Followers

Letakkan link blog anda =)

Thursday, February 10, 2011

A beautiful deal.

~Baby Sister by *solagratia of DeviantArt~

****

Saya taip laju-laju. Ayat tak berbunga dan tak ada bunga. Entah berselerak di mana-mana. Sebab saya nak tulis juga.  Saya nak cerita, dengar ya? :)

Cerita 1

Makan di cafe Hs. Duduk di meja oren berwajah petak dan berkerusi bulat. Sepasang couple di meja sebelah nampak serasi. Saya bahagia melihat mereka. Kedua-duanya nampak baik. Dan saya rasa, panggilan untuk mereka semestinya pakcik dan makcik. Ya, mungkin sebuah couple yang patut dijadikan contoh.

Ayam masak merah. Dan air yoghurt oren.

Berselera sungguh saya makan.

Mungkin sudah selesai, pakcik dan makcik tadi bangkit untuk beredar. Saya pun mengekori, tapi hanya dengan pandangan mata.

Tiba-tiba, makcik tadi berhenti. Mengambil sesuatu. Menghulurkan rm1 kepada saya.

Saya terkejut.

"Ambil lah, sedekah. Rm1 je.." Ikhlas wajah makcik tersebut.

Nasib baik tidak tersedak nasi.

"Terima kasih makcik.. terima kasih..."

Jawab saya terharu tiba-tiba.

Terfikir, isk, kenapa tiba-tba je bagi saya Rm1? Adakah wajah saya yang terlalu tampan? Atau muka saya yang terlalu kesian, mahupun saya yang makan dengan kerut dahi yang terlalu lapar? Saya rasa, mesti sebab yang pertama.

Saya cuba juga memikir.

Imbas kembali 2 jam sebelum:

Printer berbunyi tersedak-sedak mengeluarkan kertas yang dicetak. Saya dan rakan sedang menggunakan komputer. Mencetak assignment.

Printer berbayar.

Sehelai 10 sen. 2 helai, 20 sen.

Tengok di tangan, ada 20 sen. Alang-alang, saya tolong bayarkan sekali. Kalau tak, hilang mana entah saya akan letak baki 10 sen tersebut. 10 sen je kot.

"Tak apalah, aku bayarkan.."

"Terima kasih.."

Saya tersenyum. Saya benar-benar merasakannya.

Kejapnya Allah balas.

Cerita 2:

Lelaki berwajah jernih itu dari Syria, namun tinggal di 'Arab Saudi. Dia amat mesra, saat bertanya tentang dari  mana asalnya saya. Dan di mana bibirnya selalu terpacul kata-kata memuji Allah.

"Yusra.."

Senyumannnya bergula. Si kecil yang bertudung kemas dan berkulit putih itu diperkenalkan. Comelnya, saya rasa angka umurnya dalam lingkungan 4 tahun.

"Fainna ma'al 'usri yusra.."

Dia mengulang bangga. Nama anaknya itu adalah harapan yang dijanjikan di dalam Al-Quran.

Masjid Jami' menjadi saksi.

"She is so beautiful.."

Saya memuji, atau maksudnya dalam bahasa hati:
.
"May i get married with her when she grows up?"

Tapi sayangnya, suara hati saya mungkin tidak berlidah. Maka hanya sekadar berputar-putar di hati.

Saya jadi segan waktu itu, bila perbualan di putih petang itu menjadi rezeki. 'Abdullah mengeluarkan dompet, menghulurkan rm 50.

"For your study.."

Saya senyum. Berjalan pulang, dengan hati yang dah likat bergula. Seandainya hati saya ini tebu, pasti sudah boleh diminum airnya. Saya amat gembira berjumpa dengan muslim sepertinya. Amat menghargai saudara semuslim.

Yang lebih menari bahagia, bila rezeki bagai hujan yang jatuh. Dan hati bertambah yakin, benarlah janji Allah. Rm 5 sudah menjadi Rm 50.

Alhamdulillah..

****

Saya bukan seorang yang pemurah, maka bukan untuk bercerita bangga. Malah saya seorang yang kedekut.

Jika saya bagi orang sepuluh sen. Saya akan ungkit sampai mati.

"Kau jangan lupa, hari tu aku belanja kau seposen. Kenang jasa sikit!"

Haha. Tidaklah, saya taklah sampai tahap tu. Cuma bila rasa janji Allah berlaku, terus terasa seperti terbang. Kagum yang mengagumkan. Sampai nak bercerita.

It's really a beautiful deal, right? One we give, ten we'll get it back! A deal with Allah.

Pernah rasa juga?

Ceritalah :)

-Lepas dapat RM50 tu, saya terus cari kedai burger dan kentang goreng yang mahal-mahal. Haha. Bukan selalu.

5 comments:

  1. saya jawabkan,

    kenapa diberi rm1? tampan? jawapan saya; tak.

    kedai burger dan fries yang mahal? jawapan; enjoy sorang nampak? kami di kuantan jarang dapat rasa western food.

    :(

    ku-a-nanilama-tan

    ReplyDelete
  2. :)

    pernah. tapi tak ingat.

    I'm bad girl. dapat rezeki jarang ingat sape yg bagi. isk!

    ReplyDelete
  3. pernah :)
    cerita soal duit itu,kita sama.. dan perasaan kita juga sama..
    cuma ia berbeza..berbeza pada situasi.. :)
    anda diberi, namun saya tidak dikurangi..
    yg pada akhirnya ia membuatkan saya berjalan sambil tersenyum bagai orang jatuh cinta. eh,tidak. bukan jatuh cinta.tetapi sedang bercinta.jika jatuh cinta,kurang bahagia. sedang bercinta itu yang bahagia.. benar-benar bahagia..
    pertama kali bertandang ke konvo uia, menaiki convest hill bersama rakan2. berkebetulan,seorang rakan sedang bersedih krn sesuatu.melihatnya tawar dlm senyuman,sy menawarkan khidmat belanja.(tidak dinyatakan.hanya terdetik di dalam hati saya)namun,kami ramai bersama.xkanlah hanya dia yang mahu sy belanja..melihat wang di dalam dompet yang baru diambil dr atm,hati merasakan tiada masalah jika kehilangan sekeping RM50 ntk belanja kawan2..(almaklum,baru keluarkan wang,nampak seperti banyak,sedangkn sebenarnya tidak)
    berjalan dan berjalan, niat di dalam hati tidak dinyatakan pun.. namun Allah mempermudahkan.. kesemuanya nampak seperti sebuah kebetulan saya mengeluarkan wang. seperti seolah-olah saya tidak ada niat untuk belanja mereka.. melainkan sahabat saya yang sedang bersedih itu.. kata saya kepadanya.. "hari ni saya belanja..agar awak ceria.." dia tersenyum kerana tahu, bkn sedikit yang saya belanja,itu tandanya saya benar-benar tidak ingin dia bersedih..
    pulang ke bilik dengan rasa puas.. tiba2 terdetik.. "berapa sebenarnya yang aku habiskan untuk mereka?" sungguh saya tidak mengira..hanya mengeluarkan tanpa perkiraan..ada RM5 berbaki RM1,ada RM10,malah ada yang lebih dari itu,dan dipulangkan baki RM1 atau RM2..
    setelah buka dompet, saya mengira-ngira.. jumlah baki wang yang saya ada.. subhanallah..benarlah ALLAH itu maha hebat..duit saya hanya berkurangan sebanyak RM30.. bukankah ia sebuah keajaiban???sedangkan kawan-kawan saya lebih 5 orang yang saya belanja..dan setiap sorang,paling kurang,makanan bernilai RM4..atau RM4.50 jika saya terlupa..tidak ditambah lagi dengan beberapa barangan yang saya beli ntk diri saya sendiri..kehabisan RM30 itu sangat sedikit rasanya..entah,saya tidak ingin mengira berapa yang telah saya belanjakan kepada mereka..biarlah ALLAH sahaja yang mengira..jika sedikit,maka sedikitlah pahala untuk saya.. namun saya telah bahagia..betapa hebatnya kuasa ALLAH..saya jadi rasa, cinta saya kepada DIA.. benarlah saya dilamun cinta..
    just a piece of short giving~

    ReplyDelete
  4. saya xsedar apa yang penah saya buat tp tiba2 ada makhluk ALLAH bank in RM1000 dalam account saya..
    dan yg pasti makhluk ALLAH tu bukan ahli family..

    ReplyDelete