picture by Carenza of DeviantArt
Lepas subuh di pagi pelabuhan itu tenang. Hening dengan perang matahari yang perlahan memancar. Menimbulkan suasana laut yang mengasyikkan. Kapal-kapal bergerak lambat-lambat. Laut beralun menjadi syahdu.
Damai.
Pelabuhan Pulau pinang. Pelabuhan tumpuan yang selalu memberi seribu ingatan kepada pengunjung-pengunjungnya. Jeti yang tak pernah sunyi dengan manusia.
Nadwan menyandarkan tangan di penghalang besi, berdiri rapat bersebelahan dengan isterinya. Tersenyum sendiri-sendiri melayan perasaan yang ntah apa di hati. Gayanya seperti sedang menikmati satu memori.
Dia melemparkan pandangan jauh ke laut. Membiarkan baju ungu cerahnya halus ditiup angin, sengaja membiarkan diri leka dalam lembutan bayu.
“Abang…” Athirah bersuara lembut dalam jubah coklat dan tudung labuh kuning cairnya.
“Ya..?” Nadwan menoleh, tersenyum memandang Athirah.
“Athirah nak tanya sikit boleh?..”
“Lah, tanyalah banyak pun, abang tak kisah…. “
“Erm..”
“Kenapa? Ni mesti nak tanya kenapa abang hensem sangat ya?..”
“Isk, ke situ pulak abang ni..” Athirah mengerutkan dahi.
Nadwan ketawa kecil. Seronok dia.
“Athirah cuma nak tanya, kenapa abang suka sangat ya datang ke pelabuhan ni..?”
Nadwan diam. Kembali memandang ke laut. Tersenyum sebentar. Senyuman yang penuh makna.
Camar-camar terbang rendah, mengicau sesama sendiri.
“Sebab di sinilah dulu.. Abang dapat kunci syuga..” Nadwan berpaling, menghadiahkan sebuah senyuman untuk isterinya.
“Kunci syurga?”
“Ya, kunci syurga…”
*****
Nadwan berlari laju. Si kecil itu baru balik dari padang. Menuju terus ke arah T.V. Semangat penuh harapan.
“Jangan tengok T.V! Abang tak baca quran lagi kan hari ni? Main je dari tadi.” Rahmah memarahi.
Nadwan masam.
“Abang nak tengok kejap je mak!”
Nadwan sudah hendak menangis.
“Mak tak bagi.”
“Abang nak tengok jugak!”
“Abang lawan cakap mak?” Muka Rahmah garang. Rahmah mendekat, memegang telinga Nadwan, dan memusingnya ke belakang. Sedikit keras.
“Sakit mak! Sakit!.. Sakit Mak..hu..hu..” Nadwan meraung. Menangis menahan sakit.
“Pergi baca quran cepat!”
Nadwan melangkah laju, menapak keras. Nafasnya turun naik, turun naik menahan tangis dan marah. Mengambil quran, kasar. Air matanya tak henti mengalir.
“Jangan tengok T.V sampai habis baca quran. Faham?!!” Rahmah memberi amaran.
Nadwan membaca quran sambil menangis. Tersendu-sendu menghabiskan ayat demi ayat. Habis bacaan jadi
berterabur tersangkut tajwid sana sini.
“Baca elok-elok! Ulang sekali lagi!”
Rahmah memang seorang yang garang terhadap anak-anaknya. Tegas mendidik. Bagi Rahmah, ini cara didikan dia terhadap anak-anaknya.
Nadwan menangis kuat lagi. Dia menjeling-jeling jarum jam. Lagi 15 minit cerita Power Ranger kesukaannya akan habis.
“Baca quran pun nak nangis? Baca betul-betul. Mak tak dengar.”
Nadwan merangkak menghabiskan bacaan. Dia cuba membaca cepat-cepat, walau masih dalam tangisan.
Dalam hatinya masih teringat hero power rangers kesukaannya.
“SodaqAllahhul’azim…”
Nadwan selesai mengaji. Dia gembira. Nadwan kesat air mata. Dia berlari cepat-cepat. Membuka suis petak hitam. Tak sabar menonton sambungan episod minggu lepas. Menunggu cahaya kabur yang kemudian menjadi imej-imej jelas.
T.V terpasang. Terdengar bunyi-bunyian, lagu tema akhir Power Rangers. Menandakan siaran sudah tamat.
Nadwan mendegus. Dia rasa marah, rasa geram sangat-sangat.
Sebab mak lah. Dia terlepas cerita tadi. Semua sebab mak. Mak salah!
“Hah! Tadi nak tengok T.V sangat, tengoklah” Rahmah menyergah.
Nadwan hanya memandang maknya dengan muka masam. Rasa geram.
Jiwa kecil dia memberontak.
*****
Rahmah mengusap gambar kenangan bersama arwah suaminya. Membersihkan habuk di cermin sebaiknya. Dia terngiang-ngiang, terbayang-bayang wajah tampan suaminya.
“Nanti, Mah jaga anak kita baik-baik ya? Biar mereka jadi anak soleh. Nanti, boleh diorang doakan kita..”
Dia terbayang senyuman suaminya suatu masa dulu. Saat sama-sama masih bergandingan memimpin cahaya mata. Waktu duka meghadapi karenah si nakal, sama-sama berkongsi air mata.
Rahmah garang. Suaminya lembut. Sudah memang begitu kehendakNya. Ayah Rahmah dulu tentera, jadi anaknya didisiplin ketat. Ketat pada agama. Ketat pada hukumnya. Rahmah jadi tegas. Itu perwatakan dia.
Dia memang sengaja garang, tak mahu anak-anaknya hanyut dalam usia yang masih amat-amat muda. Tak mahu anaknya awal-awal dibuai dalam leka. Dia memang tidak mahu.
"Tapi Mah risau mah tak dapat bimbing dengan baik, Mah takut tak dapat berikan yang terbaik untuk diorang."
Suaminya tersenyum.
"Kan abang ada, kita sama-sama kan? Moga diorang jadi penyejuk mata kita.."
Suaminya senyum lagi. Cuba memberi sepenuh harapan.
"Lagipun, kalau abang tak ada... kan Allah ada?"
Dan dia sentiasa ingat waktu dan wajah suaminya tika itu.
Selalu, bila anaknya Nadwan dimarahi. Suaminya yang akan datang memujuk. Bila dia amarah rasa geram terhadap sikap anaknya, suaminya akan menjadi air menyiram sejuk rasa ke hati.
Tapi itu dulu, saat suaminya masih ada. Dan sekarang, dia berkeseorangan dalam melentur rebung yang semakin menjadi buluh.
Dia akui, dia memang ibu yang garang. Tapi apalah sangat garang yang ada pada seorang ibu. Garang manapun, secangkir kasih juga yang akan diberikan. Tegas manapun, sebening sayang juga yang akan dihadiahkan.
Walau banyak kali hati terguris. Walau malam-malam dia selalu menangis keseorangan.
Kadang mungkin memang dia tersalah kata, atau lumrah tersalah bicara terhadap waladnya. Tapi dalam jauh lubuk di sudut ruang hati, Rahmah benar-benar ingin menjadi yang terbaik. Dia senantiasa mencuba.
Sekalipun dia tahu, anak kesayangannya itu selalu memberontak, kerap bermasam muka terhadapnya. Biarlah macamna, dia akan tetap terus berkorban.
Itu amanah suaminya. Dan dia tetap akan menjaganya sampai bila-bila.
*****
"Siapa yang letak baju merata-rata ni? Abang kan?"
"Bukan abang, adik kot."
"Tapi mak nampak abang je duk kat sini tadi.."
"Bukan abanglah mak! Mak ni kerja tuduh orang je!" Nadwan melangkah laju. Masuk ke bilik menghempas pintu. Dia rasa ibunya menuduh tak tentu hala.
"AArrrgghhh!"
"Tum!" Nadwan menumbuk dinding. Terasa ingin melepaskan kemarahan dia yang tak tentu pasal.
Nadwan tak tahu. Kadang dia sendiri tak faham. Diri sudah meningkat dewasa. Sudah berumur angka 2 di hadapan sejak minggu lepas. Tapi dia selalu tak sefahaman dengan ibunya. Dia rasa ibunya terlalu mengongkong.
Dia rasa ibunya lansung tidak pernah memberi sokongan terhadap apa yang dia buat. Dia rasa kadang rasa meluat dengan ibunya. Apa yang dia buat, tak pernah ada yang kena.
"Semua salah. Buat salah, tak buat pun salah. Apa yang aku buat, semua salah di mata mak!".
Kerja syaitan. Makhluk terlaknat dunia akhirat. Benda kadang tiada apa, saja dihasut benci yang amat. Di hembus rasa geram. Prasangka yang selalu menyiat-nyiat hati. Perkara kecil, di jilat-jilatkan dengan dendam.
"Teruskan membenci ibumu.. Teruskan Nadwan..."
Nadwan merebahkan badan ke atas katil. Cuba menangkan hati yang diremuk rasa dendam tanpa mata. Sekejap, dia terpandang sesuatu di atas mejanya. Meja kayu yang dilapik dengan kain batik merah bercorak merah itu nampak kemas.
Dia bangun. Duduk menghadap meja. Mengambil kitab kulit keras itu. Al-Quran. Dia membuka. Membelek huruf dan ayat yang indah tersusun. Mengerling kepada terjemah di bahagian sisinya.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.
Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu.
Dan kepada Akulah jua tempat kembali."
Seperti ada sinar yang masuk. Laju menerobos ke setiap urat saraf. Nadwan menggeletar. Terasa ada perasaan hangat lembap yang berkembang di hati. Naik ke mata. Dan kemudian mengalir lembut turun ke pipi.
Nadwan menangis. Dia tersendu-sendu. Rasa diri hina yang amat. Apalah sangat apa yang dia rasa berbanding pengorbanan yang ibunya tanggung. Berat yang diusung ke sana sini. Apalah sangat. Ya Allah..
Dia menarik nafas dalam-dalam. Sedalam rasa yang dia ada sekarang. Walau apapun yang terjadi. Dia akan jadi anak soleh. Pasti!
*****
Petang itu terasa nikmat. Nadwan tersenyum. Turun tangga perlahan-lahan. Hati gembira. Hati lapang. Semalam, rakan sekelasnya di Universiti bercadang buat perkelahan di Teluk Cempedak. Dia mahu ikut, dia mahu bersama rakan-rakannya menghabiskan cuti lapang.
"Mak nak ke mana?" Nadwan bertanya. Pelik melihat ibunya yang nampak bersiap kemas.
"Mak nak ke Jeti. Mak ada kerja sikit di sana. Nak jumpa kawan kejap"
"Mak, abang ingat nak jalan-jalan ngan kawan hujung minggu ni.. Boleh tak?"
Rahmah diam. Berfikir sekejap.
"Kan abang dah banyak kali berjalan? Sekali sekala, duduklah di rumah pula.."
"Mak engkau saja ja tu Nadwan.. Dia memang tak akan bagi kau pergi.."
"Lagipun, mak tak suka kalau abang pergi dengan kawan-kawan macamtu. Mak tengok banyak yang hisap rokok."
"Mak bukan kenal kawan abang siapa. Abang lagi kenal diorang."
"Tapi mak jaga abang dari kecik lagi, Nadwan.. Abang tu dulu, dalam perut mak. Mak tetap tak suka abang kawan dengan diorang!"
"Lawan mak kau Nadwan, dia memang menjelekkan.. Kau perlu ada kebebasan.. Lawan, Nadwan.."
"Waktu abang ada masalah, diorang yang tolong abang. Bukan mak! mak hanya tahu marah, dari dulu lagi! Tak pernah nak bagi semangat, tak pernah nak bagi sokongan!"
Nadwan mendengus kencang. Dia rasa tangannya menggeletar marah. Dia sepeti terlupa taubat dan azamnya sebelum ni.
"Lawan saja Nadwan. Lawan mak kau tu.."
"Semua mak saja yang betul!"
"Abang jangan biadap!"
Nadwan mendengus kencang lagi. Benar-benar menahan amarah syaitan.
"Abang lagi suka kalau orang lain yang jadi mak abang!"
"Tumm!!" Dia menghempas meja dengan tangan kanannya. Melepas segala amarah. Nadwan seperti sudah hilang akal. Dia berjalan laju, mengambil kunci kereta. Berjalan laju keluar ke pintu, melanggar sedikit bahu ibunya. Dia tidak kisah.
"Bumm!!" Pintu dihempas kuat.
Menghidupkan enjin kereta. Memusing laju. Dan terus menderum di jalan.
Tangan Rahmah menggeletar. Dia rasa sebak dan pedih yang amat.
Dan air mata seorang ibu mengalir laju..
*****
Cafe Coffee House. Cafe cina muslim yang kemas disusun rapi. Ada corak dan khaligrafi khat digantung. Mempamerkan budaya cina yang penuh adab sopan.
Nadwan minum bersama rakan-rakannya. Dia rasa tenang sedikit. Rasa lega. Seronok mendengar muzik yang ntah dj mana mainkan. Melihat corak-corak yang diukir halus menghias dinding.
Dia gembira bila duduk bersama teman-temannya. Bersembang perkara-perkara lain berkenaan universiti dan bola. Dia mahu melupakan segala-galanya tentang ibunya. Sudah 3 jam rasanya sejak dia keluar dari rumahnya tadi.
"Mana Kamal? Lambat pula dia.." Hanif bertanya. Mencari-cari sahabat sekelasnya itu.
"Ntah, tadi aku baru call, dia kata lambat sikit. Jalan jam.."
"Jam apa petang-petang macamni.. Bukannya hari kerja.."
Nadwan cuma diam. Dia mengacau-ngacau kopinya. Melihat serbuk coklat yang kemudian tenggelam dan menjadi likat.
"Ha, sampai pun.."
Dari jauh, kelihatan seorang lelaki berjalan sambil tersengih. Memakai topi hitam dan berjaket kelabu.
"Asal lambat sangat?"
"Sorrylah. Jalan jam. Tadi ada kereta kemalangan dekat jalan nak pi Jeti. Tapi alhamdulillah, dah settle dah. Dah pergi hospital. jalan pun dah ok."
Nadwan tidak berapa ambik pusing. Dia masih mengacau kopinya. Masih terbayang wajah ibunya. Dia masih ada rasa marah.
"Teruk ke?"
"Teruk juga, kereta Avanza Hijau..Habis berdarah makcik dalam tu. Aku rasa dah mati dah. Ya Allah, tak bleh aku ingat. Ngeri gila.. Langgar dengan lori.."
"Mak nak pi jeti, jumpa kawan.."
Berderau darah Nadwan mendengar. Terasa kebas hingga ke muka. Ibunya memang memandu Avanza Hijau.
"Kau kata apa tadi? Avanza Hijau?" Nadwan tiba-tiba separuh menjerit.
Kawan-kawannya semua tersentak.
"Kenapa ni wan? Tiba-tiba je kau ni.."
"Haah, Avanza hijau.. Kenapa?"
Muka Nadwan hampir memucat. Darau tak henti berderau. Dia lekas mengambil kunci. Menghidupkan kereta. Memecut laju. Dia tekan minyak sehabisnya. Memotong segala kereta dan lampu isyarat. Laju mahu terus menuju ke Jeti.
Dia mengambil handphone. Menekan pantas nombor ibunya. Membuat panggilan..
"Maaf, peti mail suara bagi no ini.."
Tak dapat. Tak dapat dihubungi.
"Mak angkatlah mak.."
Dirinya dilanda ribut cemas. Nadwan tekan butang call lagi. Sama. Jawapan sama.
"Abang lagi suka kalau orang lain yang jadi mak abang!"
Dia terngiang-ngiang kata-kata yang dihamburkan kepada ibunya sebentar tadi.
"Mak, jangan mati mak..."
Dia menyesal. Nadwan menangis..
*****
Pelabuhan Pulau Pinang.
Nadwan sampai. Keretanya membrek mengejut. Dia lekas keluar, mahu terus mencari ibunya.
Berjalan laju melihat-lihat kereta avanza hijau ibunya jika ada. Jantungnya berdegup kencang.
Tak jumpa. Tiada.
"MAaaAkk!" Nadwan menjerit. Meraung dalam tangisannya.
Dia berlari lagi. Mencari-cari wajah ibunya. Kali ini, dia benar-benar mahu menatap wajah ibunya.
Tiba-tiba, dari jauh. Kelihatan kereta Avanza hijau terparkir rapi. Berdekatan dengan tebing jeti. Di atas rumput hijau jauh sikit dari taman rekreasi.
Hati Nadwan lega sikit. Tapi cemasnya tetap ada. Dia mahu melihat wajah ibunya juga. Dia berlari. Berlari laju.
Di hadapan laut, terlihat seorang wanita diam bersendirian berdiri keseorangan. Menghadap laut dan kapal yang ketika itu senja. Laut juga memantulkan warna oren-oren keperangan.
"Mak.."
Rahmah berkalih.
"Nadwan..?"
Terlihat wajah tangisan di wajah anaknya.
Nadwan datang. Terus memeluk lutut ibunya. Menangis menggenggam erat.
"Maafkan abang mak.. Abang sayang mak.. Maafkan abang.. maafkan abang.."
Nadwan merayu. Menangis sesungguh hati. Merayu memohon ampun. Rahmah sebak. Perkataan sayang dari anaknya amat menyentuh hati. Air matanya bergenang.
Rahmah tersenyum perlahan. Mengusap kepala anaknya.
"Bangunlah.. mak dah lama maafkan abang. Setiap apa yang berlaku, mak sentiasa maafkan.."
"Abang minta maaf mak, sebab tak jadi anak yang mak baik.. Abang minta maaf."
Rahmah menarik nafas.
"Tak apa abang, mak yang pelu minta maaf..."
Air matanya turun perlahan.
"Mak minta maaf sebab tak dapat jadi mak yang baik untuk abang selama ni.."
Rahmah menangis. Perlahan. Senyum dalam tangisan.
Tangis Nadwan memecah. Memeluk ibunya erat-erat.
Menatap wajah anaknya bersungguh. Senyum lagi.
"Tak apa abang. Seandainya redha mak adalah jalan abang ke syurga. Seandainya kemaafan mak yang abang perlukan untuk ke syurga. Seandainya abang harapkan keampunan dari mak.."
Hatinya makin sebak.
"Mak dah redhakan abang, mak dah maafkan abang, mak dah ampunkan semua dosa abang.. Jika itu kunci untuk abang ke syurga. Ambillah, mak dah bagi kunci tu pada abang.."
Rahmah tersenyum. Senyuman ibunya yang paling manis yang pernah Nadwan tengok. Senyuman senja yang bermakna.
Senyuman yang terakhir, sebelum esoknya ibunya benar-benar pergi untuk selama-lamanya..
*****
Air mata Athirah mengalir. Membasahi pipinya yang putih lembut. Sejuk damai pagi itu mengiringi perasaannya.
Dia merapati suaminya dekat. Mengelus jari atas jemari Nadwan. Menggenggam erat.
"Abang.."
"Ya sayang.."
"Bimbing Athirah menjadi isteri yang baik untuk abang ya.. Pimpin Athirah menjadi wanita solehah. Athirah nak jadi bidadari dunia abang dunia akhirat.. Abang redhakan Athirah ya.. Syurga Athirah, pada abang..."
Athirah menunduk. Tunduk dalam dambaan seorang isteri.
Nadwan merapat. Mengesat air mata isterinya.
Tersenyum.
"Abang dah redha, dah lama redha. Seandainya redha abang, keampunan abang, dan kasih sayang abang adalah kunci Athirah untuk ke syurga. Athirah dah dapat kunci tu..."
"Athirah, memang sudah isteri yang terlalu terbaik untuk abang.."
Mencium dahi isterinya.
Dan redup pagi itu terus menjadi saksi kasih sayang dua hamba. Hamba yang hanyut. Hanyut dalam redha dan kebahagiaan..
*****
Tamat
P/s: Selamat hari Ibu kepada mak saya. Shaharani binti Shaharom. Terima kasih mak, atas semua pengorbanan dan kasih sayang mak selama ni. Mak lah mak abang yang terbaik dunia akhirat. Terima mak, atas kunci syurga yang mak berikan :) Abang sayang mak.
caya la majdi..leh tulis novel camni.. aku support dari belakang..hoho
ReplyDeleteSubhanallah. Hebat.
ReplyDeleteBoleh buat novel ni ust~
siam3!!!!
ReplyDeleteHebat! tahniah!
ReplyDeleteyup...mngingatkan kita utk brsyukur dgn apa yg ada..sbb nnti dah hilang bru nak rasa mnyesal~
ReplyDeleteecece..majdi dah mula berangan2..bila nak bait muslim ni?? =p
ReplyDelete~syeikhan~
ReplyDeleteTerbaiklah bukhari! :) Ni yang sayang hg ni. hehe.
~Fatimah~
Syukran ustazah. Doakanlah ya.. insyaAllah.
~Ummu 'Abdullah~
O kun3. hehe.
~Pemburu cinta ilahi~
Syukran atas sokongan yang padu(terharu)
~Effe~
Ya, hargai apa yang ada.
~Dorebear~
Err.. huhu. Isk, segan ana enta tanya macam tu. Ana tunngu enta dulu =)
P/s: Maaflah sebab cerita ni tak berapa best ~
hehehe...mcm ade pengalaman je..ustzh fatimah syarha tulis novel brdsrkn pnglmn...nta??hehehe..kuat berangan2 jgk rupa2nya...ana nk timbulkan satu perkara..kdg2 ana perhatikan..cerita2 yg mengisahkan pemuda soleh...diakhiri dgn gnjrn wanita CANTIK dan solehah..adkah wanita solehah tidak cantik tnpa rupa spt bla bla bla??mengapakah harga soleh itu dibayar dgn nilai CANTIK bukan solehah??(kalau kurg fhm cara ana tulis kne tnya..hehehe)
ReplyDelete~dorebear~
ReplyDeletepengalaman? =) hahah. mana ada lagi da.
Tak adalah. Siapa soleh, dia automatik hensem. Walau macamna rupa dia. Siapa solehah, dia automatik cantik. Walau macamna rupa dia. InsyaAllah :)
Kenapa ending dia selalu macamtu:
1.InsyaAllah, atas balasan kesabaran dan kesolehahan. Allah membalas dengan yang soleh\solehah juga. Dan Allah tambahkan kurniaan wajah yang menenangkan si pemilik. (Cantik itu atas rasa si pemilik mata.)
InsyaAllah, bila kita sabar. Allah akan bagi. Banyak juga kisah-kisah ulamak dan ahli soleh yang Allah beri kurnia begitu. Cthnya syuraih, ataupun kisah pemuda dan buah Apple. Dan Allah adalah sebaik-baik pemberi kurnia.
Tapi itu tak semestinya. Sekali lagi, penyejuk mata dan hati, dan juga paras rupa kan penilaiannya pada pemilik mata dan hati? :) Jadi, pada orang mungkin berbeza.
2.Impian si penulis, mahukan isteri yang sedemikian rupa. ~ Kira macam doalah.
3. Satu added value kepada penulisan yang dibuat sebenarnya.
=) ok x?
P/s: Cerita hari ibu, dah jadi fokus kat lain. Hehe =P
bagus2 majdi..jwpn yg sgt bernas =)
ReplyDeletesalam.. hebat2... ko buat novel dulu lah sbelum aq.. hahaha...
ReplyDeletesalam..xsangka penulis blog yg wat cerpen ni..tahniah!
ReplyDelete~Dorabear~
ReplyDeleteHehe. Alhamdulillah =)
~Farhan~
Alhamdulillah. hahah. x apa. aku tggu ko.
~Anonymous~
Wslm. Alhamdulillah ;) Doakan ana ya.
sungguh menarik!=)
ReplyDeleteAd bakat jgk majdi ye...
ReplyDeleteTeruskan berkarya =)
Hg ni makin lama makin mntp la majdi. Nnt klu hg bwt novel insyaAllah ak org pertama bli then promote kt sluruh wrga KUIN... Hehe...
ReplyDeletesalam..boleh ana link blog us pada saudara2 ana? ana nk dorg baca cerpen kali ni dn hayati mesejnya. ana rasa cerpen ni sgt baik dn perlu dihayati oleh semua yg brgelar anak. boleh kn?
ReplyDeleteSubhanallah. entry yang snagat menyentuh perasaan. Moga kita semua menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Hargailah mereka yang melahirkan kita...
ReplyDeletesebak saya baca :)
ReplyDeleteminta share ye. tq.
-amal-
Salam majdi, makin hebat menulis ya skrg...alhamdulillah...suka ngn cerpen2 karya hg...
ReplyDeleteDeep~
ReplyDeleteBoleh dah..lepas convo publish buku.