Picture by Miriam1989 of DeviantArt
Everybody have their own childhood stories, rite?
****
Bila teringat, hati saya akan tersenyum sendiri. Cerita lama, rasanya dalam 11 tahun lepas.
Cerita tentang saya, dan Doktor Gigi.
Saya sungguh cuak bangat bila mendengar:
"Esok doktor gigi akan datang ke sekolah."
Ataupun, bila mak kata:
"Kita pi klinik gigi.."
Ya Allah, takutnya. Sudah terasa gusi saya yang akan dirobek oleh jarum tajam doktor tersebut. Kebas dan sakit!
****
Cerita ini ketika saya darjah 3. Cerita semasa saya masih bertatih di SRA Al-Irshad Kuantan.
Waktu tu masa pemeriksaan gigi. Dan giliran saya sudah sampai. Saya pun berjalan dengan penuh debaran. Seakan-akan meniti langkah yang semakin berkurangan menghampiri katil tinggi si Dentist.
Saya baring, doktor dengan sarung tangan plastiknya bersedia.
Dari pandangan mata yang menghala ke atas, saya dapat melihat tangannya yang memegang alat-alatan besi. Bersedia ke arah mulut saya. Dan..
"AAAaaaAAaaaaAaaaa!!
Saya menjerit.
"Haish! Tak buat apa-apa lagi dah menjerit?!"
Doktor tersebut marah.
Saya melihat sekeliling. Memang doktor tersebut belum berbuat apa-apa. Sentuh jarum pun belum. Saya saja yang menjerit. Saya memang selalu macamtu. Selalu menjerit sebelum doktor tak buat apa pun lagi. Huhu. Nak buat macamna.
"Err.. belum lagi ya?" Saya mengomel dalam hati. Habis orang-orang di dalam dewan tengok. Malunya.
Serius, segan!
****
Saya selalu berlagak cool sejak sekolah rendah. Ya Allah, kalau lah diorang tau tadi saya menjerit macam tu. Haish! Tak boleh-tak boleh.
Saya keluar dari dewan pemeriksaan dengan seorang muslimat. (Cehs, pelajar muslimat~ macam dah besar pula. hehe. Darjah 3 pula tu. Kecil motel lagi.)
Saya masih ingat lagi. Nama dia Hanani.
Saya toleh pada dia, saya kata.
"Jangan bagitau orang lain tau.."
Sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.
Dia hanya ketawa perlahan sambil terangguk-angguk.
Malu betul bila tau Hanani ada dalam dewan tadi. Mendengar saya menjerit walau doktor belum buat apa-apa. Sungguh terjatuh kewibawaan ini. Hahah.
Mungkin Hanani sudah lupa. InsyaAllah. Saya pun, sudah tak ingat bagaimana rupanya. But, i'm still remember your name untill now. Apapun, syukran Hanani atas itu ya :) It leave me a piece of memory that i will never forget.
****
One more thing that u should know.
Itu dulu ya, zaman ketika buku matematik masih lagi berkotak-kotak besar. Dan satu nombor masih lagi pada satu kotak. Hehe. I'm not that boy anymore. InsyaAllah, kalau jumpa Dr gigi. Tak menjerit dah, boleh sembang ramah lagi.
Erm, that's my childhood moment. Juz a slice of a childhood serenity that will make me smile bila teringat balik. Cuma terasa ingin berkongsi cerita. Nak kata kenangan manis, rasa macam bukan. Pahit, tidak juga.
I think, it's sweet sour story for me! ;)
funny. we sorta have kinda same story =)
ReplyDeletetp munasabah sikit la dr kisah nta. lari keliling dentist chair smbil abah kejar & peluk sbb tanak cabut gigi.
masa kecik2 biasa lah..=)ana dulu pun kecut perut sgt klu dgar ada doktor gigi dtg sekolah.lagi2 la bila nmpk kad hijau dia..mcm terus nk balik rumah je.
ReplyDeletetp xde la plk jerit2..ana jd budak baik je ats kerusi dentist tu wlupun hakikatnya kt dlm bdn msa tu,mcm nk terlucut jantung.
tp,reaksi us memg kelakar.=)
blum doktor tu buat apa2 dh start 'aAaaA!'.igt boleh lps dr doktor ke?(jgn marah ye)=)
by de way,kngn zmn kecik2 memg unik dn funny untuk diingati.
tp..knapa budak2 tak0t doktor gigi ye? ~~~
kerap saya bertemu kisah2 begini.. tp satu yg saya terlintas dlm hati: kenapa saya tak pernah takut pun nak jumpa doktor gigi?? :P
ReplyDeletehehe..
ReplyDeletedktr gigi memang dtakuti oleh sume knk2 kan? sy pon.. tp xde la mjerit b4 dktr wat pape atau lari keliling krusi tggi tu.. hehe
saye pejam mate kuat2, rapat2 smpai mcm bkerut kerut muke agaknye.. haha
dktr pon agaknye kesian tgok muke cmtu, dktr pon ckp: "xde pape la.. siket jer"
dlm ati saye,"pdhal ade je bnde dia nk wat kat gigi org.. huh~"
crite zmn knk2.. =D