Followers

Letakkan link blog anda =)

Monday, June 28, 2010

Bersama: We share our spirit!

Picture by shellypark.files.wordpress.com

Kausar mengosok-gosok telapak tangannya. Sejuk. Gadis manis itu tersenyum. Redup dalam winter cloth berbulu tebalnya. Dia menguis-nguis salji di kaki.

Geithoorn petang itu dilitupi salju.

"You're my friend forever sis.."

Wap dingin keluar perlahan dari bibirnya. Kemudian perlahan-lahan menghilang ke udara. Nipis.

Zaty ketawa. Sekadar mengangkat kening kedua belah.

"Sakit?"

Kausar mengepal salji di tanah. Geram melihat reaksi sahabatnya.

"Tak lah, masih di jalan lurus..."

Kausar melambung-lambung bola ais di tangan.

"Jangan jadi al-mutasaqitun, dah..."

Peluru putih dilancarkan.

Zaty menahan dengan tangan. Terasa barda meresap di celah jemarinya. Dia ketawa lagi.

Daun-daun pokok Beech yang kaku seakan gembira melihat gelagat dua mujahidah itu. Sengaja membiarkan dirinya disapa angin lembut, menambahkan putik rasa suasana.

Kausar berjalan perlahan ke jambatan kecil comel yang menghubungkan dua tanah. Meluaskan mata melihat Geithoorn yang pasti satu hari meninggalkan seribu kenangan. Teratak yang tetap cantik dan menambat hati walau bukan pada musim bunga.

Muka muslimah muda yang putih itu merah menahan kesejukan. Merenung sungai kecil di hadapan. Diam sebentar.

"Kadang-kadang, kita rasa letih kan? Atas semua kerja ni. Rasa ingin berehat. Ingin menyembunyikan diri sebentar..Rasa macam, nak jadi Rapunzel pulak.."

Kausar sengih sendiri.

Zaty tersenyum.

"Rapunzel pun, tunggu orang nak selamatkan.. Tak nak duduk sorang-sorang.."

"Alah, Rapunzel tak apalah, putera raja yang selamatkan..."

"Habis, nak tunggu putera mana yang selamatkan?.."

Kausar senyum melebar. Mendongak ke langit biru.

"If one day.. I feel so futur.. and going to be that Al-mutasaqitun... What will u do..?"

Zaty tersenyum.

Merapati sahabatnya dari belakang. Memeluk Kausar erat seeratnya. Menyatukan tangan mereka bersama. Kejap.

"I'm gonna do this, i will hug u, my friend. And be with u.. Walk along together in this road to Allah.. Kausar."

Zaty membisik perlahan.

"Dan ukhuwwah ini, akan terus memadamkan rasa futur itu. Membenamkannya.. Dan mencambahkan bunga jihad yang lebih mekar di atas rasa itu tadi...Kan ukhuwwah itu cinta?.."

Kausar sebak.

"Satu niat, satu tekad, satu matlamat.." Bibirnya mengungkap ikrar ukhuwwah yang pernah dilaungkan bersama dahulu.

"We share our spirit..."

Mereka menyambung serentak. Ketawa. Mengesat air mata.

"Saya sayang sahabat saya, saya akan jaga sahabat saya.."

"Holand jadi saksi?"

"Tak, cukuplah Allah jadi saksi..."

Senyum gembira pun terukir..

Tenang.

8 comments:

  1. we die we die!!! fi sabilillah.. We GO!!!

    ReplyDelete
  2. cantik aturan cerita..

    =)

    *bila nk karang buku?

    insyaAllah..maksud sampai..

    ReplyDelete
  3. menarik scenery crita ni..dpt rasakanya..=)

    ukhwah sgt indah bila Allah matlamatnya..
    bersama2 memimpin tgn mengeratkan tautan hati yg trbina keranaNya.smuanya demi mggapai redha Yg Esa..agr brtemu di syurga sana yg kekal abadi..=)

    insya-Allah..=)

    ReplyDelete
  4. :,)
    indahnya ukhuwwah.

    ReplyDelete
  5. mampu ke nk selamatkan shbt tersebut seandainye dia x rela...well,,short story can tell us like a drama...or film..teruskn. mungkin ada yg memikirkannye dan diberi hidayah..ameen.

    ReplyDelete
  6. subhanallah..bait2 disusun indah bak melodi tnpa lagu..syabas akhi..nta mmng brbakat dalam bidang ini..idea digarap melalaui satu memori indah yng pernah kita lalui bersama..laungn ikrar yng tak mungkin terpadam jika dihayati dgn hati yng mulus..terusknlah duhai adikku..ikrar itu mnjadi saksi bhawa ukhuwwah kita x kn lupus sehingga kita dikumpulkn di jannah nanti.."we share our spirit"

    ReplyDelete
  7. subhanaAllah !
    indah..
    muga kita sume terus thabat :)

    ReplyDelete
  8. Subhanallah!! sebuah cerita yang mengimbau kenangan..Syukran..
    ~satu niat! satu tekad! satu matlamat! we share our spirit~

    ReplyDelete