Picture by Flickr
"Apa la adik ni, minta x best lansung. Belon je. Minta la patung power rangers ke.. Ultraman ke. Best sikit"
komen seorang abang berumur 7 tahun kepada adiknya..
Perli seorang kakak darjah 6 kepada adik saudaranya 7 tahun.
"Haha. lain kali minta la mak belikan digimon.. Power ranger ni untuk budak-budak ja.."
Sekolah menengah kepada sekolah rendah.
"Alahai. memang sekolah rendah betul lah diorang ni.. minta permainan. Baik dapat baju baru atau jam baru.. kan lebih baik?"
Seorang di universiti teringat masa lalu.
"Aku ingat lagi time sekolah menengah.. budak-budak lagi rupanya.. minta baju la.. apa la.. sekarang ni kalau dapat hanphone baru.. best nie.. laptop ke?"
Dah kerja.
"Dulu aku kecik-kecik mcmtu la.. nak macam2.. dapat kereta baru dan rumah mewah ni.. alhamdulillah".. katanya sambil tersenyum..
Dari jauh, dari hijab..
Dari indahnya yang Allah janjikan..
Bergembira ahli syurga., bersama sutera dan permata. Tiada sedih dan tiada bimbang. Sentiasa gembira.
"Wahai ahli dunia, seandainya kamu mengetahui apa yang kami rasakan.. pasti kamu melupakan semua...seperti seorang yang memandang rendah kehendaknya anak kecil.."
:) Semoga Allah sentiasa menganugerahkan kita dengan hidayahnya. A~min.
Picture by Flickr
err..mcm mne utk mengecilkan keinginan yg kdg2 x perlu?
ReplyDeletemaknanya kena berjiwa besar...impi yang hebat-hebat. cuba menjadi manusia/hamba yang hebat agar boleh ditempat yang hebat bersama mereka2 yang hebat~
ReplyDeleteCik anonymous:
ReplyDelete=) Susah sangat kan? Untuk menepis hawa nafsu kita.
1)Erm, banyakkan ingat mati. Kerana bila ingat mati, kita akan rasa semua yang kita ada amat sia-sia. Dan segala keinginan akan luntur. Ingat, dan selalu ingat. Sama-sama kita ingat insyaAllah.
2)Contohi Rasulullah. Dari sebuah hadis, Rasulullah adalah seorang yang boleh melupakan keinginannnya.
"Jika menginginkan sesuatu, baginda akan mudah melupakannya dan tidak pernah membuat orang lain berputus asa atau terbebani untuk memperolehnya.." Riwayat- Tirmizi.
=) Sama-sama kita usaha ya.
Puteri:
Yup, berjiwa besar untuk Islam. InsyaAllah..