Followers

Letakkan link blog anda =)

Thursday, July 15, 2010

Penita: Belva

Picture by Studio Oz (hide) of Flickr

"Marginal analysis is the comparisons of marginal benefits and marginal costs, usually for decision making.."

Belva mengomel sendiri.

Memotong perlahan Kyros Wraps Mix yang terhidang. Roti pita yang menyaluti daging merah itu tampak mengiurkan.

"Huh? What's the purpose so sudden?"

Majdi mengangkat kening. Isk, apa tiba-tiba masuk bab ekonomi ni tengah makan. Haru sungguh.

Belva mengoyak senyum. Tersengih.

"Dakwah is simillar like that right? Marginal benefits yang kita akan dapat bila kita tambahkan usaha. Dan apa yang kita kena korbankan untuk itu, the Marginal costs.."

Majdi tersenyum kecil.

"That's right.."

Bau jagung manis dari Nelson's di sebelah menusuk harum ke hidung. Kelihatan di sana seorang wanita yang sibuk melayan pelanggan. Mesra sekali.

"Tapi, kadang-kadang the Marginal costs melebihi the benefits.. rugilah.."

Mencebik.

"Dakwah mana pernah rugilah, Majdi.."

Senyum lagi.

Ayat sepuluh surah As-saff berlegar di kepala. Rasa tenang. Benar. Perniagaan apa yang lebih untung dari berniaga dengan Allah? Perniagaan yang tak akan pernah rugi untuk selama-lamanya.

Majdi meluaskan pandangan ke alam yang terbentang. Uia Gombak benar-benar nampak cantik. Biru. Sebiru hati ini.

Belva merenung ke arah yang sama. Penuh harapan.

Majdi menjeling, tersenyum.

"Ya, dakwah yang indah, semoga kita tetap atasnya bersama.."

"Seindah gombak hari ini, kan?"

Majdi tersenyum nakal.

"Taklah.."

Belva menjeling.

"Habis?"

Majdi senyum manis.

"Secantik Belva dan namanya.."

Dan wajah Belva merona merah tersipu malu..

5 comments:

  1. Insya ALLAH..perniagaan yang ALLAH tawarkan tidak akan rugi di Akhirat..Hanyasanya ujian tentangan bertubi-tubi yang bisa melemahkan semangat waja menjadi halangan. Namun, adakah langkah terhenti dengan adat itu?sedangkan itu tanda Allah ingin menaikkan darjat iman seseorang

    hanya iman menentu tindakan,disusuli dengan ilmu yang dipraktiskan, di hiasi kefahaman yang sahih..

    ana doakan ana lebih menghayati kalimah2 ini dari orang lain..tapi, ana mengharapkan kalimah2 ni menjadi dorongan untuk teruskan langkah bersama.

    ReplyDelete
  2. Majdi senyum manis.

    "Secantik Bevla dan namanya.."

    Dan wajah Bevla merona merah tersipu malu.

    "Begitu sekali?" Bevla sengaja memintas, berbaur pertanyaan yang begitu menduga.

    Majdi diam sesaat.

    "Awak kalah..Majdi. Awak kalah."

    Bevla senyum sinis. Kilatan matanya sengaja disembunyikan di jatuhan kelopak.

    "Kerana Gombak.. indahnya bangunan kerana tangan manusia. Dan awak, Bevla.. indahnya awak, kerana Allah yang cipta."

    "Awak menang." Bevla senyum.

    menarik. :)
    t.kasih.

    ReplyDelete
  3. bevla tu orang mana?unik nya nama

    ReplyDelete
  4. kadang2 terlintas persoalan, mengapakah nama2 yg digunakan semakin kompleks??

    ReplyDelete