Followers

Letakkan link blog anda =)

Monday, March 1, 2010

Secebis kenangan hidup.

Aku masih teringat..

Dulu, aku sering ke surau dengan abah.. dan kadang-kadang aku tertidur di sana..

bila aku sedar..

Aku dalam pelukan abah.. hangat..

Abah mendukungku pulang ke rumah..

Aku masih ingat ketabahannya semasa mendidikku, melayan segala kerenahku. Sabar.. dan amat sabar.

Walau ke mana, walau apa pun, walau sesusah mana.

Dan aku..

masih ingat wajahnya semasa senyumannya ketika gembira, gembira dalam kasih sayangnya kepadaku.

Allah..

Aku..

Tak mampu untuk teruskan..

****

Aku berada di dalam kereta.. Menunggu detik untuk melihat wajah abah. Buat kali yang terakhir.

Aku sampai, mencium tangan mak.. memeluk mak yang sedang menangis..

Aku melihat wajah abah.

"Mak, abah tersenyum mak.."

"Mak tau.." jawab mak, pilu..

Wajah jenazah abah tersenyum manis sangat. Aku tidak pernah melihat abah senyum semanis ni. Allah..

Mak sentiasa di sisi abah, ingin bersama abah selagi ada masa..menangis sendu.

Dan aku.. aku perlu kuat.. namun melihat wajah mak kemudian wajah abah membuatkan aku sebak dan terus hanyut dan tenggelam dalam air mata dan perasaan..

Sebentar mak tersenyum, sayu..

"Mesti abah bahagia sangat di sana.. sampai senyum macam tu.. Abah seronok je kat sana.. tinggal kita sedih di sini..Abah, seakan tidur.."

Mak terus mengusap abah.. dan kami terus menangis..

Sahabat-sahabat, rakan seperjuangan, anak murid, dan saudara mara abah ramai yang datang, menziarahi, menghargai.

Kami adik-beradik membantu memandikan abah. Melihat abah dimandikan sebegitu, kami tak mampu menahan. Rifhan menangis, Jausyan memelukku. Aku juga, menangis semahunya..

Tapi demi Allah, dengan senyuman yang begitu. Abah kelihatan amat seronok, seronok dimandikan. Dan ianya sedikit sebanyak mengubat dan memujuk hatiku..

Abah dikafankan, dan kami semua memberi ciuman dan penghormatan terakhir untuk abah..

Aku memakai jubah hitam. Jubah yang dibelikan di mekah. Jubah yang abah belikan. Aku manarik nafas. Mengambil wudhuk. Menghadap jenazah dan keranda abah yang telah diselimutkan dengan ukiran khat emas berkain hitam.

Semoga abah bangga dengan anaknya. Aku mengangkat takbir, disambut dengan suara takbir ramainya para jemaah yang lain. Aku menjadi imam untuk sembahyang jenazah abah. Aku menghayati. Amat menghayati.. Aku berdoa penuh berharap pada Allah.. untuk abah..

Abah, selamat dikebumikan..

****

Petang itu hening. Benar-benar hening.

Angin membelai lembut. Dan daun-daun berdesir perlahan. Jubah beralun tenang. Aku berdiri di tepi kubur abah. Seorang diri.

Memandang segalanya. Menadah tangan.

"Ya Allah, aku tak tahu adakah aku anak yang soleh. Aku yakin janjimu bahawa apabila anak adam meninggal dunia, tak akan terputus darinya anak yang soleh. Ya Allah, Kau ampunilah ayahku..Kau lapangkanlah kuburnya, Kau rahmatilah dia. Kau kurniakanlah syurgaMu yang tertinggi tanpa hisab ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya dia hambaMu yang soleh, anak yang soleh, suami yang soleh, ayah yang soleh. Dia benar-benar telah mendidikku dengan baik ya Allah.."

Allah..

Abah, abah jangan risau. Abah masih ada abang dan adik-adik. Kami sentiasa akan doakan abah. Sampai bila-bila abah..InsyaAllah, semoga abah bahagia di sana..

Hidup kami benar-benar berubah..

Rumah yang penuh dengan kenangan suka dan duka akan ditinggalkan. Itu rumah kerajaan, dan kami tinggal kerana abah pensyarah. Jausyan akan berpindah sekolah. Dan aku akan terus menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga.

Keluarga abah dan mak amat baik. Pernah aku terfikir, aku ketua keluarga sekarang. Aku perlu mencari kerja. Aku perlukan sekurang-kurangnya untuk menyara keluarga.

"Jangan fikir lagi tentang kerja atau apa, nadwan ada mak dan ayah saudara yang ramai sangat.."

Keluarga mak abah amat membantu. Mereka amat menolong. Mereka amat berkorban. Allah..

Suasana terlalu sayu. Seakan sentiasa menangis, sekan sebak senantiasa mengunjung.

Mak, mak terlalu rindukan abah.. sangat. Mak selalu sakit. Mak ada darah tinggi.
Dulu abah yang akan selalu jaga mak, berada di samping mak. Tapi nanti, bila nanti.., siapa yang akan jaga mak? Mak tak sihat. Nanti, rifhan akan balik ke asrama.. Baqiri akan ke sekolah, dan aku akan ke uia. Siapa nak jaga mak nanti?.. Siapa nak jaga bila mak kesunyian nanti? Bila mak amat memerlukan teman di sisi.. Allahuakbar..

Aku menangis, memikirkan tentang mak.

"Nadwan.. kesian kat abang nanti.." perlahan mak berkata-kata..

Aku mendongak.

"Kenapa mak?.."

"Nanti abang kena cari isteri yang dapat terima mak.. yang dapat duduk sekali dengan mak nanti.."

Aku mencium dahi ibuku..

"Mak jangan risau...."

"InsyaAllah..Abang akan jaga mak.. walau apa pun yang terjadi.. walau macamna pun.. sampai bila-bila mak.... sampai bila-bila...."


Kisah cinta ayah dan ibuku di post "Ini teladan cintaku" dan untuk antum yang amat ana hargai "Semoga Allah menyayangi antum"...

17 comments:

  1. Salam

    Moga thabat dalam perjuangan...anggaplah segala yg berlaku ada hikmah disebaliknya..

    seeru 'ala barakatillah

    ReplyDelete
  2. wslm.

    InsyaAllah, syukran jazeelan akh

    =)

    barakAllahhufik

    ReplyDelete
  3. Asif jiddan, sebenarnya post ni adalah post yang pertama berkisar tentang abah. Kedudukannnya yang sebenar di bawah post 'ini teladan cintaku'. Dinaikkan ke atas atas permintaan ibunda tercinta.

    ReplyDelete
  4. Baca blog nadwan teringat masa arwah abah makcik nina meninggal,masa tu makcik nina form 4. Sebaya dgn Rifhan. Balik asrama,bawa bantal yang arwah guna.Masih bau badan arwah. Setiap kali peluk bantal nak tidur,makcik nina doa supaya cepat-cepat kiamat & tak sabar nak tunggu hari akhirat, nak jumpa abah! =)

    ReplyDelete
  5. :) Syukran atas ziarah makcik nina.

    Sesungguhnya kehidupan dunia amatlah sebentar. Kehidupan akhirat yang lebih kekal dan baik di sisi Allah.

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah merahmatimu..

    salam ziarah dri ana..

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah merahmati kamu jua..

    Allahhuakbar.

    Untuk anda:

    Sila baca post yang sebelum ni.

    dan

    "ini teladan cintaku"

    ReplyDelete
  8. bismillah..

    as what i said.. sebak.
    InsyaAllah, abah nta tenang abadi di sana berbekal doa anak2 soleh.

    pesanan ibu yg brmakna. jgn biar kisah al-qamah berulang.

    wassalam.

    ReplyDelete
  9. najibah:

    Allahuakbar. Syukran jazeelan ustazah. Semoga Allah merahmati ustazah dan keluarga insyaAllah.

    InsyaAllah, abah bahagia dan tenang di sana.

    Ibu senantiasa di hati.

    wassalam.

    Maksu:

    Allahuakbar.. Allahuakbar..

    ReplyDelete
  10. salam..sedihnya along membaca dan menghayati tiap2 satu bait2 ayat yang adik tulis..terlalu sedih hingga menitiskan air mata..terlalu berat tangungjawab yang adik sedang galasi..semoga adik tabah ya..Along doakan agar ayah adik bahagia di sana..along tak tau jika keadaan itu berlaku pada diri along..

    ReplyDelete
  11. jgn sesekali tinggalkan mak nta.. jagala sebaek mungkin. ana doakan nta btemu muslimah sesolehah mak nta.. keluarga nta jd keluarga cth buat ana.. teruskan mengemudi layar keluarga nta dgn sebaeknya.. jdlah nakhoda yg sentiasa melindungi ank2 kapalnya.. sampaikan slm ana pd mak nta. ana akn mencontohi kesolehan mak nta insyaAllah.. ana yakin.. muslimat len pun akn wat yg sama ngan ana. mg Allah memberkati keluarga nta sentiasa..

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum..
    salam takziah ust.. semoga tabah mengharungi hidup yang baru.. ana pernah merasai apa yang ust rasai sekarang ni.. semoga ustaz tabah.. ust harus kuat utk kuatkan mak ust.. alhamdulillah.. ayah ust org kedua yang ana nampak meninggalkan dunia dalam keadaan tersenyum selepas ayah ana sendiri.. mungkin ust bernutung sebab dapat ambil gambar sebab masa tu ana kecil lagi.. insyaALLAH ayah ana dan ayah ust sedang bergembira bertemu RabbNYA.. 'ala kulli haal,, semoga terus thabat dalam perjuangan..wallahu'alam..
    Allahuakbar!!

    ReplyDelete
  13. salam majdi...suami saya adalah sahabat kepada ibu dan ayah anda...maaf saya ambil sedikit coretan anda buat ktibar dan teladan utk saya dan shabat2 saya..maaf sekali lagi kerana tak meminta kebenaran anda terlebih dahulu. sekali lagi dr saya

    ReplyDelete
  14. salam,mak adik sekuliah haji di taman selasih.ummi deena tak pernah tengok ayah.tapi gambar arwah memang seiras kak ani dan senyum sungguh sungguh....ummi deena tengah pangku mukhlis masa baca ni,dipostkan oleh mak adik sebentar tadi....mukhlis lena,mukhlis insyaAllah akan imamkan umi dan papanya....mcm adik...

    ReplyDelete
  15. Subhanallah.. satu anugerah terindah dr Allah.
    Mati itu pasti. Yg pergi itu sbenarnya peringatan buat kita yg akan turut sama ke sana suatu hari nanti.
    Tahniah, buat si anak yg soleh.. moga tiap bakti dn doa mu mnjd penawar buat kedua ibu dn bapa. Doakn juga moga suatu masa acik juga dikurniakn ank2 yg soleh/ah.. aamiin Insyaallah.

    Hari ini, acik dipertemukn dgn mak adik.. pertemuan yg indah disebuah masjid.. moga ukhuwwah ini terjalin smpai syurga bersama redha dr Allah. Dn blog adik ini dikongsikn mak adik utk acik.. sgt menyentuh hati.. namun ianya satu kekuatan utk diri yg masih diberi nyawa.. moga Allah merahmati kita seluruhnya dunia & akhirat...Insyaallah.

    ReplyDelete