picture by ~bat151287 of DeviantArt
"Mesti susah kan kerja Posmen?" Dahi berkerut sedikit melihat seorang berbaju biru, bercampur sedikit merah mengendong surat-surat.
Si teman berkalih, melihat sama ke arah yang ditunjukkan. Kemudian melirik senyum suka.
"Awak kerja apa ya?"
Selamba. "Posmen."
Diam.
Saling berpandangan.
Menahan ketawa. "Baguslah, Ayah saya juga pun Posmen sebenarnya.."
Pecah ketawa.
"Apalah awak ni.."
Senyum.
"Best tak jadi posmen?"
"Best."
"Kerja hantar surat kan?."
"Tak lah, hantar roti."
"Haish."
Tersengih. "Dah tahu, tanya pula. Mestilah hantar surat."
"Sebab apa best?"
"Sebab saya bukan hantar surat je.."
"Ha, Habis?"
Tersenyum bangga. "Saya tak hantar surat je. Saya hantar sekali kasih sayang dan doa pada setiap surat yang ada. Moga mereka sentiasa bahagia."
Gembira.
"Alhamdulillah.."
slm ustaz..bagus cerita yg ustaz tulis..teruskan yer..mmg..sumer keje bek akn jd halal jika niat pn bek..
ReplyDeletesalam, ya, mulia kerja ni, dan untuk 'uncle posmen' yg saya hantar pos laju kat jitra, terima kasih. walopun lambat dari tarikh jangkaan, takpe lah.janji sampai. InsyaAllah..
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDelete~ummuizz~
ReplyDeletewslm. Alhamdulillah. InsyaAllah. Moga semuanya kerana Allah.
~ns~
Wslm. Saya juga sedang menunggu surat dari seorang teman di pahang. Sudah seminggu tak sampai-sampai lagi. Ada masalah di mana2 mungkin. Ada hikmahnya. InsyaAllah, nanti sampailah. (tengok peti pos tiap2 hari~)
~Anonymous~
Alhamdulillah, perkataan syukur yang amat bermakna :)
Salam. Pernah dgr sebuah buku, tajuknya 'Fred Factor'? Buku bestselller yg ditulis oleh Mark Sanborn. Mark tulis buku ini berdasarkan kisah benar seorang posmen yg bernama Fred yg bsungguh2 dlm kerjanya. Beliau kenal org di kwsn kejiranannya,ambil berat tentang surat ataupun brg2 yg dihantar, dan juga ambil berat tentang kslmtn brg2 pos 'customer' nya.
ReplyDeleteNampak mcm kerja remeh,namun org lain dpt rasa hidup mereka lebih mudah krn adanya posmen mcm Fred yg bkhidmat utk mereka.Hakikatnya semua org memberi sumbangan melalui kerjayanya.Lihat saja Fred, posmen yg berjaya menjadi inspirasi, bukan saja kpd penulisan sebuah buku, malah byk seminar2 yg diadakan utk memotivasikan org lain spya blh kerja mcm Fred.
Kalau org kafir boleh kerja smpi mcm ni, org Islam mesti kena lebih lg, sbb kerja kita diniatkan krn Allah n Islam..insyaAllah.
~sekadar perkongsian~
~nurjalilah~
ReplyDeleteWslm. Syukran atas komentar yang memberi inspirasi. Saya tak pernah dengar tentang buku tu. Tapi selepas baca komen, terus saya search untuk cari.
Fred Factor.
Ana amat benar tertarik, apabila sesuatu berkisar tentang akhlaq dan hubungan sesama makhluk. Kerana itu yang baginda nabi cuba terapkan. Amat menarik! Dari kisah dan akhlaq seorang posmen. Terus menjadi leadership yang terus cuba diterapkan pada setiap orang.
Benar, kerana kita umat islam. Maka sepatutnya lebih lagi. Kerana kerja kita kerana Allah. Dan setiap apa yng kita buat, semuanya disertakan dengan kasih sayang dan ihsan
SubhanAllah.
InsyaAllah, semoga terus thabat dalam senyuman dan kasih sayang. Amiin.
~perkongsian yang amat bermakna, ukhti jalilah~