Followers

Letakkan link blog anda =)

Thursday, February 25, 2010

Ini teladan cintaku..



Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.

Kata mak..

Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.

Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.

Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..

"Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."

Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah.

Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.

Mak lihat..

"Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."

Cerita mak sambil tersenyum..

Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.

Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..

Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..

Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum.

Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.

Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.

Cerita mak..

Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau.

Dan kelihatan abah..

"Abang ke mana? Risaunya ani.."

"Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum.

Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak.

Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..

"Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."

"Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."

Dan abah hanya ketawa.

Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.

Pernah mak tanya,

"Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.."

"Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..

Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik.

Dan abah selalu membanggakan mak.

Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.

"Beruntung Ani dapat suami macam tu.."

Mak gembira.

Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..

Pernah mak berkata..

"Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.."

Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini,

Sudah tiada.

Pergi untuk bertemu cinta agungnya..

Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah.

Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.

Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..

"Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."

Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis.

"Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."

Mak tak boleh mendengar deringan telefon.

"Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."

Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum.

"Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak..

Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.

"Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. "

Mak terus tersenyum.

"Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."

Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...

40 comments:

  1. salam ustaz..
    semoga ustaz suatu hari nanti dapat isteri sesolehah ibu ustaz..
    sedih post ni..

    ReplyDelete
  2. tersentuh dikala membaca post ini,Tertiup semangat mak nta kepada ana.semangat tuk menjadi isteri yang solehah..
    Sabar dan tabah wahai sahabat..
    sentiasalah memberi semangat kepada mak nta..
    cinta mak nta pada arwah abah nta begitu tulus dan suci..Semoga barakah Allah pada hubungan ini.InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Nurul Husna: Alhamdulillah.. Syukran jazeelan ustazah.. Doakan ana dapat isteri yang solehah insyaAllah.. Macam ibu ana.. Amiin..

    Dur: Allahhuakbar, semoga menjadi isteri yang solehah insyaAllah.. Amiin..

    Jumanailiah: Salam. InsyaAllah.. Syurkan jazeelan. InsyaAllah, semoga sentiasa thabat dalam perjuangan dan senyuman..

    BarakAllahhulakum =) Allahhuakbar..

    ReplyDelete
  5. aslmk,kehilangan arwah ayah tersayg memg amat memedihkan dan kadangkala kenangan-kenangan lama yg hadirkn menambah lg kepiluan di hati.Tapi,itulah hakikat yg perlu seorg hamba redha pd pilihan Tuhannya krn hanya DIA yg mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Nya.Bersabarlah wl ianya agak pahit krn inilah salah satu wasilah Allah dlm mentarbiyah kita.Ana pernah mengalami situasi ini,jika Allah mengizinkn ana, seorg wanita yg lemah, dpt menjalani kehidupan ini slps pemergian ayahanda tercinta.Insyaallah,Allah pasti mengizinkn ustz jua,apatah lagi seorg lelaki itu dikurniakn hati yg lbh kuat serta akal fikiran yg lbh byk dr seorg wanita.hadiah terbaik buat kedua ibu bapa adalah anak2 yg soleh,wl jasad mereka tlh tiada namun ingatilah mereka dlm stp doa dan kebaikan yg kita lakukan,hadiahkan pahala kpd mereka.wslm

    ReplyDelete
  6. kenapalah hang tulis post ni?dan kenapa aku membacanya di saat ini?
    harapnya air mata ini dibalas dengan isteri sesolehah ini dan dengan menganugerahkan aku kesolehan sesoleh ini.
    untuk anda juga Majdi...

    amin...

    ReplyDelete
  7. Insyirah: Wa'alaikumussalam wbt. Allahuakbar. Alhamdulillah, maka tarbiyyah Allah adalah yang terbaik. Syukran jazeelan us. Kematian itu pasti, tapi bagaimana kita di saat kematian itu? Dan alhamdulillah, Allah dah berikan yang terbaik untuk abah dan kami sekeluarga insyaAllah. SubhanAllah, semoga Allah memberikan ketabahan, dan kekuatan kepada kita insyaAllah dalam meneruskan langkah perjuangan. Kerana Allah, adalah sebaik-baik pemberi. Kita sering berkata kita beriman, tapi adakah kita benar-benar beriman? SubhanAllah, maka Allah menguji kita. Allahuakbar, Allahuakbar. Terima kasih us atas doa dan nasihat. SubhanAllah yang menciptakan us. Syukran jazilan kathira. Wa'alaiki, insyaAllah, kita sama-sama berusaha mendoakan ibu ayah kita. Selagi mana kita masih hidup, selagi tu kita akan berusaha menyampaikan doa kepada ayah kita, insyaAllah mereka bahagia di sana. Allah yang memberi dugaan dan ujian, dan Allah jualah yang maha memujuk, maha mencintai, dan maha memberi ketenangan. Sungguh, sabar itu cantik. Doakan ana dan keluarga. BarakAllahhufik. Wslm.

    SaifUllah: Amiin. InsyaAllah, Allah maha mengetahui dan maha memahami hatimu wahai sahabatku. Syukran jazeelan ya akh. Maka bila mana kita mencari hidayahnya, insyaAllah, Allah akan tunjukkan jalan. Sungguh, Allah maha dekat. SubhanAllah. BarakAllahhufik.

    ReplyDelete
  8. salam..
    subhanallah mutiara jernih menitik di saat membaca post ini...
    inilah wanita solehah dambaan semua mujahid...
    moga Allah buka jalan dan peluang untuk ana menjadi isteri solehah juga...

    ReplyDelete
  9. Bismillahirrahmanirrahiim..

    subhanallah..
    ana tak menduga akan terbaca blog ni hari ini...Realiti kehidupan nta sangat-sangat mendatangkan iri hati pada ana..tapi bukan apa..malah ingin merasainya juga. Hamdalillah pada-Nya...Salam Takziah Buat nta sekeluarga. Juga pada Ibu nta..moga dapat menjadi ketua bidadari seperti yang diharapkan..Dia ada kriteria itu..Subhanallah..Ana tak tahu nak kata apa lagi..

    Ana tahu, tiada istilah putus asa dalam diri antum semua, TERUSKAN langkah wahai MUjahid Sejati.

    ReplyDelete
  10. cahaya bisikan rahsia:

    InsyaAllah ustazah. Sesungguhnya Allah itu maha dekat dan senantiasa bersama hamba-hambaNya. Doakan ana juga agar dapat menjadi suami yang soleh insyaAllah. Allahhuakbar, semoga Allah merahmati ustazah dan keluarga.

    S.AzimaH.R:

    Allahhuakbar. Allah maha merancang, dan Allah maha menentukan. SubhanAllah. InsyaAllah ustazah, Allah akan kurniakan ustazah celupanNya. Manakah yang lebih baik dari celupan Allah?

    Alhamdulillah. Syukran jazeelan ustazah. InsyaAllah..

    Wa'alaiki, semoga menjadi ketua bidadari di syurga tadi insyaAllah..

    InsyaAllah, innAllahhama'ana!

    ReplyDelete
  11. salam..terlalu bagus dan sempurna mak adik..beruntung arwah ayah mendapat isteri sebaik mak adik..sedihnya along membaca cerita ini..semoga along dapat menjadi seperti mak adik setelah bergelar isteri kepada jodoh yang telah Allah tentukan untuk along..

    ReplyDelete
  12. Salam. Alhamdulillah, kepada Allah segala pujian. InsyaALlah along, along akan dapat seperti yang along doakan. Amiin.

    ReplyDelete
  13. Telah lama mengagumi kisah Cinta Kak Ani & En Jazmi... Semoga Allah memberi kekuatan kepada Majdi sekeluarga untuk mengharungi saat2 yang getir ini... - Aunty Sab

    ReplyDelete
  14. salam..saya baca post ni sampai menangis siap..sangat susah nak jumpa pasangan suami isteri macam ni..awak mmg sngat99 beruntung..semoga arwah di tempatkan dlm kalangan org2 y soleh..ameen..

    ReplyDelete
  15. slm.. indh sggh kisah mak dan arwah abah nta, nmn Allah lbh menyayanyi abah nta. Bersabarlah wahai hati sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorg itu melainkan seseorg itu mampu mnmpuhinya. Hidup ini hanyalah smntr dan sekadar pinjaman dariNya dan akan kembali kepadaNya

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum....
    syukran jazilan atas perkongsian cerita ni...amat menyentuh hati.Semoga dapat dipraktikkan segala amal baik yang diperkatakan.Semoga enta tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  17. yg ni sangat menyentuh hati.... bait2 yg awk tulis hampir buat sy menangis.... teruskan menulis ye.... sy akan terus membacanya....

    ReplyDelete
  18. xbaca lg ap yg ditulis.namun melihat komen diberi,pasti hebat.akan dibaca bila tiba masanya.

    ReplyDelete
  19. masa arwah abah nadwan meninggal hari tu,masa ziarah,.mck nina kepanasan dalam rumah tu sbb ramai sgt org.Bila jenazah dah siap & diusung keluar & lalu dpn mck nina, mck nina rasa ada angin yg sangat sejuk & melegakan org yg tgh berpeluh.Rasanya mck nina x mimpi masa tu.

    ReplyDelete
  20. "yaAllah, tempatkanlah arwah ayah majdi bersama para solihin dan jadikanlah cinta kedua ibu-bapanya mekar hingga ke syurga-Mu yaAllah.."
    AMIN YA RABB~

    terasa aura kebaikannya walaupun ana xpernah kenai arwah..

    ReplyDelete
  21. Sedey sgt baca entry ni......Tambahan pula ana baru kehilangan bapa ana baru-baru ni......Moga diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalani hidup yang penuh dengan dugaan....Moga arwah bapa nta dan bapa ana ditempatkan dikalangan org yang beriman

    ReplyDelete
  22. dan ummu deena yang tak pernah tersua abah adik yakin,abah sangat extra99 soleh melebihi mak adik.maklah beruntung dapat abah....ummu deena pernah tanya papa,bila umi mati,papa tak akan ziarah setiap hari kan?tak akan sedekah almulk setiap malam kan?susah untuk dapat mcm abah....mak adiklah beruntung...

    ReplyDelete
  23. Allah indahnya percintaan mereka.semoga terus kekal hingga ke syurga.perempuan yg baik utk laki yg baik dan laki yg baik utk perempuan yg baik.~semangat utk jd wanita solehah~

    ReplyDelete
  24. bertuah ade family mcm anta =)

    ReplyDelete
  25. very deep indeed..thx for sharing..peringatan utk semua agar dapat membina sebuah bait muslim yang berjaya..cinta yang membawa ke syurga..

    ReplyDelete
  26. Salam 'alaik...

    (^_^)

    Sgt mndalam ceritanya. Mmbuatkn sy teringat mak di kampung. Semoga mak sy setabah mak saudara. Arwah abah sy pn tlh pulang ke rahmatullah 8 thun dulu. Al-fatihah buat kedua2 arwah....

    ReplyDelete
  27. SALAM USTAZ...MINTK SYER

    ReplyDelete
  28. allahuakbar...tuhan sahaja MAHA MENGETAHUI SEGALANYA...insyaALLAh moga IBU akhi dapt menemui Arwah abah akhi di syurga...ameen..Moga akhi dikurniakan isteri macam ibu akhi...Subhanaallah...cerita ini,tersentuh jiwa saya...

    ReplyDelete
  29. salam.
    sangat terkesan.mohon untuk share kisah ni.moga org lain turut trkesan dan beroleh manfaat.insyaallah
    izin ustaz perlu agar barakah itu ada.
    wallahualam

    ReplyDelete
  30. Wslm.

    Melukut, silakan sahaja :) Semoga terus berada dalam lindungan Allah..

    ReplyDelete
  31. ~ benar2 menyentuh qalbu..baik juga menjadi teladan buat yg masih hidup.. boleh akak nak share? ~

    ReplyDelete
  32. mashaAllah, the most beautiful post i ever read

    ReplyDelete
  33. subhanallah....indahnya percintaan itu...

    ReplyDelete
  34. hampir sama dengan flow hidup family saya...kisah mak n ayah saya~

    ReplyDelete
  35. post ini mengimbau kembali kenangan bersama abuya tercinta. Mengingati dan merindui beliau hgga xmmpu digmbrkan dgn kata2.. semoga mereka ditempatkan dalam kalangan org yg beriman disyurga sana.. Amin... Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  36. subhanallah...cinta itu suci dan indah..

    ReplyDelete