Picture by ~ultrazero13 of Deviantart
Saya akan ke kemboja.
Mensiswakan bakti di sana. Ataupun orang kata, membaktikan siswa di sana. Haha. Saya tak tahu mana satu yang benar. Mana satu ya? Atau dua-dua salah? ~
Bahagia. Betul, saya benar-benar teruja. Tersenyum sahaja (nasib baik tak ada orang kata gila.huhu.).
Sudah lama, dari dulu. Saya sering terngiang-ngiang. Seperti, ada yang senantiasa berbisik di telinga:
"Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."-al-mulk
Dari ayat ke-15. Al-mulk menguntai.
Dan inilah satu penjuru yang saya akan kunjungi. Dan saya datang dengan harapan, hadir membawa ketenangan ke tenang. Lalu pulang menggenggam ketenangan dari tenang.
Saya akan tinggalkan blog ni bersawang selama seminggu. Maaflah ya, semua. (ceh ~ macamlah sebelum ni update selalu sangat. haha.)
Pengalaman, itu pengajaran yang paling bermakna. kan?
Dari pengalaman, datang cerita. Dari cerita, datang idea. Atau kadang hadir rahsia. Malah, selalunya ditemani bahagia.
Ia tak akan sama. Tak akan pernah sama. Apa yang kita baca, dan apa yang kita rasa. Begitu, bukan?
Kerana itu saya pernah menulis post, ini.
Wah! Bestnya. Alhamdulillah. :) hehe.
Doakan saya.
"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"
"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"-Hadis
Saya ingin doa kamu, dari hati kalbu yang macam salju.
Doakan saya selamat. Doakan saya panjang umur. Doakan, saya di sana mengambil ibrah yang banyak. Sebanyak-banyaknya. Doakan kami. Nanti, saya boleh kongsi. Kemudian, saya boleh sampaikan.
Saya terasa lembut sekarang, selembut doa kamu yang kamu iringkan. :)
Doakan saya, insyaAllah.
(Seandainya ada bunga seroja di kemboja. Saya nak petik. Jika adalah~)
p/s: Ingin menulis jugak walaupun dah lambat sebenarnya ni. ^^
Salam~
ReplyDeletemoga selamat.moga panjang umur.moga dapat mengambil ibrah yang banyak.moga selamat pergi & pulang.moga selamat segala-galanya.amin..
bi iznillah, insyaAllah..
salam.pasti bakal menjadi pengalaman menarik dalam diri anta.all the best.enjoy the moment! mungkin peluang sekali seumur hidup. =)
ReplyDeletehh said..
ReplyDeletealhmdulillah ada rezeki pg jalan,pg tgk2 di bumi Allah.
ya, semoga dapat ibrah hasil pemerhatian,renungan dan pengalamn di sana
all the best
tunggu jurnal & fotografi. msti best.
ReplyDeleteerm, nak jgk tahu apa itu makna "mensiswakan bakti", dan "membaktikan siswa" di kemboja.
slmt berbakti.
salam..
ReplyDeleteya, sudah tentu doa kami bersama anda. selamat bertolak, berbakti dan pulang semula ke msia.
tmpat kelahiran ayh sy, xdpt sy nk gmbarkan. kalau bleh, letakkn gmbar byk2 pd post berkenaan. slmt berbkti.
salam, doa kami akan sntiasa mengiringi pengembaraan sedare..
ReplyDeleteslmt berbakti.. kutip lah sebanyak nya ilmu dan pengalaman d sana..
share la dgn kami..
saya juga mahu tahu.. =)
Airina Nisrin: Salam =)Syukran jazeelan. Dengan doa itu, bersamanya saya pergi. Dan bersamanya, alhamdulillah saya selamat sampai.
ReplyDeleteBiiznIllah.
Noor 'aqilah: Salam. Ya! hehe. Syukran. InsyaAllah, semoga Allah memberi peluang kepada kita untuk terus mengambil ibrah di penjuru-penjuru bumiNya.
HH:Syukran jazeelan us :) InsyaAllah, semoga Allah redha atas semua.
Umairah: Journal dah siap. Tapi maaflah, tak seberapa. Mensiswakan bakti ialah mengajar agar bakti itu menjadi rakyat. Senantiasa cuba untuk dihasilkan dan dibelajar bagaimana untuk melakukannya. Membaktikan siswa ialah membawa siswa-siswa untuk berbakti =) Ok?
Anonymous: Mesti awak bahagia kan? Punya kampung yang amat berharga. Alhamdulillah :) saya dah letak, tapi tak dapat letak banyak. Internet agak perlahan ~ Alhamdulillah, dapat juga letak yang sedikit.
Pemburu cinta Ilahi:
Salam. Semoga Allah merahmati kamu. Ya, saya rasa kelembutan doa tu. Alhamdulillah ;)
Saya dah share. Alhamdulillah. Afwan tak banyak. Semoga bermanfaat kita bersama ya =)