Followers

Letakkan link blog anda =)

Monday, March 1, 2010

Pelindung yang bijak lagi terpuji.


Ahmad Jausyan Baqiri. Itulah maksud namanya. Adikku seorang yang hensem ini akan berpindah ke sekolah barunya. Dari Kulim, nun jauh merantau ke Perak.

"Sedih baqiri, sebelum ni kelas A je, kena masuk kelas B.." ngomelnya yang terpaksa berpindah ke kelas B di sekolah yang baru. Hehe. Kata cikgunya, kelas A terlalu penuh. Hingga rapat ke dinding. Jika dia nak masuk kelas A juga. Kena jadi dindinglah.

Wajahnya tampan, mungkin meniru wajah abangnya yang sorang ni sebenarnya. ~ Dahulu, di sekolah lama. Dia seorang yang amat aktif, mempunyai public relation yang amat baik. Antara salah satu ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin. Baik dengan guru, baik dengan kawan, baik dengan semua orang. Sebab tu dia seronok sangat bila ke sekolah. He enjoy his life there. hue. Marratan ukhra, sekali lagi dia meniru abangnya. hehe.

Haha. Walaupun masih kecil, sudah ada facebook dan blog. Isk, aku masa kecil facebook pun belum wujud mungkin.

Aku pernah menghantar dia pulang ke sekolah lama selepas pemergian abah, katanya ingin melawat rakan-rakan lamanya. Aku lihat rakan-rakannya berlari menemuinya. Dengan tersengih dan selambanya dia masuk ke dalam kelas. Lansung, dikerumuni sahabat-sahabatnya. Bila pulang, dia bawa sebungkus plastik penuh hadiah daripada rakan-rakannya. Ada yang bagi surat, pen tak ada dakwat, dakwat saja pun ada, frame dan pelbagai lagi.

Dari segi ibadah, aku rasa aku memang confirm kalah dengan adik aku sorang ni. huhu~ Demi Allah, tak pernah meninggalkan solat tahajjud ketika bulan ramadhan. Rasanya jika pernah, sekali. Hanya kerana dia dalam program, dan tak dapat mencari waktu di hotel.

Bahagia dia, perancangan Allah menjadikan dia anak yatim. Pasti tersirat seribu hikmah :) InsyaAllah, maka tarbiyyah Allah yang maha baik. Manakah yang lebih baik dari celupan Allah. InsyaAllah, semoga dirimu menjadi mujahid sepanjang zaman, pelindung yang bijak lagi terpuji. Melindungi Ummah dan agama dengan segenap hati dan jiwa.

Owh ya, akhi yang lagi satu Ahmad Rifhan Mujaddid, Mujaddid yang kaya lagi terpuji. Tabah, periang, tapi mempunyai hati kecil yang amat lembut. Untuk dirimu jua adikku. Moga dirimu menjadi Mujaddid yang hebat dalam memperjuangkan mahkota murni Islam.


p/s: Hehe. Sedang mencari jalan bersama dakwah dan masyarakat di tempat baru.

Lawati blog Jausyan, penulis kecil yang berjiwa besar :) ada 2 lagi.

http://www.pelayaribadah.blogspot.com/
http://www.rahsiakeimanan.blogspot.com/

10 comments:

  1. ala siannya dia...drjah brape nie?

    ReplyDelete
  2. hehe.. insyaAllah, dia ok je. darjah 5 :)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah anak soleh ni...amin...
    moga dia dapat temankan ibu enta, moga ibu enta dan semua terus tabah dengan ujian Allah ini...
    UJIAN YANG BERAT UNTUK HAMBA YANG HEBAT....

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, amiiin. Syukran jazeelan ustazah. Semoga Allah merahmati dan mencintai ustazah dan keluarga senantiasa insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Comelnya adik us nie.Ahmad Jausyan Baqiri,sedap nama dia.moga dia mnjadi seperti yg us doakan.amiin..kebetulan pulak umur dia sama dgn adik ana yg bongsu tu.=)tp nk panggil apa kt dia ya? jausyan blh? jausyan blajar rajin2 tau,biar pandai dn hebat lbih dr abang2 jausyan..;) moga us sekeluarga bahagia dan kuat dlm meneruskan kehidupan..insyaAllah..
    erm,slh seorg sahabat ana ckp kt ana yg dia mengimpikan seorg suami sesoleh arwah ayah us.moga Allah memberikan yg terbaik untuknya dn us sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. salam~
    tgk gaye baqiri snyum mcm majdi je.. =)
    btw,mOge tabah mhadapi ujian drpd Allah s.w.t
    "Allah tidak akan mbebani s'sorg mlainkn ssuai dgn k'sanggupannya" al-baqarah [2:286]
    teruskn memimpin keluarga ke arah redha NYA..
    may Allah bless & grant u jannah..

    ReplyDelete
  7. Islam inside:

    Alhamdulillah, comel mengikut abang dia. ~ insyaAllah, tarbiyyah Allah yang terbaik. Dan kehidupan akhirat adalah lebih kekal dan baik di sisi Allah. Wa'alaiki, semoga us dan keluarga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah senantiasa insyaAllah.

    Allahhuakbar. InsyaAllah. Semoga dia menjadi isteri yang solehah dan mendapat suami yang soleh. Amiin. Dan ke atas ustazah juga insyaAllah. Syukran jazeelan ustazah. BarakAllahhufik.

    Blueberry_cheesecake:

    =) ye ke? hehe. Syukran jazeelan.
    InsyaAllah, semoga ditetapkan hati kita dalam tarbiyyah dan cinta pada ALlah. Allahhuakbar. Wa'alaik, semoga Allah memberi kita syurganya yang tiada kesedihan dan ketakutan di dalamnya insyaAllah. Allahhuakbar.

    ReplyDelete
  8. Islam inside: Asif jiddan, kirim salam juga pada adik bongsu ustazah. InsyaAllah, akan menjadi pandai dan hebat dalam meninggikan kalimah Allah. Belajar rajin-rajin =) bangunmu esok, menjadi pejuang mujahid sepanjang zaman. Amiiin.

    ReplyDelete
  9. Sedap jgk lirik lagu yg hg tulis tu eh.. Teringat plak ak kt Adib Fakh. hehe..~ Anyway, adik hg mmg mantap. Sbg seorang yg berumur sbgitu muda, dah jadi soleh mcm tu skali, I.Allah dia akn jd Mujahid sepanjang zaman.. Ameen...

    ReplyDelete
  10. Ameen.

    Hehe.

    InsyaAllah, semoga Allah merahmati adik-adik aku yang 2 orang ni.

    Eh, adib? lirik lagu mana pula aku tulis?

    ReplyDelete