Followers

Letakkan link blog anda =)

Thursday, February 3, 2011

Cerita: Revolution

~Blue blue sky by ~Eevee90 of DeviantArt~

****

Langit di Sizi Bouzid biru seperti biasa.

Mohamed Bouzizi melihat sayur-sayurannya yang hijau. Hatinya terasa segar walau rusuh. Buah-buahan yang ranum seakan bercambah dalam ruang jiwanya. Hidup di bawah pemerintahan Ben Ali menyebabkan hari-harinya terasa terhimpit. Hanya itu mata pencariannya, sekurang-kurangnya dia berharap dapat melihat senyuman ahli keluarganya yang selalu kelaparan.

Orang ramai berpeleseran, dan gerai kecil di tepi jalan Turnisia itu masih setia menunggu pelanggan.

Dari jauh kelihatan F.Hamdi berjalan angkuh bersama dua orang pegawainya. Pegawai wanita itu mengetuai operasi majlis perbandaran menyita gerai-gerai jalanan.

"Sita gerai-gerai ini!"

Bouzizi cemas.

"Jangan cik!"

Pang!

Wajahnya ditampar oleh F.Hamdi. Pipi terasa panas, darah terasa berdenyut. Dia terasa maruahnya seperti baru diludah. Dibelasah oleh wanita adalah suatu penghinaan, terutama dalam budaya arab. Maruahnya di injak-injak. F.Hamdi kemudian menarik belantan, mengangkat dan terus memukul Bouzi..

Krang!!

Wanita yang tidak mempunyai hati itu menterbalikkan gerainya. Buah-buahan yang bulat itu tergolek-golek di tanah. Sayur-sayur hijaunya lebam tersembam di jalanan. Bertaburan.

Orang ramai melihat.

Bouzizi terbayang, wanita yang sama inilah yang pernah membelasah almarhum ayahnya ketika berniaga dulu.

"Belasah dia!"

2 Orang pegawai wanita itu mengikut arahan. Membelasah bertubi-tubi. Dan Mohamed Bouzizi terbaring sakit di jalanan menahan pukulan bertubi-tubi tersebut.

****

Asha Salsabila menggenggam erat tangan sahabatnya. Dia mengelus-ngelus kulit mulus Zahrah yang menangis ketakutan.

Di luar, beribu-ribu manusia berarak memenuhi jalanan. Terasa gemaan derapan kaki menggamit telinga. Lautan manusia itu membawa sepanduk "La husni la Mubarak!" serta perkataan yang lain bagi mendesak pemerintah berkuku besi itu untuk turun.

Kematian Mohamed Bouzizi setelah membakar dirinya sebagai tanda protes telah mencetuskan api revolusi rakyat Turnisia. Mereka bangkit menentang setelah lama memendam. Pemerintah kuku besi sememangnya tidak akan lama.

"Asha.. Zahrah lapar.."

Terasa ada getaran pada suara Zahrah. Air mata mula menuruni. Asha memegang tangan sahabatnya erat-erat. Hari ini sudah masuk hari ke 5 semenjak demonstrasi bermula. Sudah ada yang mati dan cedera.

"Sabar Zah, insyaAllah, ada rezeki kita nanti.."

Asha menenangkan, walau dia sendiri menggeletar. Dia dengar ramai banduan yang terlepas dari penjara ketika rusuhan ni, dan sudah ada rumah yang dirompak.

"Bila kita boleh balik Asha.."

Asha menggengam lebih erat tangan sahabatnya.

Memang tak disangka, niat mereka yang hanya untuk berjalan-jalan dan menginap sebentar di Tahrir ini membawa mereka ke situasi ini. Bekalan mereka hampir habis. Mesin ATM pula sudah tak berfungsi. Talian internet dan segala perhubungan terputus.

Pihak kedutaan pasti akan memberi arahan dan melakukan sesuatu.

Mereka perlu balik segera. Jika tidak, mereka akan terputus terus perhubungan dan apa-apa maklumat dengan pihak kedutaan.

Asha mengerahkan fikiran.

Apapun,

Mereka mesti pulang secepat mungkin.

****

Majdi memusing-musing pilot shaker 0.7 nya yang berwarna ungu. Soalan Calculus itu ditenungnya.

"What is the Volume of (x^3)+1 when it revolve on x=3?"

Majdi tersenyum. Revolve, revolution.

Bagaimana Asha di sana ya?

Banyak Revolusi yang pernah berlaku. Revolusi Iran 1979, yang menjatuhkan Syah Iran dan bertukar kepada Khomenei. Revolusi XianHai 1911. Revolusi  china tahun 1949 oleh pelajar-pelajar. Dan kebanyakan revolusi ini terus menjadi pemangkin semangat dan contoh kepada yang lain.

Untuk bangkit, dan terus bangkit.

"Apa senyum sorang?"

Anas Mazli menepuk. Majdi menarik senyum segaris.

“Tak ada apa, teringat revolusi kat Mesir sekarang.. Risau..”

“Orang risau mana senyum bhai..”

Anas memang nak kena. Pandai pancing ek?

“Ada kot orang risau yang senyum..”

Malas menjawab. Anas ni bukan boleh dilayan sangat. Satgi ada la tu.

Dan contoh Revolusi sekarang adalah Turnisia. Boleh kata contoh mithali la. Not just a simple revolusion. Tetapi i-Revolusion. Islamic revolution, Intelligent revolution. Perubahan yang semua inginkan, bila semua sudah bosan ditindas. Pemimpin yang masih tak dapat membezakan, mana kuku dan mana besi.

Siapa sangka seorang peniaga sayur mampu mencetuskan revolusi?

360 degree lagi. Malah memberi inspirasi dan semangat kepada seluruh Negara Islam. From 360, to 720 degree.

Yup, kadang-kadang kita hanya memerlukan secebis cetusan, walau dalam diri kita.

"Awal study? Exam lambat lagi kan?"

Mungkin hari ni kita tak mampu nak ubah sebuah negara. Tapi semua orang sedang menuju ke arah tu. Semua menuju ke sebuah negara yang adil, ke sebuah negara yang disebut di dalam ayat 15 surah Saba-Baldatun Thoiyyibatun wa Rabbun Ghafur.

Pencetus untuk perubahan diri. Sebuah persediaan.

Majdi sengih.

"Untuk sebuah revolusi.."

****

Asha menarik tangan lembut Zahrah. Mereka menyorokkan badan di sebalik tembok batu. Mereka bercadang untuk pulang secepat mungkin ke tempat mereka.

Orang terlalu ramai. Terasa sesak dan menyesakkan.

"Betul ke kita ni Asha?"

Muka Zahrah berkerut. Asha angguk laju.

"Nak balik kan?"

Asha bertanya. Wajah Zahrah senyum cerah.

Jika terlambat, mereka mungkin akan terputus hubungan lansung dengan kedutaan. Dan mungkin ketinggalan dalam proses evakuasi ke negeri jiran terdekat-Jeddah.

Tertinggal sendiri di tengah-tengah revolusi yang tak tahu di mana jarum angka 12 nya.

Asha menoleh-noleh. Mencari tempat yang agak tinggi. Dia mahu melihat jalan yang dapat dilalui dan mengelakkan diri dari bertembung dengan ahli-ahli demonstrasi. Dia terlihat sebuah pintu masuk ke bangunan berdekatan. Memimpin tangan Zahrah laju. Menapak anak-anak tangga batu yang telah usang.

Dia menjengahkan kepala, ingin melihat ruang jalan yang dicari. Asha terpana, bola matanya kaku sebentar. Tangan Zahrah terlepas dari genggamannya.

"Kenapa?"

Zahrah pula ke hadapan. Matanya membulat.

Di hadapannya, berhimpun hampir 8 juta rakyat mesir bangkit demi menegakkan kebenaran.

****

Majdi meraup wajah, selesai mengaminkan doa serta qunut Nazilah yang dibacakan Anas seusai solat. Bacaannya perlahan, tapi menusuk. Dari hati ke mulut, dari telinga ke hati juga sampainya.

Musolla Engineering di bangunan E0 tu terasa mendinginkan.

"Dengar kata, hampir 5 juta yang berhimpun di Tahrir Square..Ada yang kata 8 juta.."

Anas bersandar di dinding. Menggeliatkan sedikit badannya yang terasa lenguh.

"Yup, time Revolusi Iran hari tu, 4 juta je.. "

Hati terasa tenang. Moga-moga mereka beroleh kemenangan. Walaupun semalam terdengar berita, Husni Mubarak tak mahu lepas jawatan. Huh! Tak malu betul, orang dah tak mau la, terhegeh-hegeh lagi.

Dah tu, still ada yang menyokong Husni Mubarak. Pihak mukhabarat yang berpakaian seperti orang awam, melepaskan bom api tanpa arah. Hai, adakah Mesir akan mengulang sejarah? Seperti mana tragedi 1981 dahulu.

Ketika mana Anwar Sadad kehilangan bayang dunia ditembak Lt. Khalid Islambouli.

Anas menghembus nafas.

"Siapa ya, tokoh revolusi dunia?"

****

Semua mata khusyuk ke hadapan. Memandang lelaki bertie oren cair dan berblazer hitam.

Dr Zaini membetulkan sedikit kaca matanya.

Allah menyebut di dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 257:

"Allah lah pelindung orang-orang mukmin, yang mengeluarkan mereka dari Zhulumat, yakni kegelapan ke Nur-Cahaya"

"Dan orang-orang kafir, pelindung mereka adalah thogut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya, kepada kegelapan.."

Itu ayat pertama yang dibacakan oleh Dr Zaini di dalam kelas UNGS 2040 itu saat ditanya Mabrukah, wanita Libya berwajah comel tentang revolusi.

Betul juga, siapa ya tokoh Revolusi dunia?

"Revolusi adalah perubahan. Dari belakang ke hadapan, dari hitam ke putih. Dari sebuah sisi, berubah ke sisi yang lain. Sebuah putaran.

Ada yang mengatakan revolusi merupakan perubahan dalam jangka masa singkat, cepat, yang dilakukan secara radikal ataupun kekerasan, ini sebenarnya merupakan sebuah definisi yang agak sempit dan tertumpu."

Majdi mencoret kata-kata Dr Zaini menjadi aluran halus yang membentuk huruf. Mencatit, agar mudah diingat nanti.

Ada yang dah menguap.

Kalau bincang topik macamni serius mengantuk.

"Revolusi tak semestinya cepat. Contohnya, revolusi industri di Inggeris. Memakan waktu puluhan tahun, namun still dianggap 'cepat' karena mampu mengubah sendi-sendi pokok kehidupan masyarakat."

Dr Zaini melirik matanya kepada Mabrukah.

"Berbalik pada persoalan tadi, siapa tokoh revolusi dunia?"

Dr Zaini menarik senyum, terlihat bonjolan naik di pipinya.

"Seorang tokoh yang berjaya mengubah landskap dunia, merevolusikan corak sosial dan masyarakat. Membina batu-bata adab yang sebelumnya runtuh. Menaikkan martabat wanita. Membuat perubahan tentang erti kemanusiaan yang sebelum ni hilang."

"Tokoh yang berjaya memutar dunia sehingga memiliki kekuasaan yang membawa kepada 2/3 kuasa dunia. Merombak sistem kelas manusia mengalahkan revolusi Borjuis. Tokoh yang amat disanjung rakyat, dan sehingga sekarang namanya sentiasa disebut."

"Siapa?"

Dr Zaini tersenyum menduga.

Angin beku, seakan turut menunggu jawapan. Majdi meletakkan pennya, Mabrukah berhenti menulis. Perasaan ingin tahu semakin meluap.

Bonjolan pipi di wajah Dr Zaini semakin naik.

"Siapa lagi kalau bukan Muhammad bin 'Abdullah.."

****

Gemaan jihad terus menggegar bumi mesir.Semangat terasa meluap-luap.

"Zahrah!"

Asha tersepit di celah-celah orang ramai. Ketika dalam keramaian orang tadi, dia kehilangan Zahrah. Entah terlepas di mana. Wajah Asha pucat. Kereta kebal amat banyak. Mujurlah sebahagian tentera memihak kepada rakyat.

Dia berjalan laju, mencari sahabat kesayangannya.

Asap berkepulan. Orang begitu ramai. Masing-masing memegang sepanduk. Namun di celah-celah kerisauan tersebut, dia teruja. Teruja melihat mereka yang sembahyang berjemaah di jalanan. Di hadapan kereta kebal. Di atas kereta.

Teruja melihat ramai yang berpakaian ulamak yang turut sama melaungkan semangat dan memberikan taujihad.

Hatinya terasa berentak-rentak ingin turut sama menyertai, namun ada yang lebih penting.

"Zahrah! Zahrah!"

Asha terus menjerit melaungkan nama sahabatnya. Wajah Asha yang putih itu menjadi merah menahan panas. Dia terus berjalan laju.

"Bang! Bang!"

Keadaan tiba-tiba menjadi kalut. Orang ramai lari. Asha Salsabila terkejut, terasa badannya ditolak-tolak dilanggar mereka. Dia terjatuh terjelopok ke tanah. Dia bingkas bangun.

Asha tersentak, kelihatan beberapa orang menaiki kuda dan unta serta membawa bom api menyerang orang ramai.

Dan kini, orang-orang itu menuju ke arahnya..

****

Hujan turun rintis. Membawa wap yang air yang jatuh dari awan. Menitik menyuburkan bumi.

Malaysia kerap hujan. Mesir, hujan tak di sana ya?

Asha, bagaimana kamu di sana?

"Majdi, kenapa termenung?"

Anas menyapa belakang.

"Asha, tak dapat dihubungi.. Aku try kontek keluarga dia, family dia cakap kedutaan tak dapat detect dia kat mana.."

Macam mana kedutaan tak boleh tak dapat kesan? Bukan ke sekarang masa untuk pelajar-pelajar Malaysia dipindahkan? Bagaimana kalau Asha terlepas? Macamna kalau dia kehabisan duit dan makanan di sana? Atm kan dah ditutup.

"Sabar Majdi, insyaAllah dia selamat.. Banyakkan doa.."

Anas cuba menenangkan.

Waktu sekarang. Doa lah senjata yang paling kuat. Kalau tak bergantung pada Allah, nak bergantung pada siapa lagi?

"Ni baru betul muka risau.."

Anas mengusik.

Majdi sengih. Pandai betul dia ni ambik peluang. Haish!

Anas ketawa. Dia turut menyandarkan tangannya ke penghalang balkoni. Turut sama merasai rintis hujan.

"Turnisia dah berevolusi, Mesir juga, negara-negara Islam lain pun sedang menuju ke arah tu... Malaysia, Bila lagi?"

Majdi mengangkat kening. Wah, soalan cepumas nih. Majdi senyum.

"Malaysia? PRU ke 13 lah.."

"Politik?"

"Bukan, tapi tanggungjawab dan kepimpinan.."

Yup, tanggungjawab kita kan? Untuk pilih pemimpin kita, yang nak jaga kebajikan kita. Tak kisahlah parti mana, yang pasti, semua kita akan ditanya Allah. Dah sampaikah negara kita, menuju negara yang Allah sebut dalam surah Saba tu? Negara yang baik serta mendapat pengampunan Allah.

Anas mengerling mata, senyuman yang penuh tekad.

"Dari demokrasi, ke revolusi.."

****

Harapan.

Langit mesir hari ini tenang. Burung kecil berkicauan memecahkan suasana sunyi.

Asha leka dalam ketenangan dahinya menyentuh tanah. Di sebelah, Zahrah turut hanyut dalam tangisan sujud kegembiraan.

Tahrir Square sekarang tetap penuh dengan manusia, penuh dengan manusia yang kesemuanya dalam barisan sujud syukur yang amat sangat. Berdesir kecil suara memuji dan membesarkan Allah, kemudian bergema menjadi pesta membesarkan Tuhan.

Suara takbir dan tangisan keharuan memenuhi ruang Mesir. Semua bertahmid.

Hari ini hari kemenangan.

Husni Mubarak yang megah bermegah  selama 30 tahun, kini telah jatuh. Himpunan hampir 8 juta rakyat di Tahrir Square berjaya mengembalikan mahkota keadilan yang dicari. Rakyat mesir telah mengambil alih.

Dan juga hari di mana tembok sempadan Mesir-Gaza di sepanjang rafah dihapuskan.

Kini, sinar harapan baru menyinari bumi anbiyak itu..

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?

****

Majdi memeluk Anas erat.

Air mata mereka tumpah. Setelah penat lelah, setelah bersusah payah. Akhirnya medan PRU ke-13 telah tamat.

Hari ini, Malaysia telah membuka gerbang baru. Menaiki tapak menuju redha Allah. Hari ini, Malaysia telah berevolusi.

Siapa yang menang?

Ntahla. Biarlah siapa yang menang, pihak kerajaan, atau pihak pembangkang.

Yang pasti,

Langit Putrajaya kini semakin cerah, semakin bersinar disimbahi sinaran iman..

9 comments:

  1. sgguh sgt hebat ah..
    klu blh share ambe share doh...
    kemmah2..

    ReplyDelete
  2. ini dr zaini othman ke apa
    best kan blajar dgn beliau

    ReplyDelete
  3. salam 'alayk..
    serius, saye suke care sdare bcerita..
    past, present & future.
    ade benih hrpn yg mendalam.

    tahniah, teruskn berkarya!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Tuan ada bakat dalam bidang penulisan. Terus memupuk serta mengasah bakat yang ada. InsyaAllah berjaya...

    ReplyDelete
  5. revolusi yang telah menyebabkan ramai manusia meninggal.. revolusi yang telah menyebabkan kerugian ekonomi.. inikah revolusi yang baik..?
    ada orang kata, demo yang tak aman ialah haram.sekarang ni demo kat mesir telah menjadi tidak aman, boleh x kita cakap, demo kat mesir tu dah jatuh haram?

    ReplyDelete
  6. sape asha tu?

    ReplyDelete