Followers

Letakkan link blog anda =)

Tuesday, May 4, 2010

Puisi: Aku ingin menangis

Puisi ini bukan saya tulis. Bukan karya saya. Tapi karya sahabat saya, yang saya sayang padanya. Sedap bunyinya, bermain-main irama di hati. Berlagu-lagu merentap diri. Terima kasih Farhan, atas sebuah puisi.. :)

picture by ~razvanx of DeviantArt

Aku ingin menangis,

Menurutkan hati yang dilanda gerimis,
Mematuhi fitrah yang jelas tertulis,
Segenggam takdir tak mungkin terhakis,
Menyangkal pengertian ungkapan egois,
Benarkah seorang lelaki itu layak menangis?

Aku ingin menangis,

Akalku tidak setajam Khalid di medan Mu’tah,
Matlamat hidupku tidak setepat panahan Hamzah,
Suara jiwaku tidak selantang Bilal di subuh mencerah,
Pendirianku tidak sehebat Sulaiman membina wilayah,
Apakah ini bisikan dayus atau diriku yang mudah mengalah?

Aku ingin menangis,

Mengimbau kembali sejarah hidupku,
Pentasan dunia bersulam waktu,
Merentasi hari menagih kurniaanMu,
Termenung sejenak diriku terpaku,
Apakah sumbanganku pada agamaMu?

Aku ingin menangis,

Ketika derai tawa menghiasi hariku,
Ketika indah mentari menemani pagiku,
Ketika garis sang pelangi menghiburkan petangku,
Ketika hening malam menemani tidurku,
Apakah terpacul dari bibirku hamburan syukur diriku padaMu?

Aku ingin menangis,

Kutahu ajal mautku tertulis ditanganMu,
Kusedar segunung doa tak mampu memutar waktu,
Namun kuyakini Engkau selalu mendengarkan aku,
Ya Allah kau biarkanlah air mata ini berlalu,
Kembalikan diriku ke jalan redhaMu..

15 comments:

  1. salam..
    blog dan penulisan yg mantap..
    tahniah sbb gaya bhsa yg anda gunakan agk menarik..
    cuma sy nmpk agak mirip dgn gy seorg penulis terkenal..mtk mf.. skdr lontaran pndgn..mungkin anda sdiri xperasan.

    apepun, keep up the good work 4 ummah! mabruk alaik.

    ReplyDelete
  2. salam..
    siapa si farhan ni?
    hebat2..
    siap masukkan elemen para sahabat dalam sajak ni..
    :D

    ReplyDelete
  3. Anonymous 1:

    Wslm..
    Syukran jazeelan atas komentar yang amat berharga. Agak mirip dengan gaya seorang penulis terkenal? Owh, mungkin saya gurunya sebenarnya. Ataupun, kami sama-sama ke sekolah dahulu. Tidakpun, gaya penulisan dia hampir sama dengan saya.

    Kecewa betul dengar.

    :) Hehe. Tak adalah. Saya cuma bergurau.

    Ini memang gaya penulisan saya. Jika mirip, itu ketentuan Allah. Tak mengapa, tak perlu minta maaf. Saya tak kisah. Selagi mana bermanfaat, bacalah. Selagi mana dapat beri kebaikan, walaupun sedikit. Saya sudah amat bersyukur.

    InsyaAllah, doakan saya. Semoga thabat dalam perjuangan dan senyuman.

    Syukran Jazeelan :)

    Anonymous 2:

    Wslm. Sahabat satu persatuan. Alhamdulillah, sajak ni menang pertandingan. Ya, memang hebat. Saya kagum bila baca. Banyak lagi sajak-sajak dia.

    InsyaAllah, semoga bermanfaat semuanya :D

    ReplyDelete
  4. sahabat satu persatuan?
    dekat uia kah?
    mrc or frc or engenius?
    wah,mnang prtandingan, kalau byk lg post kan lah semuanya..
    sperkara lg, si penyajak ni tidak punya bloog kah?
    =)

    ReplyDelete
  5. =) MRC.

    Ada, insyaAllah. Nanti saya post sikit-sikit. Si penyajak ada blog. Tapi baru lagi, dan dia tak benarkan untuk promote ~ Yang publish ni pun dia cakap jangan bagitau dia siapa. Haishh. (haha. Tak apa, nanti saya akan dedahkan juga)

    ReplyDelete
  6. salam lawatan..
    farhan mrc? mrc mab ke?
    pdahal anta dh dedahkan pun..
    tak ape.. perkara baik..
    sampaikan salam padanya..

    ReplyDelete
  7. salam lawatan..
    farhan mrc? mrc mab ke?
    anta dh dedahkan pun.. huhu..
    tak ape.. prkara baik elok sebarkan kate org..
    sampaikan salam pdnya..
    p/s : menantikan post strusnya..

    ReplyDelete
  8. Wslm.

    Saya tak akan bagitahu yang tulis tu ialah Farhan MRC. Haha. Tak mengapa :) Dia memang merendah diri. Nanti mintalah sajak padanya.

    ReplyDelete
  9. Saya dah minta dia postkan sajak-sajak dia di situ. :) Mintalah pada dia ya.

    http://phyxsius2thelast.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. syahdu dan bina kesedaran yang kita boleh ulang2 menghayatinya..tahniah dan menyentuh...

    ReplyDelete
  11. izin copy-tapi sy kreditkan nama awak, jgn risau... =)

    ReplyDelete
  12. izin share ustaz?puisi nya menarik jiwa

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. interesting..minta izin share..tq.

    ReplyDelete