Berpusing-pusing. Dari rona warna coklat keperangan Cappucino yang hangat. Membentuk pusaran halus, melingkar. Dan terus, lembut di bawa angin.
Saya teringat tentang satu kejadian, beberapa kejadian sebetulnya.
"Inilah saya, dan saya bukan hipokrit.."
Hipokrit. Saya tersenyum, sesimpul Cappucino tadi. Malah ingin simpul lagi. Salah konsep, atau konsep yang salah?
Ramai yang berkata begitu. Ramai yang menjawab begitu. Saat ditanya, mengapa tidak ke yang lebih baik? Mahupun waktu diajak, mari tampil berpenerampilan kemas? Sekemas buku yang disusun, setajam lengan baju yang dipanaskan.
Itu bukan saya.
Salah sangka, salah faham. Salah yang dirasakan, tika dia melakukan sesuatu, yang sebelumnya tidak pernah dia melakukan. Atau sesuatu, yang dia memang bukan begitu. Yang tidak kena pada hatinya. Apatah lagi nurani. Tapi ia adalah baik, lebih baik malah. Maka dia fikir, waktu itu dia seakan sudah menjadi,
Hipokrit.
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
(Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga. jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika dipercaya ia berkhianat". ) (HR Bukhari)
(Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga. jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika dipercaya ia berkhianat". ) (HR Bukhari)
Ya, memang ada orang begini. Berpura-pura. Namun, amal kurang juga jika hendak dibandingkan dengan kura-kura.
Yang ini ya? Tidaklah. Bukan, ianya tak sama.
Ianya bukanlah hipokrit. Ianya proses.
Saya, cuma ingin menjadi soleh. Kamu juga kan?
"Hasanatul abrar, wasayyiatul muqarrabin."
"Baik untuk orang-orang biasa, tapi buruk untuk orang yang dekat (mendekatkan diri pada Allah)"
Itu kata ulama. Oh! Indah mendengar. Jadi, tak mengapa jika ianya bukan diri kamu.
Saat selalu memakai t-shirt berceloreng pelik, bergambar hantu tak menentu ketika ke masjid menghadap ilahi. Tiba-tiba terdetik di hati, ingin berpakaian sedikit sopan, berkopiah menambah hikmah.
Atau ketika sang gadis putri, yang biasa berpakaian ketat sendat menyesat, terasa terkadang mahu labuh melonggar. Mahu menjadi sang melayu penyantun. Tiba-tiba terdetik,
"Aku bukan begitu, malah sifat dan perangai aku juga tidak menentu. Ah, nanti malu saja dikritik hipokrit."
Ketahuilah sahabatku, Itu bukan namanya hipokrit. Itulah namanya,
'Proses'
Itulah proses kamu, proses untuk menjadi lebih baik. Lebih soleh. Proses saya juga. Proses yang kadang-kadang memang tak kena dengan hati kita. Atau tiada pernah ada untuk melintas. Tak mengapa, sikit-sikit mencuba. Walau di hati mula-mula memang rasa amat tak kena. InsyaAllah, lama-lama ok lah.
Awal-awal memang susah, rasa sesah. Lama-lama mesti tenang, rasa hati pun senang. InsyaAllah.
Mari, mari berlumba!
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. [Ali Imran: 133].
Apa yang kamu rasa ingin, maka terus buat. Kerana rasa itu tak selalu hadir, kadang-kadang sahaja hadir menyindir. Atau ketika kamu tiada rasa, tapi ada yang mengajak. Maka kita penuhi, cuba mengubah diri yang kadang kita sendiri benci.
Kadang apa yang kita fikir hipokrit itu, alangkah sayangnya jika kita tahu bahawa ia satu perlumbaan sebenarnya.
Perlumbaan untuk segera kepada keampunan Tuhan dan syurgaNya. =)
Kamu berusahalah, nanti mesti ramai yang terpikat. :)
salam
ReplyDeletecantik bahasa
IAllah smg Allah memberikan hidayah kpd tuan blog dan yg membaca
us
teruskan tak lama lagi iAllah blh tulis buku
berkongsi dgn sesiapa yg sudah,atau mahu,atau ingin tahu
(+kalau ust letak instrumental jd ost blog ni,agak 'kena' dgn irama bahasa blog ust nii)
cdgn shj
sekian dr org yg tak punya apa
terbaek ustz.
ReplyDeleteSeni tulisan dimanfaatkan dengan begitu baik. Moga dilimpahi ganjaran yang setimpal..jazakallahu khairan..
manusia diciptakan secara firtah nya untuk menjadi baik, sememang nya akan wujud perasaan untuk menjadi baik.. tp mungkin suasana sekeliling yang menjadi penghalang..
ReplyDeletetp, andai ade keazaman yg teguh dan mantap, Insya Allah segalanya tdk mustahil..
bukan mudah untuk ssorg tu berubah ke arah yg lebih baik, tambahan pula istiqamah tu perlu..
tentu la bantuan sahabat dan sokongan ahli keluarga amat diperlukan..
subhanallah...semoga ustaz teruskan usaha dakwah ini lagi...ana sentiasa menyokong ustaz...=)
ReplyDeleteAnonymous:
ReplyDeleteSalam.
Alhamdulillah, Syukran jazeelan.
InsyaAllah, semoga Allah senantiasa memberi hidayah kepada us dan keluarga, dan kita semua insyaAllah.
InsyaAllah, doakan ana dapat tulis buku ya.
Erm, ana pernah juga terfikir untuk letak lagu sebagai OST di blog. Tapi, ada sahabat ana yang tak suka jika ada lagu di blog. Katanya, mengganggu konsetrasi pula.
Tak apalah, ana fikir. Ada yang suka lagu ni, ada yang suka lagu tu.
Pasang lagu yang kamu suka, dan bacalah blog ana bertema kannya. Hehe.
Apapun, cadangan us, ana amat-amat menghargai. Terima kasih sangat.
Untuk hati yang baik dan akhlaq yang cantik, itu lebih baik dari punya semua :)
Azimah:
Syukran jazeelan us. Ustazah juga. Tak sabar ana menantikan karya us. InsyaAllah, semuanya kerana Allah.
Pemburu cinta ilahi:
Benar.
Alangkah bahagianya siapa yang Allah beri nikmat istiqamah dan hidayah untuk terus mengikut jalanNya. InsyaAllah, kita sama-sama usaha.
Bila mana kita mahu, dan kita ingin. Pasti, Allah yang maha penyayang akan bantu dan tolong kita ke arah tu.
Bukankah Dia maha mengetahui? Allah..
InsyaAllah, kita usaha menjadi baik. Dan juga menjadi pembantu dan penyokong kepada orang yang nak jadi baik =) insyaAllah.
Hanif:
Alhamdulillah, syukran ustaz hanif. Murabbi ana nih.