Basah yang menenangkan.
"Majdi, nak tahu bagaimana orang beriman hanyut?" Sebentar, dalam deru bunyi alam, dan kuyupnya pakaian, Syafiq bertanya.
"Macamna?"
"Sebagaimana orang yang tenggelam dalam air sungai yang meyegarkan. Terus hanyut."
"Bagitulah tenggelamnya kita sepatutnya. Hanyut dalam sungai dan rindu. Hanyut dalam cinta Allah." Syafiq tersenyum.
Kita cinta Allah?
Kamu cinta Allah? Saya juga cinta Allah. Ramai orang cinta Allah. Tanya mereka, mereka akan menjawab:
"Aku cinta Allah.."
Benar, kata-kata adalah ekspressi. Tapi sejauh dan setinggi mana kata-kata itu menjadi taman dan bunga-bunga di hati? Sampai kita benar-benar hanyut dalam perasaan dan rindu kita, sampai kita tak pelu mengungkapkannya. Ia akan sudah sentiasa terungkap. Dalam hati, dalam diri.
Manifestasi cinta manusia.
Kita akan berasa seronok bila mana diraikan dan dihargai. Rasa disayangi. Benar, saya juga rasa begitu. Kita akan rasa tenang bila dapat berkongsi perasaan dan masalah yang dihadapi. Atau cukuplah, jika dapat bertanya khabar.
Malah, ada yang rela tiada punya seribu kawan. Asalkan punya hati si dia yang satu.
Tapi kita selalu tak sedar, bahawa yang memegang hati kita, hati dia, hati mereka, hati saya dan kamu. Adalah Allah, yang menyebabkan kita jatuh cinta, yang menyebabkan kita tertarik, malah yang memberikan susah payah dan kegelisahan, lalu di selepas itu terus memberi ketenangan. Allahhuakbar.
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat..."
Cinta Allah, saya cari.
Pernah tak kita rasa, kadangkala mungkin, satu saat yang kita teringin untuk membaca al-quran. Saat yang bila mana kita solat, kita rasa ingin solat lagi, malah menunggu waktu fardhu yang berikutnya. Waktu yang mana kita rasa tenang, dan hati sentiasa teringat akan Allah. Allah, rindu rasanya mempunyai perasaan seperti itu.
Pernah tak kita rasa, satu saat yang tiada yang memahami kita walau mereka cuba memahami. Satu saat, yang kita tak nampak jalan keluar, walau seantero dunia ingin menolong. Satu saat, yang kita rasa jalan yang di depan kita dahulu cahayanya teang amat. Tapi kian pudar. Malah membimbangkan, mula memalap.
Bukankah Allah maha memahami? setiap inci masalah yg kita hadapi. Bukankah Allah ada, untuk kita sentiasa bercerita masalah, suka dan duka. Malah, dia maha menemani setiap langkah kita itu.
Rasa cinta Allah, tak akan bersama dosa selamanya.
Sekali rasa cinta, sampai bila-bila akan rasa derita. Derita akan takut rasa cinta itu. Derita rindu dan mahu kembali rasa itu. Kamu pernah rasa? Saya pernah ada rasa itu. Tapi bila saya terbuat dosa. Saya semakin timbul kembali. Ianya makin pudar, makin hilang sedikit demi sedikit. Saya mahu, tapi kerana dosa, ianya tiada.
Mana mungkin cinta Allah dicemar dengan noda bukan?
Mari cari cinta Allah!
"Ya Allah, aku memohon padaMu cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu, serta amalan yang menyampaikanku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih aku cintai dari diriku sendiri, dari keluargaku, juga dari air yang sejuk (ketika matahari terik)"
Kita meminta, kita menyampaikan, pada Allah. Yang kita mahukan cintaNya. Kita mahu hati ini untuk terus mencintaiNya.
Agar Allah menyampaikan doa itu. Semoga Allah menerima permintaan itu.
Kerana ramai yang mahu, namun tiada bagitahu. Sampaikan, agar Allah, pemilik cinta itu bantu.
InsyaAllah, sehingga nanti, kita mampu untuk hanyut. Sehanyut arus deras sungai yang mengalir. Membiarkan diri terus tenggelam. Lemas dalam manisnya lazatnya, dalam enak rasa cinta kepadaNya.
InsyaAllah :)
Semoga Allah mencintai.
"Orang-orang yang beriman, amatlah dahsyat kecintaan mereka kepada Allah..."
No comments:
Post a Comment