-
Wednesday, March 31, 2010
Novel: Sebuah wadah yang selalu disalah erti
Membuka helaian kertas berwarna kuning langsat. Memerhatikan liuk-lengkok garis hitam yang akhirnya membentuk huruf-huruf yang tersusun kemas. Membaca, malah cuba mendalami Manikam Kalbu. Saya membaca buku, novel sebetulnya, yang dibeli pada pesta buku tahun lepas. Ya, tahun lepas. Baru tahun ini saya mula membacanya
Saya kagum.
Kagum yang amat. Kagum bagaimana perbicaraan tentang fesyen dan aurat, budaya dan adat, malah hakikat yang berjaya dibincangkan dalam sebuah perjalanan cerita yang sangat menarik, malah dimasukkan ke dalam watak-watak yang seakan-akan berada di sekeliling kita. Fakta, dari berat terus terasa hebat.
Bagaimana menghayati Islam dalam setiap cabang kehidupan, malah merasai dan mengaplikasi.
Fesyen? Jahitan? Lelaki yang terus minat menjahit? Ahah. Dulu saya tidak memandang tinggi semua ini, walau tidak juga memandang enteng. Namun hari ini, saya mampu teruja sehingga saya mengetahui siapakah pakar dan ahli Islam dalam bidang ini. Dan ternyata, islam amat hebat. Nyata, islam benar-benar luas.
Dari mana semua ini.?
Dari sebuah tulisan, dari sebuah novel.
Beginilah mereka berjuang.
Ketika zaman perjuangan melayu dahulu, banyak karya-karya dan puisi yang menjadi obor kepada pembakar dan pencetus semangat perjuangan. Untuk bangsa, malah yang lebih, untuk agama.
Hikayat Amir Hamzah.
Serta hikayat dan cerita perjuangan seperti inilah yang menimbulkan keghairahan untuk mereka mengejar satu cita-cita, syahid.
Sebuah wadah yang selalu disalah erti
Pandangan sinis dilemparkan, tawa kecil diberikan.
Novel benar-benar telah disalah erti. Tambah-tambah pada orang yang merasakan diri mereka mulia.
Orang yang merasakan apa yang mereka lakukan adalah lebih baik.
"At-tqwa ha huna"
Sabda nabi sambil menunjukkan ke arah dadanya. Taqwa itu disini kata nabi, di hati.
Lihat bagaimana orang mengambil ibrah dari Ayat-Ayat cinta. Lihat bagaimana karya-karya islamik giat menyampaikan dakwah. Lihat mereka.
Karya popular. Memang, mungkin kerana ini kebanyakan konsep penulisan salah difahami. Karya-karya yang menarik, namun tiada sebarang erti mahupun seni, apatah lagi sastera dan ntah ke mana unsur-unsur Islam di dalamnya, karya inilah yang menjadi pilihan sebelum ini. Ianya kadang-kadang terkenal walau hanya membawa unsur cinta dan mungkin hanya seperti drama biasa di t.v.
Ada pisau membunuh. Juga ada pisau memotong sayur.
Begitu juga Islam dan tarbiyyah, dan dakwah. Setiap cabang mampu untuk membawanya. Sama ada dari filem. Atau hingga ke sukan trek di stadium. Semua ada kesannya hingga mampu berbekas di hati.
Bacalah.
Buka pemikiran anda.
Saya cuma mencadangkan. Untuk kamu baca novel-novel sebegini. Karya Faisal Tehrani, karya Hilal Asyraf. Karya Fatimah syarha. Karya Zaid akhtar. Karya Isa Kamari. Dr Hamka? Ya, karyanya pasti.
Bagaimana cara menggarapkan tarbiyyah dalam diri melalui perwatakan. Mungkin anda kamu menjumpanya di sana. Atau mungkin, kamu berjumpa semangat di dalamnya untuk bidang-bidang ilmu yang sedang kamu ceburi.
Dan nanti, bolehlah kamu menulis. Dan saya boleh membacanya =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
setuju...
ReplyDeletenovel, jangan pandang sekadar menariknya jalan cerita. tapi, intipatinya! apatah lagi, novel-novel 'berat' FT.
salam.
ReplyDeletedah pernah bace Tuhan Manusia-Faisal Tehrani?
cari,bace,ulas.
Tuhan Manusia..novel berat. Novel tentang pluralisme. Elok jika ada idea awal terlebih dahulu tentang apa itu pluralisme. Novel ini lurus pada faktanya, maksudnya ia kurang terpengaruh dengan pembinan watak atau plot..lebih kepada menyampaikan maklumat, mungkin juga menyuntik kesedaran. lebih kurang begitulah pendapat saya. Faisal Tehrani berjaya meniup semangat berfikir secara kritikal buat pemuda islam di Malysia..(patutnya ulas kat blog sendirilah kan?)
ReplyDeleteSengaja mahu berkongsi dengan Jumanailah.
Kita boleh baca apa sahaja genre, penulis, tetapi untuk faham dan berpegang pada prinsip sendiri tentang sesuatu isu sangat penting pada saya. Supaya kita dapat menilai karya-karya penulis dengan adil terutamanya karya kreatif (bukan jurnal atau kajian ilmiah bersistem) kerana di situ ada pendapat peribadi yang lebih kuat.
Sama-samalah jadi ulul albab~
Fajim:
ReplyDeleteBenar. Rasakan perasaan mahu dan ingin. InsyaAllah, segalanya akan jadi mudah.
Jumanailiah:
Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.- yang ini ya?
Alhamdulillah, kebanyakan karya Faisal Tehrani saya ada. Hampir semua ada, tapi tak semua sudah dibaca. Buku ini, saya sudah baca separuh. Entah mengapa, ia hilang entah ke mana. Mungkin merajuk pada tuannya. InsyaAllah, nanti ada dan jumpa, baca dan terus ulas.
Puteri:
Terima kasih puteri. Tak mengapa, tulislah. Saya suka orang tulis di blog saya.
Dah terjawab sikit kan Jumanailiah? =)
Berkongsilah. Saya juga ingin tahu.
Benar. Perlu ada keteguhan aqidah dan paksi agama dalam membaca sesuatu. Itu panduan. Tidak mahu jadi lalang yang mudah berubah arah. Pada agama, ada segalanya.
Bacalah, pada itu kita berkongsi fikiran.
insyaAllah :)
salam..sekadar komentar ringkas...
ReplyDeletesetuju dengan beberapa pendapat di atas...
cuma dalam novel...pembinaan character or watak dalam novel " islamic" perlu lebih sederhana...membumikan character penting..supaya dakwah yg cuba disampaikan penulis melalui character dapat sampai kepada masyarakt...
penulisan "islamic" perlu lebih bersifat membumi dalam erti kata pembinaan watak ataw character...dari segi jalan cerita...perlu lebih berilmu...(erti kata lain- penulis juga perlu jd researcher juga...- mesti cuba lari dari tema cintan cintun..yg jd tema novel2 biasa...hanya ditambah tempelan islamic semata2..)
p/s: sebagai rujukan tuk penulisan novel2 cinta...karya yg terbaik...karya abuya hamka...
" Tenggelamnya Kapal Van Do Vick".
-zakwan-