Followers

Letakkan link blog anda =)

Sunday, February 20, 2011

Perkongsian: Art as Therapy: Setitis warna, seribu makna.

~Her_Flower_by_kittynn of DeviantArt~

****

"Art therapy is a form of expressive therapy that uses art materials, such as paints, chalk and markers. Art therapy combines traditional psychotherapeutic theories and techniques with an understanding of the psychological aspects of the creative process, especially the affective properties of the different art materials."

Ambil warna, conteng-conteng. Menjadi aliran warna pelangi yang menitis basah. Kertas putih, nampak jadi mengiurkan. Itu seni.

Tarik nafas, hirup dalam-dalam. Dada rasa lapang sangat. Bibir basah, tersenyum sorang-sorang. Ini terapi.

Bagaimana ya, bila seni digunakan sebagai terapi?

Itulah yang menarik lirik mata saya, saat melintas di booth "Art as Theraphy".

Saya ingin mencuba, pasti menyenangkan.

****

Cantik kan? Cehs~

"It's mean, you are waiting for someone..Right?"

Madam Fairuz tersenyum. Senyumannya bermakna. Yang lain sudah tersenyum-senyum kecil.

"Maybe, madam.."

Terasa segan. Saya hanya membalas ringkas, saat saya 'terpaksa' membentangkan lukisan saya di hadapan.

Slot kedua, semua diminta pejamkan mata. Bayangkan, kamu berada di sebuah kawasan yang paling kamu suka, yang paling kamu impikan. Walau tak pernah hadir. Dan kamu, adalah sebatang pokok di situ, apa yang kamu rasakan?

Saya ambil crayon, saya coretkan.

Ada topi pantai yang terdiam di tanah, ada pokok yang sentiasa menunggu di hujung. Dan warna peach yang sentiasa memberi rasa kepada saya.

Dan itu yang Madam Fairuz simpulkan dari sebuah lukisan yang saya berikan tajuk:

 "Memory.."

~A moment to remember~

****

~Selepas di edit. Hehe~

Apa yang kamu faham dengan lukisan ni?

"Who is the person?"

Kedengaran satu soalan. Yang lain tersengih.

"Secret.."

Saya tersenyum  kecil menjawab, sebelum disambut oleh deruan suara lain yang seakan mengusik. Dan sebelum saya terperasan bahawa pemilik senyuman itu duduk di hujung, bersama senyumannya. Jika tidak, pasti saya sudah mengatakan:

"It's secret, but she is someone inside here, find it yourselves.."

"And the clue is, the colours.."

Peach yang mencerahkan, dan hati saya juga cerah.

The Memory-Tajuk yang saya berikan.

Topi pantai yang menggambarkan suasana yang berubah. Dulu, sehingga sekarang. Mungkin sekarang saya ada di sini, mungkin sekarang kamu ada di sini. One day, mungkin kita dah tiada di sini. But the tree is still there. Menjadi saksi semua kenangan kita..

****

Bersungguh bercerita tentang lukisan sendiri. Bajet cantik kot. Hehe.

~Entah apa yang disegankan~


Owh, ada secret admire rupanya tengah ambil gambar.. Haha ~

****

Biarkan perasaan dan tekanan kamu mengalir dari hati, terus ke karya dan kertas lukisan kamu. Biarkan ia bebas terbang.

"Kamu tidak semestinya pandai melukis.."

Ya, tidak semestinya mesti pandai melukis.

Kamu juga boleh mencuba.

Slot pertama, setiap orang dikehendaki menconteng apa sahaja yang dia rasa. Whatever. Apa-apa saja. Memang saya conteng. Rasanya, jika bertanding dengan budak tadika, mestilah saya menang, menang tipis. Haha.

Slot kedua seperti ceritakan di atas. Agak menarik, kerana kita bayangkan kita berada di tempat yang kita suka. Mungkin Ladang gandum di utara amerika. Or maybe a place with full of Rose. Atau di tepi pantai yang kita sedang berkelah. Menarik kan?

Slot ketiga, pejamkan mata. Bayangkan kita bertemu dengan diri kita satu lagi. Bagaimana keadaannya. Dan dia memberikan kita segala perasaan yang kita ada. Tekanan. Marah. Benci. Dan genggam semua perasaan tu di tangan kita. Rasakan segala masalah itu. Beratkah, menghimpitkah?

Buka mata, dan mulalah melakar..

Saya bayangkan, saya yang seorang itu sedang tersenyum..

Thank You Madam Fairuz for the great knowledge.. :)

****

Dalam sebuah hadith riwayat at-Thabroni menyatakan, mafhumnya,

"Daripada Ibnu Abas sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah selepas perkara fardhu (wajib) ialah membawa kegembiraan kepada seseorang muslim."

Dan slot terakhir, lukiskan apa yang kamu rasa selepas semua ini. Saya ada 4 lukisan semuanya, saya tunjukkan satu. Kerana yang lain 'terlalu' mahal, dan 'terlalu' lawa. Kalau nak, belilah. Haha. Mahal kot.

Saya tak sangka, saya ada bakat melukis rupanya. Cantik kan? Kalau jawab cantik, maka kamu jujur. Jika jawab tak, maka kamu jeles. Haha.

Saya bukanlah seorang ahli motivasi yang baik. Bukan juga penceria yang mampu membahagiakan hati semua orang.

Cuma, saya kongsikan bersama Art as Therapy yang saya dapat ini untuk semua. Moga-moga, ia membantu kamu. Moga-moga, ia mengurangkan tekanan kamu. Moga-moga, Allah memberi kamu secebis kegembiraan dan ketenangan dengan itu, dan saya akan turut gembira.

Ambil pensel, capai krayon, lukiskan apa yang kamu rasa.

:)

7 comments:

  1. yes, do love art ^_^

    ReplyDelete
  2. yup.. kami yg belajar kaunseling pun kena faham lukisan coz every single client kami lukiskan itu adalah apa yg dia rasa terutama kanak-kanak..

    ReplyDelete
  3. i know "whos She?"..
    hahaha...LUKISAN majdi paling Lawa..
    Tapi still kalah ngn lukisan dak tadika..
    X caye??try masuk pertandingan lukisan budak tadika...hehehe

    ReplyDelete
  4. topi tu nampak lebih 'cantik' bbnding pokok.. mgkn ada extra feeling ada pd topi tsb..

    ReplyDelete
  5. lukisan tu mcm bawak lots of memory and hopes..

    lukisan on da spot kn? emmm,nice drawing :)

    ReplyDelete
  6. Bayangkan kita bertemu dengan diri kita satu lagi. Bagaimana keadaannya. Dan dia memberikan kita segala perasaan yang kita ada. Tekanan. Marah. Benci. Dan genggam semua perasaan tu di tangan kita. Rasakan segala masalah itu. Beratkah, menghimpitkah?~

    -membayangkan- pasti pelbagai rasa

    seni itu abstrak~
    cantik itu subjektif~
    nilai estetika itu terletak pada bagaimana kita menilainya...

    ReplyDelete
  7. lukisan melmbg kn diri.. bgntung bgmn anda mlkisnya.. tiap2 org itu mmbg berbeza..

    ReplyDelete