Sejak kebelakangan ni.. aku tak mampu mendengar perkataan 'sahabat'..
Pasti ada getaran halus menyusup ke dalam hatiku.. Terasa haru yang dalam.
Allah maha memujuk, dan Allah memujukku dengan senyuman ayahku, dan ukhuwwah sahabatku..
Ketika berita pemergian abah, sahabat-sahabatku datang, ramai, terlalu ramai memenuhi surau membacakan tahlil.
Aku tersenyum, namun melihat mereka. Aku sebak. Aku menangis dalam pelukan.
Aku berpura-pura tabah di hadapan mereka. Bercerita tentang abah. Melihat gambar abah, aku kembali sebak. Aku menangis. Mereka menenangkanku..
Mereka menghantarku..
Kata-kata mereka menguatkanku. Kata-kata mereka memujukku. Setiap kata-kata mereka terasa menyusup di hati.
Ya Allah, rahmatilah mereka. Ya Allah bahagikanlah mereka. Ya Allah, mereka sahabat-sahabat yang terlalu baik, sayangilah mereka Ya Allah.
Ramai yang mengucapkan takziah. Sahabat-sahabat dari Uia, sahabat-sahabat dari gombak, dari kuantan, sahabat-sahabat sekolah lama, sahabat-sahabat dari luar negara, malah deputy dean dan staff yang aku kenal.
Ya Allah, engkau maha memujuk, dan Engkau memujukku dengan mereka. Allahhuakbar.
Ada rakan-rakan yang menelefon, malah ibu sahabat ana juga memujuk..
Ana terharu bila mengetahui tahlil di setiap mahalah diadakan.. Aku terharu bila menerima sumbangan ikhlas dari mereka.. Aku terharu bila melihat ucapan-ucapan mereka di blog-blog..
Ya Allah, bagaimana harus aku balas jasa mereka?
"Majdi, ada apa-apa bantuan bagitaulah aku.."
"InsyaAllah, kami sentiasa berada di kanan, kiri, depan, dan belakang ustaz.."
"Tabah ya Majdi, tarbiyyah Allah untuk hang, kami sentiasa bagi sokongan.."
"Kami sentiasa ready on call untuk ustaz.."
Allahuakbar, Allahhuakbar..
Sekarang, aku sekarang terlalu gembira bila mengetahui kebaikan mereka. Aku terlalu gembira bila mereka dinaikkan, dan aku yang mengaminkan dengan sepenuh hati bila mereka didoakan..
Hujan lebat, waktu yang amat mustajab untuk berdoa.. Aku menadah tangan, untuk ayahku, ibuku dan keluargaku, dan sahabat-sahabatku yang terlalu suci hati mereka..
Semoga Allah merahmati antum, semoga Allah membahagiakan antum, Ya Allah.. Semoga Allah menyayangi antum...
Terima kasih semua. BarakAllahhufik.. Uhibbukum Fillah.. Ana sayang antum =) Allahuakbar, insyaAllah, semoga ukhuwwah kita berkekalan hingga ke syurga nanti.. Amiin..
p/s: Syukran atas tulisan antum wahai Akh Syafiq, Ukhti Najwa, Makcik Sabrina, Ustaz misbah, Ukhti Husna, Ustazah Ummu Naufal, Akh Nasrul, HPA, dan untuk semua yang ana tak mampu letak di sini, tetapi tetap di hati insyaAllah..
dan ini..
salam takziah buat akhi majdi..tabahkan hati, kuatkan jiwa agar dpt kuatkn ibu dan adik2 yg lain..tarbiah Allah yang seiring dengan kasih sayangNya sedang melimpah mengalir buatmu dn keluargamu...sprti mana yg an sndri prnh btau shbt ana yg senasib, gembirakanlah hatimu dln tangis rindu bahawa ayahmu sedang berbahagia di sana, kerana dia seorang yang diredhai Allah, juga kerana dia memiliki anak sepertimu dan sesungguhnya hanya itu yang terbaik yang kita sebagai anak inginkan buat kedua ibubapa kita..redhakn pemergiannya, semoga Allah meredhaimu jua..salam perjuangan, salam tarbiah dan kasih Allah...
ReplyDeletewslm..
ReplyDeleteAllahuakbar, semoga Allah merahmatimu selalu wahai ukhti maziah.
InsyaAllah, ana tau sesungguhnya Allah maha menyayangi, maha mencintai. Dan Allah mencintai ayah ana lebih dari kami mencintai dan menyayangi dia. Dan Allah mencintai kami lebih dari ayah ana mencintai dan menyayangi kami.
InsyaAllah, kami sabar dan kami redha.
Alhamdulillah, syukran jazeelan. barakAllahhufik.
InsyaAllah, semoga sentiasa thabat dalam perjuangan dan senyuman :)