Followers

Letakkan link blog anda =)

Monday, October 18, 2010

Cerita: Jauh.

neon light . by *m0thyyku of DeviantArt

****

Kita pernah melihat langit dan cahaya
bergemerlapan di sana.
Marilah kita ke sana wahai tuan, bandar kita di sana, ya tuan,
bandar kita di sana..

****

Angklung itu digetarkan. Sakinah tersenyum. Bermain sepenuh jiwa. Buluh-buluh yang diikat pada ancak itu berlaga antara satu sama lain. Menghasilkan irama indah yang amat harmoni.

"Sedap kan?"

Majdi angguk.

"Damai je bunyinya.. Macam kat hutan.."

Majdi angguk lagi.

Majdi berdiri jauh, sama jauh dengan jarak alunan yang sedang didendangkan. Buku 'Rangkaian Sastera Sufi' di pegang erat di tangan.

"Majdi..."

Angklung berbunyi.

Lagu-lagu melayu lama dimainkan.

"Cantik kan?"

Wajah Sakinah penuh penghayatan. Sama riak dengan ahli kumpulannya yang lain. Yang sedang bersama di atas pentas.

Majdi angguk dalam mata yang tak berkedip.

Zaid ketawa.

"Hai.. ni dengar angklung ke, tengok orang yang main angklung.."

Majdi tersipu dalam senyuman manisnya.

"Err.. Dua-dua.."

****

PadaMU, rahsia dipendam sekian lama, dinyata.
Sinar subuh cahaya memancar, gelap malam binasa.
UntukMu, dinding kalbu menutupi rahsia keajaibannya.
RahsiaMu? Bukan, rahsia untukMu, bila menutupi semua..

****

"Hebat persembahan tadi.."

Sakinah melangut. Tersenyum.

Mengangguk sedikit.

"Terima kasih..."

"Esok ada lagi, datanglah ya.."

Lebih manis.

"Mesti!"

Majdi pula tersenyum.

Dalam hati, irama berlagu.

"Kau lah lagu, kau iramaku..
Bila kau menyanyi,
syahdu.

Kaulah melodi, kau lah gurindam..
Saat ku menulis,
Wajahmu terlukis.."

Majdi melangkah. Melangkah denai jalan yang diharapkannya detik-detik waktu.

Moga cepat sampai hari esok.

****

Aku bertemu lagi
Sahabat Tuhan malam ini
Enam tahun sudah berlalu
Malam ini bertemu, walau rasaku membeku.

****

"Pindah?"

Majdi memalingkan muka.

"Yups.."

"Where?"

"Ntah, somewhere better insyaAllah.."

"Erm, kenapa tak teruskan kat sini?"

Sakinah diam sejenak.

"Saya cuma... nak cari erti hidup saya betul-betul mungkin. Nak berubah.. Menjadi hamba Tuhan yang sebetul-betulnya.. Serahkan segala-galanya pada Dia.. Nak cari diri saya sendiri yang saya rasa makin hilang.."

Sakinah senyum.

"Boleh cari di sini kan?.."

"Yup. Boleh je..Cuma saya nak lebih tegas kepada diri. Banyak sangat yang saya tolak ansur pada diri sendiri. Tak nak dah. Kan hidup hanya sekali? Sayangnya kalau tak dapat hidup tanpa redha dan cinta-Nya.. Kan?"

"Bukan senang nak jaga diri. Tambah lagi, saya ni perempuan.."

Tak sabarnya.

Majdi menjeling. Membiarkan rambut ditiup angin.

"Hurm.. mesti saya rindu bunyi angklung nanti..."

"Tak apa, bila mana angklung berbunyi, pasti hati saya hadir di situ.."

****

Mencari engkau akan Dia
WajahNya seri di mana-mana
Di aku, di dia, di kita semua
Bila dipandang, Dia di sana.

****

"Aku dengar Sakinah dah pindah.."

Anas menyusun buku-buku di atas meja. Menghadapi minggu peperiksaan dalam 2 minggu ni memang amat mencabar.

"Yup.."

"Pindah mana?"

"Pondok.."

Majdi membuka buku di atas meja. Fikiran terawang-awang. Rasa seperti menaiki awan terbang. Dia rasa ditinggalkan. Jauh ditinggalkan. Bukan jarak, bukan tempat.

Tapi ilmu dan iman.

Dalam keadaan diri masih bergelut dengan dosa-dosa yang susah ditinggalkan. Sakinah sudah berjaya menjaga diri. Dalam jiwa yang masih berlemah lembut dengan sentiasa mengatakan 'tak apa'. Sakinah sudah tegas dengan nafsunya.

Dan aku masih di sini.

Terkial-kial dalam mendaki menjadi muslim yang sebenar-benarnya.

Jauh..

****

Hari ini dan hari sebelum semalam
Satu juga
Esok dan kelmarin
Satu juga
Duakah engkau?

****

"Anas, kita main pondok-pondok nak?"

Anas ternganga.

"Apa kes tiba-tiba?"

Majdi tersengih.

"Ceh, rindu orang pondok la tu.."

Sebijik macam kerang busuk!

****

Jangan kecewa wahai kelana
Cahaya mentari kan terbit semula
Cahaya bukan mengena istana
Tetapi reban si hina juga.

****


"Gaya macam kenal je.."

Majdi menyorot mata ke arah seorang muslimah. Lengkap berpurdah dan berpakaian hitam. Gadis tersebut nampak mesra dengan sahabat-sahabat yang Majdi kenal.

Pelik.

Siapa tu?

Si Muslimah nampak meminta diri. Sempat menoleh sebentar.

Dari sekadar matanya. Nampak sebuah ketenangan yang amat menyejukkan.

"Siapa tadi tu?"

"Owh, ingat lagi kan? Sakinah.."

"Sakinah?"

"Yup.."

Majdi tersenyum. Seakan ada getaran angklung dalam jiwanya.

Getaran gembira dan haru yang bercampur.

Dia kini semakin jauh ditinggalkan.

Bila pula diri ini ingin benar-benar menuju Allah?

****

Akan laut lautlah juga
Dari abad datanglah zaman
Akan ombak ombaklah juga
Ibarat alam zahir kejadian

****

"Anas, agak-agak bila kita akan pergi berjumpa Tuhan?"

"Ntah la.. Esok, mungkin.. Lusa."

"Dalam kita yang masih macamni. Tak mahu-mahu berubah.. macamna lah kita di hadapan Tuhan nanti kan.."

Anas diam. Kemudian membuka bicara.

"Bilal bin Rabah, sedih sangat bila nak meninggal dunia."

"Sebab apa?.."

"Sebab rasa sedih dah tak dapat puasa ketika panas terik.."

Termenung.

"Bila kita akan dapat hati macamtu ya?"

****
Di dalam lautan Jalal Ilahi
Dunia ini ibarat setitik seni
Betapa daya kami memuji
Hanya pujimu bagiMu itu yang abadi

****

Lelaki berkopiah dan berjubah putih itu memegang erat jari jemari isterinya. Si isteri solehah yang berazam menjadi ketua bidadari untuk si suami.

Kemas dalam jubah dan furdahnya.

Romantis.

Berjalan menyusuri taman.

"Selamat pengantin baru..."

Majdi menghulur salam.

"Terima kasih.."

Rahman tersenyum manis.

Tadi baru selesai acara akad nikah. Dalam keadaan yang amat sederhana. Tapi penuh rasa keberkatan dan ketenangan.

Sang suami tenang duduk bersedia. Sang pengantin perempuan tunduk redha di bahagian belakang dalam hijab yang menutupi.

Termeterai.

Pengantin perempuan dipeluk dan dicium. Dibawa dan diraikan bersama si suami, hanya di bahagian muslimat. Hanya ahli keluarga dan muslimah yang menatap.

Terpelihara.

"Lepas ni rancangannya ke mana?.."

"InsyaAllah, ana dan Sakinah akan ke Syria.. Doakanlah ya.."

"Syria? Jauhnya.."

Rahman semakin tersenyum..

"Moga lebih rapat dengan Allah di sana.. InsyaAllah.. Doakan kami.."

"InsyaAllah.."

Majdi mendoakan.

****

Dalam rindu ada rindu.
Dalam cinta ada rasa.
Mana jiwa, mana makna?
Kepada Allah, padaMu jua ku serah semua

****

Jauh kan? Semua orang sudah berlari menuju Allah. Dan kita masih di sini. Sampai bila?

"Majdi, nak ke mana malam-malam ni?"

Majdi menggalas beg. Berisi jubah.

Tersenyum manis.

"Nak mulakan berlari menuju Allah? Bila lagi?"

Terus berjalan.

Mencari ketenangan yang sebenar-benarnya. Senekad-nekadnya.

Bila lagi?

****

~good music by ~ainisain of DeviantArt~

****

P/s: Setiap rangkap puisi yang diselitkan diceduk dari karya Rangkaian Sastera Sufi. Karya-karya sufi yang terkenal. Kecuali yang terakhir, karya saya sendiri~

:)

11 comments:

  1. assalamualaikum..

    suka baca cerpen dan perkongsian yg ust tulis,benar2 perkongsian yg bermanfaat serta sarat dgn mesej yg ingin disampaikan.juga dgn membaca blog ust,memberi ilham pd ana utk mencari idea dlm menulis.almaklum shjla ana ni br berjinak2 dgn kalam penulisan,baru bertatih2 menulis jadi xlah sehebat ustaz=)

    ok teruskan perjuangan.kami menyokong dr belakang..

    wassalam

    ReplyDelete
  2. gaya penulisan yg mantap... keep up the good work!

    ReplyDelete
  3. teruskan mmbangun bersama Islam:-)

    ReplyDelete
  4. tangan ini byk dosa..
    mata ini byk dosa..
    kaki ini byk dosa..
    sekadar bertanya,,kalau kita nak cari ketenangan utk diri sendri,macam mana pula saudara2 kita yg di belakang yg belum tahu apa itu ketenangan yg sebenarnya??

    ~~angklung..emm..teringin nk main.sme mcm
    gamelan.

    ReplyDelete
  5. masyaallah,
    best sungguh crite ko...
    mmg berbakat sungguh...


    majdi, bile lagi?

    ReplyDelete
  6. subhanaLlah...majdi mmg hebat...mewarisi kehebatan arwah ayahnya...mudah2an dpt menjadi permata yg bersinar...menerangi insan lain...teruskan menuulis...keep the balancing of da'wah, study, blog and work...u'll success insyaAllah...

    ReplyDelete
  7. rindu karya macam nie lagi...

    ReplyDelete
  8. subhanallah..indahnya cerita ni..semoga majdi dipermudahkan..

    ReplyDelete
  9. orang hebat sentiasa memberi inspirasi.

    ReplyDelete