Followers

Letakkan link blog anda =)

Tuesday, March 1, 2011

Sajak: Aminah

~Waiting by *6eternity9~

****

Dari jauh kau menunggu,
Dari jauh kau merindu,
Bersabar menanti,
Penuh cinta..

Ketika kebun bahagia itu belum habis bercambah,
Kau merenung terdiam menanti,
Berharap jernih wajahnya senyum di sisi,
Menemani kau sebagai permaisuri..

Dari hari ke hari,
Kau terus menanti.
Penuh harapan,
Belum pulangkah dia?

Rindu, rindu, rindu..
Duhai si isteri,
Derapan kaki unta menggembirakanmu
Aminah, kau bergegas pulang ke rumah,
Kau tersenyum,
Berbunga hati,
Detik indah itu pasti bersemi..

Mereka sudah pulang.
Yang lain sudah pulang.
Wajahmu menjenguk resah.
Kau tertanya, terus tertanya.
Di mana dia?
Sehingga kau terdengar,
Rupanya, rindu baru bermula..

Kini,

Dari kejauhan,
Dari istana tangisan berhujan,
Hiba menyendukan,
Dari suaramu yang menggetarkan..
Kau redha, suamimu sudah kembali pada Tuhan.

Dulu, penantian penuh harapan.

Kini, menjadi rindu dan rasa yang amat mengheningkan..

****
Terbaca kisah Aminah yang setia menunggu 'Abdullah pulang dari berniaga. Ayahanda dan Ibunda nabi. Saat waktu indah pengantin tidak pun mencecah bilangan tahun-tahun yang banyak. Dan di akhirnya kisah kehidupan yang amat syahdu..

2 comments:

  1. puisi aminah untuk abdullah selepas kehilangannya:

    Dari jauh aku menunggu,
    Dari jauh aku merindu,
    Bersabar menanti,
    Penuh cinta..

    Dari hari ke hari,
    Aku terus menanti.
    Penuh harapan,
    Untuk bertemu di syurga..

    :)

    ReplyDelete