Followers

Letakkan link blog anda =)

Wednesday, July 22, 2009

ISA - Ini pandangan saya

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA

Sebuah akta keselamatan yang amat saya benci. Jika ada yang mengatakan yang menyokongnya adalah dari pihak kerajaan. Dan yang membangkangnya adalah dari pihak pembangkang. Maka saya menulis dan mengulas dari pandangan saya sebagai mahasiswa sendiri.

Menurut maksud Isa yang saya ambil dari wikipedia Bahasa Melayu:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_Malaysia

"Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. [perlu petikan]

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam"

Saya melihat pada 2 benda..

1) "Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya."

Islam mengamalkan prinsip keadilan yang terlalu teliti. Tidak dijatuhkan hukuman sehingga dihakimi dan dibuktikan bersalah. Kita lihat bagaimana kisah Sayyidina 'Umar, bila mana dia syahid dibunuh. Anaknya mengejar pembunuh tersebut dan kemudian membunuhnya, sedangkan pembunuh belum dihakimi. Anak sayyidina 'Umar kemudian juga perlu dihakimi tetapi dimaafkan oleh keluarga pembunuh tersebut. Begitu juga kes yang lain seperti zina dan sebagainya..

Bukankah terang-terang akta ini zalim? tiada pembelaan?

Begitu juga dengan perenggan di bawah..

2)ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam"

Haha. Satu alatan.. Bagusnya. Dan manusia yang bernyawa dan mempunyai keluarga yang menjadi mangsa.

Bukan saya sahaja yang mengatakannya. Tapi orang yang paling jahat juga mengatkannya kejam. Betul!

(Dari laman yang sama) Luar negara:

"Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot selepasnya."

Bush pun mengkritik pada mulanya. Haha. Adakah kita ni lebih kejam dan jahat daripada Amerika?

Secara logik akal. Penahanan tanpa bicara adalah akta yang terlalu kejam. Tidak ada sikap syak dan terus tangkap.

Kita lihat siapa penciptanya?

"Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling[1] pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.[2]"
Sah! Kita mengikuti undang-undang ciptaan barat yang tidak ada lansung kaitan dengan islam malah tidak praktikal dan rational.

=)

Ada yang bantah? hehe. Mungkin bila mana ayah atau adik dia, mungkin kakak, atau isteri.. Kena tangkap tiba-tiba. Tanpa sebab, hilang keluarga. Baru nak sedar kot. ~

Atau diri sendiri yang kena tangkap, dan kita tau kita memang tak bersalah. Nak bela diri tak boleh.
"Kamu diam! Kamu ditahan!"
Aik, macamtu ja? macamna kita nak bagitahu yang kita tak bersalah? Jika sekadar syak, dan prasangka terus menyebabkan seseorang dizalimi.

Saya tegaskan, Akta yang kejam ini perlu dan wajib dihapuskan! Dan pihak yang berkenaan beranilah untuk "berlawan secara adil".

Ini pandangan saya. Boleh beri pandangan anda..

Kopitiam Islamik.

Ini kisah benar.

Dulu saya selalu berfikir dan mengimpikan ada sebuah restoran yang islamik.. ~
Bila la nak ada? dan kadangkala memang ada.. tapi tak seperti yang saya bayangkan..
Sehingga tertulis satu kisah yang sahabat saya tulis..

http://untaiankehidupan.blogspot.com/2009/03/cerpen-24434-4.html

Sehinggalah hari ini..

Saya datang ke sebuah kopitiam di kulim.. "Mai kopitiam" wah, cantik suasana di dalam. Ucapan salam dihulurkan oleh tokey restoran. Kami dijemput duduk. Pelbagai juadah disediakan. Kebanyakannya masakan cina kerana tokeynya cina muslim. Saya benar-benar teruja. Amat menarik dengan harganya yang berpatutan. Mee wantan, nasi rumpai laut serta pelbagai menu yang saya jarang mendengarnya. (jangan risau, semuanya halal). Saya memesan hazelnut coffee.

Sementara menunggu hidangan siap. Kami sekeluarga berbual-bual. Biasalah, keluarga bahagia.
Saya perasan sepanjang kami di sini, lagu-lagu nasyid dipasang. Dari lagu mutiara hati, opick-alhamdulillah, ungu-andaikutahu, unic dan lain-lain. Saya sekali lagi teruja.

"Di sini memang pasang lagu nasyid ya abah.." Saya bertanya.

Ayah saya membalas sambil tersenyum.

"Memang pun, kalau tak pasang nasyid, dia akan pasang quran"

Wah! Untuk kali ketiganya saya teruja sekaligus kagum. Bukan senang nak jumpa kedai yang ada pasang quran di dalamnya. betul kan? Malah ada juga program yang akan dilaksanakan oleh tokeynya kerjasama dengan perkim bagi mendidik pekerja-pekerjanya untuk membaca al-quran.

Saya kagum hingga pulang ke rumah. hehe. Teruskan tokey! saya akan menyokong selalu. (makan di situ selalu).

P/s: jemputlah datang ke rumah. InsyaAllah, ada kesempatan saya bawa melawat kedai tu.. (Bangga menjadi orang kulim! ^^)

"SibghatAllah, waman ahsanu minAllahhi sibghah?"

Monday, July 20, 2009

Islam dan kita.


Ada sebuah rumah, cantik.. kemas. Penuh kebahagiaan. Seorang anak dan seorang ayah. Rumah di tepi pantai. Sayu dan dingin..

Perlindungan yang lengkap. Rumah yang menanugi di tika panas. Jua di kala sejuk dan dingin.

Ayah, bekerja. 1 Tugas.

Anak, belajar, 1 tugas.

Suatu ketika, Ombak melanda.. kuat.. menghancurkan setiap yang ada. Rumah yang dimiliki, hancur berkecai..

Ayah dan anak sampai di rumah, terkedu melihat segala.. perlindungan sudah ranap..

Masa berlalu..

Ayah, dua tugas.. bekerja makan gaji.. menyiapkan sebuah rumah bagi perlindungan yang baru..

Setiap kali si anak pulang dari sekolah, dia akan melihat ayahnya penat lelah menukang untuk menyiapkan perlindungan mereka..

Wajarkah si anak hanya melihat?

Ini analogi.

Dan itulah analogi kita, dulu kita ada khalifah yang menaungi. Memberi perlindungan bagi setiap muslimin dan muslimah. Namun sekarang, perisai itu telah hilang. Maka ketika mana mereka yang lain berjuang demi Islam. Wajarkah kita hanya melihat?

Menunggu sehingga rumah disiapkan?

Sahabat-sahabat, amanah dan tugas kita kini sudah bertambah.

Maka, seorang yang mempunyai dua tanggungjawab tidak boleh bersikap seperti dahulu. Belajar dan bermujahadah untuk islam. Kita perlu membahagikan masa untuk itu. Saudara-saudara kita yang semakin ditindas di Palestin, Iraq, Indonesia, malah yang terkini di German.

Bukankah begitu? ;)

2 tugas dan amanah..

Dan kita bukan mereka yang hanya melihat..