Hadi (kiri) bersama Majdi.
****
"Tum!Tum!Tum!"
Peluru
bertaburan memecahkan dinding tembok, serentak, Majdi berpusing
membelakangi benteng batu itu. Peluru itu sangat hampir mengenai
telinganya.
Beberapa
mujahidin kemudian berbalas tembakan. Mereka cuma tinggal empat orang.
Majdi
tercungap-cungap. Nafasnya turun naik, cuba diatur sedingin angin
malam di kota Syam itu. Senjata AK47 nya dirapatkan ke dada. Bangunan
kosong itu sungguh sulit untuk pertempuran. Matanya dipejamkan.
"Nama
ana Hafis Firdaus.."
Senyuman
sahabat sesaffnya pada ketika pertama kali taaruf bertamu. Dia tak
pernah menyangka, sahabat-sahabat yang pernah bersama dalam program tarbiyyah suatu ketika dahulu kini semuanya berada di medan jihad yang
sebenar.
Selepas
dipanggil dengan seruan besar-besaran seluruh umat Islam untuk
berjihad di Syria sebagai 'Perang yang Besar'
"Oh,
kita satu usrah.."
Bayangan
itu masih menerpa, dan akhirnya bertukar dengan peristiwa kesyahidan
sahabatnya itu di hadapan matanya petang tadi. Ditembak oleh si
laknat zionis. Beberapa bayangan wajah sahabat lain yang
syahid turut silih berganti.
Matanya
dibuka, diringi dengan manik jernih yang mengalir.
Majdi
tersenyum. Apalah sangat, perselisihan kecil di kampus dahulu, apalah
sangat, terasa hati sesama sahabat dahulu. Bukankah kita ada matlamat
yang lebih besar?
Syahid, dan
syurga.
Seketika
tembakan berbalas lagi. Kedengaran erangan dari mujahidin.
"Kita
mesti melepasi laluan ke bukit Golan sebelum waktu subuh.."
General
Hadi Syafiq di tembok sebelah mengingatkan. Kemudian mulutnya kembali
berzikir. Hanya beberapa waktu untuk masuk Subuh.
"Musuh
hanya tinggal tiga orang.."
Majdi
tersenyum.
"Ko
ingat lagi waktu kita menasyidkan syahid cita-cita tertinggi kami
sewaktu di tamrin dahulu? Inilah waktu untuk kita buktikan.."
Hadi
memberi taujihad. Majdi hanya tersengih.
"Aku
buka laluan, dan kita serang. Dua musuh bersembunyi di tembok kanan,
dan satu tembok kiri.."
"Bismillah.."
Serentak,
Majdi berlari keluar mengarah ke pihak musuh, dan General Hadi
melepaskan tembakan bertalu-talu.
Kepala
pihak musuh dilihat. Majdi pantas mengacu senjata.
"Tum!"
Sorang
tumbang. Tembakan kemudian disambut. Majdi mengelak pantas.
"Tum!Tum!"
Kaki dan
kemudian kepala. Sudah dua tumbang.
Majdi
berpaling,
"Mana
satu lagi musuh, mana?"
Hatinya
berguma cemas, dirinya kini terdedah kepada pihak musuh.
Dan saat
dia berpaling, terlihat susuk tubuh musuh di hadapannya yang sedia
mengacu senjata. Bayangan malaikat maut sudah sedia di depan mata.
"Aku
naik saksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah.."
"Tum!Tum!"
Darah
terasa disimbah. Tapi kenapa tiada sakit?
"Hadii!!"
Hadi
membentengkan dirinya. Majdi pantas menembak kembali, tepat di kepala
musuh. Dan kemudian terus memangku kepala sahabatnya.
"Aku
rindu syurga Majdi.."
"Kau
makin hampir.."
Majdi
mengalirkan air mata.
"Aku
naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.."
Dan ketika
itu jugalah sayup-sayup azan subuh kedengaran..
****
Azan subuh
sayup-sayup masuk ke telinga. Mendayu menusuk kalbu.
"Majdi,
bangun. Dah subuh ni.. Jom, sempat solat sunat qabliah.."
Majdi
menggosokkan mata.
"Oh,
aku di katibah usrah.."
Sejenak,
dia melihat seorang sahabat yang menggeraknya, Hadi Syafiq.
"Hadi,
aku cinta hg kerana Allah.."
"Ko
dah apahal tiba-tiba? Mengigau ke?"
Majdi hanya
ketawa.
"A ah,
mengigau.."
Dia diam,
dan jauh di sudut hati, sungguh, dia mengharapkan akhir ukhuwwah ini,
Adalah
syurga..
****
sentiasa segar. deep~!
ReplyDelete