tanpa diduga. Bersama temannya. Dia membicara perlahan.
"Majdi, insyaAllah. Nanti, Nurul akan ke Amerika. Mengambil bidang ekonomi di sana. InsyaAllah, mengembangkan islam di sana. Doakanlah ya." Dia menutur perlahan.
"Kenapa Amerika? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Amerika itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?" Aku tertanya, hairan menerpa. Ingin tahu, amat ingin tahu.
Dia tersenyum.
"Tak mengapa. Di sana, ilmunya banyak. Di sana ilmunya hebat. Biarlah. InsyaAllah. Iman, Nurul akan cuba menjaga sebaiknya."
Waktu itu yang memang akan aku ingat. Sampai bila-bila.
*****************
Petang itu damai. Sedamai bunga yang asyik melambai. Sehingga aku kadang-kadang lalai melihat. Sungguh, Allah maha hebat.
Aku baru selesai membaca mathurat bersama rakan sepejabatku, Rahman di surau office. Dialah rakan seusrahku, dan dialah sahabat baikku. Alhamdulillah, bersamanya, aku mudah untuk terus istiqamah membaca makthurat setiap hari.
"Majdi, jom makan!" Rahman mengajak.
"Isk, ko ni. Asyik makan je kerja.." Aku menyakat. Ketawa sambil membetulkankan blazer hitamku yang sedikit terkeluar. Blazer itu aku gandingkan dengan kopiah hitamku yang selalu aku pakai, sengaja cuba menampilkan imej muslim profesional.
"Haha. nak buat macamna. Kan perlukan tenaga juga nanti nak buat kerja." Katanya sambil ketawa kecil.
Aku ketawa. Sudah sampai sini rupanya perjalanan hidupku. Dari bertatih, hingga kini, di alam pekerjaan yang menuntutku berusaha gigih. Tak apa, umurku masih terlalu muda, kata orang, masih segak bila dipandang mata. Jika tidak kata orang, aku yang berkata begitu.
Village Muslim Cafe menjadi pilihan. Kopinya di situ memang enak. Terlalu enak malah. Aku selalu terbuai didodoi haruman baunya.
Aku melamunkan fikiran, berfikir tentang pelbagai. Masa dulu, dan masa akan datang. Malah tanggungjawab yang semakin menebal. Biarlah, aku bahagia dengan semua ni. Cuma, kadang-kadang aku teringatkan seseuatu. Seseorang.
"Majdi.."
Sebuah suara yang amat ku kenal.
Amat-amat ku kenal.
Aku berpaling.
Tersenyum. Berdiri seorang wanita. Ayu, lembut perwatakannya. Dengan baju yang seakan gaun putih yang kembang di bawahnya, serta lipatan kain yang membentuk bunga yang amat kemas hingga ke hujung lengan, dia benar-benar kelihatan anggun bersama pakaian begitu.
Pakaian yang seakan-akan buatan Inggeris. Di tangannya tersemat beg bimbit berbunga merah berjalur putih krim, dia memegangnya dengan tangan ke hadapan.
Rambut lurusnya lembut menutupi telinga dan sebahagian muka. Kadang-kadang ditarik sedikit ke telinga saat disapa dan dibelai angin. Ayu.
Dia tersenyum manis. Amat manis.
Aku mengamati.
Dan rasa terus menerpa, meresap menjadi sendu.
Seakan tak percaya.
"Nurul.. Nurul Aiman..?"
"Ya, saya..." Dia membalas lembut.
Nurul tersenyum. Senyumannya bergula. Sama macam senyuman dia waktu aku kenal dahulu, sewaktu dia di sekolah 8 tahun lepas. Tapi kali ni lain. Senyuman dia berteman, ditemani dengan mahkota lurus rambutnya yang dirapikan. Seakan watak Apple dalam cerita 'Le Gardenie' yang pernah aku baca.
Aku berdiri, bangun dan menghadapnya, meraikan seorang yang sudah amat lama aku tidak jumpa. Sudah 8 tahun. Yang amat aku rindu sebenarnya.
Masing-masing terdiam.
"Ermm.. Awak apa khabar?" Nurul membuka bicara. Membuka ruang mesra.
"Err.. alhamdulillah, saya baik je.. ok.. awak?"
"Baik je, sihat alhamdulillah. Lama tak jumpa kan? Saya baru sampai ke Malaysia semalam.."
"Erm.." Aku mengangguk, tersenyum leret sedikit.
Terdiam lagi. Masing-masing kembali melayan perasaan. Aku pun tak tahu apa perasaan aku sebenarnya saat ini. Aku gembira sangat bila dapat bertemu, tapi aku juga seperti mahu mengalirkan air mata. Aku seperti terbayang wajahnya yang dahulu, dan dia yang di depan aku sekarang.
Nurul melihat jamnya.
"Majdi, saya minta diri dulu ya. Ada yang perlu diuruskan.." Dia berkata perlahan sambil menunduk, mengambil secebis kertas dan pen.
Menarik kembali rambut yang jatuh tersusun ke telinga.
"Ambil ni. Kita jumpa ya?" Dia menghulurkan.
"Minta diri, assalamu'alaikum..." Nurul menghadiahkan senyuman harapan, dan berpaling pergi.
"Restoran Zahrah
0.900 pm "
Aku melihatnya pergi. Berjalan penuh sopan dan berhati-hati. Aku terasa seperti mahu menghalangi waktu dari terus berjalan.
"Majdi?" Rahman memanggil, mematikan lamunan.
"Siapa tadi?"
"Owh, tak ada siapalah. Kawan lama je.. Nanti aku cerita ya.." Aku membalas, kemudian menghirup nafas dalam-dalam. Amat dalam.
Nurul Aiman...
**********
Pen Parker berwarna silver itu dipusing-pusingkan di atas buku kerja hitamnya. Membentuk alur tulisan yang kadang dia sendiri tak faham. Ntah apa yang dituliskan, Majdi pun tak tahu.
Dia sekarang berada di pantai Teluk Cempadak. Duduk melayan perasaan di atas kerusi kayu yang disediakan, di bawah pokok ru yang melindungi lembut. Menghadap laut yang berombak damai.
Majdi duduk termenung. Dia seakan ingin menangis, terlalu sebak dan sedih hatinya. Dia masih teringat Nurul yang satu ketika dahulu sopan manis dalam tudung labuhnya, lansung berubah kepada yang kini tetap anggun dan sopan, tapi dalam keadaan yang amat berbeza.
Dia masih tergamam, terkelu dengan apa yang berlaku hari ini. Hati nuraninya benar-benar sedih.
"Apakah yang menyebabkan dia berubah? Apakah pendirian dia yang dulu, aku amat kagum, sudah benar-benar bertukar..?" Fikirnya dalam hati.
Dia diam. Sengaja biarkan alam menderu, sekurang-kurangnya menghiburkan apa yang ada di jiwa.
"Kadang-kadang tak semua perkara yang kita suka, kita akan dapat Majdi.. " Rahman menyentuh bahunya perlahan, tersenyum.
Majdi mendongak.
"Rahman.." Majdi tersenyum. Rahman selalu begitu, hadir ketika sahabatnya berduka.
"Kerana itu kita tak boleh melepaskan ikatan kita bersama jemaah, bersama rakan-rakan, bersama ukhuwwah, bersama iman. Kadang-kadang, kita rasa diri kita kuat. Mampu untuk berdiri dengan sendiri. Tapi bila berseorangan, kita tak pernah mampu sebenarnya.."
Majdi tahu, Rahman merujuk kepada apa yang berlaku pada Nurul Aiman.
"Tapi, tak semestinya kita perlu berubah kan?" Majdi bertanya. Bertanya dalam hampa sebenarnya.
"Tak apa, bertanyalah, orang seperti mereka selalu rasa tak difahami. Dan kita selalunya tak mengetahui apa yang berlaku.. moga kita tak tak diuji seperti mereka.."
"Allah.. tak pernah menguji hambaNya.. melainkan mereka benar-benar mampu. Untuk kamu, dia, dan aku juga.." Perlahan Rahman mengulas lembut, memberikan satu keyakinan.
"Ya.." Majdi mengangguk faham, kemudian mengukir senyum perlahan. Dan malam ini, dia akan cuba sampaikan. Dari hatinya.
*********
Restoran Zahrah. Restoran tepi laut yang amat terkenal di Pahang. Bukan sahaja masakannya yang enak, malah susunan dan kondisi dalaman yang berjaya didekorasikan dengan amat baik sekali.
Meja-meja berwarna coklat keperangan di dalam restoran itu dihiaskan lagi dengan bekas kaca yang diletakkan di atasnya. Di dalam bekas kaca itu, terdapat coklat Forrero Rocher yang amat terkenal. Menambahkan lagi suasana dan rasa yang sedia ada.
Dan di hujung penjuru, kelihatan seorang wanita duduk menunggu. Dia mengenakan kemeja putih berlengan panjang berjenama Vincci, berlipat bunga di bahu dan leher. Dipadankan dengan skirt labuh hitam hingga ke bawah kaki. Wajahnya redup ditiup angin laut yang lalu dari tingkap yang sengaja dibuka.
Majdi masuk. Mencari-cari wajah yang dinantikannya. Nurul mengangkat tangannya yang gemalai, melambai perlahan.
"Silalah.." Nurul mempelawa mesra. Di sebelahnya di temani kakaknya. Juga berwajah hampir sepertinya, cuma kening lebih kecil dan dagu yang lebih runcing. Bertudung dan mengenakan abaya berwarna krim cair.
Aku duduk, menghadap Nurul. Juga di sebelah tingkap yang terbuka. Dari jauh, kelihatan bot-bot nelayan dan kapal-kapal yang bersauh di perlabuhan.
"Erm, akak pergi ambil angin di luar kejap ya.." Kakaknya bangun, menunduk meminta diri dan berjalan keluar.
Masing-masing diam.
"Dah lama kita tak jumpa kan? Dah 8 tahun? Macamna hidup awak? Ok?.." Dia membuka perbualan sambil tersenyum.
"Alhamdulillah, beginilah.. Banyak benda yang dah berubah kan?"
Dia tertawa kecil.
" Everything is changed Majdi.."
"Tapi.."
"Tapi? "
"Tapi awak berubah terlalu banyak Nurul.."
"Erm.."
Nurul diam. Memalingkan wajah ke tingkap, melemparkan pandangan jauh ke laut. Amat jauh.
*********
"What are you doing with your frankly veil in this 'cold' class Nurul?"
Hahahaha!
Bederai satu kelas ketawa. Wajah Nurul menjadi merah menahan malu. Malu yang amat. Dan itulah dia di hari pertama kuliahnya di Universiti Califonia, Amerika Syarikat.
Begitu juga hari-hari berikutnya. Dia rasa semakin dipulaukan. Hanya kerana tudung yang dipakai. Pernah, dia cuba mencari teman meluahkan perasaan. Tapi apalah sangat yang dapat diluahkan jika semua kawan sepengajiannya dari Malaysia tidak ada yang bertudung.
"Ala, kau buka je lah. Mesti diorang senyap.."
"Erm, kau pun cantik. Kalau tak pakai tudung mesti lagi cantik.."
"Kita kat negara orang, bukan di Malaysia lagi.. Kena ikut cara orang lah.."
Dia menangis. Terasa berat keadaan yang menekan. Dngan kehidupan, dan perasaan yang tidak stabil. Pelajaran juga entah ke mana. Dia terngiang-ngiang kata-kata sahabatnya dulu.
"Kenapa Amerika? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Amerika itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?"
Dia seakan-akan masih terdengar persoalan itu di benaknya.Pernah dia berhasrat untuk berpindah universiti. Tapi mengenangkan ibu bapanya yang bersusah payah semasa dia memohon ke sini, dia cuba menabahkan diri.
Sendiri. Terasing.
Hingga satu hari, pernah dia berjumpa dengan seorang lecturer di situ. Dengan tujuan ingin membuat consultation atas subjek yang amat kurang difahaminya.
Tanpa memandang wajahnya, lecturernya berkata. Kasar.
"As long as you still with your veil.. I don't wanna speak with u.."
Nurul terkedu. Tak sangka hingga tahap ini dia diperlakukan. Tak tahu apa yang dibenci sangat hingga jadi diskriminasi sebegini.
Dia jadi lemah. Dia seakan sudah hilang arah. Dia menangis semahu-mahunya. Dia benar-benar tertekan.
Amat-amat tertekan.
Dan esoknya..
Hadir seorang wanita, berambut lurus dan tersisir kemas. Memasuki kelas sambil melangkah malu..
***********
"Kembalilah kepada Nurul yang pernah saya kenal dahulu.."
Nurul berpaling, tersenyum lesu, memandang aku dalam-dalam, penuh makna.
"Ia tak semudah yang difikirkan Majdi.."
"Seandainya, saya dapat memutar masa kembali..."
Nurul mengeluh lesu.
"Awak masih ada masa, Nurul.." Aku tersenyum.
"Awak tau Nurul. Wanita, ibarat coklat."
Majdi mengambil Ferrero Rocher di dalam bekas kaca di atas meja. Mengambil dua. Membuka satu. Plastik kuning keemasannya di buka sebaiknya.
"Coklat?"
"Ya, coklat. Coklat yang disimpan rapi. Terjaga. Yang senantiasa indah dan cantik dalam balutannya. Campaklah walau ia di manapun. Dan pasti, semua orang mengagumi dan menginginkannya..."
Majdi menjatuhkan keduanya ke lantai.
"Semakin ia berbalut, semakin ia terjaga. Dan seandainya diberi pilihan antara coklat yang sedia berbalut dengan coklat yang terbuka dan terjatuh. Pasti orang akan memilih.."
"Pasti orang memilih yang berbalut kan? Kerana yang terbuka itu sudah dicemari, sudah kotor, sudah tak berharga. Kan?" Nurul menjawab. Terus menunduk.
Riak wajahnya bertukar mendung.
"Dan saya adalah coklat yang kotor itu.." Wajahnya hampir menangis.
Aku tersenyum.
"Ya, mungkin orang akan pilih yang berbalut."
Mengambil coklat yang jatuh. Meletakkan atas meja.
Aku tersenyum lagi.
"Tapi saya lain. Saya akan mengambil coklat yang lagi satu. Saya akan ambil. Saya akan ambil dan saya akan basuh balik sebersih-bersihnya. Saya akan balut semula sekemas dan secantiknya. Dan selagi masih hidup, selagi punya masa. Saya akan menjaganya sebaik-baiknya sampai bila-bila.."
Nurul mengangkat kepala. Seakan tak percaya.
Dan air mata pun mengalir..
Tamat
*****************************************************
Mungkin, saya tak patut tulis cerpen ini sebenarnya..
Risau.
Hati selalu bimbang mengembang. Jiwa selalu diterpa hiba.
Saya selalu risau. Bila lihat sahabat-sahabat saya yang soleh dan solehah. Bila lihat kamu juga.
PLKN. Atau tempat-tempat yang kadar sosialnya tinggi.
Saya takut untuk mereka. Takut untuk diri saya juga, walaupun saya tak lah soleh macam mereka. Walaupun, saya tak lah soleh macam kamu.
"Ya Allah yang membolak-balikkan hati. Tetapkanlah hati kami atas agamaMu, dan atas ketaatan kepadaMu."
Duduk seorang, dimakan serigala.
"Kekuatan Allah bersama-sama dengan jemaah. Sesungguhnya serigala itu hanya akan (dapat) memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)"-Riwayat Abu Daud.
Duduk sendirian, serigala suka. Dia suka mengorat orang yang macam ni. Hati-hati.
Kasihan Nurul.
Bila kita berseorangan, tiada teman mengingatkan. Tiada rasa semangat untuk menghidupkan Islam. Ditimpa masalah. Dirasa itulah beban, sudah bukan lagi ujian.
Duduk seorang, rasa diri tak mampu.
Duduk seorang, bermacam-macam hasutan bermain di fikiran.
Bahaya. Walau apa, walau di mana. Jangan kamu duduk seorang. Ya, saya juga.
Ketenangan, ada disini. Tak jumpa kerana, kau tak mencari.
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kemampuannya"
Saya yakin sangat, keadaan sebenar yang berlaku tak lah seteruk seperti yang saya gambarkan pada Nurul.
Dari Austalia, terbang hingga ke Uk, mahupun menetap di Russia. Hatta Jepun sekalipun. Juga Amerika yang saya cerpenkan. Semuanya ada kumpulan Islam yang bersama. Mesir, tak perlu disebutkan. Malaysia, kalau tak jumpa juga, tak tahulah.
Ada sebenarnya. Kamu carilah. Ketenangan, ada di situ.
Jika tak ada sangat sekalipun, kamu belayarlah ke alam maya.
Banyak sangat saya rasa.
I luv Islam. Ukhuwwah.com. Mahupun blog-blog islamik yang senantiasa terbuka untuk perbincangan.
Di sana, kamu boleh berkongsi segala. Rasa dan kepedihan yang ada.
Ada sebenarnya. Kamu layarlah. Kedamaian, ada di sana.
Saya sengaja tulis begini.
Pernah di Uia. Saya dan sahabat membincangkan tentang bagaimana mengatasi masalah couple. yang ketika itu, saya rasa amat teruk.
Satu cadangan yang dilontarkan.
"Kita buat tayangan video cinta. Love is Cinta ke, My Heart ke, Effiel tower love, apa-apa la. Pastu kita edit video tu, letak tulisan bila ada yang salah. Contoh, buat anak panah kat orang yang sedang couple.
'Isk, salah ni. Mana boleh duduk 2 orang macam ni. Haram. '
Ataupun, tulis macam subtitle kat bawah.
'Jangan ikut adegan di atas. Berdosa'
haha. Mesti best kan. Tengok video, kena tazkirah"
Itulah cadangannnya. tapi tak terlaksana. Kerana masa mungkin. Jadi saya sengaja cuba aplikasikan dalam cerpen saya. :)
Kamu jangan ikut. Nanti, saya pula kena.
Tak boleh sebenarnya, Majdi (cerpen di atas) untuk duduk berdua begitu dngan Nurul. Duduk berhadap-hadapan. Sudah macam couple pula. Malah, akan timbul fitnah pula. Bukan itu caranya.
Saya bukan Majdi di atas. Kamu jangan salah sangka pula ~
Allah senantiasa ada.
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentang-Ku, sesungguhnya Aku ini dekat."
Allah senantiasa ada, Allah senantiasa bersama kamu. Jikalau saat kamu orang lain tak memahami, Allah lah yang paling memahami.
Jangan risau, Allah ada.
Saat kamu buntu, Allah akan bantu.
Tapi kamu berusahalah. InsyaAllah, semoga Allah redha.
Bertahan dengan iman kamu, walau geraham terpaksa menggigit akar-akar kayu. Ya, saya juga.
Bila kita jumpa nanti. Saya pasti, muka kamu pasti bercahaya :)
"Ya Tuhan kami, janganlah Kau palingkan hati kami setelah memberi hidayah kepada kami. Sesungguhnya Engkau adalah yang Maha Memberi."
Segan yang amat.
Saya segan sebenarnya untuk post cerpen ini. Sudahlah tidak berapa islamik. Agak jiwang pula tu. Cuma atas beberapa sebab, saya menulis.
Isk, mungkin saya tak patut tulis sebenarnya ~.
salam~
ReplyDeletecerpen yg bagus.
penuh mesej yg tersurat dan tersirat..
Alhamdulillah..
"Kekuatan Allah bersama-sama dengan jemaah. Sesungguhnya serigala itu hanya akan (dapat) memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)"-Riwayat Abu Daud.
ReplyDeleteAda kesalahan menaip dalam ayat ni?
ust...saya n rom8 rse mlu ble bce...
ReplyDeletekmi pcaye y majdi di ats 2 ust..
assalamu'alaikum
ReplyDeletedi luar negara, jahiliyyah itu jelas, peperangan menentang jahiliyyah benar2 berlaku di depan mata... dan sukar utk berperang seorg diri... musuhnya banyak : suasana,org sekeliling dan hawa nafsu diri sendiri...
bersama ikatan dgn ALLAH & ikatan dgn kumpulan2 yg saling bgantungan untuk menjadi muslim...barulah kita akan terpelihara...insyaALLAH... ikatan tu sgt penting!
negara sikit org islam @ negara byk org islam,tanah barat @ tanah timur, ini tanah bumi ALLAH... bila jaga ikatan dgn ALLAH & sentiasa bsama dlm kelompok2 org islam,barulah kita takkan mudah2 menjual islam dgn jahiliyyah...
org2 barat ni tkenal dgn sikap berfikiran terbuka dan equality,kbebasan .. sbnrnya mereka akan respect kita jika kita benar2 amalkan apa yg kita percaya... kena terangkan kepada mereka apa yg kita percaya,barula mereka tak salah faham...
bukanlah ALLAH itu Maha Berkuasa? DIA memegang hati-hati manusia,DIAlah yang memberi kejayaan dan kefahaman...ALLAH sgt mampu utk buat org bukan islam utk memahami dan menerima org islam.. :) maka,jadilah diri sendiri yg islam...
ana baru saja 2 bulan brd di negara barat,banyak lg yang perlu belajar dan banyak lg cabaran yg menanti...tOlong doakan~
di negara sikit org islam, mungkin lebih mudah utk belajar 'menjadi islam dgn pilihan diri sendiri',bukan krn keturunan... insyaALLAH~
wassalam
bagus cerpen ni... boleh di buat buku...
ReplyDeletebile lagi nak di buat..
sronok baca cerpen2 majdi ni...
satu cerpen berunsur kan islam..
nasihat.. pengajaran..
boleh laku nye..
Tinta sufi:
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukran. Semoga terus thabat dalam perjuangand dan senyuman insyaAllah.
Airina Nisrin:
Salam~
Syukran Airina. Semoga beroleh manfaat bersama.
Mad:
Tak ada kesalahan. (Sudah diberitahu kepada tuan yang tanya secara terus) =) Kalau ada yang lain tak faham, sila bagitahu.
Anonymous:
Ana pun malu bila tulis. ~ ust, majdi di atas bukan ana. Tolonglah percaya. Tak percaya, tanya ana.
SF: InsyaAllah. Allah senantiasa memberikan yang terbaik kepada hamba-hambaNya. Maka yakinlah bila Dia meletakkan kita di mana-mana. :)
Zirro:
TErima kasih makcik =) InsyaAllah, lama sikit keluarlah buku saya. hehe. InsyaAllah.
salam.
ReplyDeletemoral cerpen di atas, wlaupun ada unsur cinta, dan unsur jiwang yg nta mksudkan, namun kekuatan yg ana nmpk dlm cerpen nie, lbh kpd kepentingan & kebersamaan dlm jemaah. kepentingan bersama2 dgn shbt2 soleh dan biah yg terpelihara. kpntgn mencari dan trus mencari. dgn itu kita akn sama2 trbntuk mnjadi acuan trbaik sbgmn yg Allah mahu..
mulanya dr segi kkuatan watak utama bc mathurat sm2 dgn shbt. bukan mudah nak istiqamah. bila dgn shbt, kita jd lg smgt. ana sokong tue. keduanya, dr segi kkuatan nurul yg hilang sdkt demi sdkt akhirnya sdkt tersasar.
kreatif. mabruk 'alaik.
wallahhua'lam.
subhanallah ust majdi...semoga Allah rahmati usaha ini...ust ikon ana...syukur dpt abg naqib sebaik ini...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteent memang berbakat dalam penulisan. terasa ingin melihat hasil tulisan ent dikembangkan lagi dan menjadi sehebat 'Habiburrahman' atau 'Taufiqurrahman', malah lebih hebat dari mereka!
andai tulisan ent bertunjangkan da'wah, da'wah itu amat luas. salah satu cara terbaik adalah melalui seni penulisan..berusahalah mengembangkat bakat yang sedia ada!
-kk
salam,
ReplyDeletealhamdulillah,selesai baca..
ada mesejnya jiwang2 pun..he ;)
jemaah itu rahmat..moga tsabat dlm perjuangan~
wanita dan Ferrero Rocher..kerana dirimu begitu berharga ^_^
di mana bumi di pijak, di situ Islam dijunjung~
ketenangan ada di mana2..tak jumpa krn tak mencari..
kebahagiaan ada di hati..tak rasa krn tak menghayati..
kembali kpd fitrah~
p/s: Nak tulis jugak,
Saya bukan Nurul Aiman di atas. Kamu jangan salah sangka pula~ :D
salam. betul..cerpen yang sangat menarik, gaya bahasa yang santai. Mata tak letih membaca. Cuma di penghujung cerita tu, rasanya tak manis Majdi pi jumpa Nurul Aiman berdua. Dia patut datang berdua dgn shbt dia ke, sedare ke..baru nampak Islam syumul dalam setiap ruang kehidupan.
ReplyDeletecerpen Islam perlu dikembangkan...sampaikan Islam dgn penuh emosi penulis, memang berkesan! Syabas.
Nazihah:
ReplyDeleteSyukran Nazihah.
Tentang duduk berdua tu, sebenarnya ana dah jawab dalam tazkirah di bawah cerpen tu. Dan ianya memang salah.
InsyaAllah, ana tak kan melakukannya.
:)
Umairah:
ReplyDeleteSyukran Jazeelan. InsyaAllah, semoga Allah membantu kita untuk beristiqamah di jalanNya. Juga untuk senantiasa bersama jemaah dan diberikan kita teman yang baik. InsyaAllah.
Hanif:
Terima kasih Hanif. Tak lah, enta lah inspirasi dan ikon ana. Syukran jazeelan ya akh.
KK:
InsyaAllah. Ana sedang berusaha ke arah itu. Doakan ana. Semoga Allah permudahkan. Tunggu ya!
:)
Syukran jazeelan.
Nurul Aiman:
Salam
:)
Nurul, semoga terus thabat dalam perjuangan dan senyuman insyaAllah.
Ambik ibrah banyak-banyak di negara orang. (Indonesia, bukan Amerika) hehe.
Hidupkan islam dalam diri kita. InsyaAllah, islam subur di tempat kita.
thanks for writing this post~ ;)
ReplyDeleteboleh la....
ReplyDeleteeh.. ape da makcik... huhuu..
ReplyDeleteAnonymous:
ReplyDeleteThanks for reading this post ~ ;)
Zulkifli:
Bagus.
Zirro:
Maaf, silap pakcik =P
salam.. jujur nye, mle2 sy bayangkan majdi tu pemilik blog ni.. hehe.. tp lme2 da mcm mustahil pulak.. maaf..
ReplyDeletecerpen tu byk mkne dia.. tahniah!
mungkin sy bleh tggu novel islamik dari sdare..
trima kasih..
assalamualaikum...
ReplyDeleteminta izin untuk di'copy' n 'paste' di tempat lain, ust?
jzkk
Anonymous:
ReplyDeleteWa'alaikumussalam.
=)
Silakan. Semoga bermanfaat untuk semua insyaAllah. BarakAllahhufik.
Pemburu cinta ilahi:
ReplyDeleteMemang bukan saya pun =)~
Terima kasih. Untuk usatzah juga.
InsyaAllah. Doakanlah saya ya. Semoga Allah mempermudahkan dan membantu dalam setiap langkah. :)
Semoga Allah memberkati dan meredhai kita semua.
assalamualaikum...
ReplyDeletesuker pd certain part...
coz ade tmpias nyer pd dri...
but mostly..cerpen ni ajak kita tuk fikir sndiri....
assalamualaikum...minta izin nak copy cerpen nie...salam ukhwah
ReplyDelete~Husni~
ReplyDeleteWa'alaikumussalam.
=) Syukran jazeelan. Ya, sama-sama kita berfikir insyaAllah.
~Anonymous~
Wa'alaikumussalam. Sila :)
jiwang tapi bermakna..... best!
ReplyDeleteAssalamu'alaikum.
ReplyDeleteAna baca blog ni atas saranan seorg sahabat.
Things can change. People too. May Allah guide us all to HIS path. Ameen
Let's make do'a for people like her. I believe that she will be a better person after this if she passed the "test" she's facing right now. Allah knows best. We dunno what cud happen to her after this. Make do'a for her. We shud rili make do'a for all muslims-so that Allah will give strength to us all inshaAllah.
May Allah give her strength to live and conduct herself within boundaries ordained by Islam..
Good reminder to us all. Keep writing for the sake of Allah!
InshaAllah..
salam perjuangan..
ReplyDeletesubhanallah..
ust penulis muda yang berbakat..
teruskan perjuangan ust kerana bukan mudah untuk menjadi sang pejuang sejati..
hanya ilmu,keberanian dan kekentalan dapat menjadikan seseorang itu mujahid yang setia dalam membawa shahwatul Islam..ayuh..sama-sama kita tajnidkan saff2 kita,amanah kita,tiada siapa yang sanggup berjuang melainkan yang tahu Syurga itu manis...
bharap akn dpertemukn dgn sseorg sprti watak 'majdi' d atas, yg sanggup mbasuh sbersih2nya coklat yg tlah jatuh kotor dan membalutinya kmbali dgn kemas,walhal dia sbnarnya mpunyai bnyk pilihan yg jauh lbih baik. wujudkh 'majdi' sperti ini? bknkah yg baik n tpelihara merasakn mreka selayaknya utk yg baik jg
ReplyDeleteTerbuai indah membaca entry mu sahabatku : semoga Allah, mengurniakan keberkahan di atas keberkahan atas tiap usha yang ant usahakan, demikian seseungguhnya kePermurahan Allah mengatasi segala - galanya =)
ReplyDelete