Followers

Letakkan link blog anda =)

Sunday, February 14, 2010


Menulis selepas menangis.

Baru usai rehlah frc di ulu yam. Suasana nyaman dengan deru air sungai yang mengalir, bersama redup bayang dedaunan. Disimbahi cahaya mentari petang. Tenang. Mendamaikan. Dan di situlah kami. Mungkin program terakhir kami bersama. Aku pulang keletihan. Selepas solat maghrib, aku terus tidur. Terbangun 2 jam selepas itu, seakan ada perasaan yang meresap masuk dalam hatiku. Rindu yang amat sangat. Aku tiba-tiba terlalu rindu ahli2 frc yang lain. Terlalu. Aku rasa seperti kehilangan.

Aku menghubungi ibu bapaku. Perasaan yang sama. Mendengar suara mereka seakan aku ingin menangis. Aku sebak. Perasaan kasih sayang yang dicurahkan dengan harapan. Itulah perasaannya. Suara mereka meredupkan fenomena rinduku.

Malam ini, aku rasa amat syahdu. Hening. Duduk di kerusi di depan mahallah bertemankan sinaran lampu jingga. Aku rasa kehilangan yang amat besar.

Hari ini hari terakhir. Frc. Yang mana selepas ini kami akan berpisah. Dan aku akan ingat segala gelak tawa mereka. Susah payah mereka. Redha mereka. Kebaikan mereka. Yang aku rasa aku tidak memberikan yang terbaik untuk mereka. Aku tidak menolong mereka. Sedangkan mereka sentiasa membantu. Senyum, ukhuwwah yang terhasil dari hati. Kebaikan yang amat suci. Aku terlalu sayangkan mereka. Memikirkan akan kehilangan membuatkanku hanyut dalam perasaan. Aku berfikir waktu-waktu selepas ini. Bagaimana kami nanti?

Walau aku tahu kita tidak ada rasa memiliki. Kerana itu Allah punya. Bila aku ada, dan Allah tarik. Maka aku rasa kehilangan.

Detik sunyi 3 pagi. Aku disapa kembali belai angin rindu itu.

Aku tidak tahu mengapa. Aku terlalu sayangkan mereka. Frc. Semua. Terlalu. Terus berfikir dan mengenang. Quran ku ambil sambil menangis, ku cium kerana ku tahu ianya ayat Allah, tuhan yang memberikan aku perasaan, dan jua tuhan yang memujukku. Aku dalami Ali- imran. Aku rasakan ayatnya. Yang lebih baik dari itu. Sungai yang mengalir, bersama pasangan yang suci dan diredhai.

Aku terkenang dan membayang. Merasa.

Dan air mataku terus mengalir..

2 comments:

  1. mmg.sedih kan?
    sy sedih smpai tak rasa ape2
    nak sedih pn dah tkbleh sedih dah
    awk bruntung sbb masih bleh mnngis =)

    ReplyDelete
  2. =) Alhamdulillah.. khair. x apa, saya faham perasaan awak yang penuh rasa kasih sayang dan tanggungjawab.

    InsyaAllah, semoga dimudahkan Allah atas segala urusan..

    ReplyDelete