Followers

Letakkan link blog anda =)

Sunday, April 4, 2010

Kanching, saya tertinggal sesuatu.



Kata orang iceland, ianya Vinatta. Vinatta yang membawa kepada Sevgi orang-orang di Turki. Saya tidak tahu. Cuma saya fikir, ianya amat indah. Seindah pusingan awan yang tersenyum dan lambaian bunga yang melenggok tika angin menyisir lalu mungkin. Tak pernah berubah. Tapi terus, berbuah mekar penuh hikmah.

Tapi kadang, hati masih tertanya-tanya. Lalu saya mencari satu makna,

Ukhuwwah.

Ramai sangat orang sekarang berbicara, bercakap tentang ukhuwwah ataupun persahabatan ni. Dalam novel yang senantiasa diulit ayat-ayat indah, juga yang masuk mencambah dalam Naruto ataupun Harry Potter, si penyihir putih katanya.

Kamu menginginkan. Agar perkataan ini menjadi satu nama dalam diri. Nama yang diinginkan saat membaca. Ya, saya juga ingin.

Tapi,

Betulkah makna ukhuwwah itu betul-betul berharga?

Inilah nabi mengajar kita.

Ketahuilah makna ukhuwwah itu seni. Itu kata saya. Macam lukisan, kita tak boleh nampak apa maksudnya. Lihat sahaja, tak akan pernah cukup. Makna dia dalam. Ataupun pada seni puisi. Kan tak ramai orang faham, kecuali lah yang benar-benar cuba meletakkan dalam jiwa. Yang benar-benar cuba untuk merasa apa maksudnya.

"Perbandingan orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti satu tubuh badan, apabila satu anggota berasa sakit, seluruh badan akan merasainya."

Dan ini yang saya belajar dari kata nabi. Dari hadis. Dari kisah sahabat.

Kisah sahabat ansar. Kisah 'Abdur Rahman 'auf dan temannya. Kisah mereka.

Jika hendak dibacakan, terlalu banyak cerita sirah yang menyayat hati. Yang menyejukkan hati. Kisah yang mengorbankan harta, malah hak. Demi untuk saudara. Dengar dan baca bagaimana mereka meraikan. Dengar dan baca bagaimana mereka mengorbankan.

Cari, dan bacalah.

Ukhuwwah itu, bukan pada pemikiran.

"Isk, mana yang lain ni. Orang ajak makan tak datang"

Dalam nada marah seorang sahabat. Dia jemput dengan niat untuk makan bersama-sama rakan-rakannya. Tapi ada yang tak hadir. Suasana makan ketika itu, dari suka, menjadi muram.

Saya kadang-kadang ingin ketawa bila teringat. Bukankah tujuan asalnya untuk meneratkan ukhuwwah. Tapi, jadi sebaliknya pula. Bukan ukhuwwah, tapi marah-marah. Benar, ukhuwwah itu pada kebersamaan.

7 orang yang duduk berjauhan pada benua yang berlainan, tapi penuh kerinduan dan doa. Itu lebih baik dari 7 orang yang duduk bersama, tapi benuh kebencian dan perasaan.

Benar bukan? Atau saya salah?

:)

Memberi, tanpa harap diberi. Itulah ukhuwwah.

Hati menghentak-hentak, sakit. Jiwa memberontak seakan mahu melakukan demonstrasi.

Salah, bukan begitu. Ukhuwwah itu memberi. Sama-sama memberi. Bukan memaksa. Dan insyaAllah bila kita memberi, kita akan dapat. Tak perlu dipaksa.

Begitu juga ithar. Kita melebihkan, tapi ianya bukan bermakna kita minta untuk dilebihkan, diutamakan. Kita harap, kita mampu menanggung penderitaan sahabat kita. Tapi bukanlah maknanya, kita susah, kita kata,

"Sepatutnya, dia kena tanggung sama"

Bukan begitu wahai kawanku.


"Dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu, 


dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. 


Dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya." -Surah Al-Hasyr


Kanching, saya tertinggal sesuatu.

Ukhuwwah itu bila kita gembira sahabat kita gembira. Ya, deminya. Kita kongsi segalanya, kita sharing suka dan duka.


Saya teringgal sesuatu di Sungai Kanching. Saya rasa lah.

Ketika air sungai mengalir lembut, dan derunya ketika terjun yang menenangkan. Angin juga membantu. Inilah rasa. Rasa ukhuwwah yang amat manis.

Saya tertinggal kenangan di sana. Saya sengaja tinggal sebenarnya. Kenangan ketika kami panjat bersama. Dan kenangan, ketika doa wehdah bergema. Ditemani rabithah, mengalirkan semangat dan taat setia, menjalinkan ikatan dan janji bersama.

Walau tika mata lain memandang, walau tika keadaan mengenangkan.

Terasa nikmat Allah, hebat.

Saya ingin kenal kamu.

Sudah punya teman, ingin lagi. Sudah punya ramai sahabat, mahu ramai lagi.

Dalam syukur, kerana Allah.

Saya ingin kenal kamu.

Kerana kamu saudara Islam saya juga kan? Saya nak menangis ketika kamu sedih, juga duka saat kamu luka. Kamu kenal 'abbas 'asasi? Seperti mana dia, saya seakan mahu menulis surat untuk kamu semua, mengatakan saya amat mencintai kamu, walau tak pernah jumpa.

Nanti, InsyaAllah bila jumpa, kita berta'aruf. Untuk kenal kamu, saya pasti bangga. =)

4 comments:

  1. ukhuwwah.. senang menuturkan.. payah mengekalkan.. bila sumanya kerana Allah.. tiada yg payah.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.

    Benar.

    Bila kerana Allah, yang resah, yang gelisah, yang susah. Semuanya seakan menjadi belaian indah =)

    ReplyDelete
  3. Pemburu cinta IlahiApril 6, 2010 at 12:20 AM

    sy terharu pabila ro0mate sy picitkan kpale yg sdg sakit, sedangkan dia pd ketika itu sudah hampir tido.. tp melihatkan sy yg xdpt lelapkan mata krn sakit kpale, dia bngun dan tlg picitkan..
    terase mcm.. indahnya persahabatan ini..
    trima kasih Tuhan!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.

    Pegang erat-erat, genggam, dan simpan baik-baik dalam peti hati. Agar persahabatan tu kekal abadi sampai syurga insyaAllah.

    Alhamdulillah, awak amat bertuah sekali ada kawan macamtu. Dan dia pasti, lagi rasa bertuah bila awak adalah sahabat dia.

    BarakAllahhulakuma.

    ReplyDelete