****
"Abah, nak ikut.."
Comel si kecil darjah 5 itu meminta di muka pintu. Ingin mengikuti ayahnya.
"Baqiri duduk rumah, jaga mak.."
Anak yang manja dengan ayahnya itu akur. Manja, dia memang manja.
"Abah, bila nak balik?"
Jausyan Baqiri menelefon ayahnya. Tak dapat ikut, rasa rasa rindu pula.
"Kejap lagi abah balik na.."
"Ok.."
Si kecil itu memutuskan talian.
Sebelum akhirnya dia tahu, rupa-rupanya itulah suara terakhir yang di dengar dari ayahnya. Di muka pintu itu lah kali terakhir dia melihat tatap wajah ayahnya.
****
Owh, exam hari tu kena tulis karangan. (Sila klik gambar untuk besarkan). Dia tulis karangan di atas. Cikgu dia menangis baca. Adeh. Mak baca, apatah lagi. Lagi lah menangis.
Mesti sedih kan jadi dia?
Anak bongsu yang manja.
Yang pasti, si yatim itu kini jadi lebih tabah dari abang-abangnya..